Contoh Kertas Konseptual Uitm
Contoh Kertas Konseptual Uitm
Contoh Kertas Konseptual Uitm
VOICE OF ACADEMIA
Academic Series of Universiti Teknologi MARA Kedah
Chief Editor
Editorial Team
Aishah Musa
Academy of Language Studies,
Universiti Teknologi MARA Cawangan Kedah, Malaysia
Syahrini Shawalludin
Faculty of Art and Design,
Universiti Teknologi MARA Cawangan Kedah, Malaysia
Editorial Board
Dr Azyyati Anuar
Faculty of Business Management,
Universiti Teknologi MARA Cawangan Kedah, Malaysia
Content Reviewer
Dr Azyyati Anuar
Universiti Teknologi MARA
Dr Azlyn Ahmad Zawawi
Universiti Teknologi MARA
Dr Junaida Ismail
Universiti Teknologi MARA
Dr Mahadzir Ismail
Universiti Teknologi MARA
Dr Norhidayah Ali
Universiti Teknologi MARA
Dr Radzliyana Radzuwan
Universiti Teknologi MARA
Dr Zubir Azhar
Universiti Sains Malaysia
Language Reviewer
Aishah Musa
Universiti Teknologi MARA
Bawani Selvaraj
Universiti Teknologi MARA
Shafina Md Salleh
Universiti Teknologi MARA
Sharina Saad
Universiti Teknologi MARA
e-ISSN: 2682-7840
All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, stored in a retrieval system, or
transmitted in any form or any means, electronic, mechanical, photocopying, recording or
otherwise, without prior permission, in writing, from the publisher.
© Voice of Academia is jointly published by the Universiti Teknologi MARA Caawangan Kedah,
Malaysia and Penerbit UiTM (UiTM Press), Universiti Teknologi MARA Malaysia,
Shah Alam, Selangor.
The views, opinions and technical recommendations expressed by the contributors and authors
are entirely their own and do not necessarily reflect the views of the editors, the Faculty
or the University.
TABLE
of CONTENTS
POTENSI MASJID SEBAGAI PRODUK PELANCONGAN DI MALAYSIA 1-9
Azarudin Awang1, Zainuddin Zakaria2, Mohd Sabri Abdul Ghafar3, Noralisa Ismail4, Zuraini Jusoh5
55 - 62
EMOJI & EMOTICON-RELATED LEGAL ISSUES
Nor Azlina Mohd Noor , Ahmad Shamsul Abd Aziz
1 2
PREVENTION IS BETTER THAN CURE: A CASE OF PARENTS’ DECISIONS OF CHILDREN 173 - 192
VACCINATIONS
Johan Mukhlis Jan Zakri1, Mohd Nazir Rabun 2, Mohamad Syafiqir Rahman Mohamad Nazir 3
PUBLIC INTENTION TO REPORT CHILD ABUSE IN MALAYSIA: A CROSS SECTIONAL STUDY 193 - 203
Nurul Hidayana Mohd Noor 1, Sharifah Hanis Syamimi Ghazali 2, Nurul Nabila Huda Abu Bakar 3
163 | V o A
JOURNAL VOICE OF ACADEMIA, VOL.17, ISSUES. 1. 2021, P.P 163 - 172
1. PENGENALAN
Selain itu, satu rujukan yang lebih komprehensif, iaitu Manual Panduan Pengurusan
Wakaf Institusi Pendidikan telah diterbitkan oleh Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) dan
dilancarkan pada bulan Oktober 2018. Manual panduan ini bukan hanya menjadi rujukan
kepada UA sahaja, bahkan kepada seluruh institusi pendidikan yang ingin melaksanakan
wakaf. Pelaksanaan wakaf sebagai instrumen untuk pembangunan fasiliti dan kemudahan di
UA di Malaysia dilihat semakin berkembang. Sehingga kini, keseluruhan UA di Malaysia telah
mewujudkan dana wakaf termasuk UiTM Shah Alam. Selaras dengan itu, UiTMCK juga ingin
mengambil inisiatif untuk menggunakan instrumen wakaf sebagai sumber penjanaan
pendapatan agar warga universiti meraih manfaatnya.
164 | V o A
JOURNAL VOICE OF ACADEMIA, VOL.17, ISSUES. 1. 2021, P.P 163 - 172
yang akan dilaksanakan bertepatan dengan peruntukan perundangan. Oleh itu, semua
projek wakaf yang dirancang khususnya kepada warga UiTMCK tidak dapat dijalankan selagi
kebenaran daripada MAIK belum diperoleh. Namun, UiTMCK boleh menjadi ejen kutipan
wakaf bagi membantu UiTM Shah Alam untuk mengumpul dana bagi Projek Wakaf
Pembinaan Kompleks Arshad Ayub.
Projek Wakaf Pembinaan Kompleks Arsyad Ayub ini merupakan projek inisiatif Universiti
Teknologi MARA bagi memberi penghormatan kepada YBhg. Tan Sri Dato' Seri Utama (Dr)
Arshad Ayub, Pengarah pertama Institut Teknologi MARA dari tahun 1967 hingga 1975. Beliau
bertanggungjawab dalam pembangunan UiTM sebagai sebuah universiti yang memberikan
peluang pendidikan tinggi sehingga lahirnya tokoh-tokoh korporat dan usahawan yang
terkenal. Kompleks ini dibangunkan melalui kutipan dana wakaf di atas tapak seluas 3 hektar
di Seksyen 3, Shah Alam bermula pada tahun 2020 dan dijangka siap pada tahun 2023.
Kompleks ini bakal dilengkapi dengan ruang dan bilik kuliah menggunakan teknologi terkini
dan interaktif, perpustakaan dan ruang rekreasi serta dewan serba guna dan lot-lot
perniagaan untuk di sewa. (https://uitmpay.uitm.edu.my/giving/products/AA/27/6)
Sehubungan dengan itu, bagi membantu untuk mendapatkan dana wakaf bagi
projek ini, satu Jawatankuasa gerak kerja wakaf telah ditubuhkan di UiTMCK bagi
melancarkan projek ini bermula pada bulan Julai 2020. Sasaran kutipan dana adalah
sebanyak RM30,000 sehingga Oktober 2020. Pelbagai kaedah promosi dijalankan dengan
menggunakan aplikasi WhatsApp, laman web UiTMCK, sepanduk (banner) dan bunting bagi
mencapai objektif sasaran agar dapat meningkatkan kesedaran warga UiTMCK berwakaf.
Hasil keseluruhan kutipan wakaf yang diperoleh adalah sebanyak RM29,000 iaitu hampir-
hampir mencapai sasaran. Walaupun tidak mencapai sasaran kutipan yang ditetapkan,
pengkaji percaya bahawa melalui projek rintis di UiTMCK ini, usaha ini secara tidak langsung
dapat memperlihat sejauh mana kesedaran warga UiTMCK untuk berwakaf. Berdasarkan
projek rintis ini, pengkaji berpendapat penting untuk dijalankan satu kajian bagi melihat faktor
yang mendorong warga UiTMCK untuk berwakaf. Kajian yang bakal dijalankan berbentuk
kuantitatif dengan menggunakan soal selidik bagi mendapatkan data berdasarkan tiga
faktor, iaitu pengetahuan, promosi, dan penyampaian maklumat. Hasil dapatan daripada
kajian ini akan menjadi faktor yang boleh diambil kira agar beberapa pendekatan boleh
diambil supaya pelaksanaan projek wakaf di UiTMCK pada masa akan datang dapat
dirancang dengan lebih baik.
2. ULASAN KEPUSTAKAAN
Definisi Wakaf
Dari sudut bahasa, wakaf berasal daripada perkataan Arab, iaitu waqf. Waqf
merupakan nama terbitan (masdar) dari kata kerja waqafa. Wakaf juga bermaksud berhenti,
menahan, dan menghalang manakala dalam istilah/syara’, wakaf ialah apa-apa harta yang
ditahan hak pewakaf ke atas harta tersebut daripada sebarang urusan jual beli, pewarisan,
hibah, dan wasiat di samping mengekalkan sumber fizikalnya, untuk kebajikan dengan niat
untuk mendekatkan diri pewakaf kepada Allah S.W.T (Ramli & Jalil 2017).
Ahmad Shukor (2015) mendefinisikan wakaf merujuk kepada apa-apa harta yang
boleh dinikmati manfaat atau faedahnya untuk apa-apa tujuan khairat sama ada sebagai
wakaf am atau khas berdasarkan hukum syarak. Menurut Jumhur Ulama’ wakaf juga
ditakrifkan sebagai menahan barangan harta yang boleh dimanfaatkan serta kekal asetnya
dengan memutuskan guna pakai ke atas aset itu dari pihak pewakaf atau lainnya ke arah
kegunaan yang harus atau diguna pakai penghasilannya ke arah kebaikan dan kebajikan
165 | V o A
JOURNAL VOICE OF ACADEMIA, VOL.17, ISSUES. 1. 2021, P.P 163 - 172
kerana mendamping diri kepada Allah (Yayasan Waqaf Malaysia, 2020). Wakaf juga merujuk
kepada amalan menyerahkan harta yang dimiliki untuk kegunaan atau manfaat orang
ramai. Tujuan utama pewakaf melaksanakan ibadah berwakaf adalah untuk mendapat
keredhaan Allah S.W.T. (Ismail, Mohd Deni, Sulaiman & Muhammad 2015)
Menurut Ali Hamdan (2016), istilah wakaf tidak dinyatakan secara langsung di dalam
al-Quran atau al-hadith namun istilah wakaf sering dikaitkan dengan kebajikan dan pahala
yang berterusan. Pemberi wakaf juga sedia maklum bahawa banyak manfaat yang akan
diperoleh di dunia dan di akhirat dengan memberi sumbangan dalam bentuk wakaf.
Kesedaran pemberi wakaf untuk menyumbang adalah bertepatan dengan dalil di dalam al-
Quran dan al-hadith yang menyeru agar manusia berbuat kebajikan daripada harta yang
mereka perolehi.
Antara dalil pensyariatan wakaf di dalam al-Quran seperti yang terdapat di dalam
Surah al-Baqarah, ayat 261 yang bermaksud:
Kajian-kajian lepas
Perbincangan dan kajian mengenai wakaf bukanlah suatu yang baharu. Menurut
Nailul Morad dan Mohd Firdaus (2013), sebahagian besar umat Islam tahu mengenai wakaf
secara teori tetapi mereka tidak didorong dan dididik untuk mengambil tindakan yang
sewajarnya dalam berwakaf. Justeru, terdapat pelbagai isu dan topik wakaf telah
dibincangkan dalam kajian-kajian lepas. Antara isu yang telah dibincangkan adalah
mengenai tahap kesedaran mengenai wakaf di kalangan para pelajar (Echchabi, Houssem
Eddine, & Ayedh, 2015; Harun, Abd Mutalib, Rashid, Murat, & Yaakub, 2016), tahap kesedaran
mengenai wakaf dalam kalangan masyarakat Islam di Kota Bharu, Kelantan (Ismail, Razak, &
Muhammad, 2015), di Besut, Terengganu (Zulkiflee, Wahid, & Ahmad, 2015); Selangor (Fatin,
Sabri, & Kassim, 2017) dan kajian yang dilakukan ke atas golongan anggota tentera untuk
mengetahui sejauh mana kefahaman mereka mengenai wakaf (Jalal, Ghani, Ismail, & Nordin,
166 | V o A
JOURNAL VOICE OF ACADEMIA, VOL.17, ISSUES. 1. 2021, P.P 163 - 172
2019). Di peringkat global, kajian mengenai kesedaran wakaf juga telah dijalankan dalam
kalangan 200 orang pelajar di Algeria dan dapatan kajian menunjukkan mereka mempunyai
pengetahuan yang baik mengenai wakaf (Echchabi, et al., 2015). Menurut Ahmad (2019),
melalui kajian kualitatif yang dijalankan di kalangan pihak berkepentingan di Nigeria Utara
mendapati bahawa institusi wakaf di Nigeria Utara belum mencapai objektif Shariah kerana
mereka kurang percaya terhadap institusi tersebut.
167 | V o A
JOURNAL VOICE OF ACADEMIA, VOL.17, ISSUES. 1. 2021, P.P 163 - 172
Jadual 1
Nailul Morad /
& Mohd
Firdaus
(2013)
Osman /
(2014)
Echchabi et /
al., (2015)
Isamail, /
Rosele, &
Ramli (2015)
Ismail, /
Razak, &
Muhammad
(2015)
Zulkiflee et /
al, (2015)
Harun et al. / /
(2016)
Md Kamdari / /
et al. (2017)
Suhaimi, /
Sabri, &
Aizham
(2017)
Mohiddin & / /
Yusof (2017)
Ahmad /
(2019)
Haron et al. / /
(2016)
168 | V o A
JOURNAL VOICE OF ACADEMIA, VOL.17, ISSUES. 1. 2021, P.P 163 - 172
3. METODOLOGI
Pengkaji akan menggunakan soal selidik dalam bentuk Google Forms, iaitu dalam
talian bagi memudahkan responden untuk menjawab soalan. Menurut Kumar dan Naik
(2016), Google Forms merupakan satu perkhidmatan yang disediakan untuk mengumpul data
melalui laman web. Borang maya ini merupakan satu alat yang sangat berguna kerana boleh
menyimpan data yang dikumpul ke dalam Google Sheet secara automatik (Kumar & Naik,
2016).
Soal selidik bagi kajian ini akan merangkumi dua bahagian, iaitu bahagian A
merupakan demografik yang mengandungi 6 item dan bahagian B mempunyai
pembolehubah pengetahuan, promosi, dan penyampaian maklumat yang merangkumi 17
item. Soalan yang disediakan akan diadaptasi daripada kajian-kajian lepas seperti Shari
(2019) dan Saufirah, Tahir, Wahid dan Ahmad (2015) yang mengandungi 5 skala likert, iaitu
sangat tidak setuju, tidak setuju, kurang setuju, setuju, dan sangat setuju. Program SPSS versi 25
akan digunakan untuk analisis frekuensi, deskriptif dan korelasi. Tujuan deskriptif analisis ini
digunakan adalah untuk menerangkan dan menunjukkan keputusan kajian lebih bermakna
dan signifikan. Begitu juga dengan korelasi digunakan bagi melihat kekuatan hubungan
antara pembolehubah-pembolehubah yang dipilih. Selain itu, melalui analisis yang
dijalankan, kajian ini akan mengenal pasti faktor manakah yang paling menyumbang
kepada kesedaran wakaf dalam kalangan kakitangan UiTMCK.
4. KESIMPULAN
169 | V o A
JOURNAL VOICE OF ACADEMIA, VOL.17, ISSUES. 1. 2021, P.P 163 - 172
Walaupun maklumat tentang wakaf agak terhad tetapi pengkaji mahu kesedaran
wakaf ini dapat disebar luas, dihayati, dan difahami dengan lebih mendalam. Secara tidak
langsung, dapat mempengaruhi masyarakat di sekeliling untuk berminat dalam berwakaf.
Oleh itu, wakaf bukan sahaja dapat membantu memberi kesedaran kepada masyarakat,
malah dapat membangunkan dan mensejahterakan ekonomi ummah, khususnya di
Malaysia.
PENGHARGAAN
Semua penyelidik ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli-ahli penyelidik,
Jawatankuasa Wakaf UiTMCK dan kakitangan UiTMCK kerana memberi kepercayaan dan
kerjasama yang sebaiknya dalam melaksanakan projek ini.
RUJUKAN
Ahmad, M. (2019). An empirical study of the challenges facing zakat and waqf institutions in
Northern Nigeria. ISRA International Journal of Islamic Finance, 11(2), 338–356.
https://doi.org/10.1108/IJIF-04-2018-0044
Ahmad Shukor. A. S. A. (2015). Potensi Wakaf Pendidikan Tinggi di Malaysia. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ali Hamdan. S. U. (2016). Konsep dan Pelaksanaan Wakaf Korporat di Institusi Pengajian Tinggi
di Negeri Selangor: Kajian Menurut Perspektif Perundangan. Universiti Malaya.
Ramli, A. M., & Jalil, A. (2017). Wakaf korporat: Konsep & perkembangan di Malaysia dan dunia
Islam. Seminar Filantropi Dan Derma-Bakti Islam: Pendekatan Korporat Dalam Konsep
Wakaf, 1–24.
Bryman, A., & Bell, E. (2015). Business research methods (4th ed.). United Kingdom: OUP Oxford
Echchabi, A., Houssem Eddine, C. O., & Ayedh, A. M. (2015). Awareness about Waqf among
Algerian Students : An Exploratory Study. Journal of Islamic Business and Management,
5(1), 1–13. https://doi.org/10.12816/0027405
Fatin, A., Sabri, S. A., & Kassim, M. A. (2017). Tahap kefahaman mengenai wakaf: Kajian Kes Di
Selangor. 4th International Conference on Management and Muamalah 2017 (ICoMM
2017), 2017(November), 373–382.
Harun, R., AbdMutalib, H., Rashid, R. A., Murat, A., & Yaakub, N. I. (2016). Promotion as a
Determinants for Waqf Awareness among University. International Academic Research
Journal of Social Science, 2(1), 95–99.
Hussin, R. & Abdul Rashid, R. (2018). Pelaksanaan Wakaf di Universiti Awam: Cabaran dan
Cadangan Penambahbaikan. Voice of Academia, 13, 23–34.
170 | V o A
JOURNAL VOICE OF ACADEMIA, VOL.17, ISSUES. 1. 2021, P.P 163 - 172
Isamail, M. Z., Rosele, M. I., & Ramli, M. A. (2015). Pemerkasaan Wakaf di Malaysia: Satu Sorotan.
Labuan E-Journal of Muamalat and Society, 9(February 2016), 1–13.
Ismail, N. A., Razak, A. A., & Razak, F. M. (2015). Amalan Wakaf Dalam Kalangan Masyarakat
Islam di Kota Bharu Kelantan. Labuan E-Journal of Muamalat and Society, 9, 14–25.
Ismail, M, Mohd Deni.M.I, Sulaiman, M & Muhammad S.H (2015). Melestari ekonomi Institusi
Pengajian Tinggi Islam melalui wakaf.
Jalal, B., Ghani, S. A., Ismail, A. S., & Nordin, R. (2019). Kesedaran Amalan Wakaf dalam
Kalangan Anggota Angkatan Tentera Malaysia. Journal of Fatwa Management and
Research, 16(2), 112–126.
Krejcie, R. V and Morgan, D. W. (1970) ‘Determining Sample Size for Research Activities Robert’,
Educational and Psychological Measurement, 310, pp. 607–610. doi:
10.1177/001316447003000308.
Kumar, S. . K., & Naik, L. (2016). How to Create an Online by using Google forms. International
Journal of Library and Information Science, 6(3), 118–126. Retrieved from www.ijlis.org
Mahadi Ahmad. (2019). An empirical study of the challenges facing zakat and waqf institutions
in Northern Nigeria. ISRA International Journal of Islamic Finance, 11(2), 338–356.
https://doi.org/10.1108/IJIF-04-2018-0044
Md Kamdari, N., Yusoff, R., & Abdul Malik, S. (2017). Public Awareness towards Corporate Waqf
by Waqaf an-Nur Corporation Berhad in Socio-Economic Development of Public
Society. Muktamar Waqf Iqlimi IV 2017, 74(3), I. https://doi.org/10.1016/S0097-8493
(02)00217-0
Ministry of Higher Education. (2016). The University Transformation Programme (UniTP) Purple
Pook: Enhancing University Income Generation, Endowment and Waqf.
Nailul Morad, M. N., & Mohd Firdaus, Z. (2013). Waqaf Participation Among Muslims in Penang.
The 3rd Annual International Conference Syiah Kuala University & 2nd International
Conference on Multidisciplinary Research Conference (ICMR), 1–6
Osman, A. F. (2014). An Analysis of Cash Waqf Participation among Young Intellectuals. 9th
International Academic Conference, (April), 711–723.
Polit, D. F., & Beck, C. T. (2010). Generalization in quantitative and qualitative research: Myths
and strategies. International Journal of Nursing Studies, 47(11), 1451-1458. doi:
https://doi.org/10.1016/j.ijnurstu.2010.06.004
171 | V o A
JOURNAL VOICE OF ACADEMIA, VOL.17, ISSUES. 1. 2021, P.P 163 - 172
Saufirah, S., Tahir, M., Wahid, H., & Ahmad, S. (2015). eProsiding Seminar Fiqh Semasa (SeFis)
2015 eISBN : 978-967-13426-2-6 Pelestarian Wakaf Dalam Institusi Perbankan Islam:
Analisis Wakaf Selangor Muamalat, 2(2011), 1–9.
Shari, M. G. bin. (2019). Awareness Business Zakat in Islam Among Small Business in Seberang
Perai Tengah, Penang. Journal of Chemical Information and Modeling, 53(9), 1689–
1699. https://doi.org/10.1017/CBO9781107415324.004
Suhaimi, A. F. M., Sabri, S. A., Kassim, M. A. M., & Rosli, H. F. (2017). Tahap Kefahaman Mengenai
Wakaf: Kajian Kes di Selangor. Proceeding of the 4th International Conference on
Management and Muamalah 2017 (ICoMM 2017) e-ISBN: 978-967-2122-15-9,
November.
Saufirah, S., Tahir, M., Wahid, H., & Ahmad, S. (2015). Kesedaran Terhadap Wakaf Tunai: Kajian
di Besut, Terengganu. eProsiding Seminar Fiqh Semasa ( SeFis ) 2015 EISBN : 978-967-
13426-2-6, 2(2011), 1–9.
Sulaiman,S. (2008). Hukum Pembangunan Tanah Wakaf Khas Menurut Perspektif Syarak. Jurnal
Muamalat, 45–64.
Yayasan Waqaf Malaysia. (2020). Pengenalan Wakaf. Diakses Ogos 25, 2020,
https://www.ywm.gov.my/wakaf/pengenalan
Yusoff, M. F. M., & Taib, M. S. M. (n.d.). Promosi Waqaf: Elemen Ihsan dan Amanah. Journal of
Fatwa Management and Research, 16(2), 138–150.
Zulkiflee, N., Wahid, H., & Ahmad, S. (2015). Kesedaran Terhadap Wakaf Tunai: Kajian di Besut,
Terengganu. Eprosiding Seminar Fiqh Semasa (SeFis)2015, 1–11.
172 | V o A
e-ISSN: 2682-7840