Content-Length: 115498 | pFad | https://ms.wikipedia.org/wiki/Hoplites

Hoplites - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas Pergi ke kandungan

Hoplites

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kelengkapan seorang hoplites dari Athens purba

Hoplites ([hop.li.tés], serapan Bahasa Yunani Kuno: ὁπλίτης) merupakan askar yang dipilih dalam kalangan warga merdeka[1] negara-negara kota Yunani Purba (termasuk di Athens, Argos, Thebes dan Siracusa[2][3]) membentuk balatentera yang menjaga keamanan kota-kota tersebut.[4]

Kebanyakan askar-askar ini melengkapkan diri dengan baju zirah gangsa[1] selain dipersenjatakan dengan lembing dan perisai. Mereka membentuk kelompok sebilangan kecil askar yang boleh disusun dalam formasi segi empat phalanx yang saling menguatkan sesama askar kumpulan lalu menyukarkan askar bertindak sendirian.[5] Banyak askar-askar ini kurang mendapat latihan pakar yang secukupnya.

Kelengkapan

[sunting | sunting sumber]

Pertahanan

[sunting | sunting sumber]

Senjata utama dipakai para askar ini ialah suatu tombak bernama doru (δόρυ) dengan panjang 2.5–4.5-meter (8.2–14.8 ka) dan diameter seluas 2.5-sentimeter (1 in). Mata ia berbentuk daun yang melengkung manakala hujung tombaknya mempunyai pancang bernama sauroter yang membolehkan ia disangga menegak; pancang ini turut boleh digunakan sebagai senjata segera sekiranya doru ini patah. Doru dipegang dengan tangan kanan di mana ia merendah semasa mendekati lawan sebelum ia diangkat apabila mencapai jarak yang sesuai.

Suatu pedang kontot juga dipakai bernama xiphos untuk menyerang dalam ruang yang sempit atau menyukarkan penggunaan pedang biasa. Bilah xiphos ini lazim berukuran sepanjang 60 sentimeter (24 in); pedang jenis Sparta pula sekitar 30–45 sentimeter.

Perkembangan

[sunting | sunting sumber]

Di Sparta

[sunting | sunting sumber]

Di Makedonia

[sunting | sunting sumber]

Zaman keyunanian lanjut

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ a b Gat, Azar (2006). War in Human Civilization. New York, NY: Oxford University Press. m/s. 295–98. ISBN 978-0199236633.
  2. ^ Lawrence A. Tritle (23 Jun 2014). Phocion the Good (Routledge Revivals). Routledge. m/s. 77–8. ISBN 978-1-317-75050-5.
  3. ^ Daniel J. Geagan (9 September 2011). Inscriptions: The Dedicatory Monuments. American School of Classical Studies at Athens. m/s. 94. ISBN 978-1-62139-001-5.
  4. ^ Cartwright, Mark (9 February 2013). "Hoplite". Ancient History Encyclopedia. Dicapai pada 1 December 2016.
  5. ^ Neer, Richard T. (2012). Art & Archaeology of the Greek World: A New History, C. 2500-c. 150 BCE. New York: Thames & Hudson. m/s. 95. ISBN 9780500288771. OCLC 745332893.








ApplySandwichStrip

pFad - (p)hone/(F)rame/(a)nonymizer/(d)eclutterfier!      Saves Data!


--- a PPN by Garber Painting Akron. With Image Size Reduction included!

Fetched URL: https://ms.wikipedia.org/wiki/Hoplites

Alternative Proxies:

Alternative Proxy

pFad Proxy

pFad v3 Proxy

pFad v4 Proxy