Juvana

Unduh sebagai odt, pdf, atau txt
Unduh sebagai odt, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 4

Delinkuensi juvana adalah sejenis pemberontakan individu remaja dengan menunjukkan laku agresif terhadap pihak berkuasa, bertindak

ganas dan devian sebagai tindak balas kemarahan dan kekecewaan dan mempunyai keinginan mendera orang lain atau menghukum. Masalah penjenayahan remaja menimbulkan kebimbingan masyarakat. 1. 2. 3. 4. 5. 6. Kekurangan pekerjaan dan pengangguran. Kepincangan ekonomi rumah tangga. Pergaulan atau perubahan sosial di kalangan remaja Pengaruh media massa. Kelemahan sistem sokongan dalam masyarakat. Masalah peribadi remaja sendiri.

D) Strategi Untuk Menangani Masalah Jenayah Juvana. 1. Undang-Undang. a). Akta Mahkamah Juvana 1947 (Disemak 1972) b). Akta Perlindungan Wanita dan Gadis 1973 c). Akta Perlindungan Kanak-Kanak 1991. 2. Peranan Remaja Sendiri. 3. Strategi Polis 4. Peranan Masyarakat. 5. Peranan Ibu Bapa. 6. Peranan Media Massa. 7. Peranan Agensi Pendidikan.

(Isu Juvana)
kuanchin91 on Fri May 21, 2010 7:36 pm Contoh esei. Pelbagai faktor dikenal pasti menyumbang kepada peningkatan kadar kes juvana di negara kita pada masa ini. Usaha perlu dilakukan untuk membendung gejala ini. Huraikan. Pendahuluan Muktahir ini, kes juvana di negara kita telah menunjukkan kadar peningkatan yang ketara. Hal ini amat membimbangkan kerana generasi muda merupakan pewaris kepimpinan negara pada masa depan. Oleh itu, pelbagai faktor perlu dikenal pasti yang menyumbang kepada peningkatan ini dan usaha-usaha perlu dilakukan untuk membendungnya. (45 patah perkataan) Antara faktor penyumbang kepada peningkatan kes jenayah juvana ialah masalah keluarga. Keluarga yang mempunyai masalah seperti berlakunya konflik penceraian dan pengabaian terhadap penjagaan dan pendidikan anak-anak telah mendorong anak-anak terlibat dalam jenayah juvana. Tidak kurang pula, sikap dan perlakuan ibu bapa yang buruk telah menyebabkan anak-anak terjebak dalam jenayah ini. Pendek kata, keluarga yang bermasalah menjadi punca meningkatnya gejala jenayah juvana. (61

patah perkataan) Selain itu, pengaruh media massa turut dikenal pasti menjadi faktor penyumbang kepada peningkatan kadar kes juvana. Hal ini demikian kerana media massa memaparkan pelbagai unsur negatif seperti aksi-aksi ganas dan ekstrem yang mendorong remaja melakukan gejala sosial. Sebagai kesannya, remaja akan melakukan aktiviti tidak bermoral seperti amalan budaya kuning, pergaulan bebas, seks rambang, dan sebagainya. Tegasnya, kadar kes juvana meningkat disebabkan oleh pengaruh media massa. (65 patah perkataan) Usaha membendung gejala juvana dapat dilakukan melalui pendidikan agama dan moral. Ibu bapa berperanan menyemai nilai-nilai murni kepada anak-anak dan perlu menjadi contoh teladan kepada mereka. Pendidikan di rumah pula diperkukuhkan di sekolah dengan pengajaran guru dan aktivitiaktivti kokurikulum. Jika terdapat pelajar yang bermasalah, khidmat kaunseling perlu diberikan agar mereka berkelakuan baik. Kesemua mekanisme pendidikan ini dapat membentuk jati diri remaja dan menghalang mereka terjebak dalam jenayah juvana. (68 patah perkataan) Seterusnya, kempen-kempen kesedaran perlu digiatkan bagi membendung gejala juvana. Kerajaan perlu menjalankan kempen-kempen dari semasa ke semasa seperti Kempen Belia Benci Dadah. Pertubuhan bukan kerajaan (NGOs) perlu lebih proaktif dalam menganjurkan program-program yang bermanfaat seperti kem motivasi dan kemasyarakatan. Sejajar dengan perkara ini, media massa perlu menyebarluaskan kempen-kempen ini dalam membantu kerajaan dan NGOs untuk menyedarkan golongan remaja. Natijahnya, melalui kempen-kempen ini, remaja akan sedar akan tanggungjawab mereka kepada masyarakat dan negara. (70 patah perkataan). Sebagai kesimpulannya, kadar peningkatan dalam kes jenayah remaja dapat dibendung jika faktorfaktor penyumbang dikenal pasti dan seterusnya mengambil langkah-langkah mengatasinya. Semua pihak seperti ibu bapa, pihak sekolah dan komuniti masyarakat serta pihak kerajaan perlu berkerjasama dan berganding bahu dalam melahirkan remaja sebagai modal insan kepada negara. (46 patah perkataan)

Pengenalan
Jenayah juvana adalah merujuk kepada perlakuan jenayah atau anti-sosial golongan remaja yang bertindak menyalahi undang-undang dan enggan menjalankan kewajipan sosial mereka. Ia merupakan satu isu sosial yang penting kerana golongan ini adalah kumpulan yang menyalahi undang-undang dan mengganggu hak asasi manusia dan masih belum dipertanggungjawabkan sepenuhnya.

Jenis Jenayah
Hari ini,masyarakat kita telah dikejutkan dengan pelbagai kes jenayah. Sekarang, isu jenayah di sekolah-sekolah semakin berleluasa .Antara jenayah yang dilakukan ialah agresif terhadap manusia.Jenayah peras ugut dilakukan oleh mereka yang hidup dalam dunia fantasi sendiri. Vandalisme juga merupakan jenayah yang sering berlaku. Mereka akan merosakkan harta benda dan kemudahan awam di mana-mana khasnya di taman permainan dan sekolah. Jenayah juvana termasuk menipu dan mencuri. Walaupun sebilangan mereka berasal daripada keluarga yang berada, mereka masih melakukan jenayah untuk menunjukkan keberanian mereka. Mereka berasa bangga melibatkan diri dalam aktiviti yang buruk ini.Ketidakpuasan hati terhadap undang-undang dan dasar pendidikan menyebabkan mereka

melakukan perkara di luar jangkaan.

Punca-punca
Peranan ibu bapa begitu penting dalam mendidik anak-anak. Ada juga dalam kalangan ibu bapa yang tidak ambil berat tentang pendidikan agama.Jadi, bermulalah kehidupan anak tersebut tanpa didikan agama dan seterusnya mereka mudah terjebak dalam kes-kes jenayah seperti ini. Ibu bapa ialah individu paling dekat dan paling penting dalam pembentukan peribadi dan sahsiah dalam kalangan anak-anak. Pada zaman teknologi maklumat dan globalisasi sekarang, mereka sentiasa sibuk bekerja dalam mengisi tuntutan kebendaan sehingga mereka lupa akan tanggungjawab mereka iaitu mendidik dan mengajar anak-anak menjadi insan yang sempurna. Inilah punca utama yang menyebabkan akhlak pelajar-pelajar dan remaja-remaja runtuh. Tambahan pula, pengaruh rakan sebaya juga merupakan punca berleluasanya kegiatan jenayah dalam kalangan pelajar-pelajar. Pelajar yang tercicir dalam pelajaran dan mengalami masalah keluarga mudak dipengaruhi. Ini kerana mereka berasa bergaul dengan rakan sebaya boleh mencorak personaliti individu. Oleh itu, hubungan mereka menjadi rapat dengan rakan-rakan sebaya mereka. Pelajar-pelajar lebih banyak menghabiskan masa mereka di sekolah dan selepas pulang dari sekolah pula, mereka akan melepak di tempat tertentu seperti pasar raya sebelum pulang ke rumah. Mereka lebih suka mencari rakan sebaya untuk menemani mereka. Meraka berasa bangga semasa diterima oleh rakan sebaya mereka.Oleh itu,mereka sanggup melakukan apa sahaja yang disuruh oleh rakan sebaya mereka. Media massa juga menjadi punca kegiatan jenayah dalam kalangan remaja. Kemudahan seperti internet, e-mel, televisyen, dan radio memudahkan kita untuk berkomunikasi, mendapatkan maklumat, dan berhibur. Akan tetapi banyak juga keburukannya seperti,remaja menyalahgunakan internet untuk memalsukan data-data penting, menonton gambar-gambar lucah, dan sebagainya yang akan mendorong mereka melakukan jenayah seperti rogol, bunuh, pengedaran pil-pil khayal, dan dadah.

Kesan-kesan
Kesan jenayah juvana kepada masyarakat ialah negara kita akan kehilangan modal insan yang berkaliber sekaligus mengugatkan keselamatan negara.Kita boleh cuba bayangkan akibat sekiranya remaja-remaja kini yang ada sekarang rosak akhlaknya pada masa sekarang dan implikasi pada masa depan. Kesan jenayah juvana kepada masyarakat adalah banyak, antaranya kerugian harta benda,terputusnya hubungan silaturahim, kehilangan nyawa dan juga kerugian masa. Masyarakat terpaksa membiayai perbelanjaan remaja yang menjadi pelaku jenayah juvana dalam bentuk seperti bayaran cukai untuk melancarkan program-program mencegah jenayah. Ini bermakna masyarakat akan mengalami kerugian dari segi wang ringgit.

Langkah-langkah Mengatasi
Antara langkah-langkah yang boleh diambil ialah ibu bapa perlu mendidik anak-anaknya dari kecil sebelum terlambat.Ibu bapa perlulah menberi didikan agama yang secukupnya kepada anak-anak mereka. Selain itu,ibu bapa juga selalu memantau anak-anak terutama dari segi pergaulan mereka. Ibu bapa seharusnya memberi galakan kepada anak-anak mereka dalam menyertai aktiviti-aktiviti seperti ceramah-ceramah agama dan ceramah berbentuk kerohanian yang sesuai bagi anak-anak mereka.Ini boleh memberi panduan kepada mereka dalam mencari kehidupan yang benar.

Selain itu, remaja haruslah pandai memilih rakan sebaya kerana sememangnya remaja mudah terpengaruh dengan kawan-kawan mereka. Di sini, ibu bapa mesti selalu berinteraksi dengan ank-anak mereka supaya tahu dengan siapa anak mereka berkawan. Pengaruh media massa juga hendaklah dibendung. Pelajar hanya perlu mengetahui maklumat-maklumat yang hanya berkaitan tentang pelajaran sahaja. Cara sebegini dapat menghasilkan pelajar bermaklumat sekaligus dapat membendung jenayah dalam kalangan remaja. Pihak sekolah juga perlu memantapkan lagi disiplin sekolah bagi menjamin kegiatan salah laku pelajar berkurangan. Setiap kesalahan pelajar seperti ponteng sekolah, merokok, menghisap dadah, atau memukul pelajar lain hendaklah didenda setimpal dengan kesalahan mereka. Pihak sekolah juga perlu selalu berinteraksi dengan ibu bapa pelajar dengan membuat perbincangan bagi mencari pendekatan awal dalam mengatasi masalah yang lebih serius.

Anda mungkin juga menyukai

pFad - Phonifier reborn

Pfad - The Proxy pFad of © 2024 Garber Painting. All rights reserved.

Note: This service is not intended for secure transactions such as banking, social media, email, or purchasing. Use at your own risk. We assume no liability whatsoever for broken pages.


Alternative Proxies:

Alternative Proxy

pFad Proxy

pFad v3 Proxy

pFad v4 Proxy