Kaedah Pemeriksaan Kimpalan

Unduh sebagai pptx, pdf, atau txt
Unduh sebagai pptx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 8

KAEDAH PEMERIKSAAN

KIMPALAN
PENERANGAN/INFORMATION:

Ujian ke atas kimpalan adalah prose penting supaya dapat menentukan hasil kerja yang
berkualiti tanpa ada sebarang kecacatan sama ada pada permukaan kimpal atau bahgian dalam
dalam kimpal. Ujian kimpalan dilakukan setelah slesai kerja mengimpal. Proses ini juga untuk
memastikan hasil kimpalan mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Didalam ujian kimpalan 2
perkara penting yang perlu ada untuk menjalankan ujian adalah alatan ujian dan juga hasil
kimpal untuk menguji kimpalan

1.Alatan Pemeriksaan Kimpalan (Welding Inspection Kit )


Alatan pemeriksaan kimpalan adalah perkara penting untuk membuat ujian ke atas kimpal. Ia
digunakan untuk mngukur saiz kimpal mengikut spesifikasi pada permukaan kimpal dan
bahagian luaran kimpal.
Gambarajah 1.0:WELDING INSPECTION KIT
2.Root Inspection
Dalam industri kimpalan pemeriksaan visual dan ujian musnah adalah proses penting yang mesti dilakukan
setelah kerja kerja kimpal selesai dilakukan. Ianya bertujuan untuk mengukur kekuatan dan kualiti hasil
kimpal yang telah dilakukan. Setiap ujian yang dilakukan berbeza beza bergantung kepada bahagian
kimpalan yang perlu diperiksa atau diuji samaada dari bahagian capping, hot pass dan root pass.

i. Pemeriksaan visual

Pemeriksaan visual dilakukan dengan cara melihat permukaan kimpal samaada capping mahupon
bahagian akar kimpal (root face) mengikut spesifikasi yang ditetapkan

Pemeriksaan visual juga boleh dibuat dengan melakukan Ujian Penembusan (penetrat test) untuk melihat
kecacatan kimpal yang wujud pada permukaan kimpal dengan lebih jelas. Penetrat test digunakan secara
meluas kerana kos yang rendah. Ianya digunakan untuk mengesan kecacatan permukaan,dan dalam
logam seperti kecacatan retak, keliangan, kimpal cembung dan undercut produk baru, dan retak lesu pada
komponen dalam perkhidmatan.
i. Ujian musnah

Ujian ini dilakukan dengan memusnahkan benda kerja semasa ujian dilakukan. Ianya adalah mahal kerana
memerlukan penyediaan benda kerja yang melibatkan pemesenan benda kerja, pemotongan dan menguji
musnah benda kerja .
Ianya dilakukan terhadap contoh daripada sebahagian kimpalan yang telah siap dibuat. Sifat mekanik dan
kimia logam akan dapat diketahui.

Kebiasaanya ujian musnah dilakukan dengan cara membengkok sebahagian specimen kimpalan yang ujian
lenturan (Bend test). Ujian ini dapat dilakukan dengan mudah .Dibawah adalah contoh kimpalan itu telah pun
diuji dengan menggunakan ujian bengkokan.

Ujian bengkokan ( bend test)


a. Ujian bengkokan muka kimpalan (face bend)
b. Ujian bengkokan punca kimpalan (root bend)

Semua ujian bengkokan berpaduan dijalankan pada jigs khas. Permukaan contoh sesuatu kimpalan yang
hendak diuji dicanai supaya licin. Semua pengukuhan pada permukaan kumai hendaklah di buang. Kemudian
contoh ini diletakan pada cetak penyokong dan contoh itu dibengkokan dengan menggunakan bend test
machine sehingga membentuk bengkokan yang berbentuk U.
i. Face bend

Sekiranya kita menjalankan ujian bengkokan muka kimpalan , maka contoh sambungan hendaklah
diletak pada cetak penyokong dengan muka kimpalan berada dibawah.

ii. Root bend

Jika kita menjalankan ujian bengkokan punca kimpalan, maka punca kimpalan berada dibawah.
Tujuan ujian bengkokan punca ialah untuk menentukan darjah penembusan kimpalan. Tujuan ujian
bengkokan muka kimpalan pula ialah untuk menentukan sifat kimpalan termasuklah jumlah keliangan,
keleburan, keselitan terak dan keretakan. Kimpalan yang kecacatanya melebihi 4 mm biasanya
dianggap sebagai kimpalan yang tidak baik.

Gambarajah 18 Ujian bengkokkan (bend test)


Gambarajah 19 Mesin bend test

3.Welding Profil

Weldment profile merujuk kepada keseluruhan yang terdapat di bahagian sama ada bahagian logam asas,
permukaan kimpal, profil kimpal
SOALAN : -

1). Sebutkan dua jenis ujian bengkokan bebas .

……………………………………………………

……………………………………………………

2). Apakah tujuan utama ujian bengkokan bebas.

.......................................................................

........................................................................

3). Takrifkan nama dua jenis ujian bengkokan bebas.

…………………………………….......................

……………………………………………………..

4). Mengapakah ujian kelar patah dilakukan.

..........................................................................................................

……………………………………………………………………………….

…………………………………………………………………………………..

Anda mungkin juga menyukai

pFad - Phonifier reborn

Pfad - The Proxy pFad of © 2024 Garber Painting. All rights reserved.

Note: This service is not intended for secure transactions such as banking, social media, email, or purchasing. Use at your own risk. We assume no liability whatsoever for broken pages.


Alternative Proxies:

Alternative Proxy

pFad Proxy

pFad v3 Proxy

pFad v4 Proxy