B3 Esei
B3 Esei
B3 Esei
SOALAN STRUKTUR
c) Kita patut bersyukur dengan kemajuan yang dicapai oleh negara kita pada
hari ini kerana banyak kemudahan disediakan oleh kerajan Malaysia. Contohnya
sistem pengangkutan, sistem pendidikan dan perkhidmatan kesihatan. Kita dapat
menikmati keselesaan hidup dengan adanya bahan makanan yang mencukupi dan
segala kemudahan disediakan.
Seterusnya, negara kita aman dan damai membolehkan kita bebas bergerak ke
mana-mana sahaja dalam keadaan yang selamat tanpa ancaman musuh dari luar.
Selain itu, negara kita kaya dengan pelbagai jenis sumber bumi yang dimajukan oleh
sektor awam dan sektor swasta dan membawa kemajuan kepada negara.
Akhir sekali kerana kita mempunyai pemimpin negara yang bijaksana dalam
memastikan kestabilan politik negara terpelihara dengan menggubal dasar-dasar
pembangunan negara yang membawa kemajuan negara dalam pelbagai aspek.