Guru Berkesan

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 9

Guru Berkesan (effective)

Setiap individu yang memilih profesion keguruan ini sebagai kerjaya pilihan yang
utama harus meningkatkan kualiti profesion keguruan ini di mata masyarakat.
Mereka perlu bekerja keras bagi memastikan objektif stiap pengajaran yang
dilakukan adalah untuk meningkatkan tahap pendidikan murid di bawah jagaannya
dan sekaligus mendapat pengiktirafan masyarakat. Kerja keras dan semangat
bekerja yang diberikan oleh golongan guru ini akan meningkatkan kualiti martabat
keguruan ke tahap yang sepatutnya seiring matlamat yang telah ditetapkan oleh
KPM.
Ramai orang inginkan kemajuan, peningkatan, kecemerlangan dan kegemilangan
seterusnya apa yang kita namakan sebagai kejayaan. Kejayaan pula berlaku dalam
banyak bentuk sama ada kejayaan peribadi, kejayaan organisasi atau pun kejayaan
kelompom dan komuniti. Kejayaan ini hanya boleh dicapai sekiranya setiap guru
berupaya untuk menjadi guru yang berkesan. Philip Van Hooser (1998) mendapati
bahawa ada tiga unsur penting dalam menentukan kejayaan. Tiga unsur ini berkait
rapat anatara satu sama lain dan ianya digelar sebagai Triangle of Success (yang
merangkumi ilmu pengetahuan, kemahiran dan sikap). Berikut adalah huraian
ringkas bagi setiap aspek yang berkenaan;
i.Ilmu Pengetahuan
Pengetahuan bukan dimanifestasikan oleh sijil, diploma dan ijazah yang akan
dimiliki oleh seseorang. Ilmu pengetahuan bukan satu ukuran yang tepat
berdasarkan angka gred mata purata atau dengan kekananan dan kelamaan
seseorang itu berada di tempat kerja. Pengetahuan sebenar ialah kefahaman
(understanding). Dalam sesuatu pengajaran, kefahaman terhadap apa yang
diperlukan dan dijangkakan oleh murid daripada guru merupakan pengetahuan
kerja yang praktikal. Pengetahuan ini akan menentukan keberkesanan pengajaran
yang akan dilaksanakan oleh guru berkenaan.
ii.Kemahiran
Pengetahuan dan kemahiran sama-sama penting. Kedua-duanya sangat diperlukan
bagi menentukan keberkesanan pengajaran guru. Ringkasnya, kemahiran sama erti
dengan aplikasi (application). Kebolehan mengaplikasi sesuatu konsep atau idea
kepada sesetengah taskmerupakan satu kelebihan kepada guru yang tidak dapat
dipertikaikan. Kemahiran-kemahiran khusus termasuklah keberanian
profesionalisme, ketegaran (decisiveness) dan kesabaran serta kemahiran
mendengar menjadi faktor penentu kepada keberkesanan pengajaran guru.
iii.Sikap
Sikap adalah kunci kepada segalanya. Sikap dapat disamakan dengan kehendak
(desire). Sesiapa jua boleh memiliki pengetahuan dan kemahiran yang tertentu bagi
melaksanakan perkara-perkara besar dan hebat, tetapi jika tanpa kehendak yang
mendorong dan mneggerakkan tingkah-laku dan perbuatan, maka hasil akhirnya
adalah potensi yang tidak dapat direalisasikan. Situasi di sekolah menunjuukkan
bahawa terdapat guru yang kurang pengetahuan dan kemahiran tetapi mereka
memiliki sikap, kehendak dan dorongan yang cukup kuat dapat mengatasi sebarang
halangan yang mereka hadapi dengan jayanya. Malah kadang-kadang guru yang
sebegini akan lebih mudah berhadapan dengan sebarang masalah dan dapat
menjalankan pengajaran dengan lebih berkesan.
Bagaimana dan apakah ciri-ciri yang dimaksudkan dengan seorang guru yang
berkesan itu? Bekas Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Dato Dr. Abdul Shukor
Abdullah menyenaraikan bahawa antara ciri-ciri guru berkesan sebagaimana
berikut;
i. Bersikap profesional
ii. Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori
iii. Kaya ilmu
iv. Bertindak di atas landasan etika dan tatasusila kerja
v. Bermoral teguh
vi. Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran
vii. Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa
viii.Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid-murid
ix. Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa
x. Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasan sebagai
pendidik unggul pada setiap masa
xi. Mempastikan situasi guru mengajar murid belajar wujud di dalam kelas
xii.Berupaya melahirkan persekolahan berwatak suapaya murid mempunyai
kekuatan ilmu, berpersonaliti sihat dan serba boleh.
xiii. Berupaya membina minda murid yang cemerlang akademik
xiv. Berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri
(bermoral, berakhlak mulia, berketerampilan, pandai menyesuaikan diri
dengan situasi tertentu)
xv. Taat dan setia terhadap perkhidmatannya, mempertahankan martabat
profesionnya.
xvi. Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan, bebas pendirian, tidak berbelah
bahagi
xvii. Profesional dan menumpukan perhatian kepada P&P di sekolah
Berdasarkan kepada ciri-ciri di atas, guru yang mempunyai sifat sabar yang tinggi,
mesra, bertimbang rasa, kesediaan mendengar, kesediaan menerima kritikan, rajin,
adil, periang dan berdedikasi akan mencerminkan personaliti diri seorang guru itu
untuk menjadi pendidik yang berkesan. Guru juga perlu mempunyai sifat yang
kreatif dan inovatif bagi membolehkan mereka menjadi guru yang berkesan. Sifat
kreatif dan inovatif yang ada pada seorang guru akan mewujudkan pengajaran yang
lebih menyeronokkan, diminati dan meninggalkan kesan kepada murid dan secara
tidak langsung mempengaruhi murid untuk terus belajar.
Seorang guru yang berkesan haruslah mengutamakan tanggungjawabnya terhadap
ilmu, kebajikan dan keselamatan muridnya (Mok Soon Sang, 2002). Kebiasaannya
mereka yang memikul tanggungjawab sebagai seorang guru disebabkan faktor
terpaksa tidak akan bertanggungjawab terhadap ilmu yang dimiliki, menjaga
kebajikan dan gagal meyampaikan pengajaran dengan berkesan.
Keadaan ini akan menyebabkan kesan negatif yang akan dilihat oleh masyarakat
sekeliling kepada bidang pekerjaan sebagai seorang guru (Prof. Dr. S. Nasution,
1995:61). Kesan negatif ini akan menimbulkan prasangka yang tidak baik oleh
masyarakat terhadap kerjaya sebagai seorang guru. Jika guru gagal menjadi guru
yang berkesan, maka ini akan mendatangkan masalah kepada proses pembelajaran
yang dijalankan di sekolah.
Selain itu untuk menjadi seorang guru yang berkesan, setiap guru harus mempunyai
budi pekerti termasuk berkelakuan sopan semasa bergaul dengan rakan-rakan
sejawat atau semasa menyertai aktiviti kemasyarakatan. Guru yang sentiasa
memelihara kemuliaan profesion keguruan ini akan mudah diterima oleh murid dan
akhirnya mereka akan menumpukan perhatian terhadap pengajaran yang dijalankan
oleh guru. Tumpuan yang diberikan oleh murid akan membolehkan guru berkenaan
menyampaikan pelajaran dengan berkesan. Guru pun bolehlah mengatur strategi
yang sesuai kerana mudah untuk mendapatkan kerjasama daripada murid
disebabkan murid berkenaan menyenangi sikap dan keterampilan yang ditonjolkan
oleh guru berkenaan.
Guru merupakan individu yang memainkan peranan untuk memberi fokus kepada
pemerolehan kemahiran dan ketermpilan di samping keperluan menerapkan nilai-
nilai murni dalam kalangan murid sekolah. Guru perlu bertanggungjawab untuk
memperbaiki segala kelemahan dan kekurangan dalam kalangan murid sama ada
dari aspek mental mahupun moral. Seorang guru yang berkesan akan mempunyai
sifat merendah diri dan jujur dalam setiap pekerjaan yang dilakukan.
Seorang guru yang berkesan juga harus pandai menyesuikan diri dan elakkan
daripada tidak suka bergaul dengan rakan sejawat yang lain. Mereka berasa bangga
dengan keupayaan yang ada pada diri sebagai seorang guru dan akan menjadi
seorang guru yang sombong dan tidak suka bergaul antara satu sama lain. Mereka
menganggap diri mereka lebih tinggi dari segi ilmu pengetahuan yang dimiliki jika
dibandingkankan dengan guru-guru yang lain. Keadaan ini akan menimbulkan
kerenggangan hubungan antara rakan sejawatan yang lain.
Setiap guru harus berusaha untuk melaksanakan pengajaran yang akan memberikan
kesan maksimum kepada para murid. Seorang guru yangberkesn juga perlulah cekap
menggunakan sumber maklumat yang ada bagi meningkatkan mutu pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas.
Semua sumber maklumat berguna yang diperlukan untuk meningkatkan mutu
pengajaran perlu digunakan sama ada yang diperoleh dalam pembacaan atau yang
disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Kebolehan seorang guru dalam
mengolah segala sumber yang ada adalah faktor penting bagi memastikan proses
pembelajaran dan pengajaran yang dilakukan berjalan dengan berkesan dan tidak
menimbulkan masalah semasa proses ini berlangsung.
Setiap guru perlu merancang pengajaran dengan teliti dan sentiasa membuat
reflektif sebagai proses pengajaran suapaya boleh menjadikan proses pemgajaran
adalah sesuatu yang bermakna dan memberi kesan kepada pembelajaran murid.
Perkembangan murid juga dipengaruhi oleh tahap pendedahannya kepada sumber
teknologi yang terdapat di alam kehidupannya (Mok Soon Sang, 2002).
Sumber teknologi ini merujuk kepada maklumat-maklumat yang diperoleh daripada
bahan bacaan seperti surat khabar, majalah, iklan, filem, radio, televisyen dan
komputer. Seorang guru yang berkesan seharusnya berupaya menggunakan setiap
sumber dan mengaplikasikan segala maklumat yang diperoleh dari sumber-sumber
tersebut untuk dijadikan bahan pembelajaran dan pengajaran kepada muridnya
(Mok Soon Sang, 2002).
Selain itu juga seorang guru yang berkesan akan dapat menghasilkan prestasi kerja
yang baik dan tidak akan melakukan tugasan yang diberikan secara sambil lewa
sahaja (Drs. Syaiful Bahri Djamarah, 2000). Guru yang berkesan akan melibatkan
diri secara menyeluruh terhadap perkembangan pembelajaran murid, sekolah dan
masyarakat. Justeru itu, mereka akan memberikan sepenuh komitmen terhadap
kerjaya memandangkan sebahagian besar masa seorang guru dihabiskan untuk
memikir, merancang dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pembelajaran dan
pengajaran di dalam kelas (Sufean Hussin, 1993).
Kejayaan, keberkesanan dan kecemerlangan sekolah terletak pada seluruh sistem,
nilai, kepercayaan, iklim, semangat dan budaya yang diamal dan dipamerkan setiap
waktu oleh setiap murid, guru, kakitangan bukan guru dan juga pentadbir dan
pengurus kurikulum sesebuah sekolah itu. Pihak yang amat besar kesan dan
pengaruhnya terhadap kemajuan dan kecemerlangan ini tidak lain tidak bukan ialah
guru-guru sendiri. Oleh yang demikian, sebagai seorang guru anda haruslah
berupaya menjadi guru yang berkesan demi membantu mencapai matlamat
pendidikan negara.
Untuk menjadi guru berkesan kita perlu berubah. Kita perlu membuat anjakan
paradigma. Setiap guru perlu melakukan lonjakan quantum dengan merubah dan
meruntuhkan tembok penghalang yang pertama dan utama iaitu Memolak
Perubahan (Resist Change). Ken Blanchard, pengarang buku The One Minute
Manager menyatakan bahawa kita lumrahnya begitu sukar menerima perubahan,
Beliau menyatakan bahawa perubahan yang kita terima akan membolehkan kita
mencapai kejayaan, Untuk mencipta kejayaan, kita perlu mengubah diri dan
mengubah sikap. Plato berkata, Kemenangan yang utama dan pertama ialah
menakluki diri. Garfield pula berkata, Di dunia ini benda-benda tidak berubah,
kecuali ada orang yang mengubahnya.
Jelas sekali perubahan tidak terjadi tanpa penggeraknya atau pun penyebabnya, dan
perubahan yang paling berat dan paling sukar ialah perubahan diri peribadi. Stephen
Covey (1989) dalam bukunya The Seven Habits of Highly Effective People
menyatakan ada dua tahap proses perubahan yang perlu dilalui bagi mencapai status
orang-orang yang paling berkesan iaitu tahap kejayaan peribadi dan kejayaan
umum. Tiga tabiat (habit) yang fundamental bagi seseorang yang ingin mencipta
kejayaan peribadi adalah;
i. Jadilah proaktif (Be Proactive)
ii. Mulai dengan yang akhir di dalam minda (Begin with the End in Mind)
iii. Buat dahulu perkara pertama (Put First Thnings First)
Bagi mencipta kejayaan umum (dalam hubungan interpersonal) tabiat (habit) yang
perlu diamalkan adalah;
i. Fikirkan menang/menang (Think Win/Win)
ii. Fahami dahulu, kemudian minta difahami (Seek first to understand and then to
be understood)
iii. Sinergi (Synergize)
iv. Tahamilah mata gergaji (Sharpen the Saw)
Untuk mencapai kejayaan peribadi, kita perlulah berkebolehan menguruskan
hubungan interpersonal. Ini bermaksud setiap guru perlu bijak berinteraksi dengan
orang di dalam organisasi, sama ada rasmi atau tidak rasmi. Kemahiran hubungan
interpersonal akan memberikan kesan dan pengaruh terhadap perkembangan
peribadi guru dan murid. Kemahiran ini juga akan memberikan kesan kepada
keberkesanan guru dalam konteks yang lebih luas, sama ada untuk menguruskan
bahan pengajaran mahupun meningkatkan imej kendiri guru.
Guru yang berkesan seterusnya akan membuat dahulu perkara pertama (Put First
Thnings First) yang maksudnya kita mengamalkan pengurusan masa yang kemas
dan sistematik, mengutamakn prioriti tindakan serta tidak suka menangguh kerja.
Pengurusan kerja yang efisien akan menjadikan seorang guru menguruskan tugasan
harian dengan lebih berkesan dan segala tugas serta tanggungjawab dapat
disempurnakan dengan cemerlang. Guru yang berkesan akan berupaya menjadi
seorang guru yang cemerlang mahupun sebagai seorang ahli organisasi yang boleh
menjadi role model kepada orang-orang lain, sama ada kepada rakan sejawat
mahupun kepada para murid.
Guru yang berkesan seharusnya berupaya untuk memajukan sekolah dan setiap
tindakan yang diambil hendaklah berfokuskan kepada;
i. Pencapaian matlamat murid dan sekolah iaitu pelajaran dan pencapaian
akademik para murid
ii. Penyelesaian punca-punca masalah yang menyebabkan keadaan murid dan
kelas menjadi tidak kondusif
iii. Membentuk atau mewujudkan budaya baharu bagi menggantikan budaya yang
sedia ada melalui atau memperkukuhkan budaya yang didapati produktif
iv. Menggerakkan segala tenaga di sekolah dan di luar sekolah ke arah pencapaian
matlamat-matlamat sekolah melalui pengajaran yang berkesan
Salah satu apek penting untuk menempa kejayaan dalam perkhidmatan ialah
pendekatan positif terhadap disiplin, keberkesanan dalam hubungan meningkatkan
mutu kerja, mutu pengajaran dan pembelajaran dan akhirnya mutu output iaitu
pencapaian anak didik di dalam penilaian dan peperiksaan. Blaine Lee dalam
bukunya The Power Principle (1989) menyebut bahawa The positive approach to
discipline focuses 20% on what went wrong, and 80% on what could be different
next time. Oleh yang demikian, anda seharusnya menumpukan lebih perhatian dan
tenaga kepada aspek next time ini dan sekaligus menghapuskan segala amalan,
tabiat dan tingkah-laku negatif yang merugikan semua orang. Satu daripada
pendekatan dan konsep yang boleh diamalkan ialah Shewhart Cycle atau lebih
dikenali sebagai PDCA (yakni Plan-Do-Check-Act).
Guru yang berkesan boleh menjadi model kepada murid dan rakan sejawat. Murid
juga akan lebih mudah mendekati guru yang berjaya melaksanakan pengajaran
secara berkesan. Keberkesanan seorang guru juga sentiasa didorong oleh motivasi
yang tinggi dan mampu menyampaikan ilmu dan kemahiran kepada muridnya
dengan cara yang kreatif, proaktif, dan inovatif. Guru yang berkesan akan sentiasa
mengamalkan pengajaran dan pembelajaran yang cemerlang.
http://pismpgemilang.blogspot.com/

Anda mungkin juga menyukai

pFad - Phonifier reborn

Pfad - The Proxy pFad of © 2024 Garber Painting. All rights reserved.

Note: This service is not intended for secure transactions such as banking, social media, email, or purchasing. Use at your own risk. We assume no liability whatsoever for broken pages.


Alternative Proxies:

Alternative Proxy

pFad Proxy

pFad v3 Proxy

pFad v4 Proxy