Pergi ke kandungan

Muzium Petroleum, Sarawak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Versi boleh cetak tidak lagi disokong dan mungkin ada ralat persembahan. Sila kemas kini tanda buku pelayar anda dan sila guna fungsi cetak pelayar lalai pula.
Muzium Petroleum
Pintu masuk muzium
Map
Maklumat am
Ditubuhkan20 Mei 2005
Maklumat geografi
Lokasi
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Muzium Petroleum

Muzium Petroleum terletak di atas bukit Kanada, Bandaraya Miri, Sarawak, Malaysia. Menurut sejarah pada masa dahulu, di antara tahun 70-an dan 80-an, kawasan ini merupakan kawasan setinggan yang rata-ratanya didiami oleh golongan pendatang dan penduduk tempatan dengan aktiviti perlombongan yang giat dijalankan. Pada masa dahulu, semasa era pendudukan Jepun, tapak perlombongan Miri pernah dibom oleh pihak british bagi melumpuhkan pergerakan dan kekuatan tentera Jepun di Miri. pelbagai lagi sejarah yang dikaitkan dengan tapak petroleum Miri ini memandangkan tapak ini merupakan tapak petroleum yang pertama di Malaysia. Namun, pada masa kini kawasan ini berubah wajah. Tempat ini telah dinaiktaraf sebagai satu tinggalan dan warisan berharga untuk negara. Muzium ini kemudiaannya diselia dibawah Jabatan Muzium Negeri Sarawak di Kuching. Dihadapan muzium ini terdapat kawasan yang pernah dijadikan kawasan perlombongan yang dikenali kini sebagai the Grand Old Lady. The Grand Old Ladyn ini merupakan sebagai telaga minyak yang pertama di Malaysia. Kawasan petroleum ini digelar sebagai The Grand Old Lady kerana ianya merupakan tapak perlombongan minyak yang pertama seumpamanya di rantau ini khususnya di Malaysia dan menjadi induk kepada kesemua telaga minyak di Malaysia khususnya. The Grand Old Lady adalah pelantar minyak pertama kali ditemui dan didirikan di Miri. The Grand Old Lady juga adalah salah satu monumen sejarah di Miri dan merupakan tapak asal Muzium Petroleum di Miri. selain itu juga, The Grand Old lady Miri juga merupakan tugu terkenal yang telah menghasilkan tong dan tong minyak untuk jangka masa 62 tahun iaitu dari tahun 1910 hingga tahun 1972. Muzium Petroleum Miri ini dibuka kepada orang ramai secara rasmi pada 20 Mei 2005. Pembukaan Muzium ini telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Sarawak iaitu Dato Seri Taib Bin Mahmod. Selepas pembukaannya, Muzium petroleum ini mula dibuka pada setiap hari kecuali hari Isnin dan setiap cuti umum. Muzium petroleum ini juga dibuka dari pukul 9.00 pagi sehingga 4.30 petang dan yuran kemasukan adalah percuma--

Pautan luar

pFad - Phonifier reborn

Pfad - The Proxy pFad of © 2024 Garber Painting. All rights reserved.

Note: This service is not intended for secure transactions such as banking, social media, email, or purchasing. Use at your own risk. We assume no liability whatsoever for broken pages.


Alternative Proxies:

Alternative Proxy

pFad Proxy

pFad v3 Proxy

pFad v4 Proxy