Content-Length: 124667 | pFad | https://ms.wikipedia.org/wiki/Orang_Maori

Orang Maori - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas Pergi ke kandungan

Orang Maori

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Māori
Hinepare dari Ngāti Kahungunu, c1890
Jumlah penduduk
kira-kira. 660,000
Kawasan ramai penduduk
 New Zealand565,329 (etnik)
643,977 (keturunan)[1]
 Australia72,956 (keturunan)[2]
 United Kingdomkira-kira. 8,000[3]
 Amerika Syarikatkira-kira. 3,500[4]
 Kanada1,305[5]
Wilayah lainkira-kira. 8,000[3]
Bahasa
Māori, Inggeris
Agama
Agama Māori, Kristian
Kumpulan etnik berkaitan
lain-lain orang Polinesia,
Orang Austronesia

Orang Māori merujuk kepada sebuah bangsa Polinesia yang terdapat di New Zealand yang mengamalkan budaya dan bahasa mereka yang tersendiri. Dalam bahasa Maori , istilah Maori bermaksud normal, semula jadi atau biasa. Dalam cerita legenda dan tradisi lisan di kalangan masyarat itu, istilah Maori juga merujuk kepada semangat 'wairua'. Maori berkait-rapat dengan bahasa Polinesia , Mouli di Kepulauan Hawai, Maoli di Kepulauan Cook yang mempunyai maksud yang sama. Dalam bahasa Inggeris, maori bermaksud asli atau asal. Negara New Zealand menubuhkan Jabatan Hal Ehwal Orang Maori pada tahun 1947. Apabila disebut Maori di New Zealand, ia lebih merujuk kepada hal ehwal tanah yang diiktiraf sah oleh perlembagaan negara New Zealand yang dimiliki oleh orang Maori. Masyarakat ini menggelarkan diri sesama mereka dengan istilah tangata whenua "orang benua".[6]

Penari tarian Mouri mengadakan persembahan di sebuah hotel di Ipoh, Perak

Sebelum 1974 penentuan seseorang itu orang Maori atau tidak ditentukan berdasarkan pengakuan sahaja . Tetapi selepas ramai rakyat New Zealand inginkan keistimewaan sebagai orang Maori, Akta Hal Ehwal Maori 1974 (Pindaan) telah digubal. Kini, seseorang itu didaftar sebagai Maori jika mengamalkan kebudayaan Maori dan mempunyai hubungan darah dengan ibu bapa atau moyangnya Maori. Hal ini menimbulkan kontroversi dan bantahan dari pelbagai penjuru . Contohnya kes melibatkan Christian Cullen pada tahun 2003 . Tribunal Waitangi diwujudkan bagi membicarakan hal ehwal Maori. Sebenarnya ramai orang Maori di New Zealand kini bukanlah orang Maori yang sebenar. Perkara ini telah dibangkitkan oleh Don Brash dari Parti Kebangsaan .

Asal-usul

[sunting | sunting sumber]

Hasil kajian Sutton pada 1994 berdasarkan bukti arkeologi dan lingustik menunjukkan gelombang penghijrahan orang Maori berkembang dari keturunan Polinesia yang berada di kepulauan Hawai dan lain-lain pada 800 hingga 1300 .

Kebudayaan orang Maori amat mirip dengan orang Polinesia di beberapa tempat lain.

Interaksi dengan orang Eropah sebelum 1840

[sunting | sunting sumber]

Sejarawan New Zealand , Michael King dalam bukunya The Penguin History Of New Zealand menyatakan orang Maori sebagai 'kelompok manusia yang belum pernah disentuh oleh dunia luar'.

Penjelajah Eropah seperti Abel Tasman yang tiba pada 1642 dan Kapten Cook yang tiba pada 1769 telah melaporkan akan kewujudan orang Maori di New Zealand.Mereka melaporkan wajah orang Maori menyerupai gaya seorang pahlawan dan kelihatan garang sekali. Apabila berlaku peperangan antara puak, akan ada yang dijadikan makanan atau diperhambakan.

Seawal 1980an , orang Maori dikenali sebagai pemburu ikan paus dan pemburu anjing laut. Sesetengah orang Maori menjadi kelasi kapal penjelajah Eropah.

Tanggapan pertama orang Eropah terhadap Orang Māori, pada "Teluk Golden"
Meri Te Tai Mangakāhia adalah ahli pergerakan Kotahitanga pada tahun 1890, beliau pejuang hak mengundi yang sama untuk kaum wanita di Parlimen Māori
Pembukaan Parlimen Māori di Pāpāwai, Greytown, 1897, Richard John Seddon turut kelihatan hadir.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Statistik New Zealand (2007). 2006 Census Data: QuickStats About Māori (disemak)
  2. ^ Table 2.1, p 12, in Australian Bureau of Statistics (2004). Australians' Ancestries: 2001PDF (2.01 MiB). Canberra: Australian Bureau of Statistics, Catalogue Number 2054.0.
  3. ^ a b Walrond, Carl (2005). Māori overseas - England, the United States and elsewhere, Te Ara - the Encyclopedia of New Zealand.
  4. ^ New Zealand-born figures from the 2000 U.S. Census; sum of "Native Hawaiian and Other Pacific Islander" and people of mixed race. United States Census Bureau (2003). Census 2000 Foreign-Born Profiles (STP-159): Country of Birth: New ZealandPDF (103 KiB). Washington, D.C.: U.S. Census Bureau.
  5. ^ Statistics Canada (2003). Ethnic Origin (232), Sex (3) and Single and Multiple Responses (3) for Population, for Canada, Provinces, Territories, Census Metropolitan Areas and Census Agglomerations, 2001 Census - 20% Sample Data. Ottawa: Statistics Canada, Cat. No. 97F0010XCB2001001.
  6. ^ Rawiri Taonui (5 Mei 2011). 'Ngā tuakiri hōu – new Māori identities'. Te Ara - the Encyclopedia of New Zealand, diakses 16 September 2023.








ApplySandwichStrip

pFad - (p)hone/(F)rame/(a)nonymizer/(d)eclutterfier!      Saves Data!


--- a PPN by Garber Painting Akron. With Image Size Reduction included!

Fetched URL: https://ms.wikipedia.org/wiki/Orang_Maori

Alternative Proxies:

Alternative Proxy

pFad Proxy

pFad v3 Proxy

pFad v4 Proxy