Content-Length: 302162 | pFad | http://ms.wikipedia.org/wiki/El_Salvador

El Salvador - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas Pergi ke kandungan

El Salvador

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Republik El Salvador
República de El Salvador (Sepanyol)
Bendera El Salvador
Jata El Salvador
Bendera Jata
Cogan kata"Dios, Unión, Libertad" (Sepanyol)
Melayu: "Tuhan, Perpaduan, Kebebasan"
Lagu kebangsaanHimno Nacional de El Salvador
(Melayu: "Lagu Kebangsaan El Salvador")
Lokasi El Salvador
Lokasi El Salvador
Ibu negara
dan bandar terbesar
San Salvador
13°41′56″N 89°11′29″W / 13.69889°N 89.19139°W / 13.69889; -89.19139
Bahasa rasmiSepanyol
Kumpulan etnik
KerajaanRepublik berperlembagaan presidensial unitari
• Presiden
Nayib Bukele
Claudia Rodríguez de Guevara (pemangku)
Félix Ulloa
Badan perundanganPerhimpunan Legislatif
Kemerdekaan
• daripada Sepanyol
15 September 1821
12 Jun 1824
• Pengiktirafan antarabangsa[2]
18 Februari 1841
Keluasan
• Jumlah
21,041 km2 (8,124 bt2) (ke-148)
• Perairan (%)
1.5
Populasi
• Perkiraan 2023
6,602,370[3] (109th)
324.4/km2 (840.2/sq mi) (26th)
KDNK (PPP)2023
• Jumlah
$74.505 billion[4] (107th)
$11,717[4] (114th)
KDNK (nominal)2023
•  Jumlah
$35.339 billion[4] (104th)
$5,557[4] (108th)
Gini (2019)positive decrease 38.8[5]
sederhana
HDI (2021) 0.675[6]
sederhana · 125th
Mata wang
Zon waktuUTC−6 (CST)
Arah memandukanan
Kod panggilan+503b
Kod ISO 3166SV
DPT internet.sv
  1. Dolar Amerika Syarikat ialah mata wang yang digunakan pada kini. Maklumat kewangan boleh diberi dalam dolar AS atau Colón El Salvador, tetapi colón kini tidak lagi digunakan.[10]
  2. Perkongsian pasaran syarikat telefon: Tigo (45%), Claro (25%), Movistar (24%), Digicel (5.5%), Red (0.5%).

Republik El Salvador (Bahasa Sepanyol: República del Salvador, [repuβlika de (e) l salβaðoɾ]) ialah sebuah negara di Amerika Tengah yang bersempadan dengan Honduras dan Guatemala.

Daerah ini dulunya disebut oleh penghijrah Pipil di kawasan barat dan tengah sejak 800 M[11] sebagai Kuskatan dalam bahasa Nawa tuturan mereka atau Cōzcatlān dalam bahasa Nawatl yang serumpun bererti "tanah permata".[12][13][14]

Setelah penaklukan Sepanyol, kota San Salvador didirikan oleh konkistador Gonzalo de Alvarado sempena perayaan tokoh Kristian Yesus yang diberi jolokan "Si Penyelamat" (Bahasa Sepanyol: salvador turunan Latin salvator "penyelamat, penebus"[15]); penyertaan tanah kawasan keliling kota tersebut sebagai proivinsi baru dalam negara Provinsi Amerika Tengah Syarikat dinamakan rasminya menjadi El Salvador[16][17] sekaligus ternama Provincia De Nuestro Señor Jesucristo El Salvador Del Mundo ("Provinsi Tuan Kami Yesus, Si Penyelamat Dunia") termaktub dalam undang-undang tubuh pertamanya pada tanggal 12 Jun 1824.[18][19]

Zaman konkuistador

[sunting | sunting sumber]

Pada awal abad ke-15, konquistador Sepanyol belayar dari Amerika Tengah dari Kepulauan Caribbean, saat itu dikenali sebagai tanah jajahan Sepanyol Baru. Usaha bangsa Sepanyol untuk memperluaskan dominion mereka ke kawasan yang akan dikenali sebagai El Salvador terhambat oleh orang pipil dan persekitaran berpenutur Maya yang lain. Pedro de Alvarado, seorang leftenan Hernan Cortés, memimpin usaha pertama oleh angkatan Sepanyol pada bulan Jun 1524. Penduduk asli mengalahkan orang Sepanyol dan memaksa mereka berundur ke Guatemala, sehingga diperlukan dua ekspedisi seterusnya - pertama pada tahun 1525, diikuti oleh kumpulan yang lebih kecil pada tahun 1528.

Menjelang akhir 1810, gabungan faktor luar dan dalam membolehkan kaum elit Amerika Tengah cuba mendapatkan kemerdekaan dari Sepanyol. Faktor-faktor dalaman itu terutama makin tertariknya kaum elit untuk mengawal kawasan yang mereka miliki tanpa penglibatan pihak berkuasa Sepanyol. Faktor luar adalah kejayaan revolusi Perancis dan Amerika pada abad ke-18 dan lemahnya kekuatan tentera Sepanyol kerana perang melawan Napoleon dari Perancis. Gerakan kemerdekaan dikonsolidasikan pada tarikh 5 November 1811, apabila seorang pendeta El Salvador, Jose Matias Delgado, membunyikan loceng Iglesia La Merced di San Salvador, menyeru pemberontakan. Setelah peperangan dalaman bertahun-tahun, Acta de Independencia (Proklamasi Kemerdekaan) Amerika Tengah ditandatangani di Guatemala pada tarikh 15 September 1821.

Zaman kemerdekaan dan pascakemerdekaan

[sunting | sunting sumber]

Pada tarikh 16 September 1821, Mexico mendapatkan kemerdekaan sebagai Empayar Mexico Pertama di bawah kuasa Maharaja Agustin de Iturbide, El Salvador dan wilayah di Amerika Tengah menyatakan kemerdekaan dari Sepanyol dan menjadi sebahagian Empayar Mexico. Pada tahun 1823, Provincias Unidas del Centro de América dibentuk oleh lima buah negara Amerika Tengah di bawah pimpinan Jeneral Manuel José Arce. Ketika persekutuan ini bubar pada tahun 1838, El Salvador telah menjadi republik merdeka. Sejarah awal El Salvador sebagai negara berdaulat ditandai oleh beberapa revolusi.

Antara tahun 1872 ke 1898, El Salvador ialah penggerak utama untuk mendirikan kembali persekutuan tanah genting. Kerajaan El Salvador, Honduras, dan Nicaragua membentuk Republik Besar Amerika Tengah melalui Pakatan Amapala pada tahun 1895. Meski Guatemala dan Costa Rica mahal untuk bergabung dengan Republik Besar (yang dinamakan semula sebagai Negara Amerika Tengah Syarikat saat perlembagaan mula berlaku pada tahun 1898), tiada satu pun dari kedua-dua negeri itu yang menyertai. Persatuan ini, yang telah merancang untuk mendirikan ibu kota di Amapala berhampiran Golfo de Fonseca, tak selamat dalam rampasan kuasa di El Salvador pada tahun 1898.

Sejumlah keuntungan sehingga kopi menjadi eksport monokultur menjadi pendorong proses dengan tanah-tanah tertumpu di tangan oligarki beberapa keluarga.[20] Pergantian presiden dari taraf oligarki El Salvador, baik konservatif dan liberal, sepanjang separuh terakhir abad ke-19 umumnya bersetuju munculnya kopi sebagai hasil bumi utama, pada perkembangan infrastruktur (rel dan kemudahan pelabuhan) terutama dalam menyokong perdagangan kopi, pada penghapusan pemilikan tanah komunal untuk memudahkan pengeluaran kopi lebih lanjut, pada bahagian hukum antigelandangan untuk memastikan bahawa campesino yang terlantar dan penduduk kampung menyediakan tenaga kerja yang cukup untuk finca kopi (ladang), dan pada peredaman ketidakpuasan desa. Pada tahun 1912, pengawal kebangsaan diciptakan sebagai angkatan polis desa.

Industri kopi berkembang pesat di El Salvador. Sebagai akibat penyediaan bahagian terbesar sokongan kewangan kerajaan oleh kaum elit melalui duti import pada barang yang diimport dengan mata wang asing yang diterima penjual kopi. Sokongan ini, berangkaian dengan orang sederhana dan mekanisme rasuah biasa, memastikan penanam kopi kebanjiran pengaruh dengan kerajaan.

Ekonominya yang berpusat pada penanaman kopi selepas pertengahan abad ke-19, kerana pasaran dunia untuk nila memburuk, membaik atau memburuk kerana harga kopi dunia mengalami naik turun. Dari tahun 1931, tahun rampasan kuasa di mana Jeneral Maximiliano Hernández Martínez naik takhta sehingga dijatuhkan tahun 1944, terdapat penindasan perlawanan desa yang brutal. Peristiwa paling penting adalah huru-hara petani El Savador 1932, biasa disebut sebagai La Matanza (pembunuhan beramai-ramai) yang dikepalai oleh Farabundo Martí dan pembalasan yang dipimpin oleh kerajaan Martínez, di mana sekitar 30,000 orang asli dan Tapol dibunuh, dipenjara, atau dibuang. Hingga tahun 1980, semua kecuali seorang presiden El Salvador adalah perwira pasukan.

Seperti negara Amerika Latin yang lain, ketidakseimbangan ini menimbulkan perlawanan petani pada kaum oligarki, yang meletuskan Perang Saudara El Salvador (1980-1992), sebahagian besar revolusi petani. Kerajaan tentera, didominasi oleh parti Alianza Republicana Nacionalista (ARENA, Perikatan Republikan Nasionalis) yang ditubuhkan oleh Mayor Roberto D'Aubuisson dan diboncengi oleh AS, bertanggung jawab untuk kematian lebih daripada 75,000 orang. Kejahatan perang oleh gerila revolusioner, yang menerima bantuan Kesatuan Soviet, tidak umum, namun jumlah korbannya kurang daripada beribu-ribu yang dibunuh oleh tentera. Kejahatan perang kerajaan, seperti Pembunuhan El Mozote, dan pembunuhan mubaligh Katolik dan pekerja bantu keagamaan lain, seperti Jean Donovan, oleh regu kematian yang berkaitan dengan kerajaan menyebabkan kemarahan antarabangsa. Pada tahun 1984 pemerhati antarabangsa menyaksikan Napoleon Duarte yang beraliran tengah dipilih sebagai presiden dan pilihan raya yang diboikot secara kekerasan oleh ahli-ahli pembangkang. Walaupun terdapat usaha penciptaan keamanan oleh pemerintahan demokratik, revolusi petani berlanjutan hingga perjanjian perdamaian ditandatangani pada bulan Januari 1992. Faksi-faksi gerila yang berbeza membentuk Frente Farabundo Martí para la Liberación Nacional party (FMLN) untuk mendapatkan kedudukan melalui pilihan raya demokratik. Sejak itu, secara berperingkat FMLN mendapatkan wakil, khususnya dalam Majlis Perundangan dan pemerintahan tempatan.

Pada tahun 1998, El Salvador menjadi salah satu daripada 3 negara dunia di mana pengguguran haram tanpa kecuali, bersama-sama dengan Chile dan Nicaragua.

El Salvador terletak di Amerika Tengah, dengan jumlah luasnya 21,040 km², lebih kurang seluas negeri Massachusetts. El Salvador ialah negara terkecil di benua Amerika. Oleh kerana ukurannya, negara ini sering digelar "Tom Thumb dari Amerika" (Pulgarcito de America). Dalam sempadannya, negara ini memiliki luas perairan 320 km². Beberapa sungai kecil mengalir melalui El Salvador ke Lautan Pasifik, termasuk Goascorán, Jiboa, Torola, Paz dan Río Grande de San Miguel. Sungai terbesar, Sungai lempa, mengalir dari Honduras melintasi El Salvador ke samudera dan boleh dilayari oleh lalu lintas komersial. Kawah gunung berapi merangkumi tasik dengan tasik yang paling penting adalah Tasik Ilopango (70 km²) dan Tasik Coatepeque (26 km²). Tasik Güija adalah tasik semula jadi terbesar di El Salvador (44 km²). Beberapa tasik buatan dibuat dengan membendung Sungai lempa dengan tasik yang paling besar adalah Embalse Cerrón Grande (350 km²).

El Salvador bersempadan dengan Guatemala dengan panjang sempada 203 km dan Honduras (342 km). El Salvador adalah satu-satunya negara Amerika Tengah yang tidak mempunyai pesisir Caribbean. Puncak tertinggi di negeri ini adalah Cerro El Pital setinggi 2,730 meter.

Politik dan kerajaan

[sunting | sunting sumber]

Kerangka kerja politik El Salvador mengambil sistem republik demokrasi wakil presiden, dengan Presiden El Salvador (Elias Antonio) menjadi ketua negara dan ketua kerajaan, dan sistem multipartai multibentuk. Kuasa eksekutif dilaksanakan oleh kerajaan. Kekuasaan perundangan dipegang oleh kerajaan dan Majlis Perundangan. Cabang kehakiman bebas dari eksekutif dan legislatif.

Pentadbiran

[sunting | sunting sumber]
Peta jabatan-jabatan di El Salvador.

El Salvador terbahagi kepada 14 jabatan (departamentos), dan kemudiannya dibahagikan kepada 267 perbandaran (municipios). Jabatan-jabatan itu adalah:

  • Ahuachapán
  • Cabañas
  • Chalatenango
  • Cuscatlán
  • La Libertad
  • La Paz
  • La Unión
  • Morazan
  • San Miguel
  • San Salvador
  • San Vicente
  • Santa Ana
  • Sonsonate
  • Usulután

Ekonomi El Salvador mengalami pasang surut semasa pemerintahan Parti Perikatan Republikan Nasional yang mengasaskan pasaran bebas dan model pengurusan fiskal yang termasuk penswastaan ​​perbankan, telekomunikasi, dana awam, bekalan elektrik, dan sebahagian dari penjanaan elektrik, penghapusan kawalan harga dan subsidi, dan penguatkuasaan hak harta intelektual . KDNK telah berkembang secara sederhana namun stabil selepas menandatangani Perjanjian Perdamaian pada tahun 1992 dalam bidang makroekonomi. Masalah yang dihadapi El Salvador adalah ketidakseimbangan ekonomi atas penerimaan individu. Pada tahun 1999, satu perlima penduduk terkaya menerima 45% keuntungan negara, sementara satu perlima penduduk terbawah hanya menerima 5.6% pendapatan.

Sejak bulan Disember 1999, cadangan devisa bersih mencapai $1.8 juta dolar. Setelah simpanan wang sementara terkumpul banyak, kerajaan El Salvador membuat rencana integrasi rencana kewangan yang bermula pada tarikh 1 Januari 2001, di mana dolar Amerika Syarikat menjadi alat pembayaran yang sah di samping Colón El Salvador, dan semua laporan rasmi mula menggunakan dolar. Dengan demikian, secara rasmi kerajaan telah menghadkan kemungkinan perdagangan bebas untuk mempengaruhi pelbagai polisi kewangan.Sejak tahun 2004, colon tidak beredar lagi dan sekarang tidak digunakan untuk transaksi apa-apa, namun beberapa kedai masih mengumumkan kepada awam bahawa mereka menerima transaksi dalam colon dan dolar. Umumnya, penduduk menyokong peralihan mata wang dari Colón ke dólar, walaupun gaji masih menggunakan kedua-dua mata wang itu. Sebagai contoh, sesuatu yang berharga 5 Colón (sama dengan $0.57), sekarang bernilai $1. Perubahan ke dolar juga telah melahirkan satu kadar faedah yang lebih rendah di El Salvador, yang banyak membantu melindungi kredit untuk pembelian rumah ataupun kereta. Semua ekonomi menganggarkan kenaikan harga ini juga berjaya menyebabkan inflasi tanpa mengubah iklim kewangan. Sektor politik sayap kiri telah memancing banyak kritikan bahawa proses dolarisasi akan menguntungkan syarikat-syarikat yang bergerak di sektor kewangan.

Akibat perang saudara dan stagnasi nasional pada tahun 1980-an, KDNK belum boleh melebihi pencapaian di akhir tahun 1970-an dalam hal keseimbangan kemampuan membeli-belah. Sekarang, ekonomi banyak berorientasikan ke arah pengeluaran dan perkhidmatan, bidang pertanian (budi daya kopi). Industri utama negeri ini adalah makanan dan minuman, produk minyak bumi, tembakau, bahan kimia, tekstil, dan perabot.

Kini terdapat 15 zon perdagangan bebas di El Salvador. Penerimaan terbesar berasal dari industri tekstil yang memberikan lapangan kerja bagi 88,700 penduduk, dan sebahagian besar terdiri daripada potongan pakaian yang dieksport ke AS.

Demografi

[sunting | sunting sumber]

Untuk rencana lanjutan, lihat Demografi El Salvador

Jumlah penduduk El Salvador ialah 6,344,722 orang setakat 2016,[21] dengan ibu negara, San Salvador memiliki 2.1 juta orang penduduk. Selain itu, terdapat kira-kira 600 ribu rakyat Nicaragua yang menetap di El Salvador.[22]

Bahasa Sepanyol adalah bahasa rasmi El Salvador, namun ramai penduduk tempatan yang menuturkan bahasa Inggeris. Gereja Katolik Rom berperanan penting dalam budaya El Salvador. Tokoh asing yang penting di El Salvador adalah pendeta dan profesor Yesuit Ignacio Ellacuria, Ignacio Martín-Baro, dan Segundo Montes, yang terbunuh pada tahun 1989 oleh Tentera El Salvador selama perang saudara. Lukisan, seramik, dan barang tekstil adalah benda seni utama. Penulis Francisco Gavidia (1863-1955), Salarrué (Salvador Salazar Arrué) (1899-1975), Claudia Lars, Alfredo Espino, Pedro Geoffroy, Manlio Argueta, José Roberto Cea, dan penyair Roque Dalton adalah beberapa penulis terpenting yang berasal dari El Salvador . Tokoh penting abad ke-20 termasuk pembuat filem Baltasar Polio, seniman Fernando Llort, dan kartunis Tono Salazar. Di antara tokoh seni grafik yang terkemuka ialah pelukis Noe Canjura, Carlos Cañas, Julia Díaz, Camilo Minero, Ricardo Carbonell dan Roberto Huezo. Isteri Antoine de Saint-Exupéry (penulis buku kanak-kanak, Le Petit Prince) adalah seorang aristokrat El Salvador, Consuelo de Saint-Exupéry. Bahasa daerah Sepanyol tempatan disebut Caliche.

Hidangan yang paling terkenal dari El Salvador adalah pupusa. Pupusa adalah tortilla jagung buatan tangan yang keras (dibuat menggunakan masa de maiz atau masa de arroz, adunan tepung jagung atau padi yang digunakan dalam masakan Amerika Tengah) yang diisi dengan satu atau lebih ini: keju (queso) (biasanya keju El Salvador yang lunak bernama Quesillo con loroco), kulit daging babi bakar (chicharrón), daging ayam (pollo), buncis yang digoreng kembali (frijoles refritos), dan/atau queso con loroco (loroco adalah tunas bunga anggur dari Amerika Tengah). Isian baru seperti udang atau ayote digunakan oleh restoran keliling.

Pupusa berasal dari El Salvador, namun para pendatang telah membawa hidangan ini ke daerah kediaman seperti California, Virginia dan Washington DC dengan daerah-daerah itu sekarang memiliki banyak pupuseria (tempat di mana pupusa dijual). Pupusa sering disajikan dengan curtido (sejenis salad kol pedas mahupun kubis yang diasamkan) dan sos tomato, yang dimakan dengan jari.

Pupusa berasal dari kata pipil-Nahuatl, pupushahua, yang bererti tortilla yang diisi dengan keju, buncis, chicharrón (daging babi), ayote, krim dan lobak merah.

Dua hidangan khas El Salvador lain adalah yuca frita dan pan con pavo. Yuca frita digoreng dalam minyak goreng yang banyak dan disajikan dengan curtido serta chicharrone atau pepesquita di atasnya. Pan con pavo adalah roti lapis kalkun (hoagie). Kalkun itu diasinkan dan kemudian dipanggang dengan sayur-sayuran pipil dan ditarik dengan tangan.

El Salvador adalah negara Amerika Tengah yang budayanya merupakan campuran pipil dan Sepanyol. Musiknya termasuk lagu keagamaan (sebahagian besar Katolik Rom) yang digunakan untuk memperingati Hari Natal mahupun hari perayaan lain, khususnya yang berkaitan dengan para paderi. Tema lirik satira dan luar bandar juga umum.

  1. ^ matawang sedang digunakan.Templat:Update inline Financial information can be expressed in U.S. dollar and in Salvadoran colón, but the colón is out of circulation.[7]
  1. ^ "CIA The World Factbook: People and Society – El Salavador". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-12-27. Dicapai pada 2019-10-19.
  2. ^ David Scott FitzGerald (22 April 2014). Culling the Masses. Harvard University Press. m/s. 363. ISBN 978-0-674-36967-2.
  3. ^ Templat:Cite CIA World Factbook
  4. ^ a b c d "World Economic Outlook Database, October 2023 Edition. (El Salvador)". IMF.org. International Monetary Fund. 10 October 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 October 2023. Dicapai pada 15 October 2023.
  5. ^ "GINI index (World Bank estimate)". data.worldbank.org. World Bank. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 June 2020. Dicapai pada 14 July 2021.
  6. ^ "Human Development Report 2021/2022" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). United Nations Development Programme. 8 September 2022. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 8 September 2022. Dicapai pada 12 October 2022.
  7. ^ "Main Aspects of the Law". Diarkibkan daripada yang asal pada 8 July 2007. Dicapai pada 8 July 2007.
  8. ^ "Bitcoin, now legal tender in El Salvador, greeted with tech problems, volatility concerns". AP News. 7 September 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 September 2021. Dicapai pada 12 September 2021 – melalui CBC News.
  9. ^ "Bitcoin suffers hefty loss after chaotic El Salvador debut". Reuters. 8 September 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 September 2021. Dicapai pada 12 September 2021 – melalui Global News.
  10. ^ "Main Aspects of the Law". Diarkibkan daripada yang asal pada July 8, 2007. Dicapai pada 2007-07-08.. bcr.gob.sv
  11. ^ Campbell, Lyle (1985). The Pipil Language of El Salvador. Walter de Gruyter. m/s. 924–5. ISBN 978-0-89925-040-3.
  12. ^ Juan Luna Cárdenas (1950). Tratado de etimologías de la lengua aztekatl: para uso de profesores y estudiantes de historias de América y de México, de ciencias naturales y ciencias sociales de las escuela secundarias, normales y preparatorias. U. Tl. I. Aztekatl. m/s. 27. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 January 2024. Dicapai pada 6 November 2015.
  13. ^ María de Baratta (1951). Cuzcatlán típico: ensayo sobre etnofonía de El Savator, folklore, folkwisa y folkway. Ministerio de Cultura. m/s. 15. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 January 2024. Dicapai pada 6 November 2015.
  14. ^ Juan Luna Cárdenas (1964). Aztequismos en el español de México. Secretaría de Educación Pública. m/s. 47. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 January 2024. Dicapai pada 6 November 2015.
  15. ^ Rujuk:
    • "salvador". Diccionario de la lengua española. Real Academia Española.
    • "salvātor". K. Prent, J. Adisubrata, W. J. S. Poerwadarminta (1969). Kamus Latin-Indonesia. Jogjakarta: Penerbitan Jajasan Kanisius. m/s. 761.
  16. ^ Pineda, Carlos Pérez; Meléndez, Óscar (2015). El nombre oficial de la República de El Salvador (Primera Edición). San Salvador, El Salvador: Dirección de Publicaciones e Impresos. m/s. 37.
  17. ^ Herrera Mena, Sajid Alfredo (2005). "La invención liberal de la identidad estatal salvadoreña, 1824-1839". ECA Estudios centroamericanos. Universidad Centroamericana "José Simeón Cañas" (684). ISSN 0014-1445.
  18. ^ Departamento de Relaciones Públicas. Casa Presidencial: El Salvador 1974-1975, m/s. 12-13.
  19. ^ "Constitución Política de la República de El Salvador de 1824". Biblioteca Virtual Miguel de Cervantes. 12 Jun 1824. Dicapai pada 2 Mac 2016.
  20. ^ Thomas P. Anderson (1988). Politics in Central America: Guatemala, El Salvador, Honduras, and Nicaragua. Greenwood Publishing Group. ISBN 978-0-275-92883-4. Dicapai pada 29 Julai 2012 – melalui Google Books.
  21. ^ "World Population Prospects: The 2017 Revision". ESA.UN.org (data tersuai diperlukan melalui tapak sesawang). Jabatan Hal Ehwal Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Bahagian Populasi. Dicapai pada 10 September 2017.
  22. ^ "The Nicaragua case_M Orozco2 REV.doc" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2011-05-11. Dicapai pada 2010-05-02.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]










ApplySandwichStrip

pFad - (p)hone/(F)rame/(a)nonymizer/(d)eclutterfier!      Saves Data!


--- a PPN by Garber Painting Akron. With Image Size Reduction included!

Fetched URL: http://ms.wikipedia.org/wiki/El_Salvador

Alternative Proxies:

Alternative Proxy

pFad Proxy

pFad v3 Proxy

pFad v4 Proxy