Penggunaan Bahasa Kebangsaan Semakin Terpinggir Ol

Unduh sebagai doc, pdf, atau txt
Unduh sebagai doc, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 2

Penggunaan bahasa kebangsaan semakin terpinggir oleh rakyat pada masa

kini. Bincangkan pernyataan di atas.


Pada hari ini, isu bahasa kebangsaan selalu diperkatakan. Hal ini demikian kerana
penggunaan bahasa kebangsaan semakin terpinggir oleh rakyat pada masa kini.
Persoalannya, mengapakah isu sedemikian sering menjadi buah mulut masyarakat? Oleh
itu, marilah kita membincangkan cara-cara untuk memartabatkan bahasa Melayu.
Sesungguhnya, kerajaan seyogianya mengadakan kempen kesedaran untuk
memartabatkan bahasa Melayu. Hal ini dapat menggalakkan penggunaan bahasa Melayu
dan mengembalikan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dalam
kalangan masyarakat majmuk di Malaysia. Sebagai contoh, kempen Cintailah Bahasa
Kita perlu diadakan dari semasa ke semasa untuk memberikan kesedaran kepada
masyarakat setempat. Oleh itu, bahasa Melayu dapat berkembang menjadi bahasa kelas
dunia yang praktikal dan realistik. Jelaslah, mengadakan kempen kesedaran merupakan
kaedah untuk memartabatkan bahasa Melayu.
Sementelahan, kerajaan seharusnya mewajibkan semua pegawai dan kakitangan
kerajaan menggunakan bahasa Melayu dalam segala urusan rasmi. Hal ini secara tidak
langsungnya dapat menerapkan nilai-nilai penggunaan bahasa yang baku dalam sektor
kerajaan. Sebagai tamsilan, bahasa Melayu perlu terus kekal digunakan dalam bidang
pentadbiran undang-undang, kehakiman dan mahkamah. Oleh itu, bahasa Melayu akan
diperkasa sama ada pada peringkat kenegeraan mahupun antarabangsa. Benarlah,
mewajibkan semua pegawai dan kakitangan kerajaan menggunakan bahasa Melayu
dalam segala urusan rasmi merupakan usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu.
Selain itu, kerajaan sepatutnya mewajibkan penggunaan bahasa yang betul pada papanpapan tanda. Hal ini demikian kerana penggunaan bahasa yang tidak betul akan
menjejaskan imej negara di mata masyarakat. Sebagai misalan, Dewan Bahasa dan
Pustaka (DBP) bertanggungjawab untuk memantau dan membuat teguran terhadap
sebarang kesalahan bahasa pada papan-papan tanda dan pihak berkuasa tempatan akan
mengambil tindakan selanjutnya. Oleh itu, isu pencemaran bahasa dalam kalangan
masyarakat akan dapat dikurangkan. Tegasnya, mewajibkan penggunaan bahasa yang
betul pada papan-papan tanda merupakan uslub untuk memartabatkan bahasa Melayu.
Di samping itu, kerajaan sewajarnya mewajibkan penganjuran aktiviti-aktiviti yang
berkaitan dengan bahasa di sekolah. Hal ini demikian kerana sekolah merupakan satu
medium penting untuk menyemarakkan penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan
pelajar. Sebagai contoh, sekolah perlu diwajibkan mengadakan program bahasa
sempena Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) seperti Safari Membaca dan Maraton
Membaca. Oleh itu, para pelajar dapat belajar tentang bahasa yang betul melalui
penyertaan mereka dalam aktiviti bulan bahasa. Sudah terang lagi bersuluh, mewajibkan
penganjuran aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan bahasa di sekolah merupakan strategi
untuk memartabatkan bahasa Melayu.

Kesimpulannya, semua pihak mestilah bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk
memartabatkan bahasa Melayu. Jika tidak, bahasa Melayu akan musnah ditelan zaman.
Semoga kita akan dapat meningkatkan penggunaan bahasa kebangsaan dalam kalangan
rakyat. Namun begitu, bak kata peribahasa, tepuk dada tanya selera.

Anda mungkin juga menyukai

pFad - Phonifier reborn

Pfad - The Proxy pFad of © 2024 Garber Painting. All rights reserved.

Note: This service is not intended for secure transactions such as banking, social media, email, or purchasing. Use at your own risk. We assume no liability whatsoever for broken pages.


Alternative Proxies:

Alternative Proxy

pFad Proxy

pFad v3 Proxy

pFad v4 Proxy