Content-Length: 216545 | pFad | http://ms.wikipedia.org/wiki/Anjing_pemburu_rakun

Anjing pemburu rakun - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas Pergi ke kandungan

Anjing pemburu rakun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Seekor anjing pemburu rakun Redbone betina

Anjing pemburu rakun atau coonhound[a] ialah sejenis anjing pemburu bau, iaitu anggota kumpulan hound. Ia merupakan jenis anjing pemburu Amerika yang dikembangkan untuk pemburuan rakun dan juga untuk babi jalang, bobcat, kugar, dan beruang. Terdapat enam baka anjing pemburu rakun berlainan.

Pada zaman kolonial, hound diimport ke Amerika Utara untuk sukan popular pemburuan rubah. Pelbagai baka anjing pemburu rubah dan hound pemburu lain diimport dari England, Ireland, dan Perancis.[1]

Anjing pemburu rubah didapati tidak cukup untuk pemburuan haiwan Amerika yang tidak bersembunyi dekat dengan tanah, tetapi sebaliknya memanjat pokok, seperti rakun, oposum, bobcat, dan malah mangsa lebih besar seperti kugar dan beruang.[2] Anjing tersebut kerap keliru atau tidak dapat berpegang pada bau apabila ini berlaku dan hanya berlegar-legar. Ini membawa kepada perkembangan hound treeing oleh para pemburu dan para pembiak baka anjing. Anjing asasi dipilih kerana deria bau tajam, keupayaan untuk menjejak haiwan secara bebas daripada perintah manusia dan, yang paling penting, mengikuti haiwan di atas tanah dan apabila ia menaiki pokok.[2] Anjing pemburu darah khususnya ditambahkan ke dalam banyak susur galur anjing pemburu rakun untuk meningkatkan keupayaan untuk menjejak.

Anjing pemburu rakun dapat berburu secara bersendirian atau dalam kawanan. Selalunya, pemburu tidak mengejar buruan mereka bersama-sama dengan anjing, tidak seperti pemburuan rubah terancang, tetapi sebaliknya menunggu dan mendengar suara baying (lolongan, dll.) distingtif untuk menentukan sama ada mangsa telah dikepung di atas pokok.[3] Anjing pemburu rakun cemerlang dalam pemburuan semua jenis mangsa jika terlatih dengan betul.[4]

Anjing pemburu rakun dibiakbakakan untuk tingkah laku treeing, seperti yang dipamerkan oleh anjing pemburu rakun Redbone ini.

Tugu peringatan

[sunting | sunting sumber]

Setelah diasaskan pada tahun 1937, Key Underwood Coon Dog Memorial Graveyard terletak di Colbert County, Alabama. Tugu ini digunakan khusus untuk pengebumian anjing pemburu rakun berkesahihan.[5][6]

Terdapat enam baka anjing pemburu rakun atau coonhound, kesemuanya mula-mula diiktiraf oleh United Kennel Club:[7]

Anjing pemburu rakun hitam dan sawo matang ialah yang pertama yang diiktiraf oleh American Kennel Club, iaitu pada tahun 1946.[11] Baka anjing pemburu rakun lain tidak dapat didaftarkan dengan AKC sehingga tahun 2000-an; anjing pemburu rakun Redbone dan anjing pemburu rakun berbintik biru diiktiraf pada tahun 2009,[12][13] anjing pemburu rakun Inggeris pada tahun 2011 (sebagai anjing pemburu rakun Inggeris Amerika),[14] dan treeing Walker coonhound pada tahun 2012.[15]

Pada tahun 2008, UKC mengiktiraf anjing pemburu harimau bintang Amerika sebagai baka anjing pemburu bau. Ia digunakan untuk memburu rakun, serta haiwan buruan lain.[16]

Kesihatan

[sunting | sunting sumber]

Sebagai baka yang kerap digunakan untuk memburu rakun, anjing pemburu rakun terdedah kepada "kelumpuhan anjing pemburu rakun", atau lebih tepat, poliradikuloneuritis idiopati anjing akut (acute canine idiopathic polyradiculoneuritis, ACIP). Keadaan ini kerap terhasil apabila anjing bersentuhan dengan air liur rakun, biasanya melalui cakaran atau gigitan, tetapi sesetengah kes tidak melibatkan rakun sama sekali.[17] Walaupun namanya sedemikian, mana-mana baka anjing dapat menghidap penyakit ini, tetapi ini lebih lazim dikaitkan dengan anjing pemburu rakun kerana penggunaannya dalam pemburuan rakun. Penyakit ini dibandingkan dengan sindrom Guillain–Barré pada manusia, yang mengakibatkan atrofi progresif pada otot tungkai, yang bermula dengan tungkai belakang dan maju ke hadapan, dan dalam sesetengah kes menjejaskan otot pernafasan.[18]

Sebuah kajian terhadap rekod pesakit 90,000 ekor anjing mendapati bahawa anjing pemburu rakun cenderung terhadap atopi/dermatitis alahan dengan 8.33% daripada jumlah anjing pemburu rakun yang menghidap keadaan ini berbanding dengan 1.08% untuk baka kacuk.[19]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Jawi: انجيڠ ڤمبورو راکون; کونهاءون
  1. ^ American Kennel Club (11 November 2014). The New Complete Dog Book [Buku Anjing Lengkap Baharu] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-21). Irvine, California, Amerika Syarikat: I-5 Publishing. m/s. 182. ISBN 9781621870913. OCLC 880122472.
  2. ^ a b American Kennel Club (11 November 2014). The New Complete Dog Book [Buku Anjing Lengkap Baharu] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-21). Irvine, California, Amerika Syarikat: I-5 Publishing. m/s. 42. ISBN 9781621870913. OCLC 880122472.
  3. ^ Sutton, Keith B. (Februari 2002). Hunting Arkansas: The Sportsman's Guide to Natural State Game [Perburuan Arkansas: Panduan Ahli Sukan untuk Buruan Negeri Semula Jadi] (dalam bahasa Inggeris). Fayetteville, Arkansas, Amerika Syarikat: University of Arkansas Press. doi:10.2307/j.ctv2fwfzcn. ISBN 9781557287199. OCLC 1297056403.
  4. ^ "American English Coonhound Breed Information" [Maklumat Baka Anjing Pemburu Rakun Inggeris Amerika]. Dogsaholic.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 Jun 2024.
  5. ^ "Key Underwood Coon Dog Memorial Graveyard - Cemetery" [Key Underwood Coon Dog Memorial Graveyard - Perkuburan]. Coondogcemetery.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 Jun 2024.
  6. ^ Kazek, Kelly (19 Ogos 2014). "Legendary Coon Dog Cemetery to once again host Labor Day celebration with live music, crafts, barbecue" [Coon Dog Cemetery legenda sekali lagi anjurkan sambutan Hari Buruh dengan muzik langsung, kraf, barbeku]. The Huntsville Times (dalam bahasa Inggeris). Huntsville, Alabama, Amerika Syarikat. Dicapai pada 8 Jun 2024.
  7. ^ Stahlkuppe, Joe (15 Mei 1997). Basset Hounds: A Complete Pet Owner's Manual [Anjing Pemburu Baset: Panduan Lengkap Pemilik Haiwan Peliharaan] (dalam bahasa Inggeris). Hauppauge, New York, Amerika Syarikat: B.E.S. Publishing. ISBN 9780812097375. OCLC 35808383.
  8. ^ "Breed Standards : Redbone Coonhound - United Kennel Club (UKC)" [Piawaian Baka: Anjing Pemburu Rakun Redbone - United Kennel Club (UKC)]. United Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 Jun 2024.
  9. ^ "Breed Standards : English Coonhound - United Kennel Club (UKC)" [Piawaian Baka: Anjing Pemburu Rakun Inggeris - United Kennel Club (UKC)]. United Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 Jun 2024.
  10. ^ "Breed Standards : Plott Hound - United Kennel Club (UKC)" [Piawaian Baka: Anjing Pemburu Plott - United Kennel Club (UKC)]. United Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 Jun 2024.
  11. ^ "Black and Tan Coonhound Dog Breed Information" [Maklumat Baka Anjing Anjing Pemburu Rakun Hitam dan Sawo Matang]. American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 Jun 2024.
  12. ^ "Bluetick Coonhound Dog Breed Information" [Maklumat Baka Anjing Anjing Pemburu Rakun Berbintik Biru]. American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 Jun 2024.
  13. ^ "Redbone Coonhound Dog Breed Information" [Maklumat Baka Anjing Pemburu Rakun Redbone]. American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 Jun 2024.
  14. ^ "American English Coonhound Dog Breed Information" [Maklumat Baka Anjing Anjing Pemburu Rakun Inggeris Amerika]. American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 Jun 2024.
  15. ^ "Treeing Walker Coonhound Dog Breed Information" [Maklumat Baka Anjing Treeing Walker Coonhound]. American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 Jun 2024.
  16. ^ "Breed Standards : American Leopard Hound - United Kennel Club (UKC)" [Piawaian Baka: Anjing Pemburu Harimau Bintang Amerika - United Kennel Club (UKC)]. United Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 Jun 2024.
  17. ^ Engel, Danielle (19 Jun 2017). "Coonhound Paralysis Fortunately Rare" [Kelumpuhan Anjing Pemburu Rakun Mujurnya Jarang]. Veterinary Medicine at Illinois (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 Jun 2024.
  18. ^ Holmes, Dorothy F.; Schultz, Ronald D.; Cummings, John F.; de Lahunta, Alexander (1 Ogos 1979). "Experimental coonhound paralysis: Animal model of Guillain‐Barre syndrome" [Kelumpuhan anjing pemburu rakun uji kaji: Model haiwan bagi sindrom Guillain-Barre]. Neurology (dalam bahasa Inggeris). Wolters Kluwer. 29 (8): 1186. doi:10.1212/wnl.29.8.1186. ISSN 1526-632X. PMID 572511. S2CID 12205996.
  19. ^ Bellumori, Thomas P.; Famula, Thomas R.; Bannasch, Danika L.; Belanger, Janelle Maria; Oberbauer, Anita M. (1 Jun 2013). "Prevalence of inherited disorders among mixed-breed and purebred dogs: 27,254 cases (1995–2010)" [Prevalens kecelaruan terwaris dalam kalangan anjing baka kacuk dan baka tulen: 27,254 kes (1995–2010)]. Journal of the American Veterinary Medical Association (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Perubatan Veterinar Amerika. 242 (11): 1549–1555. doi:10.2460/javma.242.11.1549. ISSN 1943-569X. PMID 23683021. S2CID 23592660.








ApplySandwichStrip

pFad - (p)hone/(F)rame/(a)nonymizer/(d)eclutterfier!      Saves Data!


--- a PPN by Garber Painting Akron. With Image Size Reduction included!

Fetched URL: http://ms.wikipedia.org/wiki/Anjing_pemburu_rakun

Alternative Proxies:

Alternative Proxy

pFad Proxy

pFad v3 Proxy

pFad v4 Proxy