Content-Length: 118939 | pFad | https://ms.wikipedia.org/wiki/Moctezuma_II

Moctezuma II - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas Pergi ke kandungan

Moctezuma II

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Moctezuma Xocoyotzin
Penguasa de facto perikatan Aztek
Gambaran Moctezuma II dari Historia de la conquista de México karya Antonio de Solis
Raja Tenochtitlán ke-9
Pemerintahan1502 or 1503–1520
Didahului olehAhuitzotl
Diikuti olehCuitláhuac
Keputeraans. 1466
Kemangkatan29 Jun 1520 (berumur 53–54)
Tenochtitlan, Mexico
PasanganTeotlalco
Tlapalizquixochtzin
AnakandaIsabel Moctezuma
Pedro Moctezuma
Mariana Leonor Moctezuma
Chimalpopoca
Tlaltecatzin
AyahandaAxayacatl
BondaXochicueyetl

Moctezuma Xocoyotl (s. 1466 – 29 Jun 1520) atau lebih dikenali ringkasnya sebagai Moctezuma II adalah Maharaja ke-9 memerintah Tenochtitlan; baginda merupakan putera bongsu kepada Maharaja Axacatatl.

Pemerintahan baginda diamati cekap dan ganas tanpa belas kasihan di mana ia menyaksikan penggandaan luas pengaruh Tamadun Aztek paling memuncaknya serata tanah Mexico,[1] giat mengupacara korban tawanan perang yang banyak serta perombakan sistem sosial kepada pengutamaan dan pengasingan suatu golongan bangsawan berbanding golongan kebanyakan.[1] Namun, dengan bertembungnya tamadun baginda dengan orang-orang asing dari tanah jauh yang berjaya menakluk kerajaan baginda telah melemahkan kedudukannya.[2]

Keputeraan

[sunting | sunting sumber]

Apabila Ahuitzot mati, dewan bangsawan memilih pelajar teologi ini yang walaupun muda dianggap penuh potensi untuk ditabalkan sebagai maharaja berikutnya. Ini adalah Moctezuma Xocoyotl, nama akhirnya bererti "yang lebih muda."

Maharaja muda ini dengan segera menunjukkan tanda-tanda pemerintah yang berkaliber. Sering berkempen dihadapan angkatan tenteranya, baginda memenangi empatpuluh tiga pertempuran menumpaskan musuhnya yang beroperasi di kawasan selatan kerajaan Aztek.

Moctezuma merupakan pemerintah yang tegas dalam bidang dalaman. Baginda membina dan menghias kuil dan menyediakan bekalan air bersih pada ibu kotanya di Tenochtitlán dengan membina akuaduk berkembar. Untuk menggalakkan kepatuhan kepada undang-undang, baginda berpaling kepada menggunakan taktik cuba memberi rasuah kepada hakim bagi menentukan keikhlasan mereka. Baginda turut merayau dijalanan dengan menyamar bagi menentukan undang-undangnya dipatuhi.

Pertembungan dengan orang Sepanyol

[sunting | sunting sumber]

Apa yang menyebabkan kejatuhan Moctezuma boleh diringkaskan kepada satu perkara: kepercayaan karut agamanya. Dihantui oleh kepercayaan karut dan sebagai seorang pelajar teologi, baginda kenal benar dengan legenda Quetzalcoatl, dewa Aztek yang dipercayai akan pulang ke Mexico sebagai seorang kulit putih yang berjanggut. Moctezuma sangat yakin bahawa kepulangan dewa ini akan menandakan kejatuhan empayarnya.

Oleh itu, sebaik sahaja baginda dapat tahu tentang pendaratan tentera Sepanyol (yang berjanggut dan berkulit putih) di Veracruz, Moctezuma dilanda dilema. Beliaupun mengadakan perjumpaan dengan penasihat tertingginya, termasuk konconya iaitu Raja Cacama dari Texcoco. Namun mesyuarat ini telah menemui jalan buntu, kerana setengahnya mahu menentang tentera Cortés, manakala yang setengah lagi mahu melayan penceroboh ini sebagai dewa.

Akhirnya, Moctezuma telah membuat keputusan yang tidak tepat: iaitu dengan cara memberi rasuah kepada Cortés untuk meninggalkan Mexico iaitu dengan menghantar hadiah berbentuk emas kepadanya. "Ini hanya mendedahkan kekayaannya serta kelemahannya," tulis William H. Prescott, ahli sejarah penaklukan Mexico yang tersohor pada abad ke-l9. Cortés mempunyai sikap yang berani, mungkin kerana keinginannya yang mendalam untuk menakluki Mexico. Apabila diberitahu oleh perwakilan Moctezuma yang Moctezuma enggan bertemu dengannya Cortés menjawab dengan angkuhnya bahawa dia tidak akan meninggalkan Mexico selagi tidak dia tidak pergi ke Tenochtitlán untuk memberi penghormatan kepada Maharaja tersebut. Sebagai tanda kesungguhannya, dia telah mengarahkan kesemua kapal (kecuali satu) untuk dibakar dan dimusnahkan.

Tindakan drastik ini telah menambahkan ketakutan Moctezuma. Baginda akhirnya menjemput Cortés untuk masuk ke ibukota Tenochtitlán pada 12 November, 1519. Disamping itu, baginda telah membenarkan Cortés dan beberapa pembantunya untuk memasuki mahligai dirajanya. Cortéspun mengambil kesempatan ini untuk menahan Moctezuma di tempatnya sendiri dengan alasan baginda telah mengarahkan kaumnya dipesisiran pantai untuk menyerang garrison Sepanyol di Veracruz.

Pihak Sepanyol kini mempunyai tebusan yang berharga. Walaupun ditahan dan ditindas Moctezuma masih menyanjungi penculik ini. Malah baginda menerima segala permintaan mereka seperti membersihkan tempat korban, menaikkan salib di kuil, menrima agama Kristian dan juga patuh kepada Raja Sepanyol ketika itu iaitu Raja Charles V. Tindakannya itu telah menimbulkan kemarahan rakyatnya.

Untuk menambahkan masalah, Cortés menerima berita buruk bahawa satu pasukan Sepanyol telah dihantar oleh Velázquez untuk menangkapnya kerana mengingkari perintahnya iaitu tidak menakluki negara Mexico. Baginda mengamanahkan pentadbiran ibukota itu kepada leftenannya yang dipercayai iaitu leftenan Pedro de Alvarado. Lalu, dia dan askarnya bergerak ke arah expedisi Cuba dan menewaskan mereka yang dipimpin oleh Pánfilo de Narváez. Cortés kemudiannya mengkhabarkan kepada pihak yang kalah tentang ibukota emas di Tenochtitlán, dan mereka bersetuju untuk menyertai tentera Cortés.

Apabila Cortés kembali ke ibukota itu, baginda mendapati Alvarado dan askarnya telah membunuh secara beramai-ramai kesemua bangsawan Aztek dan mereka yang masih hidup telah menabalkan maharaja yang baru iaitu Cuitláhuac. Alvarado telah membuat demikian kerana menyangka upacara keagamaan mereka itu sebagai satu pemberontakan. Cuitláhuac kemudiannya mengarahkan perwiranya untuk mengepung mahligai yang diduduki oleh pihak Sepanyol dan Moctezuma. Cortés tiada pilihan lain dan terpaksa meminta Moctezuma untuk bercakap dianjung mahligai kepada rakyatnya dan mendesak mereka untuk membiarkan askar Sepanyol keluar secara aman. Namun demikian, rakyatnya sudah benci dengan baginda terutama sekali selepas mencemarkan agama mereka dengan menaikkan salib di kuil mereka dan juga pembunuhan yang diarahkan oleh Alvarado. Lalu merekapun mengejeknya dan membaling batu-batu besar kearahnya. Akibatnya Moctezuma menerima kecederaan yang teruk dikepalanya. Cortés bersama-sama La Malinche cuba untuk berunding dengan puak yang menentangnya tetapi perundingan itu berakhir apabila maharaja itu mangkat dua minggu selepas itu pada 30 Jun, 1520.

  1. ^ a b Hassig, Ross (1988). Aztec warfare: imperial expansion and political control. Civilization of the American Indian series, no. 188. Norman: University of Oklahoma Press. m/s. 231. ISBN 0-8061-2121-1. OCLC 17106411.
  2. ^ Williamson, Edwin (1992). The Penguin history of Latin America. New York: Penguin Books. m/s. 18. ISBN 0-14-012559-0. OCLC 29998568.








ApplySandwichStrip

pFad - (p)hone/(F)rame/(a)nonymizer/(d)eclutterfier!      Saves Data!


--- a PPN by Garber Painting Akron. With Image Size Reduction included!

Fetched URL: https://ms.wikipedia.org/wiki/Moctezuma_II

Alternative Proxies:

Alternative Proxy

pFad Proxy

pFad v3 Proxy

pFad v4 Proxy