Industri
Industri (Tulisan Jawi: ايندوستري) ialah satu segmen ekonomi yang menghasilkan barangan. Perkataan "industri" berasal dari perkataan Latin industrius yang bererti tekun, rajin. Industri ialah penghasilan barang atau perkhidmatan dan merupakan aktiviti ekonomi yang memproses bahan mentah menjadi barang siap atau menyediakan perkhidmatan.
Terdapat 4 sektor dalam industri yang pertama: industri pengumpulan bahan mentah secara besar-besaran seperti perlombongan dan pertanian; yang kedua merangkumi pembinaan dan penghasilan; yang ketiga ialah industri yang berkaitan dengan perkhidmatan (undang-undang dan ubat-ubatan) dan pengedaran bahan siap; sektor yang keempat ialah industri pengetahuan yang memberi fokus kepada penyelidikan dalam bidang teknologi, rekaan dan pembangunan seperti pengaturcaraan komputer, dan biokimia. Sektor kelima ialah aktiviti yang tidak memberi keuntungan.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Industri |