Content-Length: 198116 | pFad | https://ms.wikipedia.org/wiki/Friedrich_Nietzsche

Friedrich Nietzsche - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas Pergi ke kandungan

Friedrich Nietzsche

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Friedrich Nietzsche
Nietzsche di Basel, s. 1875
Kelahiran
Friedrich Wilhelm Nietzsche

(1844-10-15)15 Oktober 1844
Meninggal dunia25 Ogos 1900(1900-08-25) (umur 55)
WarganegaraJerman
Pusat pendidikan
EraFalsafah abad ke-19
FalsafahFalsafah Barat
Sekolah
InstitusiUniversiti Basel
Kepentingan utama
Idea cemerlang
Tandatangan

Friedrich Wilhelm Nietzsche (15 Oktober 1844 - 25 Ogos 1900) (Jerman: [fʁi ː ː dʁɪç vɪlhεlm ni tʃə]) adalah ahli falsafah dan filolog Jerman abad ke-19. Dia menulis teks-teks yang kritikal tentang agama, moral, budaya kontemporari, falsafah dan sains, menggunakan Bahasa Jerman dengan gaya tersendiri dan gemar menggunakan metafora, ironi dan pepatah.

Pengaruh Nietzsche kekal ketara di dalam dan di luar bidang falsafah, terutamanya di dalam Eksistensialisme dan pasca modernisme. Gaya dan soalan radikalnya tentang nilai dan objektiviti kebenaran menghasilkan banyak ulasan dan tafsiran, terutamanya di tradisi kebenuaan dan falsafah analisis.

Idea pentingnya termasuk tafsiran tragedi sebagai penegasan kehidupan, perulangan abadi (yang banyak ditafsirkan semula), penolakan terhadap Platonisme dan penolakan terhadap agama Kristian dan egalitarianisme (terutamanya dalam bentuk demokrasi dan sosialisme).

Nietzsche memulakan kerjayanya sebagai ahli filolog klasik sebelum berpaling kepada falsafah. Pada usia 24 tahun dia dilantik menjadi Ketua Filologi Klasik di Universiti Basel (yang termuda memegang jawatan ini), namun mengundurkan diri pada tahun 1879 kerana masalah kesihatan, yang dideritai sepanjang kehidupannya. Pada tahun 1889 dia menunjukkan gejala kegilaan, dan menghabiskan sisa hidupnya dalam penjagaan ibu dan saudara perempuannya hingga kematiannya pada tahun 1900.

Kepercayaan

[sunting | sunting sumber]

Nietzsche banyak menulis tentang bagaimana manusia harus menjalani kehidupan mereka. Dia menyerang sebahagian besar daripada idea-idea moral yang popular pada waktu itu kerana dia tidak percaya kepada apa yang dikatakan betul atau salah. Pada pendapatnya setiap orang harus menentukan nilai moral sendiri.

Dia juga sering menyerang nilai moraliti agama Kristian. Dia percaya bahawa nilai Kristian bahawa seseorang harus merasa kasihan ketika seseorang melihat kelemahan sebagai sia-sia. Menurut dia, orang-orang yang lemah bergantung pada kasih sayang orang lain sebagai cara untuk melindungi diri mereka sendiri. Nietzsche percaya bahawa orang harus menjadi lebih kuat daripada itu.

Dia berpendapat bahawa orang harus sangat menyedari diri mereka dan dunia nyata di mana mereka hidup. Dia memberitahu pembacanya untuk tidak hidup di dalam lamunan atau membuat keputusan berdasarkan fikiran yang tidak realistik.

Nietzsche menganggap dunia saling kait mengait termasuk manusia dan alam. He invented the idea of the "will to power". Dia mencipta idea tentang "keinginan untuk berkuasa". Mengikut idea ini, setiap orang dan segala sesuatu berusaha untuk mengatasi diri sendiri, atau kalahan atau menguasai dirinya sendiri. Oleh kerana itu, jika dunia ini hanya satu perkara, ini adalah kuasa yang menggerakkan dunia.

Nietzsche berpendapat bahawa manusia akan berjaya mengatasi diri mereka sendiri, dan dia berpendapat apabila manusia berjaya melakukannya, mereka akan menjadi berbeza dan lebih baik. Beliau menamakan orang yang akan melakukan perkara ini suatu hari nanti sebagai seorang "superman" (atau "Übermensch" dalam bahasa Jerman). Dia berpendapat bahawa "superman" akan menjadi lebih kuat daripada manusia normal, dan tidak dibatasi oleh idea-idea tentang yang benar dan salah.

  • Tuhan sudah mati
  • Übermensch (Superman)
  • Keinginan untuk berkuasa
  • Apollo & Dionysus
  • Moraliti Tuan & Hamba
  • Cinta Nasib
  • Perulangan abadi
  1. ^ Guyer, Paul; Horstmann, Rolf-Peter (2015). Zalta, Edward N. (penyunting). The Stanford Encyclopedia of Philosophy – melalui Stanford Encyclopedia of Philosophy.
  2. ^ Dale Wilkerson. "Friedrich Nietzsche". Internet Encyclopedia of Philosophy. ISSN 2161-0002. Retrieved 9 April 2018.
  3. ^ Brobjer, Thomas H. (2008). Nietzsche's Philosophical Context: An Intellectual Biography. University of Illinois Press. m/s. 149 n. 42. ISBN 978-0-252-03245-5.
  4. ^ "Der Philosoph Philipp Mainländer entdeckt das Nirwanaprinzip: Die Welt als Gottes Selbstmordprojekt". Neue Zürcher Zeitung. 15 March 2003. Immerhin hat kein Geringerer als Friedrich Nietzsche, solange er wie Mainländer Schopenhauer verehrte, den philosophischen Mitjünger gewürdigt (beider Lektüreerlebnis gleicht als Erweckung dem augustinischen "Nimm, lies" bis ins Detail).
  5. ^ Michael N. Forster. After Herder: Philosophy of Language in the German Tradition. Oxford University Press. 2010. p. 9.








ApplySandwichStrip

pFad - (p)hone/(F)rame/(a)nonymizer/(d)eclutterfier!      Saves Data!


--- a PPN by Garber Painting Akron. With Image Size Reduction included!

Fetched URL: https://ms.wikipedia.org/wiki/Friedrich_Nietzsche

Alternative Proxies:

Alternative Proxy

pFad Proxy

pFad v3 Proxy

pFad v4 Proxy