Content-Length: 143092 | pFad | https://ms.wikipedia.org/wiki/Melody_Time

Melody Time - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas Pergi ke kandungan

Melody Time

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Melody Time
PengarahJack Kinney
Clyde Geronimi
Hamilton Luske
Wilfred Jackson
PenulisWinston Hibler
Harry Reeves
Ken Anderson
Erdman Penner
Homer Brightman
Ted Sears
Joe Rinaldi
William Cottrell
Jesse Marsh
Art Scott
Bob Moore
John Walbridge
Dihasilkan olehWalt Disney
DibintangiRoy Rogers
Trigger
Dennis Day
The Andrews Sisters
Fred Waring and the Pennsylvanians
Freddy Martin
Ethel Smith
Frances Langford
Buddy Clark
Bob Nolan
Sons of the Pioneers
The Dinning Sisters
Bobby Driscoll
Luana Patten
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehRKO Radio Pictures, Inc.
Tarikh tayangan
27 Mei 1948 (1948-05-27)
Masa tayangan
75 minutes
BahasaEnglish

Melody Time (Masa untuk Melodi) ialah sebuah filem animasi yang dihasilkan oleh Walt Disney dan diedarkan kepada pawagam oleh RKO Radio Pictures pada 27 Mei 1948. Filem in terdiri daripada serantaian aneka cerita yang diiringi muzik popular dan muzik rakyat, sama seperti Make Mine Music yang merupakan versi muzik pop bagi Fantasia (sebuah filem bercita-cita tinggi yang kurang disambut baik sewaktu mula-mula ditayangkan). Biarpun tidak menyaingi pencapaian seni Fantasia, namun Melody Time mendapat sambutan yang memuaskan. Ia merupakan filem animasi cetera yang kesepuluh dalam siri Walt Disney Animated Classics dan filem pakej yang keenam selepas Fantasia, Saludos Amigos, The Three Caballeros, Make Mine Music, dan Fun and Fancy Free.

Segmen filem

[sunting | sunting sumber]

Melody Time terdiri daripada tujuh segmen:

Once Upon a Wintertime

[sunting | sunting sumber]

Segmen ini menampilkan Frances Langford yang menyanyi sebuah lagu tentang sepasang kekasih muda pada bulan Disember. Si jejaka menunjuk-nunjuk kehebatan meluncur ais di hadapan teman wanitanya, tetapi tragedi hampir berlaku tetapi mujurnya diselamatkan dengan cepat. Seperti dengan segmen-segmen lain dalam filem-filem pakej ini, Once Upon a Wintertime dikeluarkan secara berasingan pada 17 September 1954.[1] Filem pendek ini juga ditampilkan dalam Very Merry Christmas Songs dalam siri Disney Sing Along Songs, sebagai filem latar untuk lagu "Jingle Bells".

Bumble Boogie

[sunting | sunting sumber]

Segmen ini mempersembahkan igauan yang luar alam nyata yang dialami oleh seekor kumbang dengung yang cuba melarikan diri dari kegilaan visual dan muzik. Muziknya merupakan Flight of the Bumblebee gubahan asal Rimsky-Korsakov versi swing-jazz yang disumbangkan oleh Freddy Martin dan orkestranya (dengan Jack Fina yang bermain piano) dan pernah dipertimbangkan untuk disertakan dalam filem Fantasia.

The Legend of Johnny Appleseed

[sunting | sunting sumber]

Segmen ini merupakan adaptasi kisah John Chapman yang menghabiskan riwayatnya dengan menjelajahi Amerika Barat Tengah (khususnya negeri Illinois dan Indiana) pada zaman peneroka, dan menanam pokok epal, maka diberi nama timangan "Appleseed". Dennis Day menceritakan dan mempersuarakan semua watak kecuali malaikat yang dipersuarakan oleh Dallas McKennon (tanpa penghargaan). Segmen ini dikeluarkan secara berasingan pada 25 Disember dengan tajuk Johnny Appleseed.[2]

Little Toot

[sunting | sunting sumber]

Segmen ini berdasarkan cereka Little Toot oleh Hardie Gramatky yang mengisahkan sebuah kapal tunda yang ingin menjadi seperti ayahnya, Big Toot, tetapi seringkali berbuat nakal. Nyanyian disumbangkan oleh The Andrews Sisters.

Segmen ini merupakan pengucapan sajak terkenal oleh Alfred Joyce Kilmer oleh Fred Waring and the Pennsylvanians dengan latar lirik yang disampaikan dari semusim ke semusim.

Blame It on the Samba

[sunting | sunting sumber]

Segmen ini menyaksikan Donald Duck dan José Carioca bertemu dengan Aracuan Bird yang memperkenalkan nikmat samba kepada mereka. Ia diiringi oleh lagu polka Apanhei-te, Cavaquinho (1914) oleh Ernesto Nazareth dengan seni kata bahasa Inggers, nyanyian The Dinning Sisters dengan alunan organ oleh Ethel Smith.

Pecos Bill

[sunting | sunting sumber]

Segmen terakhir ini mengisahkan wira handalan dari Texas iaitu Pecos Bill, koboi terhebat yang pernah bernafas di dunia, bersama kudanya Widowmaker, dan percintaannya dengan wanita yang dikenali sebagai Slue-Foot Sue. Versi ini diceritakan oleh Roy Rogers, Bob Nolan, dan Sons of the Pioneers dengan lakon suara Bobby Driscoll dan Luana Patten. Segmen ini disunting untuk keluaran video NTSC (bukan PAL) untuk memotong semua babak Bill merokok. Seluruh babak Bill menyalakan rokok dengan panahan petir turut digugurkan bersama semua babak lain yang mana Bill menggonggong rokok.[3]

  1. ^ "Melody Time" (dalam bahasa Perancis). Dicapai pada 2010-12-03.
  2. ^ "Johnny Appleseed" (dalam bahasa Perancis). Dicapai pada 2010-12-03.
  3. ^ http://www.ultimatedisney.com/melodytime.html

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]








ApplySandwichStrip

pFad - (p)hone/(F)rame/(a)nonymizer/(d)eclutterfier!      Saves Data!


--- a PPN by Garber Painting Akron. With Image Size Reduction included!

Fetched URL: https://ms.wikipedia.org/wiki/Melody_Time

Alternative Proxies:

Alternative Proxy

pFad Proxy

pFad v3 Proxy

pFad v4 Proxy