Content-Length: 159683 | pFad | https://ms.wikipedia.org/wiki/Hindu_Kush

Hindu Kush - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas Pergi ke kandungan

Hindu Kush

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hindu Kush
Topografi Hindu Kush[1]
Titik tertinggi
PuncakTirich Mir
Ketinggian7,708 m (25,289 ka)
Koordinat36°14′45″N 71°50′38″E / 36.24583°N 71.84389°E / 36.24583; 71.84389
Geografi
Negara
RegionAsia Selatan dan Tengah
Induk banjaranHimalaya

Hindu Kush (Pashto dan Parsi: هندوکش, "perbatasan orang Hindu"[2][3][4]) ialah sebuah banjaran gunung dengan panjang kira-kira 800 kilometer dari pusat Afghanistan dan melalui utara Pakistan dan seterusnya Tajikistan dan China.[5][6] Perkataan Hindu Kush membawa makna bahawa pergunungan ini membahagikan golongan Aryan Hindu dari Asia Tengah. Banjaran ini disifatkan sebagai sempadan barat laut Asia Selatan.

Banjaran ini membentuk kawasan barat Kwaasan Himalaya Hindu Kush (Hindu Kush Himalayan Region, HKH)[7][8][9] serta kawasan paling barat bagi Pergunungan Pamir, Karakoram dan Himalaya. Banjaran ini memiliki banyak puncak bersalji dengan puncak tertinggi ialah Tirich Mir dengan ketinggian 7,708 meter di Khyber Pakhtunkhwa, Pakistan.

Pada zaman purba, golongan Hellenik Yunani memanggil pergunungan ini sebagai ""Paropamisadae" ketika lewat alaf pertama SM,[10] dan nama ini juga digunakan pada peta-peta dunia pada masa itu.[11] Nama "Hindu Kush" secara relatifnya ialah nama yang agak baharu. Menurut Ibn Battuta pada abad ke-14, nama Hindu Kush berasal daripada masalah banyak hamba Hindu yang terbunuh ketika melalui pergunungan ini ketika ke Turkestan dari India akibat suhu persekitaran yang amat dingin.[12]

Selain itu, terdapat dua kemungkinan lain bagi asal nama Hindu Kush. Satu asal-usul ialah pergunungan ini membahagikan penduduk Hindu di selatan Afghanistan dengan penduduk bukan Hindu di kawasan utara. Kemungkinan kedua ialah nama tersebut mungkin diterbitkan daripada bahasa Avesta purba yang bermaksud "gunung air".[2]

Banjaran ini terbentuk ketika pembentuk sebuah subbenua dari sebahagian Gondwana yang hanyut dari Afrika Timur pada kira-kira 160 juta tahun dahulu, yakni pada zaman Jurasik Pertengahan.[13][14] Subbenua India, Australia dan kepulauan Lautan Hindi hanyut ke arah timur laut dengan subbenua India berlanggar dengan plat Eurasia pada 55 juta tahun dahulu, ketika akhir Palaeocene. Perlanggaran ini menghasilkan banjaran Himalaya serta Hindu Kush.[15]

Banjaran ini masih aktif secara geologi, masih bertambah ketinggiannya,[16] dan mempunyai risiko gempa bumi seperti gempa bumi Hindu Kush 2015.

Hindu Kush ialah banjaran gunung yang ketara dengan kebanyakan puncak berada pada ketinggian antara 4,400 dan 5,200 meter dan ada yang lebih tinggi. Gunung-ganang Hindu Kush menjadi rendah apabila semakin ke barat. Di kawasan barat, yakni berdekatan Kabul, gunung-ganang mencapai ketinggian 3,500 ke 4,000 meter manakala di timur, ketinggian gunung-ganang mencapai 4,500 ke 6,000 meter. Ketinggian purata Hindu Kush ialah 4,500 meter.[17] Pergunungan ini mengalami ribut salji yang lebat.

Laluan pergunungan yang terendah ialah laluan Shibar Selatan pada ketinggian 2,700 meter, tempat banjaran berakhir. Lazimnya, laluan-laluan pergunungan lain berada pada ketinggian melebihi 3,700 meter dan boleh dilalui ketika akhir musim bunga dan sepanjang musim panas.[18]

Pelbagai laluan pergunungan melalui pergunungan ini lalu membentuk jaringan strategik kepada pengguna karavan. Laluan terpenting ialah Laluan Salang pada ketinggian 3,878 meter yang menghubungkan Kabul ke utara Afghanistan. Sebuah terowong telah dibina pada 1964 di laluan ini lalu membolehkan tempoh perjalanan sepanjang laluan ini disingkatkan. Terowong ini, Terowong Salang dibina dengan bantuan kewangan dan teknologi Soviet. Terowong ini kini berada di kawasan konflik bersenjata, dengan pelbagai pihak ingin mendapatkan kawalan terhadap terowong ini.[19]

  1. ^ Hindu Kush, Encyclopedia Iranica
  2. ^ a b R. W. McColl (2014). Encyclopedia of World Geography. Infobase Publishing. m/s. 413–414. ISBN 978-0-8160-7229-3.
  3. ^ Allan, Nigel (2001). "Defining Place and People in Afghanistan". Post-Soviet Geography and Economics. 8. 42 (8): 546. doi:10.1080/10889388.2001.10641186.
  4. ^ Encyclopedia Americana. 14. 1993. m/s. 206.
  5. ^ Mike Searle (2013). Colliding Continents: A geological exploration of the Himalaya, Karakoram, and Tibet. Oxford University Press. m/s. 157. ISBN 978-0-19-165248-6., Quote: "The Hindu Kush mountains run along the Afghan border with the North-West Frontier Province of Pakistan".
  6. ^ George C. Kohn (2006). Dictionary of Wars. Infobase Publishing. m/s. 10. ISBN 978-1-4381-2916-7.
  7. ^ "Hindu Kush Himalayan Region". ICIMOD. Dicapai pada 17 October 2014.
  8. ^ Elalem, Shada; Pal, Indrani (2015). "Mapping the vulnerability hotspots over Hindu-Kush Himalaya region to flooding disasters". Weather and Climate Extremes. 8: 46–58. doi:10.1016/j.wace.2014.12.001.
  9. ^ "Development of an ASSESSment system to evaluate the ecological status of rivers in the Hindu Kush-Himalayan region" (PDF). Assess-HKH.at. Dicapai pada 6 September 2015.
  10. ^ Vogelsang, Willem (2002). The Afghans. Wiley-Blackwell. ISBN 978-0-631-19841-3. Dicapai pada 22 August 2010.
  11. ^ Vogelsang, Willem (2002). The Afghans. Wiley-Blackwell. ISBN 978-0-631-19841-3. Dicapai pada 22 August 2010.
  12. ^ Ibn Battuta; Samuel Lee (Translator) (2010). The Travels of Ibn Battuta: In the Near East, Asia and Africa. Cosimo (Reprint). m/s. 97–98. ISBN 978-1-61640-262-4.; Columbia University Archive
  13. ^ Robert Wynn Jones (2011). Applications of Palaeontology: Techniques and Case Studies. Cambridge University Press. m/s. 267–271. ISBN 978-1-139-49920-0.
  14. ^ Hinsbergen, D. J. J. van; Lippert, P. C.; Dupont-Nivet, G.; McQuarrie, N.; Doubrovine; dll. (2012). "Greater India Basin hypothesis and a two-stage Cenozoic collision between India and Asia". Proceedings of the National Academy of Sciences. 109 (20): 7659–7664, for geologic Indian subcontinent see Figure 1. Bibcode:2012PNAS..109.7659V. doi:10.1073/pnas.1117262109. PMC 3356651. PMID 22547792.
  15. ^ S. Mukherjee; R. Carosi; P.A. van der Beek; dll. (2015). Tectonics of the Himalaya. Geological Society of London. m/s. 55–57. ISBN 978-1-86239-703-3.
  16. ^ Martin Beniston (2002). Mountain Environments in Changing Climates. Routledge. m/s. 320. ISBN 978-1-134-85236-9.
  17. ^ Scott-Macnab, David (1994). On the roof of the world. London: Reader's Digest Assiciation Ldt. m/s. 22.
  18. ^ Frank Clements (2003). Conflict in Afghanistan: A Historical Encyclopedia. ABC-CLIO. m/s. 109–110. ISBN 978-1-85109-402-8.
  19. ^ History of Environmental Change in the Sistan Basin, UNEP, United Nations, pages 5, 12-14

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]


  • Kategori berkenaan Hindu Kush di Wikimedia Commons








ApplySandwichStrip

pFad - (p)hone/(F)rame/(a)nonymizer/(d)eclutterfier!      Saves Data!


--- a PPN by Garber Painting Akron. With Image Size Reduction included!

Fetched URL: https://ms.wikipedia.org/wiki/Hindu_Kush

Alternative Proxies:

Alternative Proxy

pFad Proxy

pFad v3 Proxy

pFad v4 Proxy