Content-Length: 115308 | pFad | https://ms.wikipedia.org/wiki/Enjin_jet

Enjin jet - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas Pergi ke kandungan

Enjin jet

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sebuah enjin turbin kipas Pratt & Whitney F100 untuk pesawat F-15 Eagle dan F-16 Fighting Falcon diuji di Pangkalan Tentera Udara Robins, Georgia, A.S. Terowong di belakang enjin akan merendam bunyi bising dan membenarkan ekzos dilepaskan.

Enjin jet merupakan sebuah enjin tindak balas yang membebaskan bendalir jet yang bergerak laju bagi menghasilkan tujahan berdasarkan peraturan gerakan Newton. Definasi luas ini termasuk turbin jet, turbin kipas, roket, ramjet, deniyutan jet dan pam-jet. Secara umumnya, kebanyakkan enjin jet adalah sebuah enjin pembakaran dalam[1] tetapi bentuk bukan pembakaran juga wujud.

Dalam beberapa penggunaan biasa, istilah "enjin jet" secara umumnya merujuk kepada enjin salur pembakaran dalam, yang mana kebiasaannya terdiri dari sebuah enjin dengan pemampat udara berputar yang dinakuasa oleh sebuah turbin ("kitar Brayton"), dengan kuasa lebihan memberi tujahan melalui sebuah muncung rejang. Jenis-jenis enjin jet ini digunakan terutamanya oleh pesawat jet untuk perjalanan jarak jauh. Pesawat jet awal menggunakan enjin turbin jet yang secara relatifnya tidak cekap untuk penerbangan pada kelajuan subsonik. Pesawat jet subsonik moden biasanya menggunakan enjin turbin kipas bersaluran tinggi yang membantu dalam memberi kelajuan tinggi selain jarak yang lebih jauh, menjadikan ia memiliki kecekapan penggunaan bahan api yang lebih baik berbanding jenis-jenis pengangkutan lain.

Kira-kira 7.2% bahan api yang telah digunakan pada tahun 2004 digunakan oleh enjin jet.[2] Pada tahun 2007, kos bagi bahan api jet, meskipun berbeza tinggi dari satu syarikat penerbangan dengan syarikat yang lain, dengan purata 26.5% daripada kos operasi, menjadikan ia sebagai pengguna tunggal terbesar perbelanjaan pengendalian bagi kebanyakkan syarikat penerbangan.[3]

  1. ^ Encyclopedia Britannica: Internal Combustion Engine
  2. ^ How many air-miles are left in the world’s fuel tank?
  3. ^ "U.S. Airlines: Operating in an Era of High Jet Fuel Prices" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2008-10-30. Dicapai pada 2008-10-30.
  • John Golley (1997). Genesis of the Jet: Frank Whittle and the Invention of the Jet Engine. Crowood Press. ISBN 1-85310-860-X.
  • David S Brooks (1997). Vikings at Waterloo: Wartime Work on the Whittle Jet Engine by the Rover Company. Rolls-Royce Heritage Trust. ISBN 1-872922-08-2

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]








ApplySandwichStrip

pFad - (p)hone/(F)rame/(a)nonymizer/(d)eclutterfier!      Saves Data!


--- a PPN by Garber Painting Akron. With Image Size Reduction included!

Fetched URL: https://ms.wikipedia.org/wiki/Enjin_jet

Alternative Proxies:

Alternative Proxy

pFad Proxy

pFad v3 Proxy

pFad v4 Proxy