Rumusan pt3
Rumusan pt3
Rumusan pt3
[15 markah]
[Masa dicadangkan : 15 minit]
Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis satu rumusan
yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya
menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.
Bagaimanapun adalah tidak adil kita hanya menyalahkan pihak tertentu tanpa
meninjau dilema atlet. Secara umumnya moral atlet kita berada di tahap yang rendah
dan mudah mengaku kalah apabila menghadapi lawan yang bertaraf dunia. Hal ini
mungkin kerana mereka kurang keyakinan di samping kurang pendedahan dan
pengetahuan. Atlet kita juga dikatakan tidak bersikap matang dalam usaha untuk
menigkatkan prestasi diri. Mereka tidak menjiwai watak sebagai ahli sukan tulen yang
sanggup untuk meningkatkan prestasi dan kemahiran sendiri. Sesetengah atlet tidak
berdisiplin dan menjadi keras kepala kerana menyedari khidmat mereka amat
diperlukan, ekoran sudah tidak ada atlet lain yang akan mewakili negara. Sikap atlet
yang manja dan sukar ditegur ini masalah kepada jurulatih untuk menggilap atlet
negara menjadi ahli sukan bertaraf dunia. Permasalahan ini bukan sahaja
memerlukan atlet mengubah sikap tetapi juga semua pihak yang terlibat demi
mewujudkan sukan sebagai suatu budaya kehidupan.
Kertas 1 Bahagian C
[ 15 markah ]

Jawapan
sikap profesional pegawai yang suka mencampuri urusan jurulatih dalam menentukan
pemilihan pemain[S1]
di samping sikap mereka yang menjadikan persatuan sukan sebagai tempat mencari
keuntungan peribadi.[S2]
Selain itu, mereka menuding jari kepada pihak lain daripada mengakui kelemahan diri.
[S3]
Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis satu rumusan
yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya
menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.
Kebanyakan kawasan hutan tanah tinggi di negara ini menjadi sumber bekalan
air bersih. Hutan tanah tinggi menyimpan air bersih dan melepaskannya apabila
kandungan airnya bertambah. Apabila hujan turun, terutamanya sewaktu musim
hujan, hutan tanah tinggi ini akan bertindak menyerap sejumlah besar air melalui akar
pokok. Air yang terperangkap di bawah tanah akan memasuki anak sungai yang
membentuk kawasan bekalan air yang sedia digunakan pada musim kemarau. Hutan
tanah tinggi juga bertindak sebagai penapis semula jadi bagi air hujan. Hutan ini dapat
mencegah hujan daripada terus menimpa tanah dengan terlalu kuat sekali gus dapat
mencegah kerosakan bahagian lapisan atas tanah.
Hutan tanah tinggi yang terdapat di banjaran utama negara kita pula
merupakan kawasan yang dapat membekalkan sumber hutan. Hutan tanah tinggi ini
membekalkan kayu balak dan ramuan ubat-ubatan. Kayu balak dan pelbagai ramuan
ubat tradisional daripada pokok-pokok di hutan ini menjadi sumber rezeki bagi
sesetengah pihak. Malah, hutan ini menjadi sumber kepelbagaian biologi. Hutan tanah
tinggi ini turut berfungsi sebagai pembekal makanan kepada haiwan sepanjang tahun.
Di hutan tanah tinggi ini terdapat berbagai-bagai jenis bunga, buah, daun, dan kacang
yang menjadi sumber makanan hidupan. Selain itu, hutan tanah tinggi ini menjadi
habitat bagi beraneka spesies flora dan fauna. Namun begitu, aktiviti-aktiviti manusia
yang tidak terkawal telah menjejaskan ekosistem kawasan tanah tinggi tersebut.
Antara ancaman kawasan hutan tanah tinggi ini termasuklah pengambilan sumber
galian dan pembalakan serta pengambilan spesies tumbuhan penting untuk tujuan
komersial. Kelemahan dalam perancangan pembangunan dan pengurusan serta
penggunaan tanah secara berleluasa turut menjadi ancaman kawasan hutan tanah
tinggi. Ancaman-ancaman ini perlu dikawal untuk mengekalkan sumber hutan negara.
Faedah hutan tanah tinggi yang lain ialah hutan ini bertindak sebagai tempat
rekreasi dan pelancongan. Misalnya, terdapat beberapa buah taman negara yang
terletak di hutan tanah tinggi. Taman negara ini menjadi daya tarikan para pelancong
dari dalam dan luar negara untuk berinteraksi dengan alam semula jadi. Di samping
itu, hutan ini juga merupakan sumber penyelidikan perubatan farmasi yang amat
bernilai. Pelbagai kajian dan penyelidikan dapat dijalankan bagi mendapatkan imput
baharu untuk meningkatkan kesihatan masyarakat.

Isi-isi tersurat(Kepentingan)
2. Hutan tanah tinggi bertindak sebagai penapis semula jadi bagi air hujan. (2m)
3. Hutan tanah tinggi yang terdapat di banjaran utama negara merupakan kawasan
yang dapat membekalkan sumber hutan. (2m)
5. Hutan tanah tinggi berfungsi sebagai pembekal makanan kepada haiwan sepanjang
tahun. (2m)
6. Hutan tanah tinggi menjadi habitat bagi beraneka spesies flora dan fauna. (2m)
7. Hutan tanah tinggi bertindak sebagai tempat rekreasi dan pelancongan. (2m)
8. Hutan tanah tinggi merupakan sumber penyelidikan perubatan farmasi yang amat
bernilai.(2m)
Kesimpulannya, semua pihak perlu bekerjasama dalam memelihara hutan tanah tinggi
supaya bencana alam dapat dielakkan. (2 markah)
Kertas 1 Bahagian C
[15 markah]
[Masa dicadangkan : 15 minit]
Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis satu rumusan
yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya
menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.
Selain itu, terdapat ramai orang yang gagal menguruskan sampah mereka dan
tidak melupuskannya mengikut cara yang betul, sehingga menyebabkan berlakunya
longgokan sampah. Selain itu, amalan penggunaan pinggan mangkuk dan bungkusan
pakai buang seperti polisterina dan beg plastik yang semakin berleluasa pada masa
ini turut menjadi penyumbang kepada longgokan sampah sarap. Oleh itu, kerajaan
seharusnya menguatkuasakan larangan penggunaan polisterina dan beg plastik
kerana penguraiannya memakan masa yang sangat lama. Selain itu, terdapat juga
sesetengah barangan dibungkus secara berlebih-lebihan untuk menarik minat
pengguna. Namun demikian, bahan pembungkusan barangan yang dibuang begitu
sahaja boleh menyebabkan timbunan sampah semakin bertambah. Masalah tersebut
menjadi semakin serius apabila terdapat pihak yang dipertanggungjawab untuk
mengutip dan melupuskan sampah tidak menjalankan tugas secara berkesan.
Di samping itu, sikap masyarakat yang tidak ada kesedaran akan pentingnya
menjaga alam sekitar dengan membuang bahan buangan domestik sewenang-
wenangnya turut menyebabkan masalah longgokan sampah yang tidak
terkawal. Contohnya, penggunaan lampin pakai buang yang menjadi gaya hidup
masyarakat moden telah menambahkan lagi masalah longgokan sampah.
Seharusnya, penggunaan lampin bayi jenis kain yang boleh dicuci menjadi pilihan
kerana lampin pakai buang amat sukar untuk dilupuskan. Sehubungan dengan itu,
masyarakat perlu segera beralih kepada penggunaan bahan mesra alam. Pendidikan
memainkan peranan utama untuk melahirkan masyarakat pengguna yang bijak demi
kesejahteraan hidup manusia.

Rumusan ini membincangkan punca-punca/sebab-sebab berlakunya longgokan
sampah di Malaysia. 2m
S1 Sikap kebanyakan rakyat Malaysia yang suka membeli makanan mengikut nafsu
dan bukan mengikut keperluan. 2m
S7 Masyarakat kita gemar membeli barangan baharu dan membuang barangan lama
2m
S8 Tempat pengumpulan bahan kitar semula yang ada di seluruh negara tidak
mencukupi 2m
S9 Sikap masyarakat tidak ada kesedaran akan pentingnya menjaga alam sekitar
2m
Penutup (2 markah)