Contoh Karangan Syarahan
Contoh Karangan Syarahan
Contoh Karangan Syarahan
mantap. Analoginya iaitu satu peristiwa hitam yang sudah sebati dalam
diri masyarakat dan mengaburi mata banyak pihak serta sedikit sebanyak
menghakis ketamadunan melayu, tidak lain tidak bukan kes pembuangan
bayi yang semakin popular dan kian menular dalam diri pelajar yang
bergelar belia sekarang ini. Bedasarkan statistik yang dikeluarkan kerajaan
baru-baru ini, kes salah laku ini banyak datangnya daripada kurangnya
keimanan dan kurang penerapan aspek agama bagi mengenal dosa
pahala melakukan perkara terkutuk tersebut sehingga melahirkan kainkain putih yang bersih yang tidak berdosa.
Hadirin yang saya hormati sekalian,
Ibu bapa hendaklah menyuruh anak-anak mereka bersifat dengan sifat
yang mulia dan murni iaitu sifat-sifat mahmudah. Mereka juga mesti
melarang anak-anak dari melakukan perkara-perkara keji dan tidak elok
iaitu sifat-sifat mazmumah. Oleh yang yang demikian, ibu bapa mestilah
terlebih dahulu memiliki sifat-sifat mahmudah dan kemudian hendaklah
diterapkan kepada anak-anak mereka. Setelah remaja, ajaran-ajaran
agama Islam yang berkaitan dalam bidang syariah, aqidah dan akhlak
perlu diajar secara terperinci kepada anak-anak di peringkat umur begini
supaya mereka mengetahui, memahami dan dapat menghayatinya.
Seterusnya perkara-perkara baik dan betul tersebut dapat
diimplementasikan dalam kehidupan mereka sehari-hari. Dengan demikian
mereka tidak akan mudah terpengaruh dengan ajaran-ajaran yang
menyeleweng, amal ibadat dan akhlak mereka akan terpandu dengan
betul.
Natijahnya, setelah diteliti hingga ke akar umbi, dapat saya simpulkan
peranan orang rumah tersebut ditambah dengan prakarsa yang lain
mampu untuk menjana dan membentuk anak-anak yang berdisiplin
diibaratkan anak sebagai sebatang pohon yang utuh menggenggam tanah
dirimbuni dedaunan hijau dan diwarnai buah lebat, tatkala dibaling batu
maka dibalas dengan buah, sekian terima kasih.