Sjkc-3 BM Tahun 3 Soalan Kata HBG
Sjkc-3 BM Tahun 3 Soalan Kata HBG
Sjkc-3 BM Tahun 3 Soalan Kata HBG
A.Kata
A.Kata Hubung
Pilih kata hubung yang betul untuk melengkapkan ayat majmuk.
1)Julian gemar mengumpul setem __________ duit syiling lama.
2)Swee Fong bangun _____________ memberikan tempat duduknya
kepada orang tua itu.
3)Ramesh berbaring di kerusi___________ tertidur di situ.
4)Dengan wang sebanyak RM10.00 itu, Loke Heng berkira-kira
sama ada hendak membeli makanan ___________ membayar
tambang bas.
5)Bajunya basah _______________ kehujanan semasa pulang dari sekolah.
6)Encik Lim memasukkan kesemua pakaiannya ke dalam beg
____________ baju sejuknya.
7)Mak Cik Timah berpayung ___________ hari hujan.
8)Ayah memandu kereta ___________ mendengar radio.
9)Doktor menasihati pesakit itu membuat aktiviti senaman
____________ penyakitnya cepat sembuh.
10) Lee Meng tewas dalam pertandingan lumba lari________ dia tidak
berasa kecewa.
dan
supaya
lalu
untuk
sambil
tetapi
kerana
dengan
atau
kecuali
B.Kata
B.Kata Adjektif
Gantikan perkataan yang bergaris dalam ayat di bawah dengan
perkataan sama makna.
1. Selepas penat bekerja, Pak Tam duduk berehat di bawah sepohon pokok.
2. Kawasan air terjun itu sungguh indah dan nyaman.
3. Gajah ialah binatang yang besar dan gagah.
4. Cik Lina sangat pantas menaip surat.
5. Cuaca di puncak Gunung Kinabalu sangat dingin.
6. Suasana di pasar malam itu sesak.
7. Harimau yang buas itu akhirnya berjaya ditangkap oleh penduduk kampung.
8. Orang yang paling kita sayang ialah ibu bapa.
9. Pemain bola itu minum air untuk menghilangkan dahaga.
10. Jika kita bijaksana, kita akan berjaya dalam hidup.
C.Kata
C.Kata Tunggal dan Kata Berimbuhan
Lengkapkan ayat dengan menggunakan perkataan berimbuhan
yang betul.
1)Saya suka makan ___________ (masak) ibu.
2) Sepasukan pengakap __________ (khemah) di kawasan air terjun.
3) Encik Rajan membawa bekalan ____________ (makan) ke tempat kerja.
4) Rumah besar itu ialah harta ___________ (tinggal) arwah bapanya.
5)Setiap kaum di negara ini bebas menyambut hari ____________ (raya)
agama masing-masing.
6)Datuk Azhar Mansor ialah ___________ (layar) negara pertama yang
berjaya mengelilingi dunia.
7)Kawasan perumahan di situ sangat padat ____________ (duduk).
8)Lukisan itu ___________ (gambar) suasana di dalam hutan.
9)Kawasan tanaman padi itu mempunyai sistem _____________ (air) yang baik.
10)___________ (raja) membina banyak sekolah dan universiti untuk
meningkatkan mutu pelajaran di negara ini.
Jawapan Soalan
A. Kata Hubung
1) dan
2) untuk
3) lalu
4) atau
5) kerana
6) kecuali
7) jika
8) sambil
9) supaya
10) tetapi
B Kata Adjektif
1. letih
2.permai/cantik
3.kuat
4.cepat
5.sejuk
6.meriah/padat
7.liar/ganas
8.cinta/kasih
9.haus
10.pandai/cerdik
C. Kata Tunggal dan Kata Berimbuhan
1. masakan
2. berkhemah
3. makanan
4. peninggalan
5. perayaan
6. pelayar
7. penduduk
8. menggambarkan
9. pengairan
10. Kerajaan