Dataran Merah
Tapak Warisan Dunia UNESCO | |
Maklumat am | |
---|---|
Nama asli | Красная площадь |
Sebahagian dari | Kremlin and Red Square |
Inskripsi | 1991 (sesi ke-14) |
Maklumat lokasi | |
Lokasi | Moscow, Rusia |
Koordinat | 55°45′15″N 37°37′12″E / 55.754166666667°N 37.62°E |
sunting · sunting di Wikidata |
Dataran Merah (Bahasa Rusia: Красная площадь , tr. Krásnaya plóshchaď,IPA: [ˈkrasnəjə ˈploɕːətʲ]) adalah sebuah dataran kota (plaza) yang terletak di Moscow, Rusia. Ia memisahkan Kremlin, bekas kubu kota diraja yang kini menjadi kediaman rasmi Presiden Rusia dengan bekas kawasan pedagang yang dikenali sebagai Kitai-gorod. Dataran Merah seringkali dianggap sebagai medan pusat bandar Moscow, di sebabkan jalan-jalan utama di Moscow yang menghubungkan dengan lebuh raya-lebuh raya utama bermula dari dataran ini.
Asal dan nama
[sunting | sunting sumber]Nama Dataran Merah bukan merujuk akan warna batu-bata dan juga hubungan warna merah dengan kepercayaan komunis. Akan tetapi, ia merujuk kepada perkataan Rusia красная (krasnaya) yang boleh bermaksud sama ada "merah" atau "cantik". Perkataan ini dengan maksud "cantik" pada asalnya merujuk kepada Katedral Saint Basil dan kemudian merujuk pada dataran berdekatan. Dataran ini dipercayai mendapat namanya sekarang (menggantikan bekas Pozhar, atau "tempat terbakar") pada kurun ke-17. Beberapa bandar-bandar lama Rusia seperti Suzdal, Yelets, dan Pereslavl-Zalessky, juga mempunyai dataran utama yang dinamakan Krasnaya ploshchad.
Senarai Warisan Dunia
[sunting | sunting sumber]Kremlin dan dataran merah telah bersama diiktiraf sebagai satu Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1990, kerana kaitan kuat mereka kepada sejarah Rusia sejak abad ke-13.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Sumber
[sunting | sunting sumber]- Юрий Федосюк. Москва в кольце Садовых. М., Московский рабочий, 1991. ISBN 5-239-01139-7
- П.В.Сытин. Из истории московских улиц (очерки). М.. Московский рабочий, 1958
Koordinat: 55°45′15″N 37°37′12″E / 55.75417°N 37.62000°E
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Dataran Merah |
- Documentary «Moscow clad in snow», 00:07:23, 1908 di YouTube
- Red Square in Moscow, the most important place in the country's largest. - Thewotme Travel Blog
- Moscow-Life: A guide to Moscow's Red Square
- 3D model of Red Square
- Visiting Red Square Diarkibkan 2013-05-05 di Wayback Machine – Useful information for visitors to Red Square and the Kremlin
- Red Square and surrounding area di YouTube time-lapse video
- 360° Virtual Tour of Red Square