Content-Length: 232573 | pFad | https://ms.wikipedia.org/wiki/Heroin

Heroin - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas Pergi ke kandungan

Heroin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Ubat atau diasetilmorfin (INN) ialah opiod separa-tiruan yang merupakan terbitan 3,6-diasetil (oleh itu, heroin ialah diasetilmorfin) yang disintesiskan daripada morfina melalui proses pengasetila.

Bentuk hablur putih biasanya merupakan garam hidroklorida, iaitu diasetilmorfin hidroklorida. Heroin sangat menagihkan, dan pengingesan kronik mengakibatkan toleran yang agak tinggi berbanding bahan-bahan yang lain, walaupun penggunaan sekali sekala tanpa sebarang simptom penarikan pernah diperhatikan. [1][2]

Secara antarabangsa, heroin dikawal di bawah Jadual I dan IV bagi Konvensyen Tunggal Drug Narkotik.[3] Pengeluaran, pemilikan, atau penjualan heroin di Amerika Syarikat adalah haram, tetapi di bawah nama diamorfina, heroin ialah drug preskripsi yang sah di United Kingdom.


Heroin disintesiskan buat pertama kali pada tahun 1874 oleh C.R. Alder Wright, seorang ahli kimia British yang bertugas di Pusat Pengajian Hospital St. Mary, London dan yang banyak menguji kaji terhadap penggabungan morfina dengan berbagai-bagai asid. Setelah mendidih alkaloid morfina kontang dengan asetik anhidrida selama beberapa jam, beliau menghasilkan satu bentuk morfina berasetilat yang lebih poten dan yang kini digelarkan diasetilmorfin. Sebatian itu dihantar ke F.M. Pierce dari Kolej Owens, Manchester, untuk analisis. Pierce melaporkan yang berikut kepada Wright:

Dos-dos... disuntik secara subkutaneus pada anak-anak anjing dan arnab... dengan keputusan berikut... kelesuan, ketakutan, dan kantuk menyusul pemberian dengan laju, mata peka dan anak mata membeliak, banyak peliuran diakibatkan dalam anjing, dan sedikit kecenderungan untuk memuntah dalam beberapa kes, tetapi tiada sebarang kes emesis. Pernafasan pada mula-mulanya dipercepatkan, tetapi kemudian berkurang, dan tindakan jantung dikurangkan serta menjadi tidak nalar. Keupayaan terhadap pengkoordinatan pergerakan otot amat dikurangkan, dengan kehilangan kekuatan di bahagian pelvis dan anggota belakang, bersama-sama dengan pengurangan suhu di rektum sebanyak lebih kurang 4° (gagal rektum).[4]


Heroin BayerTM

Felix Hoffmann dari syarikat Bayer di Elberfeld, Jerman, mencipta heroin sebagai ubat, 11 hari selepas beliau mereka aspirin. Takut akan kesan-kesan sampingan aspirin, Bayer mendaftarkan heroin sebagai cap dagangan. Nama "heroin" mungkin berasal daripada heroisch, sepatah perkataan Jerman yang bermaksud "sungguh berani", dan telah dipilih kerana kajian-kajian luar mendapati bahawa orang-orang yang menggunakan ubat ini berasa "sungguh berani".

Dari tahun 1989 hingga 1910, heroin dipasarkan sebagai pengganti morfina tak menagihkan serta ubat batuk untuk kanak-kanak. Bayer memasarkan heroin sebagai "rawatan" untuk penagihan morfina sebelum heroin didapati menjadi morfina dalam hati. Sebenarnya, semua opiat ditukarkan oleh hati manusia menjadi molekul yang serupa, dengan darjah kepekatan yang berbeza-beza dalam aliran darah. Bayer berasa malu dengan dapatan yang baru ini yang kini menjadi satu kesilapan besar bersejarah bagi syarikatnya [1]. Sebagaimana dengan aspirin, Bayer hilang sesetengah hak untuk cap dagangan heroin selepas Perang Dunia II.

Di Amerika Syarikat pada tahun 1914, Akta Cukai Narkotik Harrison diluluskan untuk mengawalkan penjualan dan penyedaran heroin. Undang-undang itu masih membenarkan heroin untuk dipreskripsikan dan dijual sebagai ubat. Disebabkan penagih-penagih sering masih dapat memperoleh bekalan heroin secara sah, Kongres Amerika Syarikat meluluskan undang-undang tambahan pada tahun 1924 untuk mengharamkan semua penjualan, pengimportan atau pengilangan heroin di Amerika Syarikat.

  1. ^ David Shewan, Phil Dalgarno (2005). "Bukti untuk penggunaan heroin secara terkawal? Tahap kesihatan negatif dan akibat sosial yang rendah di kalangan pengguna heroin di Glasgow yang tidak pernah menerima rawatan" (PDF). Jurnal Psikologi Kesihatan British. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2006-07-24. Dicapai pada 2006-08-01.
  2. ^ Hamish Warburton, Paul J Turnbull, Mike Hough (2005). "Penggunaan heroin sekali sekala dan secara terkawal: Tak bermasalah?". Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-09-26. Dicapai pada 2006-08-01.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  3. ^ "Daftar Kuning: Daftar Drug Narkotik di bawah Kawalan Antarabangsa" (PDF). Lembaga Kawalan Narkotik Antarabangsa. Disember 2004. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2012-05-10. Dicapai pada 5 Mei. Unknown parameter |accessyear= ignored (|access-date= suggested) (bantuan); Check date values in: |accessdate= (bantuan) URL rujukan = http://www.incb.org/incb/yellow_list.html
  4. ^ Wright, C.R.A. (2003-08-12). "Mengenai Tindakan Asid Organik dan Anhidridanya terhadap Alkaloid Asli". Diarkibkan daripada yang asal pada 2004-06-06. Dicapai pada 2006-08-01. Check date values in: |date= (bantuan) Nota: Ini adalah petikan beranotasi Wright, C.R.A. (1874). "Mengenai Tindakan Asid Organik dan Anhidridanya terhadap Alkaloid Asli". Jurnal Persatuan Kimia. 27: 1031–1043.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]


Untuk daftar pautan luar yang lengkap, sila lihat sumber kimia.










ApplySandwichStrip

pFad - (p)hone/(F)rame/(a)nonymizer/(d)eclutterfier!      Saves Data!


--- a PPN by Garber Painting Akron. With Image Size Reduction included!

Fetched URL: https://ms.wikipedia.org/wiki/Heroin

Alternative Proxies:

Alternative Proxy

pFad Proxy

pFad v3 Proxy

pFad v4 Proxy