Teks Ceramah

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 2

Terima kasih diucapkan kepada pengerusi majlis.

Yang dihormati Encik Abdul Rahman bin


Hasan, tuan pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Kangkong, penolong-penolong kanan, guru-
guru, pelajar yang diraikan dan sekalung tahniah diucapkan kepada pelajar yang berjaya pada Majlis
Kecemerlangan Pelajar yang gah ini. Assalamulaikum, salam sejahtera dan salam 1 malaysia.

Saya selaku penolong kanan kokurikulum akan menyampaikan ceramah yang bertajuk
“langkah-langkah untuk menyemai semangat patriotisme dalam diri pelajar. Sebelum saya
mengupas tajuk tersebut secara lebih lanjut, ingin saya jelaskan definisi patriotisme. Menurut kamus
dewan edisi keempat, patriotisme bermaksud perasaan cinta kuat terhadap tanah air. Manakala
perkataan patriot pula merujuk kepada orang yang mencintai dan mempertahankan kedaulatan
negaranya. Contohnya pejuang pada zaman dahulu sanggup berkorban demi mempertahankan
Tanah Melayu daripada dijajah oleh negara luar. Patriostisme merangkumi sikap bangga dengan
pencapaian dan budaya, keinginan untuk menjaga dan mengekalkannya. Adakah anda mempunyai
sifat tersebut? Sanggupkah anda berjuang hingga ke hujung nyawa seperti tokoh-tokoh terdahulu?

Sebagai rakyat, kita seharusnya mempunyai nilai tersebut dalam diri kita kerana sekiranya
kita sendiri sebagai rakyat tidak mempunyai sifat tersebut apatah lagi orang luar. Sangat tipis
kemungkinannya untuk orang luar mempunyai perasaan yang cinta akan negara kita dan sanggup
mempertahankannya. Pelbagai langkah yang dapat diambil bagi menerapkan semangat patriotisme
dalam diri kita. Sebagai seorang pelajar, anda merupakan aset yang penting bagi negara kerana anda
adalah generasi yang akan memimpin negara pada masa hadapan. Antara langkah yang dominan
bagi menyuburkan perasaan patrioktik adalah dengan menyertai Program Latihan Khidmat Negara
(PLKN) yang dianjurkan oleh pihak kerajaan. Program ini memberi pelbagai manfaat kepada pelajar.
Hal ini kerana tentatif program tersebut diisi dengan aktiviti yang dapat memupuk semangat
patriotik dalam kalangan pelajar seperti latihan kawad kaki, kursus menembak dan aktiviti
berkumpulan. Bukan sahaja semangat patriotik dapat diterapkan dalam diri malah pelatih-pelatih
akan dapat mempelajari nilai-nilai murni yang lain seperti bertanggungjawab, bekerjasama dan
hormat-menghormati. Bak kata pepatah menyelam sambil minum air.

Hadirin sekalian,

Selain itu, guru juga memainkan peranan yang sangat penting dalam menerapkan semangat
patriotic dalam diri pelajar. Hal ini disebabkan guru mempunyai peluang yang terbuka untuk
menerapkan semangat patriotic dalam diri pelajar melalui matapelajaran seperti sejarah, sivik dan
kewarganegaraan, Bahasa Melayu dan sebagainya. Bukan itu sahaja, guru-guru juga boleh
menggalakkan pelajar untuk menyertai aktiviti pengucapan awam yang bertemakan patriotik.
Contohnya ucapan, pidato, syarahan dan sajak. Manakala pada bulan kemerdekaan, seperti yang
sekolah kita lakukan saban tahun, pelajar akan mengelolakan sambutan kemerdekaan itu sendiri dan
setiap tingkatan perlu menghantar wakil untuk membuat persembahan. Pada tahun ini saya
mencadangkan agar pihak yang mengelola sambutan kemerdekaan membuat tayangan filem yang
bertemakan kemerdekaan seperti Hati Malaya. Hal ini kerana melalui filem tersebut para pelajar
akan mengetahui sejarah kemerdekaan negara secara lebih mendalam seterusnya dapat mengenang
jasa-jasa pejuang-pejuang terdahulu seperti Tok Janggut, Mat Kilau, Rentap dan Sharif Masahor.

Akhir sekali, langkah yang terakhir saya tujukan kepada ibu bapa yang hadir pada hari ini. Hal
ini kerana proses pemupukan semangat patriotik perlu dipupuk sejak kecil lagi. Bak kata pepatah
melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sebagai ibu bapa, langkah yang dapat diambil adalah dengan
menceritakan sejarah negara dan tentang pejuangan-pejuangan tokoh terdahulu bukannya
mengagung-agungkan tokoh-tokoh barat seperti Julius Caesar. Kita sendiri sebagai ibu bapa
menyedari bahawa anak-anak kita lebih suka mendengar cerita berbanding membaca. Sekiranya
anak-anak dididik dan didedahkan sejak kecil lagi, tidak mustahil mereka akan mempunyai semangat
patriotik yang tinggi apabila mereka menginjak dewasa kelak.

Tuntasnya, sebagai rakyat kita hendaklah mempunyai perasaan cinta akan negara. Hal ini
kerana rakyat merupakan aset negara yang paling penting bagi kelansungan negara. Sebuah negara
tanpa rakyat yang cinta akan negaranya ibarat lesung tanpa alurnya. Sebelum saya mengundur diri,
ingin saya berkongsi serangkap pantun yang berbunyi

Berlari-lari anak angsa,

Setelah berlari, diberi makan;

Patritisme pengukuh negara bangsa,

Demi negara perjuangan diteruskan.

Apa yang baik dari Allah S.W.T dan apa yang buruk dari kesilapan saya sendiri. Sekian sahaja dari
saya, sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai

pFad - Phonifier reborn

Pfad - The Proxy pFad of © 2024 Garber Painting. All rights reserved.

Note: This service is not intended for secure transactions such as banking, social media, email, or purchasing. Use at your own risk. We assume no liability whatsoever for broken pages.


Alternative Proxies:

Alternative Proxy

pFad Proxy

pFad v3 Proxy

pFad v4 Proxy