Dain Said
Dain Said | |
---|---|
Kelahiran | Dain Iskandar bin Said 1957 (umur 66–67) |
Pendidikan | Filem dan Fotografi |
Pusat pendidikan | Universiti Westminster, London |
Pekerjaan | Pengarah, penulis skrip, penerbit, pelakon |
Tahun aktif | 2006—kini |
Dain Iskandar Said juga dikenali sebagai Dain Said merupakan seorang pengarah, pelakon, penulis skrip dan penerbit Malaysia. Dari kerjayanya sebagai seorang sutradara, beliau menduduki kerusi pengarah menerusi filem cetera pertamanya, Dukun (2007) dan mula mencuri perhatian peminat filem Malaysia menerusi filem Bunohan (2012). Beliau bersama Nandita Solomon menubuhkan syarikat Apparat Sdn. Bhd. yang mengkhususkan kepada penerbitan filem.
Kehidupan awal
[sunting | sunting sumber]Beliau membesar di Kuala Lumpur, Malaysia dan berkelulusan dalam Filem dan Fotografi dari Universiti Westminster di London pada tahun 1990.[1]
Kerjaya filem
[sunting | sunting sumber]Selepas tamat pengajian, beliau bekerja untuk beberapa filem pendek, rancangan televisyen, iklan, pemasangan media dan dokumentari. Dain mengarahkan filem pertamanya pada tahun 2006, Dukun, tetapi diharamkan tayangannya berikutan ia mempunyai kaitan dengan kes Mona Fandey.[2] Filem kedua arahannya, Bunohan[3] ditayangkan pada 2012 dan merupakan penyerahan Malaysia di Anugerah Akademi bagi Filem Bahasa Asing Terbaik.[4]
Filem ketiga arahannya, Interchange dikeluarkan pada Disember 2016,[5] dan dipertontonkan di Festival Filem Antarabangsa Locarno pada Ogos 2016, empat bulan sebelum tayangannya.[6]
Pada 5 April 2018, filem Dukun arahan beliau lakonan Umie Aida sebagai Diana Dahlan dibenarkan tayangannya sekaligus menamatkan 12 tahun penantian beliau untuk menyaksikan filem ini ditayangkan.[7]
Kolaborasi
[sunting | sunting sumber]Dain mempunyai beberapa pelakon yang berlakon di dalam lebih daripada satu filem arahannya. Faizal Hussein, Bront Palarae dan Nadiya Nisaa ialah pelakon yang kerap berkerjasama dengan beliau, muncul dalam tiga filem.
Pelakon | Bunohan (2012) | Interchange (2016) | Dukun (2018) | Harum Malam (2023) | Vektor (TBA) | Jumlah |
---|---|---|---|---|---|---|
Faizal Hussein | 3 | |||||
Zahiril Adzim | 1 | |||||
Pekin Ibrahim | 1 | |||||
Bront Palarae | 3 | |||||
Namron | 2 | |||||
Amerul Affendi | 1 | |||||
Soffi Jikan | 2 | |||||
Wan Hanafi Su | 1 | |||||
Hushairy Hussein | 1 | |||||
Iedil Dzuhrie Alaudin | 1 | |||||
Shaheizy Sam | 1 | |||||
Nicholas Saputra | 1 | |||||
Prisia Nasution | 1 | |||||
Nadiya Nisaa | 3 | |||||
Alvin Wong | 1 | |||||
Chew Kin Wah | 2 | |||||
Umie Aida | 1 | |||||
Hasnul Rahmat | 1 | |||||
Adlin Aman Ramlie | 1 | |||||
Elyana | 1 | |||||
Ramli Hassan | 1 | |||||
Avaa Vanja | 1 | |||||
Mislina Mustaffa | 1 | |||||
Jason Chong | 1 | |||||
Joey Daud | 2 | |||||
Adman Salleh | 1 | |||||
C. Kumaresan | 1 | |||||
Idan Aedan | 1 | |||||
Remy Ishak | 1 | |||||
Nabila Huda | 1 | |||||
Amyra Rosli | 1 | |||||
Alif Satar | 1 | |||||
Azhan Rani | 1 | |||||
Yana Samsudin | 1 | |||||
Ruzaidi Abdul Rahman | 1 | |||||
Megat Sharizal | 1 |
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Filem
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Dikreditkan sebagai | Catatan | ||
---|---|---|---|---|---|
Pengarah | Penulis skrip | Penerbit | |||
2012 | Bunohan | ||||
2013 | Kolumpo | Memegang watak sebagai Pelanggan Kedai Mamak 2 | |||
2014 | Terbaik dari Langit | Memegang watak sebagai pengkritik filem | |||
2016 | Mrs K | Memegang watak sebagai Loan shark | |||
Interchange | |||||
2018 | Dukun | Filem arahan pertama yang telah menjalani penggambaran sejak tahun 2006, namun ditangguh tayangannya.[8] | |||
2019 | Fly By Night | ||||
Wira | Memegang watak sebagai Raja | ||||
2020 | Daulat | Memegang watak sebagai Penganalisis Politik | |||
Pasal Kau! | Memegang watak sebagai Duke | ||||
2023 | Harum Malam | ||||
TBA | Vektor | Pra-produksi | |||
Robohnya Surau Kami | Filem Malaysia-Indonesia Pra-produksi |
Telefilem
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Dikreditkan sebagai | Saluran TV | Catatan | ||
---|---|---|---|---|---|---|
Pengarah | Penulis skrip | Penerbit | ||||
2019 | Iman Untuk Bulan | Astro First Ekslusif |
Anugerah dan pencalonan
[sunting | sunting sumber]Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
2018 | Anugerah Skrin 2018 | Pengarah Filem Terbaik (Dukun) | Menang |
2019 | Festival Filem Malaysia ke-30 | Pengarah Terbaik (Dukun) | Tercalon |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Dain Iskandar Said". IFFR. Dicapai pada 2017-08-07. Cite has empty unknown parameter:
|coauthors=
(bantuan) - ^ "Will Dukun ever charm viewers?" TheStar, 3 June 2007.
- ^ "Bunohan: Return to Murder (2011)". New York Times. Dicapai pada 2016-01-06. Cite has empty unknown parameter:
|coauthors=
(bantuan) - ^ "Bunohan calon awal Anugerah Academy". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-10-10. Dicapai pada 2017-08-06.
- ^ (Inggeris) Malaysia's Dain Iskandar Said shooting supernatural 'Interchange'
- ^ "Filem 'Interchange' ke Festival Filem Locarno di Switzerland". Astro Awani. 17 Julai 2016.
- ^ Awaludin, Nurul Fadila (6 April 2018). "Misteri 12 tahun Dukun dan Diana Dahlan". Kosmo!. Dicapai pada 8 April 2018.
- ^ Sham, Nursyazwani Saiful (2018-04-02). "Filem 'Dukun' akhirnya ditayang selepas 12 tahun, ini komen pengarahnya Dain Said". Astro Awani. Dicapai pada 2021-05-27.