Minit Mesyuarat Guru Akhir Bil 4 2324

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 10

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DARUL EHSAN

68100 BATU CAVES, SELANGOR

MINIT MESYUARAT GURU AKHIR


BIL 4 2023/2024

Tarikh / Hari : 08 FEBRUARI 2024 / KHAMIS


Masa : 11:00 pagi
Tempat : Dewan Seri Samarlingga
Kehadiran :

1. ZARINA BINTI MAHMOOD (PENGETUA CEMERLANG) 45. MOHD FARIZUL ARIFF BIN ABD MANAF
2. GHAZALI BIN ABDUL HAMID 46. MUHAMAD NASRUDDIN BIN HASAN
3. IMELDA SAHRIAH BINTI ISHAK 47. MUHAMMAD AIMAN ZAMANI BIN MOHAMAD
4. ZARINA BINTI NORDIN 48. NABILAH BINTI ABDUL SUKI
5. WAN AZIDA BINTI WAN KAMARUDDIN 49. NAFISAH BINTI ISMAIL
6. NADA NADIRAH BINTI AB. RAHIM 50. NAJIHAH BINTI BAHAROM
7. AZLINA BINTI MUSTAFFA 51. NAZATUL SYIMA BINTI ROSMI
8. SHAMIRAH BINTI ABDUL RAHIM 52. NAZRINA BINTI ABDULLAH
9. AFIQAH BINTI MOHAMAD HAMZAH 53. NGANAMBEGAI A/P KANDASAMY
10. AHMAD ZHAFRAN BIN SHAGUL HAMED 54. NIK NORISWANI BINTI NIK ISMAIL
11. AIDA SUHANA BINTI ISMAIL 55. NOR SHUHADA BINTI YAHAYA
12. AINUR NAZIFA BINTI ROSHIDAN 56. NORINI BINTI MUHARI
13. AKMARINI BINTI MOHD ARIS 57. NORNADIA BINTI ABDUL RASHID
14. ANFAAL BINTI GULAM MUZAMMIL 58. NORSHAHIRAH BINTI MOHD SAAD
15. ASMAH BT HAJI MOHD AMIN 59. NORSHUHADA BINTI SHAHARUDDIN
16. AZLINA BINTI ABDULLAH 60. NOR ROSLIDA BINTI HARAMAN
17. AZLIZA BINTI ALIAS 61. NOOR AZMAWATI BT CHE SOH @ YUSOF
18. CHONG SHWU ENG 62.NOOR AZRINA BINTI ABDULLAH
19. DIYANA FASIHA BINTI AYUB 63. NOOR ZEHAN BINTI MOHD JAAFAR
20. FARAH NADIAH BINTI MOHAMMED ASRIN 64. NOORAMIRA BINTI AHMAD
21. FITRIAH HASNAA BINTI JOHARI 65. NOORHELYINA BINTI OSMAN
22. GHANDI MATHI A/P ALAGERISAMY 67. NOR ASHILA BINTI MOHAMAD
23. HALIMATUL SA'DIAH BINTI AHMAD 68. NOR AZAM BIN JAMALUDIN
24. HAMDAN BIN HAMID 69. NOR HASLINDA BINTI JAMALUDIN
25. HASLIMINI BINTI SULAIMAN 70. NOR QURRATUAINI BINTI ZULKIFLI
26. HISBULLAH BIN ABD WAHAB 71. NOR RAIHAINA ADNE BINTI MOHD ALAMI
27. HASNAH BINTI SAHAR 72. NORASNI BT SANUSI
28. HASNITA BINTI HASHIM 73. NORAZIZAN BINTI ABDULLAH
29. HISYAMUDDIN BIN HAMELAM 74. NORHASNIDA BINTI KHALID
30. IFFAH BINTI MOHAMAD 75. NUR ALYANI NAZIRAH BINTI JUHARI
31. KHAIRONIDA BINTI ZAINAL ABIDIN 76. NUR AMALINA IZZATI BINTI AHMAD MARZUKI
32. KHAIRUNNISA BINTI ALIAS 77. NUR AMIRAH BINTI MUHAMMAD ATORI
33. KHAIRUNNISA BINTI SAPIEE 78. NUR AZIANI BINTI HUSSIN
34. KHUZAIMAH BINTI YASAK 79. NUR AZURA BINTI NORDIN
35. LIM PING PING 80. NUR HIDAYAH BINTI JOHARI
36. MAIZURA BINTI BAHARUDIN 81. NUR ILIYANA BINTI SHAFEAI
37. MALATHI A/P GOVINDAN 82. NURDIANA BINTI MOHAMED NAWAWI
38. MAZZIRA BT CHE MAMAT 83. NURUL EZZAH BINTI BARMAN
39. MAZNAH BINTI HASSAN 84. NURUL HAZWANI BINTI HISAMUDIN
40. MERCY ALMEIDA A/P STELLUS ALMEIDA 85. NURUL HUDA BINTI AHMAD HIFDZULLAH
41. MOHAMAD FADHLI SYAHMI BIN MOHAMMAD 86. NURUL WAFDAA BINTI RUSLI
42. MOHAMED RAPI BIN ZUHRI 87. ROJARAMANI A/P SUPRAMANIAM
43. MOHD IFAN BIN RAZAZ 88. SUNTHARI A/P SINNAPPAN
44. MOHD NAIM BIN HASSAN 89. SUZITA BT IBRAHIM
90. NURUL SYAHIRAH BINTI RUSLAN 107. RAZMAN BIN HAMID
91. PRAVITA A/P MAHATHEVAN 108. ROZILA BINTI HARUN
92. RABI'AH HANANI BINTI MOHD SIDEK 109. ROZINAH BINTI RAMLI
93. SAFURA BINTI FADZILAH 110. ZAINAB BINTI TUKINON
94. SAJIDAH BINTI ZAKARIA 111. ZAINUN BINTI AHMAD
95. SAKINAH BINTI ABDUL SOMAT 112. ZARINA BINTI MOHAMED JAMALLUDIN
96. SARATHA A/P SUPRAMANIAM 113. ZULAIDA BT MOHAMED @ AB. RAHMAN
97. SABIETHA NAIR A/P RAVINDRAN 114. ZULKARNAIN BIN AHMAD
98. SHARIFAH ZURAIHAN BINTI SYED KAMAL KHALID 115. ZUNAIDAH BINTI ABDULLAH
99. SITI ADAUWIAH BINTI YUSOF 116. ZURAIDAH BINTI MISKON
100. SITI NUR MAZNI BINTI ZAKARIA 117. ZURIATY BINTI AZHARI
101. TINARENU A/P MUNISVIRAN 118. MUHAMMAD ASYRAAF BIN MOHD ISMAIL FARHARI
102. WAN AZIZUN BINTI WAN MUHAMMAD (GURU GANTI)
103. WAN NAZIRA BINTI WAN JAAFAR
104. WARDAH BINTI ABDULLAH
105. ZAHARI BIN HASSAN
106. ZAHRINA BINTI MOHD YUSOF

Tidak Hadir Bersebab :


1. Muhammad Mirza Wafi bin Mahmuddin (Cuti Sakit)
2. Nursharina binti Alias (Kursus)
3. Rabiatul Al-Adawiyah binti Jori Roslan (CB)
4. Tan Gien Pei (CRK)
5. Faizah binti Osman (Cuti Sakit)
6. Mohd Ikhwan Hafiz bin Ismail (Cuti Sakit)
7. Norlia binti Jaafar (Cuti Sakit)
8. Siti Hamdalah binti Muhammad @ Hamdan (CB)
9. Rosmariathy Binti Mat Nor (CB)
10. Azlan bin Jemiri (Mesyuarat)

Urus Setia Mesyuarat


Zuriaty binti Azhari
Nurul Ezzah binti Barman
Khairunnisa binti Alias
Azlina binti Abdullah
1.0 PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan Ummul Kitab dan mengucapkan
terima kasih atas kehadiran semua guru.
1.2 Pengerusi memaklumkan 1/3 daripada cuti persekolahan guru, pihak sekolah berhak
untuk memanggil mana-mana guru atas sebab tugas. Guru boleh bercuti, tetapi perlu
buat persediaan awal untuk sesi hadapan 2024/2025. Guru perlu menyiapkan 3 modul
DESS THE BEST untuk 3 level.
1.3 Ucapan tahniah dan terima kasih daripada pengerusi atas kerja buat semua guru. Guru
perlu mendidik anak-anak ABC, bukan semata-mata anak yang cerdik.
1.4 Terima kasih juga untuk guru-guru yang terlibat dalam semua program yang telah
dilaksanakan. Semoga lebih banyak kejayaan di sesi 2024/2025.
Pengerusi juga turut mengingatkan tentang perkataan “Tahniah” yang sangat
bermakna, supaya organisasi dan komunikasi lebih berkesan antara guru.

Tindakan : Makluman semua guru

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU


2.1 Minit Mesyuarat Guru Bil 3 2023/2024 disahkan.
Dicadang untuk disahkan oleh Noor Azmawati Bt Che Soh @ Yusof.
Disokong untuk pengesahan oleh Hasnita binti Hashim.

3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT / MAKLUM BALAS

Tiada

4.0 PERKARA-PERKARA BAHARU


4.1 Rumusan Pengurusan Pentadbiran/Kurikulum - Pembentangan oleh Pengetua
Cemerlang.
4.1.1 Ucaptama Pengerusi
Guru yang baru balik daripada Umrah/Haji/bersalin perlu memaklumkan
kepada Pengetua.
Tindakan : Makluman
4.1.2 Amanat Pengarah dan KPPD Gombak untuk Agenda 2024
4.1.2.1 Memastikan MURID kita berjaya dengan CEMERLANG.
Terutama SPM dan ranking kedudukan SPM negeri Selangor
tempat pertama, bagaimana hendak bekerja terpulang kepada TP
SPB & semua pasukan.
4.1.2.1.1 PPD perlu SENARAIKAN KEJAYAAN yang
telah dicapai bagi tahun 2023.
4.1.2.1.2 YBMP & Pengurusan Tertinggi KPM pada 22
Januari 2024 – Pemukiman KPM, semua pegawai
perlu berada di stesen masing-masing.
4.1.2.2 Aspek KARAMAH INSANIAH (poster-poster, aktiviti, program,
poster2 YBMP, KPM)
4.1.2.3 Pendidikan MANUSIAWI – aktiviti/program berkaitan
4.1.2.4 7 Teras Pendidikan KPM - 3 perkara ini perlu diselesaikan dalam
masa 20 hari terdekat ini
4.1.2.5 JPNSel dan PPD perlu ada ENGAGEMENT/ connection dengan
AHLI POLITIK kawasan setempat ADUN, Ahli Parlimen,
Pegawai Khas.
4.1.2.5.1 Jemput YBMP – tidak mahu fokus merasmikan
majlis (tetapi berbentuk AKTIVITI
INTERAKTIF dengan murid/audien.
4.1.2.5.2 JPNS- membuat KARNIVAL PENDIDIKAN
MANUSIAWI (tarikh belum ditetapkan)
4.1.2.6 YBMP – ingin melihat sukan yang menjurus kepada SUKAN
WANITA (Ragbi wanita-sukan lain daripada yang lain/ Robotik-
tanpa internet & dalam kalangan murid B40-menjurus ke arah
STEM). YBMP minta JPNSel bawa branding YBMP (3 aspek di
atas)
4.1.2.7 Teguran YBMP- MAJLIS GRADUASI berkaitan isu kutipan
wang RM130 ke RM150
4.1.2.8 Lawatan oleh pihak sekolah – bayaran untuk seorang murid
RM800++ ke Pulau Pinang 3H2M – alasan murid duduk di hotel
(tetapi sebenarnya 3 orang sebilik).
4.1.2.8.1 PGB jangan create isu & tidak main peranan dalam
isu kutipan wang berkenaan. Bandingkan harga
percutian ke Hat Yai yang lebih murah.
4.1.2.9 Pada 17 Ogos 2024– The Sultan Selangor Cup – murid terlibat
untuk membuat persembahan/ terlibat dengan program (daerah
berdekatan diminta bersedia)
4.1.2.10 Biasiswa SAGONG TASI untuk Orang Asli – SUK terus
berurusan dengan sekolah (dapatkan info drpd sekolah yang
terlibat)
Tindakan : Makluman
4.1.3 Guru-guru Baharu
4.1.3.1 Sekolah menerima kehadiran dua orang guru baharu iaitu Cikgu
Muhammad Aiman Zamani Bin Mohamad dan Cikgu Ainur
Nazifa Binti Roshidan.
4.1.3.2 Sekolah masih lagi menunggu kehadiran penempatan guru-guru
daripada SMK Taman Selayang. Pihak pentadbiran masih
dalam perancangan menjana jadual baru dan tugas guru bagi
sesi 2024/2025.
4.1.3.3 Masih terdapat guru-guru yang tidak mengisi borang (google
form) yang telah diarahkan. Mohon guru-guru berkenaan
mengambil tindakan segera.
Tindakan : Makluman

4.1.4 Penglibatan Murid


4.1.4.1 Penglibatan murid diperingkat lebih tinggi masih kurang
termasuklah penglibatan murid dalam STEM dan Kokurikulum.
4.1.4.2 Unit Kokurikulum perlu semarakkan aktiviti Kokurikulum
memandangkan bilangan murid di SMK Darul Ehsan adalah
seramai 2200 orang murid.
4.1.4.3 Sekolah juga akan menerima murid-murid daripada SMK Taman
Selayang ang mempunyai tahap kokurikulum yang lebih bagus.
Jadi, sekolah perlu membuka lebih banyak ruang dan peluang
untuk murid-murid. Julangkan akademik dan sahsiah.

Tindakan : PK Kokurikulum
4.1.5 Etika Berpakaian Guru
4.1.5.1 Guru dan murid tidak memakai baju beruniform/Koko pada setiap
Isnin Minggu Pertama/hari Rabu. Pada sesi 2024/2025, guru perlu
menggunakan duit keraian untuk membeli baju uniform
Kokurikulum.
4.1.5.2 Pada setiap hari Khamis, pemakaian baju batik (mengikut surat
yang dikeluarkan oleh KPM). Guru digalakkan memakai baju
batik Lukis Tangan daripada Kelantan atau Terengganu.
4.1.5.3 Guru-guru perlulah berpakaian kemas dan mengikut etika
berpakaian yang telah ditetapkan. Terdapat beberapa orang guru
yang memakai baju sukan dan berselipar/memakai seluar pendek.
Tindakan : Semua Guru

4.1.6 Sahsiah Murid/Tatacara Berpakaian Murid


4.1.6.1 Terdapat murid yang tidak mematuhi etika berpakaian apabila
memasuki kawasan sekolah.
4.1.6.2 Hasil daripada pemantauan, murid-murid berpakaian biasa dan
berselipar merayau-rayau kawasan sekolah dan melakukan aktiviti
yang tidak sepatutnya. Didapati kes semakin meningkat.
Tindakan : PK HEM

4.1.7 Semarakkan kehadiran murid ke sekolah


4.1.7.1 Perlu pelaksanaan dari awal tahun. Surat amaran murid lewat
tegar / surat gantung sekolah / surat buang sekolah perlu
dikeluarkan dan perlu ada sedikit tekanan kepada murid.
4.1.7.2 Guru boleh menerima alasan melalui aplikasi whatsap sekali atau
dua kali sahaja berkaitan murid sering tidak hadir ke sekolah
tanpa surat cuti sakit.
4.1.7.3 Penguatkuasaan akan dijalankan bermula sesi 2024/2025.

Tindakan : PK HEM/PK Petang/Guru Kaunseling/Guru


Tingkatan/Unit Disiplin
4.1.8 Keceriaan Kelas
4.1.8.1 Guru bertugas perlu membuat rondaan.
4.1.8.2 Pertandingan keceriaan kelas kurang mendapat sambutan daripada
semua murid.
Tindakan : Semua Guru Tingkatan
4.1.9 Modul DESS THE BEST
Penyediaan modul mengikut matapelajaran perlu ada nama dan tajuk di
bahagian hadapan.
Tindakan : Ketua Panitia
4.1.10 Kajian Tindakan
Satu jawatan kuasa akan diwujudkan bagi sesi 2024/2025 bagi sesi pagi
dan petang.
Tindakan : Makluman
4.1.11 Protokol
Protokol majlis rasmi perlu diperkasakan.
Tindakan : Makluman
4.1.12 Pengurusan Punch Kad
Guru yang keluar untuk bertugas atas urusan rasmi perlu mengambil
tandatangan daripada Pengetua Cemerlang.
Tindakan : Makluman
4.1.13 Guru Bertugas Mingguan
4.1.13.1 Guru perlu datang lebih awal, 7.05 pagi (sesi pagi) dan 12.30
tengah hari (sesi petang)
4.1.13.2 Guru bertugas perlu memasang audio selawat atau Asma Al
Husna
4.1.13.3 Guru perlu lebih proaktif pada sesi hadapan.
Tindakan : Guru Bertugas Mingguan

4.1.14 Pembudayaan Dan Pembangunan Kompetensi (Peningkatan


Professionalisma) Pembudayaan Dan Pembangunan Kompetensi
(Peningkatan Professionalisma)

4.1.14.1 Pembudayaan PdPc cemerlang (instruksional)


4.1.14.1.1 Guru perlu menghabiskan silibus supaya tidak
timbul perkara berbangkit yang melibatkan PdPc.
4.1.14.1.2 Guru perlu membuat perancangan awal dan
merancang aktiviti lebih awal.
4.1.14.2 Pembudayaan kolaboratif jaringan /jalinan
(penglibatan komuniti)
4.1.14.2.1 Setiap aktiviti yang dirancang perlu ada jaringan
dan jalinan. Ianya melibatkan markah SKPMg.
4.1.14.2.2 Setiap penglibatan perlu ada bukti samada sijil atau
gambar.
4.1.14.3 Pembudayaan pengembangan potensi/ bakat (orientasi ilmu)
4.1.14.4 Pembudayaan kerja sepasukan dan budaya kerja cemerlang
(kualiti peribadi)
Tindakan : Makluman
4.1.15 DASAR PENDIGITALAN
Teras 1 : Murid Fasih Digital
Teras 2 : Pendidik Kompeten Digital
Teras 3 : Budaya Kepemimpinan Digital Berwawasan
Teras 4 : Pengupayaan Infrastruktur dan Infostruktur
Teras 5 : Kandungan Digital Berkualiti
Teras 6 : Rakan Strategik yang Komited
(link untuk online pembelajaran berkaitan AI dalam group rasmi )
Tindakan : Makluman
4.2 Rumusan Pengurusan Kurikulum : Pembentangan oleh PK Pentadbiran
4.2.1 Pemakluman tentang cuti persekolahan yang akan bermula pada 8 Feb
2024 sehingga 10 Mac 2024.
4.2.2 Guru dinasihatkan supaya menjaga keselamatan masing-masing.
4.2.3 Mana-mana guru yang memegang kunci bilik-bilik khas, diwajibkan
menyerahkan kunci tersebut ke pejabat untuk memudahkan urusan
semasa dalam cuti persekolahan.
4.2.4 Guru-guru dikehendaki mengisi senarai Semak akhir sesi 2023/2024.
4.2.5 Pemakluman tentang Mesyuarat Guru Bil 1 2024/2025 yang akan
diadakan pada 6 Mac 2024.
4.2.6 Semua Ketua Panitia dikehendaki menghantar ABM ke pejabat.

Tindakan : Semua guru


4.3 Rumusan Pengurusan Hal Ehwal Murid : Pembentangan oleh PK
Hal Ehwal Murid
4.3.1 Langkah-langkah keselamatan di premis sekolah sepanjang cuti
persekolahan 9 Februari sehingga 10 Mac 2024.
4.3.1.1 Punca kuasa elektrik di kelas dan bilik-bilik khas dimatikan. Punca
bekalan air yang tidak digunakan juga akan dimatikan.
4.3.1.2 Kelas mestilah berada dalam keadaan bersih iaitu kerusi disusun,
laci meja dibersihkan,sampah sarap dibuang dan pintu kelas
ditutup atau dikunci. Sampah di luar kelas juga mestilah
dibersihkan. Tandas juga mestilah dipastikan kebersihannya serta
dikunci atau ditutup. Grill tangga Blok E juga akan dikunci
sepanjang cuti atas faktor keselamatan. Hanya makmal aras bawah
sahaja yang akan digunakan bagi mengelakkan perkara tidak
diingini berlaku.
4.3.1.3 Barang-barang berharga laptop/LCD/Smart TV dan sebagainya
disimpan mengikut prosedur keselamatan yang telah ditetapkan.
4.3.1.4 Memastikan kawasan persekitaran sekolah bersih dan tiada
takungan air untuk elakkan denggi . Flush tandas dipastikan
diletakkan abate (ubat jentik-jentik). Bagi flush yang rosak tutup
pili air yang membekalkan air dan kosongkan sebelum diletakkan
abate.
4.3.1.5 Encik Hisyamuddin dilantik untuk skuad anti-denggi
menggantikan Puan Sunthari yang bersara. Isu denggi mesti
dipandang serius kerana denda jika terdapat seekor jentik-jentik
adalah RM300.
Tindakan : Makluman
4.3.2 Sahsiah Murid
4.3.2.1 Guru-guru diminta menegur murid lelaki dan perempuan yang
bertepuk tampar bagi mengelakkan perkara yang lebih serius
berlaku. Sekiranya ada murid yang ‘hardcore’ guru diminta
memaklumkan kepada kaunselor atau PK HEM supaya pihak
berkenaaan boleh mengambil tindakan sewajarnya dan
memerhatikan murid tersebut.
4.3.2.2 SSDM – Selain kesalahan disiplin, guru-guru juga digalakkan
mengisi amalan baik untuk murid-murid. PK HEM
membentangkan analisis data SSDM SMKDE bagi tahun 2023.
4.3.2.3 Pemakaian baju PJPK – Murid tidak dibenarkan memakai seluar
track selain seluar yang dijual di koperasi sekolah. PK HEM
memohon kerjasama guru-guru agar berganding bahu
membanteras pemakaian seluar yang tidak mengikut ketetapan.
Tindakan : Makluman

4.3.3 Kehadiran Murid bagi Sesi 2023/2024


4.3.3.1 Kehadiran murid Peralihan menunjukkan penurunan pada
penghujung sesi kerana bilangan mereka yang sedikit memberi
kesan kepada peratus kehadiran.
4.3.3.2 Guru tingkatan diingatkan supaya mengisi kehadiran dalam
APDM dengan kadar segera sebelum jam 9 pagi setiap hari. PK
HEM mengesan terdapat beberapa kelas yang sama seringkali
lewat mengunci masuk kehadiran dan diharap perkara ini tidak
berulang lagi.
Tindakan : Guru Tingkatan

4.4 Rumusan Pengurusan Kokurikulum : Pembentangan oleh PK Kokurikulum


4.4.1 PAJSK
4.4.1.1 Pentaksiran PAJSK bagi Tingkatan 3 melalui idme telah disahkan,
manakala pengisia markah bagi Tingkatan 1 dan 2 berakhir
semalam.
4.4.1.2 Guru kelas diminta melengkapkan markah ekstra kurikulum dalam
sistem IdME dan segera menghantar fail yang mengandungi kad
PAJSK murid-murid kepada Puan Norini pada hari ini juga.
4.4.1.3 PK Ko-Kurikulum mengucapkan tahniah dan Syabas atas
pencapaian SMK Darul Ehsan dalam bidang ko-kurikulum bagi
sesi 2023.
Tindakan : Guru Tingkatan
4.4.2 Buku BLAK
Terdapat 11 orang guru penasihat yang belum menghantar buku BLAK
unit masing-masing. Buku BLAK yang perlu dibuat pembetulan juga
perlu dihantar ke bilik PK Kokurikulum pada kadar segera.
Tindakan : Guru Penasihat
4.4.3 Koperasi
Setakat hari ini hanya 49 orang guru SMKDE sahaja yang berdaftar
sebagai ahli koperasi sekolah. Diminta guru-guru yang belum mendaftar
agar mengambil borang keahlian daripada Cikgu Noor Zehan binti Jaafar
dengan kadar keahlian sebanyak RM10 sahaja.
Tindakan : Makluman
4.4.4 Stiker Kenderaan
Semua guru diminta membeli stiker kenderaan berharga RM4.00.
Kenderaan yang tidak mempunyai stiker tidak dibenarkan masuk ke
kawasan sekolah.
Tindakan : Makluman

4.5 Rumusan Pengurusan Sesi Petang : Pembentangan oleh PK Petang.


4.5.1 Puan Penolong Kanan Petang mengucapkan terima kasih atas bantuan
dan kerjasama guru sepanjang tahun 2023, kerana semua ahli faham
dengan kekangan yang dihadapi pada tahun lalu, dan semoga akan terus
bersemangat bagi sesi 2024/25 ini.
4.5.2 Hari Orientasi dan Pendaftaran Tingkatan 1
4.5.2.1 Mohon guru rujuk agihan tugas Hari Orientasi Tingkatan 1 yang
terkini kerana ada sedikit perubahan penyusunan AJK.
4.5.2.2 Semua unit sudah boleh mula merancang tugasan masing-
masing dan terima kasih diucapkan kepada unit yang sudah
mula bekerja, seperti unit video korporat dan kecemerlangan
sekolah.
4.5.2.3 Pada 29/02 (Khamis), akan diadakan google meet untuk membuat
penyelarasan kerja dan peringatan akhir setiap unit.
4.5.2.4 Pada 08/03 (Jumaat), guru-guru sesi petang perlu hadir untuk
membuat persiapan terakhir dan raptai majlis. (Terutama Unit
Video, PA sistem dan Pengerusi Majlis)
4.5.2.5 Pada 09/03 (Sabtu), semasa hari pendaftaran Tingkatan 1,
diingatkan kepada unit dewan, pa system dan pendaftaran untuk
bersedia seawal jam 7.00 pagi di balai ilmu.
4.5.2.6 Setelah ibu bapa mendaftar melalui 15 kaunter pendaftaran, ibu
bapa perlu masuk ke bahagian hadapan dewan, dan murid akan
duduk di kerusi belakang. Guru-guru diingatkan agar bermanis
muka, dan melayani ibu bapa/murid dengan berhemah.
4.5.2.6.1 Plan B jika dewan terlalu penuh, murid akan
berkumpul di dataran gemilang untuk taklimat
disiplin. Jika hujan, taklimat akan diberi oleh guru
tingkatan di kelas masing-masing.
4.5.2.6.2 Pn Wan Azida dan Cikgu Norhasnida binti Khalid
akan menyediakan senarai semak makluman /teks
untuk guru kelas.
4.5.2.7 Guru-guru diingatkan untuk menghantar laporan bicara pro (bagi
yang belum hantar), menyertai LADAP dan menyediakan RPT
dan pada waktu cuti ini sebagai persediaan pembukaan sesi
2024/25.
4.5.2.8 Ucapan Pengetua Cemerlang sempena pendaftaran Tingkatan 1
semasa Hari Orientasi Tingkatan 1, hanya Penolong Kanan
Petang yang akan berucap, untuk memberi taklimat meliputi
bahagian Kurikulum, HEM dan Ko-Kurikulum. Guru-guru akan
memakai baju batik seragam dan disediakan makanan untuk
semua petugas.
4.5.2.9 Kedudukan VIP adalah di bawah, skrin paparan akan disediakan
di kiri dan kanan dewan. Guru-guru diminta menyediakan slaid
tayangan aktiviti sekolah untuk dipaparkan setengah jam sebelum
VIP tiba.
4.5.3 Guru-guru perlu bersedia kerana pergerakan guru petang ke pagi akan
berlaku bagi memenuhi keperluan perjawatan, terutama bagi subjek BM
dan BI yang sangat kritikal.
4.5.4 PLC dan kelas tambahan boleh diteruskan, dan boleh dimulakan lebih
awal kerana peperiksaan dijangka pada bulan November/Disember.
4.5.5 Penyusunan semula jadual waktu akan dibuat untuk menyelaraskan
tempoh masa bekerja, terutama pada hari Jumaat.

Tindakan : Semua Guru Sesi Petang

5.0 PEMBENTANGAN KERTAS CADANGAN PROGRAM


Tiada.
6.0 HAL-HAL LAIN
6.1 Ahli Koperasi
6.1.1 Puan Pengetua meminta semua guru menjadi ahli keanggotaan Koperasi SMK
Darul Ehsan. Setakat ini hanya 49/128 menjadi ahli.
6.1 2 Pada sesi akan datang, hanya ahli koperasi sahaja dibenarkan mengambil
bantuan daripada koperasi.
6.2 Peringatan kepada semua guru untuk memaparkan pelekat kenderaan, yang boleh
didapati daripada Cikgu Norzehan binti Jaafar. Guru yang menjadi ahli NUTP juga
diminta berjumpa dengan Cikgu Norzehan.
6.3 Semua pemegang kunci diingatkan sekali lagi untuk menghantar ke pejabat kerana
sebarang kehilangan perlu dilaporkan ke PPD.
6.4 Mesyuarat diteruskan dengan penyampaian sijil kepada 12 orang guru yang telah
menjayakan program Transformasi TS25, yang melibatkan murid 3DLP & 3KAA
pada hujung tahun yang lalu.
6.5 Hadirin mengaminkan doa selamat bagi meraikan Cikgu Noor Azmawati binti Che
Soh dan Cikgu Wardah binti Abdullah yang akan menunaikan umrah pada cuti
sekolah ini.
Tindakan : Makluman

7.0 PENUTUP
Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua. Pengerusi mengakhiri
mesyuarat dengan bacaan Surah Al Asr dan Tasbih Kifarah.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.12 petang.

Disediakan oleh,
Guru Bertugas Mingguan
(5 Feb – 8 Feb 2024)
SMK Darul Ehsan

You might also like

pFad - Phonifier reborn

Pfad - The Proxy pFad of © 2024 Garber Painting. All rights reserved.

Note: This service is not intended for secure transactions such as banking, social media, email, or purchasing. Use at your own risk. We assume no liability whatsoever for broken pages.


Alternative Proxies:

Alternative Proxy

pFad Proxy

pFad v3 Proxy

pFad v4 Proxy