Content-Length: 105426 | pFad | https://ms.wikipedia.org/wiki/Fakad

Fakad - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas Pergi ke kandungan

Fakad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Muka Basilika St. Peter yang tersergam dan bersejarah binaan Carlo Maderno di Kota Vatican.
Muka bangunan

Dalam konteks seni bina, muka[1] sesebuah bangunan (pinjam terjemah Inggeris[1] dan Perancis: façade "buka depan" pinjaman bahasa Itali facciata terbitan faccia "muka"[2]) secara amnya merupakan satu sisi luar sesebuah bangunan yang lazim tapi tidak semestinya) di bahagian hadapannya yang berhias.[3] Muka bangunan sering merupakan aspek bangunan terpenting dari segi reka bentuk yang menetapkan nada buat bangunan itu; pemahaman ini mula dikembangkan pada Zaman Pembaharuan melalui perbandingan mengias penampakan sesebuah bangunan kepada muka manusia yang sepadanan beralih dari kebiasaan Zaman Pertengahan yang menumpukan kepada "badan penting" binaan.

Dari segi kejuruteraan pula, muka bangunan juga penting ekoran impaknya terhadap penggunaan tenaga cekap.[4] Banyak muka binaan yang memiliki sejarah tersendiri, dan peraturan pengezonan tempatan ataupun undang-undang lain mengehad atau melarang pengubahsuaian muka.

  1. ^ a b "façade". Kamus Inggeris-Melayu Dewan. Dewan Bahasa dan Pustaka. 2012. m/s. 504. ISBN 9836222820.
  2. ^ "Etymologie de façade". Centre Nationale de Ressources de Textuelles et Lexicalles. 2012. Dicapai pada Oktober 2, 2023.
  3. ^ Chandrahera, Yuma; Pandanwangi, Ariesa (2021). Sejarah Seni Rupa, Desain & Arsitektur (Prasejarah - Renaissance). Syiah Kuala University Press. m/s. 131. ISBN 978-623-264-548-6.
  4. ^ Boswell, Keith. "Exterior Building Enclosures". John Wiley & sons, Inc, 2013, p. 11








ApplySandwichStrip

pFad - (p)hone/(F)rame/(a)nonymizer/(d)eclutterfier!      Saves Data!


--- a PPN by Garber Painting Akron. With Image Size Reduction included!

Fetched URL: https://ms.wikipedia.org/wiki/Fakad

Alternative Proxies:

Alternative Proxy

pFad Proxy

pFad v3 Proxy

pFad v4 Proxy