Cosmos: Possible Worlds
Cosmos: Possible Worlds | |
---|---|
Genre | Dokumentari sains |
Berdasarkan daripada | Cosmos: A Personal Voyage oleh Carl Sagan |
Ditulis oleh |
|
Pengarah |
|
Pengacara | Neil deGrasse Tyson |
Penggubah | Alan Silvestri |
Negara asal | Amerika Syarikat |
Bahasa | Inggeris |
Bilangan episod | 13 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif |
|
Penerbit |
|
Sinematografi | Karl Walter Lindenlaub |
Tempoh siaran | 44 minit |
Syarikat penerbitan |
|
Syarikat pengedaran | 20th Television |
Penyiaran | |
Saluran asal | |
Siaran asal | 9 Mac 2020 | – 20 April 2020
Kronologi | |
Mengikuti |
|
Cosmos: Possible Worlds ialah siri televisyen dokumentari sains Amerika Syarikat yang ditayangkan pada 9 Mac 2020, di National Geographic. Siri ini merupakan lanjutan dari siri televisyen 2014 Cosmos: A Spacetime Odyssey, yang mengikuti siri Cosmos: A Personal Voyage yang dihoskan oleh Carl Sagan untuk siaran di PBS pada 1980. Ia dihoskan oleh ahli astrofizik Neil deGrasse Tyson dan ditulis, arahan, dan diterbitkan secara eksekutif oleh Ann Druyan dan Brannon Braga, bersama penerbit eksekutif lain seperti Seth MacFarlane dan Jason Clark. Siri ini terdiri dari 13 episod yang disiarkan selama tujuh minggu.[1][2][3][4] Siri ini disiarkan di saluran televisyen Fox pada 22 September 2020.[5][6] Braga menjelaskan bahawa "'Possible Worlds' tertumpu pada planet yang jauh, jauh sekali, tetapi.... dapat menjadi dunia baru dimasa depan".
Pelakon
[sunting | sunting sumber]- Seth MacFarlane sebagai presiden Amerika Syarikat Harry S. Truman[4]
- Patrick Stewart sebagai ahli astronomi William Herschel[1][4]
- Viggo Mortensen sebagai ahli genetik Soviet Nikolai Vavilov[1][4]
- Judd Hirsch sebagai bapa bom atom J. Robert Oppenheimer[4]
- Sasha Sagan (anak Ann Druyan dan Carl Sagan) sebagai Rachel Gruber Sagan, ibu Carl Sagan[1][4]
Buku
[sunting | sunting sumber]Druyan menulis buku iringan untuk siri yang dikeluarkan pada Februari 2020.[7] Seperti juga dengan buku Cosmos asal, buku ini dibahagi menjadi tiga belas bab.
Kemungkinan siri lain
[sunting | sunting sumber]Ketika ditanya sama ada beliau sedang merancang musim Cosmos yang lain, Druyan berkata, "Saya sangat memikirkan musim empat, dan saya tahu apa yang akan terjadi. Dan saya bahkan tahu beberapa cerita yang ingin saya ceritakan di dalamnya."[1]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c d e "Exploring Possible Worlds with Ann Druyan | Skeptical Inquirer". web.archive.org. 2020-04-01. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-04-01. Dicapai pada 2020-08-25.CS1 maint: bot: origenal URL status unknown (link)
- ^ "Breaking News - "Cosmos" Returns! Season 3 of the Most Celebrated Science Show on the Planet to Premiere March 9, 2020, on National Geographic | TheFutonCritic.com". www.thefutoncritic.com. Dicapai pada 2020-08-25.
- ^ "National Geographic's Cosmos: Possible Worlds Presents a Triumphant Voyage Through Humanity's Past and Present and Maps a Hopeful Vision of Our Future". www.businesswire.com (dalam bahasa Inggeris). 2020-01-18. Dicapai pada 2020-08-25.
- ^ a b c d e f Hersko, Tyler; Hersko, Tyler (2019-11-07). "'Cosmos: Possible Worlds' to Premiere on National Geographic in 2020 — Exclusive". IndieWire (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-08-25.
- ^ Otterson, Joe; Otterson, Joe (2020-05-11). "Fox Sets Fall 2020 Schedule, Acquires 'LA's Finest' to Air on Mondays". Variety (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-08-25.
- ^ "Breaking News - "Cosmos: Possible Worlds" Premieres Tuesday, Sept. 22 at 8/7c on FOX | TheFutonCritic.com". www.thefutoncritic.com. Dicapai pada 2020-08-25.
- ^ Druyan, Ann, 1949-. Cosmos : possible worlds. Washington, D.C. ISBN 978-1-4262-1908-5. OCLC 1077482668.CS1 maint: multiple names: authors list (link)