Content-Length: 219131 | pFad | http://ms.wikipedia.org/wiki/Ernest_Hemingway

Ernest Hemingway - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas Pergi ke kandungan

Ernest Hemingway

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ernest Miller Hemingway
Ernest Hemingway, 1923
Ernest Hemingway, 1923
Lahir21 Julai 1899
Oak Park, Illinois
Meninggal dunia2 Julai 1961
Ketchum, Idaho
PekerjaanPenulis dan wartawan
Pergerakan sasteraGenerasi Yang Hilang
Tandatangan
Gambar bayi Ernest Hemingway, k.k. 1900
Ernest Hemingway, 1939

Ernest Miller Hemingway (21 Julai 18992 Julai 1961) ialah penulis novel dan cerpen serta wartawan Amerika Syarikat. Gaya penulisannya yang tersendiri dicirikan oleh ekonomi serta kenyataan yang kurang benar, dan mempunyai pengaruh yang penting kepada perkembangan penulisan fiksyen abad ke-20. Para protagonis Hemingway biasanya adalah orang yang tabah yang harus menunjukkan "keanggunan di bawah tekanan". Banyak daripada karya-karyanya telah dianggap sebagai contoh klasik dalam daftar karya kesusasteraan Amerika. Hemingway yang mempunyai nama samaran "Papa" adalah sebahagian komuniti ekspatriat 1920-an di Paris, sebagaimana yang dihuraikannya dalam memoirnya, Perayaan Yang Boleh Alih. Komuniti itu dikenali sebagai sebahagian "Generasi Yang Hilang", suatu nama yang diumumkan oleh Hemingway. Beliau menjalani kehidupan sosial yang bergelora, berkahwin sebanyak empat kali, dan dikatakan mempunyai berbagai-bagai hubungan percintaan sepanjang hidupnya. Hemingway menerima Hadiah Pulitzer pada tahun 1953 untuk Lelaki Tua dan Laut, dan Hadiah Nobel Kesusasteraan pada tahun 1954. Pada tahun 1961, beliau membunuh diri ketika berumur 61 tahun.

Kehidupan awal

[sunting | sunting sumber]

Dilahirkan di Cicero, Illinois, sebuah subbandar Chicago (semasa kehidupan awal Hemingway, kawasan ini dipisahkan daripada Cicero dan menjadi Taman Oak), Hemingway ialah anak lelaki sulung dan anak kedua daripada enam orang anak yang dilahirkan kepada Clarence Edmonds ("Doktor Ed") dan Grace Hall Hemingway. Bapa Hemingway yang adalah doktor membidani kelahiran Ernest dan meniup hon di anjung rumah untuk mengumumkan kelahiran anak lelakinya kepada jiran-jiran. Keluarga Hemingway tinggal di dalam sebuah rumah Victoria yang mempunyai enam bilik tidur. Rumah itu dibina oleh datuk sebelah ibunya, Ernest Hall, seorang pendatang Inggeris dan bekas perajurit Perang Saudara yang tinggal dengan keluarganya. Hemingway dinamai sempena nama datuknya itu.

Ibu Hemingway yang neurotik berbakat besar dalam nyanyian dan pada suatu ketika berhasrat untuk mengejarkan kerjaya opera dan kemudian mencari nafkah melalui pengajaran suara dan muzik. Dia suka mendominasi dan berfikiran sempit dari segi agama, sebagaimana yang dicerminkan oleh etika Protestan yang tegas di Taman Oak ketika itu. Hemingway kemudian berkata bahawa Taman Oak mempunyai "halaman rumput yang luas dan fikiran yang sempit". [1] Ibunya hendak melahirkan sepasang anak kembar tetapi apabila ini tidak berlaku, dia mengenakan pakaian dan gaya rambut yang sama untuk Ernest yang muda serta kakaknya, Marcelline (lapan belas bulan lebih tua), dan berpura-pura menganggap kedua-dua anaknya ini sebagai "anak kembarnya". Grace Hemingway mungkin lagi 'menwanitakan' anak lelakinya semasa masa kanak-kanak dengan memanggilnya "Ernestine." [2] Walaupun banyak terkaan telah dibuat oleh para periwayat mengenai perkara ini, sebenarnya bayi dan kanak-kanak yang sedang berjalan jatuh bagi kelas menengah Victoria seringnya dikenakan pakaian sebagai perempuan. Banyak tema dalam karya Hemingway menunjukkan interaksi yang memusnahkan antara pasangan-pasangan seks (cf. "Bukit-bukit Bak Gajah-gaja Putih" (Hills Like White Elephants), dalam perkahwinan (cf. "Now I Lay Me"), dan antara kebanyakan gabungan perhubungan antara lelaki dengan perempuan (cf. "Matahari Juga Terbit" (The Sun Also Rises); tambahan pula, beberapa karya yang diterbitkan selepas kematiannya mengandungi pengolahan yang kabur tentang peranan-peranan jantina. Bagaimanapun, hubungan antara penggambaran Hemingway tentang keadaan-keadaan manusia dengan pengalaman-pengalaman masa kanak-kanaknya tidak dapat diasaskan berdasarkan andaian ini.

Sedangkan ibunya berharap bahawa anak lelakinya akan mengembangkan minat terhadap muzik, Hemingway mengikut minat luar bapanya yang terdiri daripada memburu, memancing ikan, serta berkhemah di dalam hutan kecil dan tasik-tasik Michigan utara. Keluarganya memiliki sebuah rumah yang di panggil Windemere di Tasik Walloon, Michigan, dan mereka selalu menghabiskan masa percutian musim panas di sana. Pengalaman-pengalaman awal ini dalam hubungan rapat dengan alam semula jadi menanam minat seumur hidup Hemingway terhadap penggembaraan luar dan kehidupan di kawasan-kawasan terpencil.

Ernest Hemingway menyertai Sekolah Tinggi Taman Oak dan Hutan Sungai dari September 1913 sehingga tamat persekolahannya pada Jun 1917. Beliau cemerlang dalam kedua-dua pembelajaran serta sukan; beliau bertinju, bermain bola sepak, dan menonjolkan bakat yang luar biasa di dalam kelas bahasa Inggeris. Pengalaman penulisan pertamanya adalah ketika dia menulis untuk "Trapeze" (surat berita sekolah) dan "Tabula" (majalah kesusasteraan), dan kemudian menjadi editor pada tahun akhir persekolahannya.

Selepas persekolahan tingginya, Hemingway tidak menyertai kolej. Sebaliknya, pada umur lapan belas tahun, dia memulakan kerjaya penulisannya sebagai seorang pemberita pelatih untuk The Kansas City Star (1917). Walaupun dia hanya bertugas dengan surat khabar itu selama enam bulan (17 Oktober 1917 - 30 April 1918), pada seumur hidupnya, dia mengamalkan panduan gaya Star sebagai asas untuk gaya penulisannya: "Gunakanlah ayat-ayat pendek. Gunakanlah perenggan-perenggan pertama yang ringkas. Gunakanlah bahasa Inggeris yang penuh bersemangat. Bersikap positif, bukan negatif." [3] Pada tahun 1999 yang merupakan ulang tahun hari jadi keseratus Hemingway, The Star menamakan Hemingway sebagai wartawan yang terbaik bagi tempoh seratus tahun yang lalu. Sesetengah pembaca berasa bahawa anugerah ini hanya merupakan sebuah anugerah kehormat dan bukannya anugerah yang diterima berdasarkan merit oleh seorang pemberita yang hanya bertugas sebagai pemberita selama beberapa bulan, dan masih muda ketika itu.

Pembunuhan diri

[sunting | sunting sumber]

Hemingway cuba membunuh diri pada musim bunga dalam tahun 1961, dan semula lagi diberikan rawatan terapi elektrokonvulsif (ECT); akan tetapi lebih kurang tiga minggu sebelum hari jadinya ke-62, dia membunuh diri pada pagi 2 Julai 1961 di rumahnya di Ketchum, Idaho. Pembunuhan diri itu dilakukan melalui menembak kepala dengan sepucuk senapang patah.

Senapang patah itu dibeli daripada Abercrombie & Fitch yang ketika itu merupakan sebuah gedung barang-barang sukan. Diadili sebagai tidak bertanggungjawab dari segi mental kepada tindakan pembunuhan diri, Hemingway dikebumikan menurut upacara Roman Katolik. Hemingway sendiri menyalahkan rawatan ECT kerana memusnahkan daya ingatannya, dan mengakibatkannya "menggulung tikar"; ahli-ahli perubatan dan cendekiawan telah memberi perhatian yang wajar terhadap pandangan ini.

Ahli-ahli keluarga terdekat Hemingway juga membunuh diri, termasuk bapanya, Clarence Hemingway, serta adik-beradiknya, Ursula dan Leicester, dan kemudian cucu perempuannya, Margaux Hemingway. Sesetengah orang mempercayai bahawa beberapa ahli Hemingway sebelah bapanya mempunyai keadaaan genetik atau penyakit keturunan yang dikenali sebagai hemokromatosis. Penyakit ini disebabkan oleh kepekatan ferum yang berlebihan di dalam darah yang merosakkan pankreas dan juga mengakibatkan kemurungan atau ketakstabilan di dalam serebrum. Bapa Hemingway diketahui menghidapi hemokromatosis yang diakibatkan oleh keadaan ini sebelum pembunuhan dirinya ketika berumur 59 tahun. Sesetengah orang berpendapat bahawa Hemingway menghidapi gangguan dwikutub. Pada seumur hidupnya, Hemingway merupakan kaki botol dan terjebak dalam alkoholisme pada tahun-tahun akhirnya.

Ernest Hemingway dikebumikan di perkuburan bandar yang terletak di hujung utara Ketchum. Sebuah tugu untuk memperingatinya dibina pada tahun 1966 berhampiran dengan Jalan Trail Creek, iaitu sebatu di timur laut Rumah Persinggahan Lembah Sun.

Novel/novel pendek

[sunting | sunting sumber]

Bukan cereka

[sunting | sunting sumber]

Himpunan cerita pendek

[sunting | sunting sumber]

Rujukan dan catatan

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ From Masa Kanak-kanak di Pusat Sumber Hemingway.
  2. ^ Dua sumber yang berbeza tidak bersetuju tentang berapa lama tabiat ibunya ini berlangsung. Nota daripada siri syarahan PBS menyatakan bahawa tabiat itu berlangsung selama dua tahun; Grauer Diarkibkan 2008-04-06 di Wayback Machine mendakwa bahawa ibunya menghentikan tabiat ini semasa dia berumur 6]].
  3. ^ Banyak anekdot seumpamanya telah disusun oleh Halaman Hari Peringatan Seratus Tahun Kansas City Star.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]








ApplySandwichStrip

pFad - (p)hone/(F)rame/(a)nonymizer/(d)eclutterfier!      Saves Data!


--- a PPN by Garber Painting Akron. With Image Size Reduction included!

Fetched URL: http://ms.wikipedia.org/wiki/Ernest_Hemingway

Alternative Proxies:

Alternative Proxy

pFad Proxy

pFad v3 Proxy

pFad v4 Proxy