Jurnal Kepimpinan Pendidikan - : Integriti Kewangan Dalam Kalangan Guru Sekolah Kebangsaan Zon Bangsar, Kuala Lumpur

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 16

JURNAL KEPIMPINAN PENDIDIKAN | Oktober 2019, Bil.

6, Isu 4

INTEGRITI KEWANGAN DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH KEBANGSAAN


ZON BANGSAR, KUALA LUMPUR

Subaa Nadarajan
Sekolah Kebangsaan Seri Suria, Kuala Lumpur

*Norfariza Mohd Radzi


Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya
*norfariza@um.edu.my

ABSTRACT

Financial integrity has become a major concern in efforts to drive Malaysia to be a


developed country. This can be evident through steps taken by the government to
strengthen the integrity of public officials in driving the principle of integrity and
accountability towards an excellent public delivery system. Hence, this study aims to
identify the level of financial integrity among the national school teachers of the Bangsar
zone, Kuala Lumpur. The study applied quantitative research method through survey.
Questionnaires were distributed to the sample of 322 teachers from national schools of
the Bangsar zone, Kuala Lumpur The data obtained then been analyzed using Statistical
Package of Social Science (SPSS) version 21 by applying descriptive and inferential
statistics such as Mann Whitney U test and Kruskal Wallis H test. The findings show high
level of financial integrity among the national school teachers of the Bangsar zone, Kuala
Lumpur with the mean of 4.69. In addition, the findings show that there are no significant
statistical differences in the practices of financial integrity among teachers based on the
aspects of gender (Z = -1.875, p = 0.061) and the period of teaching experiences [x^2
(5,N=322)= 2.601, p = 0.761]. However, significant statistical difference has been noted
based on different level of education [x^2 (2,N=322) = 7.733, p = 0.021]. This study can
be used as a reference for teachers, school administrators and Ministry of Education to
identify the level of financial integrity among teachers. In addition, this study can become
a guidance in the implementation of relevant programmes and development trainings
required by teachers to enhance integrity among them.

Keywords: finance, integrity, school teachers

PENGENALAN

Pendidikan yang berkualiti amat penting bagi menghasilkankan sumber manusia yang berdaya saing
yang dapat membentuk kemajuan negara. Sumber negara harus dirancang dan diuruskan secara
optimum bagi membentuk perancangan pendidikan yang dapat mencapat matlamat yang disasarkan.
Rancangan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 telah menekankan peranan
sekolah sebagai organisasi yang bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan pendidikan bagi
penghasilan pelajar secara holistik (Kementerian Pendidikan, 2013). Oleh itu, kerajaan telah melabur
secara besar-besaran dalam pendidikan supaya kualiti dan hasil produk pendidikan negara memenuhi
keperluan semasa selaras dengan transformasi yang berlaku dalam pendidikan abad ke-21. Menurut
Muhammad Faizal A. Ghani, Norfariza Mohd Radzi, Saedah Siraj dan Faisol Elham (2012), sektor
pendidikan sentiasa mendapat perhatian khusus dalam belanjawan negara yang dikemukakan setiap
tahun. Kerajaan memperuntukan belanjawan yang besar untuk pengurusan dan pentadbiran sekolah-

22 E-ISSN: 2289-9669
JURNAL KEPIMPINAN PENDIDIKAN | Oktober 2019, Bil. 6, Isu 4

sekolah (Shahril@Charil Marzuki, 2005). Oleh itu, peruntukan ini perlu dibelanjakan secara berhemah,
tidak membazir dan perlu digunakan secara optimum untuk meningkatkan tahap pengajaran dan
pembelajaran di semua sekolah.

Integriti bukanlah satu istilah baru bagi masyarakat Malaysia. Perkataan integriti ini mula popular pada
23 April 2004 apabila bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi melancarkan Pelan Integriti
Nasional (PIN) dan menubuhkan Institut Integriti Malaysia (IIM) (Institut Integriti Malaysia, 2009).
Secara dasarnya, IIM adalah sebuah agensi yang mengkordinasi perlaksanaan PIN (Kerajaan Malaysia,
2004) yang dirangka untuk merealisasikan cabaran keempat Wawasan 2020, iaitu “membentuk sebuah
masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, dengan para warganya mempunyai nilai keagamaan
dan kerohanian yang utuh dan ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur”. Dalam konteks pendidikan,
seorang guru yang mempunyai sikap berintegriti mampu memacu sebuah sekolah ke arah perkhidmatan
professional yang berkualiti tinggi serta dapat menyumbang bagi pembangunan sesebuah negara
bersistematik dan luhur. Justeru itu, integriti dalam diri insan yang bergelar guru amatlah penting. Ini
kerana masa depan pelajar, malah masa depan bangsa dan negara adalah ditentukan oleh corak didikan
dan tunjuk ajar yang dididik oleh golongan guru pada masa kini. Negara juga akan ketinggalan dari
semua kemajuan global dan hilang daya saing sekiranya warga pendidik tidak dapat menjalankan tugas
secara ikhlas, jujur, penuh tanggungjawab dan amanah. Justeru itu, matlamat dan objektif negara dalam
mewujudkan masyarakat bermoral tinggi, patuh kepada agama, beretika dan berbudi pekerti luhur akan
tercapai.

Pengurusan kewangan sekolah adalah mengenai pengedaran dan penggunaan wang untuk tujuan
menyediakan perkhidmatan pendidikan dalam menghasilkan pencapaian pelajar yang lebih baik (Odden
& Picus, 2007). Ini bermakna guru-guru yang merupakan penggerak kewangan sekolah perlu
mengendalikan sumber kewangan sekolah dengan cekap dan efisien. Salah satu pernyataan yang telah
dibentangkan dalam Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025
adalah berkaitan dengan pengurusan kewangan yang cekap untuk memaksimumkan pulangan bagi
setiap ringgit yang dibelanjakan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2012). Pengurusan kewangan
berintegriti boleh diukur dengan melihat laporan audit serta keupayaan sekolah menguruskan dokumen
kewangan dengan berkesan. Pengurusan kewangan yang cekap sangat penting di semua sekolah kerana
pelbagai jenis peruntukan dan bantuan dari kerajaan disalurkan ke sekolah. Oleh itu, sekolah mesti
memastikan semua sumber pendapatan yang diterima diuruskan dengan teliti dan mematuhi setiap
peraturan kewangan supaya semua duit yang diperuntukan ke sekolah digunakan dengan efisien dan
optimum. Tanpa pengurusan kewangan yang baik dan sumber yang mencukupi, aktiviti-aktiviti serta
program di sekolah tidak boleh dilaksanakan dengan lebih berkesan.

Pengurusan kewangan sekolah adalah sebahagian besarnya diuruskan oleh kerani kewangan dan guru
besar sekolah (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2012). Namun, guru-guru dilibatkan dalam pengurusan
kewangan dari segi pengurusan duit panitia yang telah diperuntukan, duit yang diperuntukan untuk
program sekolah, yuran PIBG yang dikutip dari murid, kutipan duit-duit khas seperti program
kecemerlangan UPSR, duit tuntutan perjalanan atau perubatan dan duit untuk lawatan sambil belajar
dari murid (Jaimis Saiman, 2004). Dalam hal ini, guru–guru perlu menyimpan dan menguruskan duit
murid untuk satu jangka masa tertentu. Justeru, kecuaian yang berlaku dalam pengurusan kewangan
bakal menyebabkan integriti kewangan guru dipersoalkan. Oleh itu, kajian mengenai integriti guru dari
aspek integriti kewangan perlu dijalankan. Kebanyakan kajian sebelum ini lebih tertumpu kepada
pengurusan integriti bagi sektor awam secara umum (Ones, Viswesvaran, & Schmidt, 2003; Mikulay &
George, 2001). Oleh itu, kajian ini bertujuan bagi mengenalpasti integriti kewangan dalam kalangan
guru di sekolah kebangsaan zon Bangsar, Kuala Lumpur. Ianya diharapkan dapat memberi implikasi
praktikal terhadap pihak atasan bagi melaksanakan usaha-usaha berkaitan bagi memantapkan
pengamalan integriti bagi semua guru disekolah.

23 E-ISSN: 2289-9669
JURNAL KEPIMPINAN PENDIDIKAN | Oktober 2019, Bil. 6, Isu 4

PENYATAAN MASALAH

Guru perlu memahami tanggungjawab mereka terhadap murid, rakan sekerja, ibu bapa, profesyen
mereka, masyarakat setempat dan negara. Guru-guru juga perlu meningkatkan standard profesion
perguruan, mengekal serta menjaga kepercayaan dan amanah yang diberi semasa menjalankan tugas di
samping memupuk tanggungjawab yang diberikan dan harus mengeratkan hubungan sesama guru
(Barry, Sackett & Wiemann, 2007). Dalam memartabatkan profesion perguruan terdapat kod etika
khusus bagi profesion perguruan yang perlu dijadikan panduan oleh semua guru samada yang baru
mahupun yang telah lama bekerja. Dengan kewujudan dan pengaplikasian kod etika profesion ini,
golongan guru seharusnya dapat menjaga tingkah laku dengan baik sebagaimana yang seharusnya
diamalkan oleh seorang guru. Guru-guru yang sentiasa mengamalkan unsur-unsur yang berintegriti
mampu untuk menyediakan pelajar sebagai modal insan kelas pertama. Justeru itu, penerapan nilai-nilai
murni seperti integriti dalam diri guru amat penting kerana kejayaan seorang guru dalam menghayati
nilai murni secara tidak langsung akan memberi kesan yang positif terhadap murid terutamanya dari
segi akademik, pertumbuhan akhlak dan nilai murni (Nor Salmi Ahmad Zabidi & Lim Hooi Lian, 2012).

Tingkah laku seseorang guru mempunyai peranan yang penting dalam mendidik generasi muda dalam
masyarakat. Terdapat beberapa isu berhubung kewangan yang berpunca daripada tingkah laku guru
yang menghadapi masalah dari segi pengurusan kewangan sekolah (Abdul Rahim Affandi, 2003).
Dalam hal ini, masalah utama yang dikenal pasti ialah guru yang tidak mengetahui prosedur urusniaga
pembelian berdasarkan tatacara pembelian. Terdapat guru yang membuat pembelian barangan atau
peralatan dengan tidak menggunakan borang pesanan sedia ada. Selain itu borang pesanan diisi selepas
beberapa bulan. Terdapat juga guru yang menyerahkan resit urusniaga yang dibuat atau invois selepas
tempoh yang lama. Ini adalah jelas melanggari tatacara kewangan dan guru besar berhak untuk menolak
pembayaran (Abdul Rahim Affandi, 2003). Menurut Wan Azman Wan Idris (2002), terdapat juga guru
kelas yang mengutip yuran atau bayaran khas daripada murid tanpa menyerahkan wang yang dikutip
kepada pengurusan sekolah. Selain itu, ada juga guru kelas yang menyerahkan semua kutipan bayaran
atau yuran kepada sekolah selepas tempoh yang lama dengan alasan menunggu sehingga semua bayaran
selesai diterima.

Fenomena ini menunjukkan guru-guru di sekolah perlu dipantau dan dinilai secara berterusan untuk
memperkukuhkan etika dan kepatuhan mereka terhadap peraturan kewangan. Adalah amat penting bagi
kajian dijalankan untuk meninjau pengamalan dan sikap para guru terhadap nilai-nilai yang positif
misalnya seperti integriti dalam mengurus kewangan. Ini kerana daripada kajian Hamidah Sulaiman,
Siti Salina Abdullah dan Farrahdina Yusop (2006) mendapati bahawa guru yang berintegriti sahaja
mampu memandu sebuah organisasi ke arah perkhidmatan yang lebih berkualiti di samping
menyumbang kepada pembangunan negara. Kurang pemantauan oleh pentadbir atasan sekolah juga
menyumbang kepada permasalahan dalam pengurusan kewangan ini (Jaimis Saiman, 2004; Zaidah
Mustafa, 2004). Menurut Ethel (2007), perkara yang perlu diberi perhatian adalah pemantauan dan
penilaian yang berterusan daripada pihak yang bertanggungjawab. Selain itu, seminar pengurusan
kewangan pendidikan negara juga membincangkan perkara yang sama yang melibatkan integriti dan
kewibawaan pengetua serta guru-guru dalam pengurusan hal pentadbiran sekolah dari segi kewangan
(Adi Badiozaman Tuah, 2001).

Bagi menampung perbelanjaan, sekolah dibenarkan membuat kutipan yuran khas dengan persetujuan
pihak tertentu. Namun demikian, banyak sekolah menghadapi kekangan yang sama, iaitu kekangan
dalam kutipan duit yuran sekolah di mana kebanyakan sekolah gagal untuk mengutip yuran yang
ditentukan dari semua pelajar mereka (Mohamed Mahmod, 1997). Ini kerana, keadaan kewangan ibu
bapa atau penjaga yang mempunyai tanggungan yang ramai serta sikap guru kelas yang tidak berusaha
mengutip bayaran yuran tersebut seperti yang diminta (Mohamed Mahmod, 1997). Menurut Mohamed
Mahmod (1997) sikap guru dalam pengurusan kewangan sekolah perlu diberi perhatian. Sikap ini adalah

24 E-ISSN: 2289-9669
JURNAL KEPIMPINAN PENDIDIKAN | Oktober 2019, Bil. 6, Isu 4

berkaitan dengan integriti kewangan guru yang seharusnya sentiasa diamalkan bagi menjamin
kelancaran pengurusan sekolah. Berdasarkan isu-isu yang telah dibincangkan ini, adalah penting bagi
kajian dijalankan untuk menilai pengamalan integriti kewangan khususnya di kalangan guru-guru yang
merupakan tunggak utama dalam keharmonian pentadbiran sekolah. Justeru kajian ini adalah bertujuan
bagi mengukur amalan integriti kewangan dalam kalangan guru sekolah kebangsaan di zon Bangsar.
Ianya diharap dapat memberi implikasi terhadap kesedaran pihak yang terlibat untuk meninjau
pengamalan sikap berintegriti ini di kalangan guru dan seterusnya merangka usaha-usaha yang berkaitan
bagi melestarikan sikap-sikap positif dikalangan guru yang dianggap sebagai model kepada masyarakat.

TUJUAN KAJIAN

Kajian ini adalah bertujuan bagi mengkaji amalan integriti kewangan dalam kalangan guru di sekolah
kebangsaan zon Bangsar serta perbezaan berdasarkan faktor demografi.

OBJEKTIF KAJIAN

Secara khususnya, objektif kajian ini adalah:


i. Mengenal pasti tahap amalan integriti kewangan dalam kalangan guru di sekolah
kebangsaan zon Bangsar.
ii. Mengkaji perbezaan tahap amalan integriti kewangan dalam kalangan guru di sekolah
kebangsaan zon Bangsar berdasarkan faktor jantina.
iii. Menyelidik perbezaan tahap amalan integriti kewangan dalam kalangan guru di sekolah
kebangsaan zon Bangsar berdasarkan faktor tahap pendidikan.
iv. Menganalisis perbezaan tahap amalan integriti kewangan dalam kalangan guru di sekolah
kebangsaan zon Bangsar berdasarkan faktor tahun pengalaman mengajar.

SOROTAN KAJIAN

Konsep Integriti

Secara umunya, integriti memainkan peranan penting yang mencerminkan keupayaan seseorang
individu dalam melaksanakan tugasan yang diberi. Nikitina (2002) berpendapat bahawa integriti adalah
kualiti teras seseorang yang berjaya dalam kehidupan. Integriti bertindak sebagai asas kepada watak
yang menggambarkan individu sebagai orang yang jujur dan amanah dalam setiap bidang dan situasi
kehidupan. Sementara itu, Hidalgo (2002) dalam kajiannya turut membincangkan tentang sikap dan
tindakan berintegriti sebagai penanda aras, titik rujukan, garis panduan, atau matlamat yang digunakan
bagi menenntukan tingkah laku yang bergantung kepada kebenaran dan kejujuran. Satu kajian oleh
Eisenhower, Blacher dan Baker (2013) menjelaskan fungsi integriti sebagai satu sifat positif yang asas
untuk kepimpinan. Oleh itu, adalah mustahak untuk pemimpin sekolah dan guru mempunyai nilai
integriti serta kejujuran khususnya dalam mengurus dan memajukan organisasi sekolah.

Integriti juga turut merupakan penanda aras kemajuan sesebuah negara. Status integriti dan akademik
sesebuah negara diukur sebagai indeks kompentensi dan kemajuan negara. Bagi mencapai hasrat
Wawasan 2020 ke arah status negara maju, pelbagai aspek perlu dilengkapkan seperti pembangunan
budaya, intelek dan rohani (Mohd Hamdan Haji Adnan, 2015). Jika pengutamaan diberikan kepada
pembangunan ekonomi sahaja, pembangunan integriti tidak akan berfungsi (Zakaria Stapa, 1999).
Dalam satu kajian berkaitan, integriti turut dikaitkan dengan isu penyelewangan, rasuah dan salah guna
kuasa (Nik Hairi Omar, Azmi Awang, Azmi Abdul Manaf, 2012). Ianya menghubungkan tatacara
kelakuan manusia yang mengalami masalah dengan amalan integriti yang menghadapi kepincangan.

25 E-ISSN: 2289-9669
JURNAL KEPIMPINAN PENDIDIKAN | Oktober 2019, Bil. 6, Isu 4

Seterusnya, integriti adalah satu aspek penting dalam kesejahteraan dalam komuniti semua penjawat
awam. Kajian lepas turut menyatakan integriti menyebabkan hubungan yang positif dengan
kesejahteraan kehidupan individu, kesejahteraan dalam komuniti dan kesejahteraan dalam organisasi
(Ones, Viswesvaran, & Schmidt, 2003; Widang & Fridlund, 2003). Kajian-kajian lepas turut
membincangkan kepentingan integriti dalam melahirkan staf dengan tingkah laku yang baik. Melalui
pengamalan integriti, perkara-perkara negatif dapat dielakkan misalnya seperti mencuri, memanjangkan
waktu rehat, merosakan barang milik organisasi, membuat pengiraan salah dengan sengaja dan
sebagainya. Integriti yang positif akan mempengaruhi pelbagai kejayaan dari segi kewangan, kerja,
hubungan dan fizikal staf. Manakala kelemahan dari segi integriti akan menjurus ke arah kemudaratan
serta kemusnahan diri. Dobel (1990) dalam kajiannya menyatakan bahawa individu harus memegang
tiga jenis komitmen yang termasuk komitmen terhadap akauntabiliti, tanggungjawab peribadi dan
berhemah. Integriti persendirian membimbing anggapan tanggungjawab moral bagaimana individu
dapat menegakkan ketiga-tiga jenis komitmen ini dengan menyeluruh.

Integriti juga adalah satu set nilai dan prinsip dalaman yang berfungsi sebagai norma dan piawaian
dalam hidup serta berkaitan langsung kepada tindakan dan keputusan seseorang (Barnard, Schurink &
De Beer, 2008). Ia adalah satu keadaan di mana individu boleh memberi justifikasi terhadap perlakuan
dan tindakan mereka secara rasional walaupun dalam sebarang situasi atau keadaan yang tegang. Di
samping pengetahuan yang mendalam dalam bidang pengurusan kewangan adalah penting bagi
seseorang kakitangan untuk mempunyai nilai dan kebertanggungjawaban serta integriti dalam diri
mereka sendiri. Justeru itu, integriti yang ingin dikaji dalam kajian ini merujuk kepada integriti
kewangan yang perlu ada dalam diri seorang guru dalam pengurusan kewangan sekolah. Konsep
integriti kewangan ini terdiri daripada pengetahuan, kesedaran, penghayatan dan pegangan teguh nilai
murni yang bersifat berterusan dalam setiap perlakuan atau tindakan dalam mencapai kecemerlangan
diri serta organisasi

Integriti Kewangan dalam Kalangan Guru

Dalam memartabatkan profesion perguruan, integriti merupakan motivasi dalaman yang ada dalam diri
setiap guru supaya dapat melaksanakan amanah yang diberikan dengan telus dan bai. Sikap amanah
dalam mendidik anak bangsa wajar menjadi pegangan semua warga guru untuk mencapai
kecemerlangan. Dalam mata masyarakat, guru sentiasa dipandang mulia dan setiap tingkah laku guru
akan dipandang dan dikritik. Dari aspek ini, integriti menjadi teras dalam kerjaya dan kehidupan
seseorang guru. Integriti telah menjadi etika yang wajib ada pada setiap guru dan perlu diikuti oleh
semua warga pendidik dalam profesion perguruan. Oleh itu, guru perlu melaksanakan tugas, amanah,
kuasa yang diberi dengan berintegriti. Mohd Izraudin Ismail (2004) dalam kajiannya menyatakan fasa
pembangunan diri merupakan proses berterusan dalam diri yang bersifat untuk jangka masa yang
panjang. Pembangunan diri guru yang berterusan ini berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang
menitikberatkan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Tujuan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini
adalah untuk menilai identiti secara menyeluruh budaya pendidikan negara yang bermatlamat
melahirkan guru abad ke 21 seiring dengan transformasi pendidikan di samping nilai-nilai murni yang
tidak seharusnya diabaikan.

Dalam arena pendidikan, sekolah rendah merupakan tempat penting dalam pendidikan formal dan
informal seorang murid. Murid akan mengenali guru dan akan cuba meniru gaya guru pujaan mereka.
Guru akan secara langsung dan tidak langsung turut memberi kesan terhadap akhlak dan peribadi mereka
(Azlina Mohd. Kassim, 2003). Di sini, tingkah laku guru sentiasa diperhatikan oleh murid. Guru-guru
yang bertingkah laku yang menunjukkan integriti dalam perlakuan mereka akan menjadi inspirasi
kepada murid-murid yang masih dalam proses membesar (Azlina Mohd. Kassim, 2003). Oleh itu,
pengurusan kewangan sekolah tidak boleh diletakkan semata-mata atas tanggungjawab guru besar atau
pengetua sekolah, tetapi harus ditangani bersama dengan yang lain misalnya Guru Penolong Kanan 1

26 E-ISSN: 2289-9669
JURNAL KEPIMPINAN PENDIDIKAN | Oktober 2019, Bil. 6, Isu 4

(GPK 1), Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (GPK HEM), Guru Penolong Kanan Kokurikulum
(GPK KOKU), Pegawai Aset dan semua guru lain yang terlibat dalam penggunaan sumber kewangan
sebuah sekolah. Akauntabiliti dan integriti adalah nilai-nilai penting untuk memastikan pelaksanaan
tugasan dapat mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Ianya juga perlu diamalkan bagi memastikan
tiada pembaziran yang akan menjadi kerugian kepada harta dan sumber awam. Di samping itu, prinsip
ini juga akan memastikan wang awam dibelanjakan secara cekap dan teratur serta mematuhi prosedur
dan arahan undang-undang yang telah ditetapkan.

Kerangka Teori

Kerangka kajian ini adalah berpandukan Teori Tingkah Laku Terancang (Theory of Planned Behaviour)
oleh Ajzen (1991) yang merupakan pengembangan dari Theory of Reasoned Action oleh Ajzen dan
Fishbein (1975). Asas penting bagi kedua-dua teori ini adalah niat individu tertentu untuk melakukan
tingkah laku yang berkaitan. Tingkah laku individu ditentukan oleh niat individu tersebut untuk
melakukan perilaku (Stone, Jawahar & Kisamore, 2009). Persoalan utama yang menjadi inti pati
perbincangan dalam teori ini adalah niat individu terhadap perilaku tertentu berdasarkan tiga komponen
utama iaitu (1) sikap terhadap perilaku, (2) norma subjektif dan (3) kawalan tingkah laku. Menurut
Muhamad Nazri Borhan, Amiruddin Ismail, Riza Atiq O.K. Rahmat, & Kamarudin Ambak (2011) teori
ini menekankan kepada beberapa elemen misalnya sikap yang merujuk kepada penilaian keseluruhan
kelakuan seseorang, norma subjektif yang menyatakan mengenai kepercayaan sama ada orang lain
memberi makna atau kesan daripada sesuatu kelakuan yang mereka lakukan dan mengawal kelakuan
pula ditentukan oleh keinginan seseorang tentang adanya faktor yang akan menentukan pelaksanaan
sesuatu perilaku.

KAEDAH KAJIAN

Reka Bentuk Kajian

Parahoo (2006) menggambarkan reka bentuk kajian sebagai pelan yang menerangkan bagaimana, bila
dan di mana data akan dikumpulkan dan dianalisis. Polit & Beck (2012) pula menyatakan reka bentuk
kajian sebagai keseluruhan kerangka penyelidik untuk menjawab soalan penyelidikan atau menguji
hipotesis penyelidikan. Kajian ini adalah merupakan kajian kuantitatif melalui tinjauan yang
menggunakan instrument soal selidik. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Norhannan (2016), kajian
kuantitatif dipilih bagi melihat secara meluas sesuatu kajian yang dijalankan dan ianya menggabungkan
kajian deskriptif dan kajian inferensi. Menurut Chua (2006), statistik deskriptif sesuai digunakan untuk
mengorganisasikan dan menganalisis data agar dapat memberi gambaran secara teratur, mudah dan jelas
sehingga dapat dikeluarkan makna tertentu dari sesebuah data. Manakala statistik inferensi pula
menghuraikan perhubungan di antara variabel. Ia digunakan untuk menghuraikan ciri-ciri sampel yang
dipilih daripada populasi.

Populasi dan Persampelan

Sampel kajian yang telah dipilih dalam kajian ini merupakan guru-guru dari sekolah kebangsaan di
sekitar zon Bangsar melalui persampelan rawak mudah. Zon Bangsar mempunyai 35 buah sekolah
kebangsaan yang mempunyai bilangan guru seramai 1991 orang. Saiz sampel yang dicadangkan melalui
formula Krejcie dan Morgan (1970) bagi 95 peratus tahap keyakinan adalah 322 bagi mewakili saiz
populasi 2000 orang (jumlah guru sekolah kebangsaan di zon Bangsar 1991 orang). Oleh itu, borang
soal selidik telah diedarkan secara bersemuka dan atas talian (google form) bagi 322 responden yang
terdiri dari guru-guru di sekolah kebangsaan zon Bangsar. Jadual 1 menunjukkan taburan demografi
responden berdasarkan jantina, umur, pengalaman mengajar dan kelulusan akademik. 265 orang
daripada keseluruhan responden adalah dari kalangan guru perempuan, manakala 57 orang daripada

27 E-ISSN: 2289-9669
JURNAL KEPIMPINAN PENDIDIKAN | Oktober 2019, Bil. 6, Isu 4

jumlah responden adalah dari kalangan guru lelaki. Analisis data menunjukkan bilangan responden
dalam lingkungan umur dari antara 35 hingga 44 tahun adalah yang paling ramai iaitu mewakili 43.8
peratus daripada keseluruhan sampel. Dari aspek pembolehubah pengalaman mengajar pula, peratusan
tertinggi adalah dari mereka yang berpengalaman mengajar antara 6 hingga 10 tahun iaitu seramai 139
orang bersamaan 43.2 peratus. Dari aspek pembolehubah kelulusan akademik tertinggi pula, guru yang
mempunyai sijil atau diploma perguruan adalah seramai 24 (7.5 peratus), manakala guru berkelulusan
Ijazah Sarjana Muda adalah seramai 264 orang (82.0 peratus). Seramai 34 orang guru pula memiliki
Ijazah Sarjana yang bersamaan dengan 10.6 peratus.

Jadual 1
Taburan responden
Item Kategori Kekerapan Peratus (%)
Jantina Lelaki 57 17.7
Perempuan 265 82.3
Umur kurang dari 25 tahun 8 2.5
25 - 34 tahun 118 36.6
35 - 44 tahun 141 43.8
45 - 54 tahun 51 15.8
55 tahun dan ke atas 4 1.2
Pengalamn mengajar 5 tahun dan ke bawah 48 14.9
6 - 10 tahun 139 43.2
11 - 15 tahun 61 18.9
16 - 20 tahun 23 7.1
21 - 25 tahun 32 9.9
26 tahun dan ke atas 19 5.9
Kelulusan akademik Sijil / diploma 24 7.5
Ijazah Sarjana Muda 264 82.0
Sarjana Muda 34 10.6

Instrumen Kajian

Untuk mengenal pasti integriti kewangan dalam kalangan guru-guru, penyelidik telah mengadaptasi
instrumen dari pengkaji Meng, Othman, D’Silva dan Omar (2014) yang berpandukan beberapa
komponen Teori Tingkah Laku Yang Terancang iaitu sikap terhadap perilaku, norma subjektif, kawalan
tingkah laku dan niat tingkah laku. Sejumlah 28 item telah dikenalpasti sebagai indikator integriti
kewangan dengan setiap dimensi mempunyai tujuh soalan. Bahagian A adalah terdiri daripada soalan-
soalan yang berkaitan dengan latar belakang responden. Soalan-soalan tersebut terdiri daripada jantina,
umur responden, pengalaman mengajar dan kelayakan akademik tertinggi. Dalam soal selidik bahagian
B, empat komponen utama yang terkandung dalam soal selidik adalah komponen bagi Teori Tingkah
Laku yang Terancang dengan menggunakan skala likert 5 poin. Skala ini disusun dari skala 1 = Sangat
Tidak Setuju (STS), 2 = Tidak Setuju (TS), 3 = Tidak Pasti (TP), 4 = Setuju (S) dan 5 = Sangat Setuju
(SS).

Kebolehpercayaan dan kesahan borang soal selidik telah dirujuk kepada dua orang pakar yang terdiri
daripada pakar bidang dan pakar bahasa. Bagi mengetahui kebolehpercayaan instrumen kajian ini,
pengkaji telah menjalankan kajian rintis untuk memastikan nilai kebolehpercayaan setiap item dalam
instrumen soal selidik. Seramai tiga puluh orang guru telah terlibat dengan kajian rintis ini. Hasil
daripada kajian rintis yang telah dijalankan menunjukkan bahawa semua item dalam soal selidik ini
mempunyai nilai alpha keseluruhan sebanyak 0.892. Ini menunjukkan bahawa soal selidik di dalam
kajian ini mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi

28 E-ISSN: 2289-9669
JURNAL KEPIMPINAN PENDIDIKAN | Oktober 2019, Bil. 6, Isu 4

Prosedur Pengumpulan Data

Proses pemerolehan data oleh pengkaji dimulakan dengan kebenaran dari Bahagian Perancangan dan
Penyelidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia secara online. Selepas itu, penyelidik telah memohon
kebenaran dari Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi menjalankan kajian di
sekolah-sekolah Zon Bangsar serta mendapatkan kebenaran dari Pejabat Pelajaran Daerah Bangsar Pudu
untuk mendapatkan persetujuan dari guru besar-guru besar bagi membuat kajian di sekolah yang
diperlukan. Setelah selesai urusan mendapatkan kebenaran, penyelidik telah pergi ke sekolah-sekolah
terpilih dan berjumpa dengan pentadbir sekolah untuk mendapatkan kebenaran membuat kajian di
sekolah dan mengedarkan borang soal selidik kepada guru-guru untuk menjawab soal selidik tersebut.

Analisis Data

Data yang diperolehi dari soal selidik ini dianalisis dan diproses menggunakan program perisian
Statistical Package For The Social Sciences (SPSS) versi 21. Seterusnya dalam kajian ini, data yang
diperolehi dianalisis dengan statistik deskriptif iaitu analisis seperti min, kekerapan dan peratus. Statistik
inferensi pula digunakan dengan menggunakan ujian Mann Whitney u dan ujian Kruskal-Wallis H
kerana ujian normaliti menunjukkan taburan data adalah tidak normal. Daripada ujian normaliti yang
telah dijalankan, nilai skewness menunjukkan nilai melebihi antara 1 dan -1 yang menunjukkan ianya
bertaburan tidak normal. Ianya turut disokong dengan ujian Kolmogorov-Smirnov yang menunjukkan
nilai signifikan p<0.05 yang membuktikan data tidak bertaburan secara normal. Justeru bagi
menentukan hasil kajian mencapai objektif yang telah ditetapkan, kedua-dua analisis bukan parametrik
ini telah digunakan. Selain itu, interpretasi skor min bagi analisis deskriptif yang dijalankan adalah
ditunjukkan seperti Jadual 2 dibawah (Jamil Ahmad, 2002)

Jadual 2
Skala Skor Min dan Interpretasi
Skor Min Interpretasi Skor Min
1.00 - 2.33 Rendah
2.34 - 3.66 Sederhana
3.67 - 5.00 Tinggi

DAPATAN KAJIAN

Berdasarkan analisis yang dijalankan terhadap data yang dikumpul daripada responden, berikut adalah
dapatan yang diperolehi bagi menncapai objektif kajian yang telah ditetapkan.

Tahap Amalan Integriti Kewangan dalam Kalangan Guru Sekolah Kebangsaan Zon Bangsar

Jadual 3 dibawah memaparkan dapatan bagi persoalan kajian yang pertama iaitu: Apakah aras amalan
integriti kewangan dalam kalangan guru sekolah kebangsaan zon Bangsar? Hasil analisis
memperlihatkan pembolehubah kawalan tingkah laku mencapai nilai min keseluruhan 4.73 iaitu pada
aras yang tinggi. Pembolehubah niat juga memperlihatkan nilai min keseluruhan pada aras tinggi iaitu
4.70. Seterusnya dapatan menunjukkan nilai min yang sama bagi pembolehubah sikap dan norma
subjektif iaitu sebanyak 4.67. Dapatan bagi purata min keseluruhan tahap amalan integriti kewangan
dalam kalangan guru sekolah kebangsaan zon Bangsar adalah pada aras tinggi dengan min sebanyak
4.69. Ini menujukkan bahawa aras amalan integriti kewangan dalam kalangan guru sekolah kebangsaan
zon Bangsar secara keseluruhannya adalah pada aras yang tinggi dengan aspek kawalan tingkah laku
menjadi amalan yang paling tinggi diamalkan.

29 E-ISSN: 2289-9669
JURNAL KEPIMPINAN PENDIDIKAN | Oktober 2019, Bil. 6, Isu 4

Jadual 3
Skor Min Keseluruhan Amalan Integriti Kewangan dalam Kalangan Guru di Sekolah Kebangsaan Zon
Bangsar
Bil Pembolehubah Min Sisihan piawai Aras
1 Sikap 4.67 .485 Tinggi
2 Norma subjektif 4.67 .647 Tinggi
3 Kawalan Tingkah Laku 4.73 .536 Tinggi
4 Niat 4.70 .532 Tinggi
Keseluruhan 4.69 .550 Tinggi

Dari dapatan diatas, dapat disimpulkan bahawa amalan integriti kewangan dalam kalangan guru di
sekolah kebangsaan zon Bangsar adalah ditahap yang tinggi dan setiap elemen dalam integriti kewangan
yang diukur iaitu sikap, norma subjektif, kawalan tingkah laku dan niat juga menunujukkan purata pada
tahap yang tinggi.

Perbezaan Tahap Amalan Integriti Kewangan dalam Kalangan Guru Berdasarkan Jantina

Jadual 4 memperlihatkan keputusan kajian perbezaan aras amalan integriti kewangan dalam kalangan
guru di sekolah kebangsaan zon Bangsar dari segi faktor jantina. Analisis dari Mann Whitney U
memperlihatkan tiada perbezaan yang signifikan secara statistik antara responden lelaki berbanding
dengan responden perempuan terhadap aras amalan integriti kewangan dalam kalangan guru.
Berdasarkan keputusan ujian, nilai signikan yang diperolehi ialah 0.061 iaitu melebihi aras signifikan
yang ditetapkan ialah 0.05 (5 peratus). Ini menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan antara
responden lelaki berbanding dengan responden perempuan terhadap amalan integriti kewangan p > .05
(Z = -1.875, p = 0.061).

Jadual 4
Perbezaan Tahap Amalan Integriti Kewangan dalam Kalangan Guru di Sekolah Kebangsaan Zon
Bangsar berdasarkan Faktor Jantina
Pengiraan Purata
Mann-Whitney U 6360.000
Wilcoxon W 8013.000
Z -1.875
Sig. (p) .061
Signifikan pada aras p<0.05

Berdasarkan dapatan ini, dapat disimpulkan bahawa tidak wujud perbezaan yang signifikan diantara
amalan integrity kewangan guru lelaki dan perempuan di sekolah kebangsaan zon Bangsar dan faktor
jantina bukanlah pertimbangan yang penting dalam menentukan tahap integriti kewangan para guru di
sekolah kebangsaan.

Perbezaan Tahap Amalan Integriti Kewangan dalam Kalangan Guru Berdasarkan Faktor Tahap
Pendidikan

Aspek demografi faktor tahap pendidikan dikaji untuk mengenal pasti perbezaan aras amalan integriti
kewangan dalam kalangan guru di sekolah kebangsaan zon Bangsar. Dalam kajian ini aspek tahap
pendidikan terdiri daripada Sijil atau Diploma, Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana. Aspek tahap
pendidikan telah diuji dengan menggunakan Kruskal-Wallis H untuk menilai perbezaan tahap integriti
kewangan guru. Merujuk jadual 5, didapati terdapat perbezaan yang signifikan skor tahap amalan
integriti kewangan dalam kalangan guru di sekolah kebangsaan zon Bangsar berdasarkan faktor tahap
pendidikan [𝑥 2 (2, 𝑁 = 322) = 7.733, p = 0.021]. Tahap amalan integriti kewangan guru-guru yang

30 E-ISSN: 2289-9669
JURNAL KEPIMPINAN PENDIDIKAN | Oktober 2019, Bil. 6, Isu 4

mempunyai tahap pendidikan Sijil dan Diploma (M=194.33) dan guru yang mempunyai tahap
pendidikan Ijazah Sarjana (M=190.62) lebih tinggi berbanding guru mempunyai tahap pendidikan
Ijazah Sarjana Muda (M=154.77).

Jadual 5
Perbezaan Tahap Amalan Integriti Kewangan dalam Kalangan Guru di Sekolah Kebangsaan Zon
Bangsar berdasarkan Faktor Tahap Pendidikan
Ujian Kruskal-Wallis H
Kelayakan akademik tertinggi N Darjah Min
Sijil / Diploma Perguruan 24 194.33
Ijazah Sarjana Muda 264 154.77
Ijazah Sarjana 34 190.62
Jumlah 322
Purata
Chi-Square 7.733
df 2
Sig.(p) .021
Signifikan pada aras p<0.05

Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan amalan integrity kewangan
dalam kalangan guru sekolah kebangsaan zon Bangsar berdasarkan faktor tahap Pendidikan. Dengan
kata lain, faktor tahap pendidikan memberi kesan kepada amalan integriti para guru samada mereka
berkelulusan sijil/diploma perguruan, ijazah sarjana muda mahupun ijazah sarjana.

Perbezaan Tahap Amalan Integriti Kewangan dalam Kalangan Guru Berdasarkan Faktor Tahun
Pengalaman Mengajar.

Aspek demografi faktor tahun pengalaman mengajar dikaji bagi melihat perbezaan dari segi tahap
amalan integriti kewangan dalam kalangan guru di sekolah kebangsaan zon Bangsar. Dalam kajian ini
aspek tahun pengalaman mengajar terdiri daripada 5 tahun dan ke bawah, 6-10 tahun, 11-15 tahun, 16-
20 tahun, 21-25 tahun dan 26 tahun dan ke atas. Aspek tahap pengalaman mengajar ini juga di uji dengan
menggunakan Kruskal-Wallis H untuk menilai perbezaan tahap integriti kewangan guru. Berdasarkan
dapatan yang ditunjukkan di Jadual 6. didapati tiada perbezaan yang signifikan tahap amalan integriti
kewangan guru berdasarkan aspek tahun pengalaman mengajar. Keputusan menunjukkan bahawa tidak
wujud perbezaan yang signifikan dengan [𝑥 2 (5, 𝑁 = 322)= 2.601, p = 0.761].

31 E-ISSN: 2289-9669
JURNAL KEPIMPINAN PENDIDIKAN | Oktober 2019, Bil. 6, Isu 4

Jadual 6
Perbezaan Tahap Amalan Integriti Kewangan dalam Kalangan Guru di Sekolah Kebangsaan Zon
Bangsar berdasarkan Faktor Tahun Pengalaman Mengajar
Ujian Kruskal-Wallis H
Pengalaman mengajar N Darjah Min
5 tahun dan ke bawah 48 157.35
6-10 tahun 139 160.90
11-15 tahun 61 157.95
16-20 tahun 23 159.09
21-25 tahun 32 159.33
26 dan tahun ke atas 19 194.34
Jumlah 322
Purata
Chi-Square 2.601
df 5
Sig.(p) .761
Signifikan pada aras p<0.05

Justeru, dapat disimpulkan bahawa faktor tempoh pengalaman mengajar tidak memberi kesan terhadap
perbezaan amalan integrity kewangan guru di sekolah kebangsaan zon Bangsar. Guru-guru secara
umumnya mengamalkan integriti kewangan yang baik tanpa mengira samada mereka masih baru atau
telah lama berada dalam perkhidmatan. Seterusnya daripada keseluruhan dapatan kajian juga, dapat
dirumuskan bahawa amalan integriti kewangan dalam kalangan guru di sekolah kebangsaan zon Bangsar
adalah keseluruhannya berada pada tahap yang tinggi. Tidak wujud perbezaan yang signifikan dalam
tahap amalan integriti kewangan ini berdarkan faktor jantina dan tempoh pengalaman mengajar dan
perbezaan yang signifikan hanyalah berdasarkan faktor tahap pendidikan.

PERBINCANGAN

Fokus objektif kajian ini adalah bagi mengukur tahap amalan integriti kewangan dalam kalangan guru
sekolah kebangsaan zon Bangsar serta mengenalpasti sekiranya wujud perbezaan yang signifikan
berdasarkan faktor demografi jantina, tahap pendidikan dan tahun pengalaman mengajar. Hasil kajian
telah menunjukkan tahap amalan integriti kewangan adalah pada aras yang tinggi. Ini selari dengan
kajian Barnard (2007) yang menegaskan bahawa kajian dalam kalangan kumpulan professional dalam
kerajaan menunjukkan tahap amalan integriti dalam kewangan yang tinggi. Beliau juga menyatakan
bahawa kumpulan berpendidikan ini masih memegang pada kod etika perkhidmatan yang telah disemai
dalam diri mereka. Mohd Izraudin Ismail (2004) turut menyatakan bahawa pembangunan diri
merupakan proses berterusan dalam diri yang bersifat untuk jangka masa yang panjang. Pembangunan
diri guru yang berterusan ini berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menitikberatkan emosi.
jasmani, rohani, intelek dan sosial. Tujuan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini adalah untuk menilai
identiti secara menyeluruh budaya pendidikan negara yang berobjektif melahirkan guru abad ke 21
seiring dengan transformasi pendidikan di samping nilai-nilai murni tidak seharusnya diabaikan.

Menurut Institut Integriti Malaysia (2006), integriti merupakan kualiti unggul yang wujud secara holistik
dan padu kepada seseorang individu dan sesebuah organisasi. Sebagai penjawat awam, guru perlu
melaksanakan amanah dan kuasa yang dipertanggung jawabkan mengikut kepentingan semua pihak.
Dalam proses merapatkan jurang pendidikan, integriti adalah asas kepada kecekapan sistem
penyampaian bantuan di samping pembelaan terhadap semua lapisan golongan masyarakat. Menurut
Jamiah Manap, Azimi Hamzah, Ezhar Tamam, Sidek Mohd. Noah, Amini Amir Abdullah, Norizan
Yahaya, Halimah Alma Othman dan Hanina Halimatus Saadiah Hamsan (2005), integriti merupakan
pegangan teguh terhadap nilai-nilai murni secara berterusan disertai niat yang menyeluruh sama ada

32 E-ISSN: 2289-9669
JURNAL KEPIMPINAN PENDIDIKAN | Oktober 2019, Bil. 6, Isu 4

melalui tingkah laku atau sikap sehingga mampu menghasilkan kecemerlangan dari aspek diri sendiri,
organisasi dan masyarakat. Ones, Viswesvaran dan Schmidt (2003) turut menyatakan bahawa tahap
amalan berintegriti melahirkan staf dengan tingkah laku yang baik di mana tiada perbuatan negatif
seperti mencuri, memanjangkan waktu rehat, merosakkan barang milik organisasi, membuat pengiraan
salah dengan sengaja dan sebagainya. Integriti yang positif akan mempengaruhi pelbagai kejayaan dari
segi kewangan, kerja, hubungan dan fizikal staf. Individu bertanggungjawab penuh dalam pembentukan
integriti dalam diri masing-masing. Individu yang berintegriti akan melakukan perkara yang betul dan
konsisten (Wakin, 1996). Dapatan kajian ini juga turut menyokong teori tingkah laku terancang yang
dikemukakan dalam kajian Carpenter dan Reimer (2005) yang menyatakan bahawa pemimpin korporat
secara umumnya berusaha untuk memperbaiki iklim kerja, etika organisasi, integriti kewangan staf
seperti akauntan, pegawai tadbir korporat dan pelabur.

Berdasarkan kajian juga, didapati tiada perbezaan yang signifikan terhadap tahap amalan integriti
kewangan dalam kalangan guru dari segi faktor jantina. Ini selaras dengan kajian Huang dan Hung
(2013) yang dilakukan terhadap kakitangan perkhidmatan awam. Ini bermakna bahawa faktor demografi
jantina tidak memberi kesan secara langsung terhadap nilai integriti dalam perkhidmatan awam. Dari
hasil kajian ini, ia memberi gambaran bahawa guru-guru lelaki dan perempuan memberikan penilaian
yang serupa berdasarkan pengalaman dan pengamatan dari pengurusan kewangan masing-masing di
sekolah. Vallmüür (2016) dalam kajian juga telah menjelaskan faktor jantina tidak memberi kesan yang
berbeza terhadap integriti guru. Walaubagaimananapun, aspek demografi telah dikenalpasti turut
memberi pengaruh terhadap integriti guru melalui kajian-kajian terdahulu yang telah dilakukan oleh
Mohd Munaim Mahmud (2013), Shafinaz (2009) dan Wan Noraini (2011). Kajian-kajian ini
menunjukkan faktor demografi turut mempengaruhi integriti guru. Bandura (1997) dalam kajiannya
menyatakan disebabkan oleh faktor personal, jantina dan persekitaran lain saling berinteraksi dengan
faktor tingkah laku dan sikap guru dalam membentuk keperibadian guru tersebut.

Seterusnya, kajian ini turut mengukur perbezaan tahap amalan integriti kewangan dalam kalangan guru
di sekolah kebangsaan zon Bangsar berdasarkan faktor tahap pendidikan. Berdasarkan kajian yang telah
dibuat, terdapat perbezaan yang signifikan secara statistik antara responden terhadap tahap amalan
integriti kewangan dalam kalangan guru berdasarkan faktor tahap pendidikan. Nikitina (2002) dalam
kajiannya turut memberi dapatan yang selari dengan hasil kajian ini dimana terdapat perbezaan dalam
mengukur integriti dari segi kewangan di kalangan guru berdasarkan tahap pendidikan yang berbeza.
Guru yang terdiri daripada tahap pendidikan yang berbeza memberi kesan dan impak yang berbeza
dalam integriti mereka menguruskan sumber sekolah. Siti Zalina Ramli (2006) dalam kajiannya
menyatakan terdapat hubungan yang signifikan antara nilai integriti seseorang guru dengan faktor tahap
pendidikan mereka. Ini disebabkan cara amalan kewangan mungkin berbeza berdasarkan amalan
kehidupan yang berbeza khususnya dari aspek tahap pendidikan yang berhubungkait dengan
persekitaran. Dalam hal ini dapat disimpulkan bahawa, integriti kewangan merupakan satu nilai penting
yang perlu ada pada setiap guru dan ianya turut mengalami kesan berdasarkan faktor tahap pendidikan
dan kemajuan pengetahuan seseorang.

Seeterusnya, dapatan yang terakhir menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan
secara statistik tahap amalan integriti kewangan dalam kalangan guru di sekolah kebangsaan zon
Bangsar berdasarkan faktor tahun pengalaman mengajar. Menurut kajian Noor Suadah Mohd Nawawi
(2014), faktor demografi guru khususnya jenis sekolah tidak membawa apa-apa perbezaan dalam tahap
amalan integriti guru walaupun keluasan pengalaman mengajar dan pengurusan sekolah mempunyai
banyak perbezaan. Ini bermakna, guru-guru baru yang bermula bekerja bawah 5 tahun juga mempunyai
integriti kewangan yang tinggi. Ini membuktikan bahawa guru-guru yang baru terlatih dari Institut
Perguruan turut memahami kod etika perguruan dengan jelas sepertimana yang telah ditetapkan. Dalam
kajian Mohd Munaim Mahmud (2013) turut didapati tiada perbezaan yang signifikan secara statstistik
antara tingkah laku guru berdasarkan pengalaman mengajar. Keadaan sedemikian wujud kerana

33 E-ISSN: 2289-9669
JURNAL KEPIMPINAN PENDIDIKAN | Oktober 2019, Bil. 6, Isu 4

kebanyakkan guru di sekolah rendah melaksanakan kerja dalam situasi yang hampir sama sepanjang
tahun. Aziah Ismail dan Abdul Ghani Kanesan Abdullah (2017) juga mendapati tiada hubungan yang
signifikan bagi tahap amalan integriti guru dengan pengalaman mengajar. Menurutnya, tidak semestinya
guru yang baru berkhidmat mempunyai tahap amalan integriti yang tinggi berbanding guru yang telah
lama berada dalam perkhidmatan. Perkara ini adalah disebabkan oleh pengaruh faktor personal, tingkah
laku dan persekitaran seperti mana yang dinyatakan oleh Bandura (1997) di mana faktor tersebut saling
mempengaruhi di antara satu sama lain. Dalam hal ini, dapat disimpulkan bahawa integriti kewangan
merupakan satu nilai yang perlu sentiasa ada dalam diri seseorang guru tanpa mengambil kira faktor
pengalaman dan seumpamanya.

RUMUSAN

Berdasarkan dapatan kajian, dapat disimpulkan bahawa tahap amalan integriti kewangan dalam
kalangan guru sekolah kebangsaan zon Bangsar adalah tinggi secara keseluruhan. Tiada perbezaan yang
signifikan amalan integriti kewangan dalam kalangan guru berdasarkan faktor jantina guru dan tahun
pengalaman mengajar. Walaubagaimanapun, dapatan menyimpulkan bahawa terdapat perbezaan yang
signifikan tahap amalan integriti kewangan guru berdasarkan faktor tahap pendidikan. Kajian ini
menunjukkan amalan nilai-nilai murni terhadap kesejahteraan hidup dalam kalangan guru dari segi
pengurusan kewangan. Hasil kajian ini juga memberi kesedaran kepada guru khasnya dalam memahami
diri mereka secara lebih mendalam dalam pengurusan kewangan sekolah dimana integriti guru dapat
dinilai. Kajian ini akan membantu guru-guru untuk memperbaiki segala tindakan yang boleh
menjuruskan ke arah yang tidak berfaedah yang akan merosakkan imej mereka sebagai guru. Guru-guru
juga dapat merancang kewangan sekolah dengan baik dan menjaga integriti kewangan mereka dengan
baik.

Kajian ini membantu pentadbir sekolah membimbing guru dalam pengurusan kewangan sekolah.
Pentadbir sekolah dapat menyediakan latihan-latihan berkaitan pengurusan kewangan guru dan latihan
pembangunan diri yang bersesuaian kepada guru dalam memupuk integriti mereka. Kajian ini akan
menjadi penanda aras bagi meningkatkan lagi integriti kewangan guru pada tahap yang lebih cemerlang.
Kajian ini juga turut dapat membantu Kementerian Pendidikan bagi menyediakan latihan-latihan
pembangunan diri kepada semua guru untuk menambah baik kualiti pekhidmatan mereka khususnya
dari sudut integriti dari masa ke semasa. Latihan pembangunan diri guru bukan sahaja menjadi agenda
penting sewaktu menjalani latihan awal perguruan tetapi ianya perlu ada secara berterusan. Ianya
diharap mampu memberi implikasi yang positif kepada semua pihak bagi meningkatkan amalan integriti
khusus dalam aspek kewangan dan seterusnya memberikan perkhidmatan yang cemerlang bagi
kemajuan sitem pendidikan di masa akan datang.

RUJUKAN

Abdul Rahim Affandi. (2003). Laporan audit bersyarat: Kajian kes di sebuah sekolah menengah di
Pulau Pinang. Kertas Projek Sarjana Kepengetuaan tidak diterbitkan. Universiti Malaya.
Adi Badiozaman Tuah. (2001). Akauntabiliti pengetua dalam pengurusan kewangan. Kertas kerja
Seminar Kepengetuaan Kebangsaan ke-2, Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands,
Pahang.
Ajzen, I. (1991). The theory of planned behavior. Organizational Behavior and Human Decision
Processes, 50(2), 179-211.
Ajzen, I. & Fishbein, M. (1975). Attitude-behavior relations: A theoretical analyses and review of
empirical research. Englewood-Cliffs, NJ: Prentice-Hall.
Azlina Mohd. Kassim. (2003). Pengaruh personaliti terhadap kepuasan kerja dan stress kerja guru.
Jurnal Teknologi, 48(6), 33-47

34 E-ISSN: 2289-9669
JURNAL KEPIMPINAN PENDIDIKAN | Oktober 2019, Bil. 6, Isu 4

Aziah Ismail & Abdul Ghani Kanesan Abdullah. (2017). Amalan autonomi dan akauntabiliti di sekolah
berautonomi dan impaknya terhadap kesediaan guru. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 1(1), 41-
52.
Bandura, A. (1997). Self-efficacy: The exercise of control. New York: W H Freeman & Co.
Barnard, A., Schurink, W., & De Beer, M. (2008). A conceptual framework of integrity: empirical
research. SA Journal of Industrial Psychology, 34(2), 40-49.
Barnard, H. A. (2007). Integrity and integrity development in the South African work context. Pretoria,
South Africa: UNISA
Barry, M. C., Sackett P. R., & Wiemann, S. (2007). A review of recent developments in integrity test
research. Personnel Psychology, 60, 271 – 301.
Carpenter, T.D. & Reimer, J.L. (2005). Unethical and fraudulent financial reporting: Applying the
theory of planned behaviors. Journal of Business Ethics, 60,115-129.
Chua, Y. P. (2006). Asas statistik penyelidikan. Kuala Lumpur: McGraw-Hill Education.
Dobel, J. P. (1990). Integrity in the public service. Public Administration Review, 50(3).
Eisenhower, A., Blacher, J., & Baker, B. L. (2013). Mothers’ perceived physical health during early and
middle childhood: Relations with child developmental delay and behavior problems. Research in
Developmental Disabilities, 34(3), 1059-1068.
Ethel, D. (2007). Responsibility center management: Overview. In W. Douglas (Ed.).NY: Kent State
University.
Hamidah Sulaiman, Siti Salina Abdullah, & Farrahdina Yusop. (2006). Peranan ibu bapa dan guru dalam
membantu pelajar-pelajar yang menghadapi masalah pencapaian akademik. Jurnal Masalah
Pendidikan, 27(6) : 9-10.
Hidalgo, C. Z. (2002). Integrity. Telah dicapai daripada http://www. webweevers. com /integrity.html
Huang, H. J., & Hung, Y. (2013). Gender differences and behavioral integrity: From a social contract
perspective. Journal of Management & Organization, 19(1), 86-100.
Institut Integriti Malaysia. (2006). Pelan Integriti Nasional. Institut Integriti Malaysia.
Institut Integriti Malaysia. (2009). Laporan Tekad Integriti 2009 – 2013: Penilaian dan hala tuju
sedekad bersama rakyat. Institut Integriti Malaysia.
Jaimis Saiman. (2004). Amalan pengurusan kewangan di sebuah sekolah menengah kebangsaan agama
bertaraf PTJ di Sabah. Disertasi Sarjana tidak diterbitkan. Universiti Malaya.
Jamiah Manap, Azimi Hamzah, Ezhar Tamam, Sidek Mohd. Noah, Amini Amir Abdullah, Norizan
Yahaya, Halimah Alma Othman dan Hanina Halimatus Saadiah Hamsan. (2005). Pemantapan
nilai integriti individu sebagai teras pembangunan staf berkualiti. Prosiding Seminar
Kebangsaan Sumber Manusia 2005, Universiti Teknologi Malaysia.
Jamil Ahmad. (2002) Pemupukan budaya penyelidikan dikalangan guru di sekolah: Satu penilaian.
Tesis Ph.D. tidak diterbitkan. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2012). Laporan awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013 – 2025 (Pendidikan prasekolah hingga lepas menengah). Putrajaya: Kementerian
Pendidikan Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025
(Pendidikan prasekolah hingga lepas menengah). Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2012). Tatacara pengurusan perakaunan kumpulan wang sekolah.
Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia
Kerajaan Malaysia. (2004). Pelan Integriti Nasional. Kuala Lumpur: Pusat Ilmu Integriti
Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. (1970). Determining sample size for research activities. Educational
and Psychological Measurement, 30(3), 607-610.
Meng, C. L., Othman, J., D'Silva, J. L., & Omar, Z. (2014). Ethical decision making in academic
dishonesty with application of modified theory of planned behavior: A review. International
Education Studies, 7(3), 126-139.

35 E-ISSN: 2289-9669
JURNAL KEPIMPINAN PENDIDIKAN | Oktober 2019, Bil. 6, Isu 4

Mikulay, S. N. & George, F. L. (2001). Counterproductive workplace behaviors.


Genetic, Social & General Psychology Monographs, 127(3), 279-300
Mohamed Mahmood. (1997). Pentadbiran kewangan sekolah: Satu tinjauan amalan pengetua di
sekolah menengah daerah Kuala Selangor. Disertasi Sarjana tidak diterbitkan. Universiti Malaya.
Mohd Izraudin Ismail. (2004). Cabaran dan harapan dalam pendidikan menghadapi alaf baru.
Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Mohd Hamdan Haji Adnan. (2015). Peranan media massa memartabatkan integriti nasional. Jurnal
Komunikasi Borneo, 2(1), 57-74.
Mohd Munaim Mahrnud. (2013). Pengaruh kepimpinan instruksional guru besar ke atas efikasi guru.
Jurnal Penyelidikan Pendidikan, 14,232-251.
Muhamad Nazri Borhan, Amiruddin Ismail, Riza Atiq O.K. Rahmat, & Kamarudin Ambak. (2011).
Effect of transport policies to shifting private car users to Park-and-Ride in Putrajaya,
Malaysia. Australian Journal of Basic and Applied Sciences, 5(3): 303-308.
Muhammad Faizal A. Ghani, Norfariza Mohd Radzi, Saedah Siraj & Faisol Elham. (2012). Kepimpinan
dan proses kawalan terhadap peruntukan kewangan sekolah: Perspektif Malaysia. Jurnal
Internasional Manajemen Pendidikan, 4(02).
Nik Hairi Omar, Azmi Awang, Azmi Abdul Manaf. (2012). Integriti dari perspektif pengaduan awam:
kajian kes di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia. E-Bangi: Jurnal Sains Sosial dan
Kemanusiaan, 7(1): 141-155.
Nikitina, S. (2002). Three strategies for interdisciplinary teaching: Contextualizing, conceptualizing,
and problem-solving. Interdisciplinary Studies Project. Harvard Graduate School of Education.
Noor Suadah Mohd Nawawi (2014). Integriti guru dalam pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah
(PBS) di sekolah rendah luar bandar Kulaijaya. Disertasi Sarjana Pendidikan tidak diterbitkan.
Universiti Teknologi Malaysia.
Norhannan, R. (2016). Prestasi guru Pendidikan Islam berasaskan daya kekuatan dalaman, kepimpinan
pengetua dan iklim sekolah. Tesis PhD. tidak diterbitkan. Universiti Malaya.
Nor Salmi Ahmad Zabidi & Lim Hooi Lian. (2012). Mengkaji kesahan inventori nilai integriti dalam
kalangan guru-guru sekolah rendah. Universiti Sains Malaysia.
Odden, A. R., & Picus, L. O. (2007). School finance: A policy perspective. New York: Mc Graw Hill
Ones, D. S., Viswesvaran, C., & Schmidt, F. L. (2003). Personality and absenteeism: A meta‐analysis
of integrity tests. European Journal of Personality, 17(S1).
Parahoo, K. (2006). A philosophic analysis of evidence-based nursing: Recurrent themes,
metanarratives, and exemplar cases. Nursing Outlook, 54(1), 30-35.
Polit, D. F., Beck, C. T. & Hungler, B. P. (2001). Essentials of nursing research: Methods, appraisal
and utilization. Philadelphia: Lippincott.
Shafinaz, A. M. (2009). Kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan efikasi kendiri guru di daerah
Jempol, Negeri Sembilan. Disertasi Sarjana Kepengetuaan tidak diterbitkan. Universiti Malaya.
Shahril@Charil Marzuki (2005). Mengurus kewangan sekolah. Kuala Lumpur: PTS Professional.
Siti Zalina Ramli (2006). Iklim etika kerja dan tingkah laku etika di kalangan kakitangan perkhidmatan
awam di Negeri Sembilan. Tesis Sarjana tidak diterbitkan. Universiti Utara Malaysia.
Stone, T. H., Jawahar, I. M., & Kisamore, J. L. (2009). Using the theory of planned behavior and
cheating justifications to predict academic misconduct. Career Development International, 14(3),
221-241.
Vallmüür, B. (2016). Exploring gender-neutrality of police integrity in Estonia. Policing: An
International Journal of Police Strategies & Management, 39(2), 401-415.
Wakin, M. M. (1996). Professional integrity. Airpower Journal, 10(2), 23-29.
Wan Azman Wan Idris. (2002). Pengurusan kewangan sekolah: analisis teguran Jabatan Audit Sekolah
cawangan Negeri Sembilan terhadap beberapa buah sekolah di daerah Kuala Pilah dan Jempol,
Negeri Sembilan. Disertasi Sarjana tidak diterbitkan. Universiti Malaya.

36 E-ISSN: 2289-9669
JURNAL KEPIMPINAN PENDIDIKAN | Oktober 2019, Bil. 6, Isu 4

Wan Noraini, Wan Kamaruddin. (2011). Efikasi pensyarah dan hubungannya dengan kompetensi
pensyarah teknikal politeknik Malaysia. Tesis PhD tidak diterbitkan. Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Widäng, I., & Fridlund, B. (2003). Self‐respect, dignity and confidence: Conceptions of integrity among
male patients. Journal of Advanced Nursing, 42(1), 47-56.
Zaidah Mustafa. (2004). Kebaikan dan keburukan selepas bertaraf PTj dan masalah yang dihadapi:
Satu kajian kes di SM harian bertaraf PTj di daerah Petaling. Disertasi Sarjana tidak diterbitkan.
Universiti Malaya.
Zakaria Stapa. (1999). Akidah dan akhlak dalam kehidupan Muslim. Kuala Lumpur: Utusan Publication

37 E-ISSN: 2289-9669

You might also like

pFad - Phonifier reborn

Pfad - The Proxy pFad of © 2024 Garber Painting. All rights reserved.

Note: This service is not intended for secure transactions such as banking, social media, email, or purchasing. Use at your own risk. We assume no liability whatsoever for broken pages.


Alternative Proxies:

Alternative Proxy

pFad Proxy

pFad v3 Proxy

pFad v4 Proxy