English Greetings

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 17

English Greetings Malay Greetings:

Hi! Hi!

Good morning! Selamat Pagi

Good evening! Selamat Petang

Welcome! (to greet someone) Selamat Datang

How are you? Apa Khabar?

I'm fine, thanks! Khabar Baik, Terima Kasih

And you? Bagaimana Dengan Anda?

Good/ So-So. Khabar Baik Juga

Thank you (very much)! Terima Kasih Berbanyak-Banyak

You're welcome! (for "thank you") Sama-sama

Hey! Friend! Hi, Kawan!

I missed you so much! Saya Amat Merindui Anda

What's new? Khabar Terbaru?

Nothing much Sama Sahaja

Good night! Selamat Malam

See you later! Jumpa Lagi

Good bye! Selamat Jalan

Asking for Help and Directions

I'm lost Saya Tersesat

Can I help you? Bolehkah Saya Membantu Anda?

Can you help me? Bolehkah Anda Membantu Saya?

Where is the (bathroom/ pharmacy)? Di manakah (bilik mandi/ farmasi)?

Go straight! then turn left/ right! Jalan Lurus/ Kemudian Pusing Kiri/ Kanan

I'm looking for john. Saya Sedang Mencari John.

One moment please! Sila Tunggu Sebentar.

Hold on please! (phone) Sila Tunggu Sebentar.


How much is this? Apakah Harga Barang Ini?

Excuse me ...! (to ask for something) Encik? (for male) Cik? (for female) + request

Excuse me! ( to pass by) Maafkan Saya

Come with me! Maafkan Saya

How to Introduce Yourself

Do you speak (English/ Malay)? Adakah anda fasih berbahasa (Inggeris/ Melayu)?

Just a little. Sedikit sahaja.

What's your name? Apakah Nama Anda?

My name is ... Nama Saya

Mr.../ Mrs./ Miss Encik/ Puan/ Cik

Nice to meet you! Gembira Mengenali Anda

You're very kind! Anda Sangat Baik!

Where are you from? Anda Dari Mana?

I'm from (the U.S/ Malaysia ) Saya Dari (Amerika Syarikat/ Malaysia)

I'm (American) Saya Berbangsa Amerika

Where do you live? Anda Tinggal Di mana?

I live in (the U.S/ Malaysia) Saya Tinggal Di (Amerika Syarikat/ Malaysia)

Did you like it here? Apakah Pendapat Anda Mengenai Tempat Ini?

Malaysia is a wonderful country Malaysia Adalah Sebuah Negara Yang Menarik.

What do you do for a living? Apakah Pekerjaan Anda?

I work as a (translator/ businessman) Saya Bekerja Sebagai Seorang (Penterjemah/ Ahli Niaga)

I like Malay Saya Suka (Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu)

I've been learning Malay for 1 month Saya Telah Mendalami Bahasa Melayu Selama 1 Bulan

Oh! That's good! Oh! Baiknya!


How to Introduce Yourself

How old are you? Berapakah Umur Anda?

I'm (twenty, thirty...) years old. Saya Berumur (Dua Puluh, Tiga Puluh) Tahun.

I have to go Saya Terpaksa Berangkat/ Pergi

I will be right back! Saya Akan Balik/Pulang

Wish Someone Something

Good luck! Semoga Berjaya!

Happy birthday! Selamat Hari Jadi!

Happy new year! Selamat Tahun Baru Cina!

Merry Christmas! Selamat Hari Krismas!

Congratulations! Tahniah!

Enjoy! (for meals...) Sila Menjamu Selera!

I'd like to visit Malaysia one day Saya Berhasrat Melawat Malaysia Suatu Hari Nanti.

Say hi to John for me Tolong Sampaikan Ucap Selamat Saya Kepada John

Bless you (when sneezing) Rahimaka Allah! Or Alhamdulillah!

Good night and sweet dreams! Selamat Malam.

Solving a Misunderstanding

I'm Sorry! (if you don't hear something) Maafkan Saya? (inquiry tone)

Sorry (for a mistake) Maafkan Saya.

No Problem! Tiada Masalah!

Can You Say It Again? Bolehkah Anda Mengulangi Apa Yang Telah Anda Sebutkan?

Can You Speak Slowly? Bolehkah Anda Mengurangkan Kelajuan Ucapan Anda?

Write It Down Please! Sila Catatkan!

I Don't Understand! Saya Tidak Faham!

I Don't Know! Saya Tidak Tahu!

I Have No Idea. Saya Tiada Idea.


How to Introduce Yourself

What's That Called In Malay? Apakah Nama Benda Ini?

What Does "gato" Mean In English? Apakah Maksud saya Dalam Bahasa Inggeris?

How Do You Say "Please" In Malay? Bagaimanakah Anda Menyebut Perkataan Please Dalam Bahasa Melay

What Is This? Apa Ini?

My Malay is bad. Penguasaan Bahasa Melayu Saya Lemah.

I need to practice my Malay Saya Perlu Memperbaiki Bahasa Melayu Saya.

Don't worry! Jangan (Bimbang/ Risau)

Malay Expressions and Words

Good/ Bad/ So-So. (Baik/ Jahat/ Sederhana)

Big/ Small (Besar/ Kecil)

Today/ Now (Hari Ini/ Sekarang)

Tomorrow/ Yesterday (Esok/ Semalam)

Yes/ No (Ya/ Tidak)

Here you go! (when giving something) Ini dia!

Do you like it? Adakah Anda Menyukainya?

I really like it! Saya Amat Menyukainya!

I'm hungry/ thirsty. Saya Berasa Lapar/ Dahaga)

In The Morning/ Evening/ At Night. Pada Sebelah (Pagi/ Petang/ Malam)

This/ That. Here/There Ini/ Itu . Sini/ Sana

Me/ You. Him/ Her. Saya/ Anda. Dia.

Really! Benar!

Look! Lihat!

Hurry up! Lekas! / Cepat!

What? Where? Apa? Di mana?

What time is it? Pukul Berapa Sekarang?

It's 10 o'clock. 07:30pm. Pukul Sepuluh (pagi/ malam). Pukul Tujuh Tiga Puluh Minit (malam)
How to Introduce Yourself

Give me this! (Berikan/ Serahkan) Benda Ini Kepada Saya. (polite/ impolite)

I love you! Saya Mencintai Anda!

I feel sick. Saya Berasa Sakit.

I need a doctor Saya Perlukan Doktor

One, Two, Three Satu, Dua, Tiga

Four, Five, Six Empat, Lima, Enam

Seven, Eight, Nine, Ten Tujuh, Lapan, Sembilan, Sepuluh

English Bahasa melayu (Malay)

Welcome Selamat datang

Selamat pagi (good morning)


Selamat petang (good afternoon)
Hello (General greeting)
Selamat malam (good night)
Assalamualaikum (used by Muslims)

How are you? Apa khabar? (What news?)

Khabar baik, terima kasih. Anda pula


Reply to 'How are you?'
bagaimana?

Long time no see Sudah lama tidak berjumpa

What's your name? Siapa nama anda?

My name is ... Nama saya ...

Dari mana asal saudara? (frm)


Where are you from?
Asal dari mana? (inf)

I'm from ... Saya dari ...

Pleased to meet you Selamat berkenalan


Good morning
Selamat pagi
(Morning greeting)

Good afternoon
Selamat tengah hari (12-2pm)
(Afternoon greeting)

Good evening
Selamat petang (2-7pm)
(Evening greeting)

Good night Selamat malam (after 7pm)

Selamat tinggal (said if you're leaving)


Goodbye
Selamat jalan (said you're staying)
(Parting phrases)
Sampai jumpa lagi

Selamat maju jaya! (go forward and victory)


Good luck!
Semoga berjaya!

Cheers! Good Health!


Sihat selalu!
(Toasts used when drinking)

Have a nice day Semoga hari anda baik sahaja

Selamat menjamu selera! (Please treat your


Bon appetit / appetite)
Have a nice meal Jemput makan! (Please eat!)
Makan makan! (Eat eat!)

Bon voyage /
Selamat jalan!
Have a good journey

I understand Saya faham

I don't understand Saya tidak faham

Yes Ya

Tidak
No
Tak (inf)

Maybe Untung-untung
Boleh jadi

Saya tidak tahu


I don't know
Tak tau (inf)

Please speak more slowly Boleh cakap perlahan sedikit?

Tolong ulang sekali lagi


Please say that again Tolong ulang semula
Sila ulang

Tolong ulang sekali lagi


Please write it down Tolong ulang semula
Sila ulang

Bolehkah anda bercakap bahasa Malaysia?


Do you speak Malay?
Bolehkah anda bercakap bahasa Melayu?

Yes, a little
Boleh, sedikit
(reply to 'Do you speak ...?')

Bagaimana anda cakap .... dalam bahasa


How do you say ... in Malay? Melayu?
Apa bahasa Malaysianya ...?

Tumpang lalu (to pass by)


Excuse me
Maafkan saya

How much is this? Berapa harganya ini?

Ma'af
Sorry Minta maaf (asking for forgiveness)
Tolong maafkan saya ('please forgive me')

Please Tolong

Thank you Terima kasih

Reply to thank you Sama-sama

Where's the toilet? Di mana tandas?


This gentleman/lady will pay for
Dia akan bayar semuanya
everything

Mahukah saudari menari dengan saya? (f)


Would you like to dance with me?
Mahukah saudara menari dengan saya? (m)

Do you come here often? Ngana jaga kamari? (Ternate Malay)

Aku rindu pada mu


I miss you
Saya rindu kamu

Saya sayang kamu


Aku cintakan kau
I love you
Aku cinta padamu
Aku mencintaimu

Get well soon Semoga cepat sembuh

Go away! Pergi dari sini!

Leave me alone! Pergi dari sini!

Help! Tolong!

Api!
Fire!
Kebakaran!

Stop! Berhenti!

Selamat Hari Natal (Christmas)


Christmas and New Year greetings
Selamat Tahun Baru (New Year)

Selamat hari jadi


Birthday greetings
Selamat hari lahir

One language is never enough Satu bahasa tidak pernah cukup

My hovercraft is full of eels


Hoverkraf saya penuh dengan belut
Why this phrase?
Usaha-usaha untuk meningkatkan semangat patriotik
dalam kalangan masyarakat di negara kita

Semangat patriotik semakin luntur dalam kalangan masyarakat di negara


kita pada masa ini seperti yang didakwa oleh banyak pihak. Hal ini berlaku
demikian kerana masing-masing sibuk dengan urusan sendiri yang
menyebabkan mereka tidak menghiraukan perkara lain. Pada pendapat
mereka, perkara yang penting dalam hidup ialah mereka perlu berusaha
untuk mencari kekayaan dan hendak mencari wang untuk menambahkan
pendapatan semata-mata. Oleh itu, mereka tidak menitikberatkan semangat
patriotik dan tidak tidak mempedulikan sambutan hari kebangsaan, contohnya
anggota masyarakat kita tidak mengibarkan bendera Malaysia ketika
sambutan ulang tahun kemerdekaan negara dijalankan. Jadi, kita berharap
agar semangat patriotik dalam kalangan masyarakat dapat ditingkatkan.

Sebenarnya terdapat banyak cara yang boleh dijalankan untuk


meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita.
Satu daripada caranya adalah dengan memberikan penekanan tentang
proses pemupukan semangat patriotik dari bangku sekolahlagi. Perkara
ini membolehkan semangat patriotik sebati dalam diri pelajar seperti kata
peribahasa Melayu, melentur buluh, biarlah dari rebungnya. Sekiranya
semangat patriotik dapat dipupuk sejak kecil, sudah tentulah semangat
patriotik akan terus diamalkan dan dikekalkan hingga dewasa. Tambahan
pula, amalan ini penting kerana kita dapat melahirkan masyarakat yang
sentiasa cinta akan negara dan tidak melakukan perkara-perkara yang akan
memburukkan nama negara.

Cara lain yang boleh dijalankan adalah dengan membuat


pengubahsuaian dan memberikan penekanan tentang aspek semangat
patriotik ini dalam kurikulum di sekolah dan di institusi pengajian tinggi.
Sekiranya perkara ini dilakukan, murid-murid akan memahami dan
menghayati semangat patriotik kerana aspek tersebut dipelajari dalam mata
pelajaran tertentu. Dengan perkataan lain, perkara itu akan dipelajari secara
formal di dalam kelas, diuji dalam peperiksaan dan seterusnya diamalkan
dalam kehidupan seharian. Oleh hal yang demikian, semangat patriotik itu
akan terus subur dalam sanubari murid-murid hinggalah selepas mereka
menamatkan persekolahan atau pendidikan mereka di institusi pengajian
tinggi.

Pihak yang bertanggungjawab hendaklah menjalankan kempen secara


besar-besaranmelalui media massa. Kempen-kempen yang berkaitan
dengan semangat patriotik ini akan memberikan kesedaran kepada
masyarakat tentang kepentingan semangat patriotik dalam kalangan
masyarakat di negara kita Oleh itu, Kementerian Penerangan Malaysia, di
samping media elektronik seperti televisyen dan radio memang berkesan
untuk menyuburkan dan meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan
masyarakat. Dengan perkataan lain, televisyen dan radio hendaklah
menyiarkan rancangan atau program yang dapat meningkatkan semangat
patriotik seperti menyiarkan rencana tentang pejuang-pejuang kemerdekaan
negara. Selain itu media elektronik itu juga hendaklah menayangkan filem
seperti Bukit Kepong, Paloh, dan drama-drama yang berkaitan dengan
semangat cinta akan negara.

Agensi-agensi kerajaan yang bertanggungjawab pula


perlulah menjalankan aktiviti yang bersesuaian dengan usaha untuk
meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat agar dapat
memupuk semangat ini. Aktiviti tersebut boleh dijalankan di kampung-
kampung dan juga di kawasan perumahan. Oleh itu, aktiviti seperti sambutan
hari kemerdekaan pada peringkat taman perumahan dan kampung perlulah
digalakkan. Di samping itu, Jabatan Penyiaran atau stesen televisyen juga
perlu mengadakan forum tentang semangat patriotik dengan menjemput
tokoh-tokoh akademik daripada pelbagai bangsa dan juga tokoh masyarakat
yang memperjuangkan semangat kebangsaan suatu masa dahulu. Aktiviti
tersebut bukan sahaja dapat memupuk semangat patriotik malahan dapat
mengeratkan perpaduan antara kaum di negara kita.

Semangat patriotik juga dapat dipupuk melalui contoh dan teladan


daripada pemimpin-pemimpin negara dan pemimpin masyarakat tanpa
mengira bangsa, agama dan fahaman politik. Dengan cara itu, anggota
masyarakat akan mencontohi pemimpin-pemimpin mereka yang memiliki
semangat patiotik yang tinggi. Para pemimpin perlulah selalu mengingatkan
dan menekankan kepentingan menghargai kemerdekaan yang telah dicapai
hasil perjuangan dan titik peluh pejuang-pejuang kemerdekaan yang
terdahulu dan menghayatinya dengan sepenuh hati. Hal ini penting kerana,
kemerdekaan yang dinikmati ini hendaklah dihayati, dijaga dan dikekalkan
sampai bila-bila. Sekiranya perkara ini tidak dititikberatkan oleh semua orang
sudah pasti kemerdekaan yang dinikmati sukar untuk dipertahankan dan tidak
tidak akan memberi makna lagi kepada generasi yang akan datang.

Oleh hal yang demikian, usaha-usaha untuk memupuk semangat


patriotik perlulah dijalankan sepanjang masa tanpa henti. Hal ini demikian
kerana, semangat patriotik ini penting untuk melahirkan warganegara yang
cinta akan negaranya dan pasti akan menjadi individu yang berguna kepada
bangsa, agama dan negaranya sendiri. Individu yang memiliki semangat
patriotik yang tinggi juga akan sentiasa berusaha untuk memajukan diri dan
negaranya agar mencapai kemajuan dan pembangunan dengan cepat,
setanding dengan negara-negara maju yang lain. Skiranya semangat patriotik
tidak dapat dipupuk dalam kalangan remaja, pastilah mereka tidak ada
perasaan cinta akan negara dan menyebabkan mereka hilang jati diri. Oleh
itu, semua pihak perlulah berganding bahu dan memainkan peranan masing-
masing agar semangat patriotik dapat dipupuk dan disuburkan dalam
kalangan masyarakat

Isu tentang semangat patriotik semakin luntur dalam kalangan masyarakat sering diperkatakan.
Kemukakan pendapat anda tentang langkah-langkah untuk meningkatkan semangat patriotik
dalam kalangan masyarakat di negara kita.

Sejak akhir-akhir ini, isu semangat patriotik semakin luntur dalam kalangan masyarakat di
negara kita pada masa kini sering diperkatakan. Perkara ini amat membimbangkan apabila
terdapat segelintir masyarakat yang tidak mempedulikan sambutan hari kebangsaan. Contohnya
anggota masyarakat kita tidak mengibarkan bendera Malaysia ketika sambutan ulang tahun
kemerdekaan negara dijalankan. Justeru., langkah-langkah yang berkesan perlu dilaksanakan
untuk mengatasi masalah ini supaya tidak menjadi duri dalam daging yang akan
menjejaskan kemakmuran negara kita.

Sebenarnya terdapat banyak cara yang boleh dijalankan untuk meningkatkan semangat patriotik
dalam kalangan masyarakat di negara kita. Antranya ialahmemupuk semangat
patriotik sejak dari bangku sekolah lagi. Perkara ini membolehkan semangat
patriotik sebati dalam diri pelajar seperti kata peribahasa Melayu, melentur buluh,
biarlah dari rebungnya. Contohnya , pihak sekolah boleh mengadakan program seperti
sambutan Hari Kemerdekaan peringkat sekolah, nanyian Lagu Negara ku semasa perhimpunan
dan sebagainya. Sekiranya semangat patriotik dapat dipupuk sejak kecil, sudah tentulah
semangat patriotik akan terus diamalkan dan dikekalkan hingga dewasa. Tambahan pula, amalan
ini penting kerana kita dapat melahirkan masyarakat yang sentiasa cinta akan negara dan tidak
melakukan perkara-perkara yang akan memburukkan nama negara.

Selain itu, ibu bapa juga memainkan peranan penting untuk memupuk semangat patriotik dalam
sanubari anak anak. Ibu bapa harus sentiasamenanamkan kesedaran tetang
pentingnya memelihara kedulatan dan kemerdekaan negara sejak
anak-anak masih kecl lagi. Ibu bapa juga mestimenjadi contoh teladan
yang baik kepada anak-anak. Contohnya, ibu bapa mesti mengibarkan bendera bersama-
sama anak-anak ketika sambutan hari kemerdekaan negara. Ibu bapa dan anak-anak juga boleh
melawat tempat-tempat bersejarah tanah air semasa cuti sekolah dan sebagainya. Oleh itu anak-
anak telah mendapat pendedahan dan kesedaran tentang semangat cinta akan tanah air daripada
ibu bapa sejak kecil.

Seterusnya, pihak yang bertanggungjawab hendaklah menjalankan kempen secara


besar-besaran melalui media massa. Kempen-kempen yang berkaitan dengan semangat
patriotik ini akan memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan semangat
patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita Oleh itu, Kementerian Penerangan Malaysia,
di samping media elektronik seperti televisyen dan radio memang berkesan untuk menyuburkan
dan meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat. Dengan perkataan lain,
televisyen dan radio hendaklah menyiarkan rancangan atau program yang dapat meningkatkan
semangat patriotik seperti menyiarkan rencana tentang pejuang-pejuang kemerdekaan negara.
Selain itu media elektronik itu juga hendaklah menayangkan filem seperti Bukit Kepong,
Paloh, dan drama-drama yang berkaitan dengan semangat cinta akan negara.semangat patriotik
malahan dapat mengeratkan perpaduan antara kaum di negara kita.

Kesimpulannya, semangat patriotik sangat penting untuk melahirkan warganegara yang cinta
akan negaranya dan pasti akan menjadi individu yang berguna kepada bangsa, agama dan
negaranya sendiri. Individu yang memiliki semangat patriotik yang tinggi juga akan sentiasa
berusaha untuk memajukan diri dan negaranya agar mencapai kemajuan dan pembangunan
dengan cepat, setanding dengan negara-negara maju yang lain. Justeru, semua pihak perlulah
berganding bahu dan memainkan peranan masing-masing agar semangat patriotik dapat dipupuk
dan disuburkan dalam kalangan masyarakat.
Semangat patriotisme dalam kalangan rakyat
Malaysia perlu dipupuk sejak di bangku
sekolah. Bincangkan ciri-ciri rakyat yang
mencintai negaranya.
Dalam meniti arus pemodenan yang bertunjangkan nawaitu materialistik dan individualistik ini,
semangat cinta akan negara semakin pudar dalam kalangan rakyat. Hal ini tidak sewajarnya berlaku
kerana pepatah Arab ada mengatakan bahawa cinta akan watan itu adalah sebahagian daripada
iman. Tanah air adalah sesuatu yang amat besar maknanya kepada sesuatu bangsa. Semangat
patriotisme dapat ditakrifkan sebagai wujud rasa cinta dan kasih sayang terhadap tanah air sendiri. Oleh
itu, setiap rakyat perlulah memiliki ciri-ciri untuk menggalas tugas yang amat besar dengan menunjukkan
taat setia dan memberikan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi kepada negara yang cemerlang,
gemilang dan terbilang ini.

Rakyat yang mencintai negara akan sentiasa menghormati lagu kebangsaan. Setiap negara
mempunyai lagu kebangsaan tersendiri yang melambangkan kebanggaan dan kedaulatan sesebuah
negara itu. Malaysia terkenal dengan lagu Negaraku. Lagu ini biasanya dinyanyikan oleh setiap
warganegara Malaysia semasa majlis-majlis rasmi. Lagu kebangsaan Malaysia kaya dengan prinsip dan
doktrin yang penting untuk memupuk semangat patriotisme. Memetik kata mantan Presiden Amerika
Syarikat , J.F. Kennedy, iaitu " usahlah disoalkan apakah sumbangan negara kepada kamu
sebaliknya tanyalah apakah sumbangan kamu kepada negara?" Perkara ini wajar diaplikasikan oleh
setiap rakyat Malaysia untuk menjadi insan yang berbakti kepada negara. Rakyat Malaysia haruslah
berdiri tegak dan bernyanyi dengan penuh semangat apabila lagu Negaraku didendangkan sebagai tanda
hormat dan taat kepada negara. Izharlah bahawa sebagai rakyat Malaysia yang telah banyak termakan
budi kepada negara, kita sepatutnya menunjukkan perasaan cinta akan negara dengan menghormati
lagu kebangsaan.

Selain itu, sentiasa mendukung prinsip Rukun Negara juga merupakan ciri rakyat yang mencintai
negara. Bagi membentuk sebuah negara yang berdaulat dan bersepadu selepas berlakunya peristiwa
rusuhan kaum pada 13 Mei 1969, Malaysia melalui kebijaksanaan dan kerjasama para pemimpinnya
telah melakarkan suatu garis panduan , iaitu Rukun Negara. Menurut Profesor Syed Huseein al-Attas,
"patriotisme ini adalah tiada jaminan yang paling meyakinkan demi mempertahankan nasib
bangsa kecuali memiliki rasa kasih sayang yang tinggi terhadap negara." Oleh itu, Rukun Negara
merupakan salah satu elemen yang vital dalam menunjukkan kasih sayang kita terhadap negara. Rukun
Negara juga merupakan tonggak perpaduan rakyat. Sebagai negara yang berpaksikan ideologi
demokrasi, hak dan kebebasan rakyat hendaklah dihormati. Rakyat perlu sensitif terhadap kepentingan
dan nilai perasaan orang lain, seperti kata peribahasa Melayu , hukum orang memiat daging , sakit di
orang sakitlah di awak. Tamsilnya, setiap rakyat perlu hormat dan taat kepada raja dan negara seperti
tertera dalam rukun negara. Rentetan itu, jelaslah bahawa setiap rakyat perlu menjunjung tinggi nilai-nilai
dan falsafah yang terkandung dalam Rukun Negara demi mewujudkan sebuah negara yang berdaulat
dan merdeka.

Di samping itu, setiap rakyat perlu mengamalkan perpaduan sebagai tanda cinta akan negara.
Perpaduan merupakan aset negara yang amat penting dan merupakan tulang belakang kepada
kemajuan negara. Malaysia mempunyai rakyat yang berbilang kaum. Oleh yang demikian, semua rakyat
haruslah sentiasa bersatu padu untuk memupuk perpaduan yang hakiki dan mengekalkan semangat
perpaduan dari generasi ke generasi, persis kata peribahasa Melayu, bersatu kita teguh, bercerai kita
roboh. Mantan Timbalan Perdana Menteri Britain, John Prescott pernah menyatakan keinginan
Britain mempelajari pengalaman Malaysia mengekalkan formula perpaduan antara kaum dan
amalan tolak ansur dalam amalan agama. Antara contoh cara perpaduan dapat dipupuk adalah melalui
amalan kunjung-mengunjungi pada hari perayaan menerusi amalan rumah terbuka. Hal ini dapat
mengeratkan silaturahim di samping memupuk perpaduan yang kukuh dalam kalangan rakyat Malaysia.
Rakyat yang berpatriotik akan sentiasa mengekalkan perpaduan negara yang sudah sedia terjalin
ukhuwah sesama manusia mahupun berlainan bangsa dan agama demi menyahut seruan "Satu
Malaysia" yang sering diuar-uarkan oleh Perdana Menteri malaysia, Dato Seri Najib bin Tun Abdul Razak.
Terbuktilah bahawa setiap rakyat perlu menyedari kepentingan elemen perpaduan kerana perpaduan
merupakan tunjang kejayaan dan kemajuan negara.

Bertitik tolak daripada manifestasi tersebut, kriteria rakyat yang mencintai negara adalah rakyat yang
menghormati pemimpin dan pejuang negara. Setiap rakyat haruslah sedar bahawa disebabkan pemimpin
dan pejuang negara, kita dapat menikmati kemerdekaan pada alaf ini. Kita seharusnya sentiasa
menghayati sejarah negara dan menghargai pemimpin kita. George Santayana pernah berkata bahawa
" manusia yang melupai sejarah pasti akan mengulanginya." Timbalan Naib Kaunselor Universiti
Utara Malaysia , Profesor Madya Dr Mohamed Ishak menyatakan bahawa " patriotisme perlu
dinilai dengan subjek sejarah Malaysia yang lebih dinamik dan penerbitan buku-buku cerita
pendek berkisah tentang pejuang-pejuang negara." Menerusi cara ini, anak-anak akan dididik dari
kecil lagi tentang sejarah negara, bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya, Hal ini akan
menyebabkan mereka menjadi insan yang taat dan berguna kepada negara. Oleh itu, jelaslah bahawa
seorang rakyat yang mencintai negara akan sentiasa menghormati dan menghargai pemimpin serta
pejuang negara.

Melihat daripada perspektif lain, rakyat dapat menunjukkan bahawa mereka mencintai negara
Malaysia dengan mengadakan dan menyertai program-program yang berunsur kemerdekaan. Sebagai
contoh, setiap rakyat seyogianya melibatkan diri dalam sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia.
Sambutan-sambutan seperti ini dapat menyedarkan rakyat kembali kepada jati diri di Malaysia sebenar
kerana di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Rakyat Malaysia juga seharusnya berbangga dengan
Jalur Gemilang kerana Jalur Gemilang merupakan lambang kemegahan dan patriotisme kepada negara.
Bendera Malaysia haruslah sentiasa dikibarkan sebagai tanda kita menghargai dan mencintai negara.
Oleh hal yang demikian, setiap rakyat haruslah melibatkan diri dalam segala program berunsur
patriotisme yang diadakan agar dapat meningkatkan semangat cinta akan negara yang terdapat dalam
sanubari setiap rakyat Malaysia.

Seterusnya, berusaha memajukan ekonomi dan mengharumkan nama negara di persada dunia juga
merupakan ciri rakyat yang mencintai negara. Setiap rakyat boleh mengharumkan nama negara melalui
penglibatan diri dalam beberapa acara bertaraf dunia atau melakukan sesuatu yang dapat menjadi
kebanggaan negara. Dalam konteks ini, Datuk Nicol Ann David boleh dijadikan idola orang ramai kerana
beliau telah mengharumkan nama Malaysia dalam bidang sukan. Hai ini jelas menunjukkan semangat
cinta akan negara yang terdapat dalam atma Datuk Nicol. Menurut Profesor Emeritus Khoo Kay Kim,
pembangunan sukan popular seharusnya mencapai taraf dunia kerana sukan berupaya menjana
semangat patriotisme dan menyatukan rakyat. Hal ini seiiraslah dengan pencapaian Datuk Nicol atas
hasil usaha beliau, bak kata pepatah, yang bulat tidak akan datang bergolek, yang pipih tidak akan
datang melayang. Izharlah bahawa setiap rakyat haruslah berusaha dan memerah keringat untuk
menaikkan nama negara di persada dunia.

Sebagai penutup tirai perbincangan, semua rakyat haruslah menjadi golongan ningrat dengan
mempunyai semangat cinta akan negara dan patriotik yang tinggi. Semangat ini merupakan pemangkin
kepada kemerdekaan negara yang sudah mencapai angka lima puluh enam tahun pada hari ini. Ahli
falsafah ada menegaskan bahawa paksi kekuatan sesebuah negara itu terbina di atas paksi para
ilmuwan yang berhikmah, para pemimpin yang adil dan rakyat jelata yang taat setia. Rakyat yang
mencintai tanah air ini akan mampu merealisasikan egalitarianisme Malaysia dan bersatu padu
mempertahankan kemakmuran negara. Oleh itu, terbuktilah bahawa rakyat mestilah menanamkan
semangat cinta akan negara yang mendalam agar masa depan negara dapat terpelihara daripada jatuh
ke tangan musuh sekali gus menyebabkan maruah negara tercemar di seantero dunia.

Rangka Karangan 1 (Patriotisme)

Pengenalan
Patriotisme bermaksud semangat cinta akan negara.
Penting untuk mewujudkan kerjasama antara rakyat dan memajukan negara.
Keselamatan negara lebih terjamin dan tidak mudah diancam oleh kuasa luar ~ bersatu teguh, bercerai
roboh.
Semakin luntur terutamanya dalam kalangan generasi muda.
Setiap rakyat perlu memupuk semangat patriotisme sejak kecil.
Pelbagai langkah saya ambil untuk menyemai semangat patriotisme dalam diri saya.

Isi 1
Membeli barangan tempatan
Mengutamakan barangan tempatan berbanding dengan barangan tempatan ~ tak kenal maka tak
cinta.
Menggalakkan perkembangan industri pembuatan negara.
Mengurangkan pengimportan barangan.
Mengurangkan aliran keluar mata wang Ringgit.
Memajukan ekonomi negara.
Contohnya, mengutamakan kereta nasional Proton.

Isi 2
Mendalami sejarah negara
Membeli dan membaca buku-buku yang berkaitan dengan sejarah negara.
Melawat ke tempat-tempat bersejarah.
Mencontohi semangat patriotisme pejuang-pejuang kemerdekaan tanah air ~ biar putih tulang jangan
putih mata.
Menjadikan sejarah hitam sebagai iktibar pentingnya semangat cinta akan negara.
Menerangkan sejarah negara kepada pelancong asing.
Contohnya, melawat ke Kota A Famosa dan Makam Mahsuri.

Isi 3
Mematuhi undang-undang negara
Mengikut peraturan dan undang-undang ~ di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.
Mewujudkan negara yang aman dan harmoni.
Masyarakat dapat hidup dengan sejahtera.
Menjadi teladan kepada pendatang asing.
Menjaga imej negara dan menarik kedatangan pelancong.
Contohnya, tidak terlibat dalam kes jenayah seperti rasuah.

Isi 4
Menyambut Hari Kebangsaan
Mengibarkan bendera Jalur Gemilang.
Menyertai majlis sambutan Hari Kebangsaan.
Meningkatkan perpaduan rakyat berbilang kaum.
Memperingati jasa pejuang-pejuang kemerdekaan ~ seperti lilin membakar diri ~ harimau mati
meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.
Sedar dan berazam akan mempertahankan kemerdekaan sampai bila-bila.
Contohnya, menyertai majlis sambutan di Dataran Merdeka.

Isi 5
Memberikan sumbangan kepada negara
Mewakili negara dalam pertandingan sukan.
Mengharumkan nama negara pada peringkat antarabangsa.
Belajar bersungguh-sungguh dan berjaya dalam akademik.
Pulang dan berkhidmat di negara ini setelah tamat pengajian ~ hujan emas di negeri orang, hujan batu
di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri ~ setinggi-tinggi terbang bangau, akhirnya hinggap
di belakang kerbau juga.
Mengurangkan kebergantungan negara terhadap tenaga kerja asing.
Contohnya, berkhidmat sebagai doktor pakar.

Penutup
Kesimpulannya, pelbagai langkah telah saya ambil.
Belum mencukupi.
Akan mengambil langkah-langkah lain.
Menjadi anak watan yang mempunyai semangat patriotisme yang tinggi.
Berasa bangga dan akan memberikan sumbangan kepada negara ~ duduk sama rendah, berdiri
sama tinggi.

BAHAGIAN B: Soalan 4 (Percubaan SPM)


Pada zaman atom ini, sifat mementingkan kebendaan dan diri sendiri telah biasa diamalkan dalam
kalangan masyarakat. Tidak kurang sikap seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing
terutama di kawasan bandar. Generasi muda kini pula kurang bersikap patriotik. Budaya barat diagung-
agungkan manakala nilai cinta akan tanah air sendiri diketepikan. Semangat patriotik memang harus
diamalkan dalam jiwa rakyat negara ini semenjak mereka kanak-kanak lagi.

Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Kanak-kanak harus didedahkan kepada nilai cinta akan negara
dan sifat-sifat patriotik. Mereka perlu disedarkan bahawa kepentingan semangat patriotisme. Ibu bapa
harus mendidik mereka tentang sejarah kemerdekaan negara dan kepahlawanan tokoh-tokoh terkenal
yang berjuang demi tanah air. Kanak-kanak akan ingat pada pengajaran dan ikut kata ibu bapa. Sikap
yang diamalkan semasa kecil biasanya akan kekal hingga dewasa. Semangat patrotik yang disemaikan
dalam jiwa bakal pemimpin negara turut akan diingati dan dipraktikkan oleh mereka pada masa hadapan.

Bapa borek anak rintik. Ibu bapa wajar menjadi teladan kepada kanak-kanak. Mereka harus menerapkan
semangat patriotik dalam kehidupan. Kanak-kanak yang cepat belajar daripada ibu bapa akan mengikut
jejak mereka dengan mengamalkan semangat patriotik . Secara tidak langsung, perbuatan membelot
negara akan dikeji dan lahirlah keinginan rakyat untuk memberi sumbangan untuk kepada negara.
Dengan semangat itu, negara kita dapat membangun dengan pesat dan menjadi negara maju.
Selain itu, pengaruh guru turut beperanan penting dalam usaha menyemai semangat patriotik dalam jiwa
rakyat negara ini semenjak kanak-kanak. guru-guru yang mengajar di sekolah patut menekankan unsur-
unsur patriotik terutamanya dalam mata pelajaran Sejarah dan Pendidikan Moral. Mereka perlu
mendorong kanak-kanak lahir perasaan bangga dan syukur terhadap negara serta cinta akan negara.
Mereka perlu mendedahkan amalan yang mengandungi unsur patriotisme kepada kanak-kanak. Maka
wujud patriotisme dalam pembentukan sahsiah insan-insan mulia.

Pihak berkuasa juga boleh mengambil beberapa langkah untuk memupuk semangat patriotik dalam
kalangan kanak-kanak. Pelbagai pertandingan boleh dianjurkan sempena bulan penghayatan merdeka.
Misalnya, pertandingan menulis esei berkaitan dengan tokoh yang mempertahankan negara,
pertandingan kolaj dengan topik merdeka atau sejarah, pertandingan kolaj dengan bertemakan topik
merdeka atau sejarah, pertandingan melukis dengan bertemakan "negaraku" dan lain-lain lagi. Secara
tidak langsung semangat patriotik dapat disemaikan dalam jiwa kanak-kanak semasa mereka mengambil
bahagian dalam pertandingan yang diadakan.

Jika semangat patriotik tidak disemaikan dalam jiwa rakyat negara ini semenjak mereka kanak-kanak,
kemungkinan mereka akan kurang perhatian terhadap isu-isu negara dan tidak mempunyai sifat-sifat
patriotik. Mereka akan mengagung-agungkan budaya luar negara serta kurang kesedaran untuk
mempertahankan maruah negara. Sebaliknya, mereka akan terpikat oleh dunia di luar dan meninggalkan
tanah air demi kepentingan negara sendiri dan tidak mahu melakukan perbuatan tidak setia kepada
negara seperti mambakar bendera negara.

Kesimpulannya, semangat patriotik mesti disemaikan dalam jiwa rakyat negara ini semenjak mereka
kanak-kanak. Demikianlah perbuatan derhaka dapat dicegahkan dan kukuh semangat patriotik dalam
kalangan masyarakat. Maka wawasan 2020 dapat dicapai dan Malaysia akan menjadi negara gemilang.
Rasa bangga sebagai warganegara Malaysia semasa Jalur Gemilang dikibarkan.

Karangan dipetik dengan pengubahsuaian daripada,

You might also like

pFad - Phonifier reborn

Pfad - The Proxy pFad of © 2024 Garber Painting. All rights reserved.

Note: This service is not intended for secure transactions such as banking, social media, email, or purchasing. Use at your own risk. We assume no liability whatsoever for broken pages.


Alternative Proxies:

Alternative Proxy

pFad Proxy

pFad v3 Proxy

pFad v4 Proxy