Content-Length: 266621 | pFad | http://ms.wikipedia.org/wiki/Gabon

Gabon - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas Pergi ke kandungan

Gabon

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Republik Gabon
République gabonaise (Perancis)
Bendera Gabon
Jata Gabon
Bendera Jata
Cogan kata"Union, Travail, Justice" (Perancis)
"Perpaduan, Pekerjaan, Keadilan"
Lagu kebangsaanLa Concorde
Lokasi  Gabon  (dark blue) – di Africa  (biru cair & klabu gelab) – di Kesatuan Afrika  (biru cair)
Lokasi  Gabon  (dark blue)

– di Africa  (biru cair & klabu gelab)
– di Kesatuan Afrika  (biru cair)

Ibu negaraLibreville
0°23′N 9°27′E / 0.383°N 9.450°E / 0.383; 9.450
Bandar terbesarIbu negara
Bahasa rasmiPerancis
Bahasa vernakular
Demonim
  • Gabonese
  • Gabonaise
KerajaanRepublik berpresiden unitari parti dominan
• Presiden
Brice Oligui
• Perdana Menteri
Raymond Ndong Sima
Badan perundanganParlimen
Senat
Perhimpunan Kebangsaan
Kemerdekaan daripada Perancis
• Diberi
17 Ogos 1960
Keluasan
• Jumlah
267,667 km2 (103,347 bt2) (ke-76)
• Perairan (%)
3.76%
Populasi
• Perkiraan 2016
1,979,786[1] (ke-150)
5.5/km2 (14.2/sq mi) (ke-216)
KDNK (PPP)2018
• Jumlah
$38.280 bilion[2]
$18,647[2]
KDNK (nominal)2018
•  Jumlah
$17.212 bilion[2]
$8,384[2]
Gini (2017)38[3]
sederhana
HDI (2018) 0.702[4]
tinggi · 115th
Mata wangFranc CFA Afrika Tengah
(XAF)
Zon waktuUTC+1 (WAT)
Arah memandukanan
Kod panggilan+241
Kod ISO 3166GA
DPT internet.ga

Republik Gabon adalah sebuah negara di Afrika bahagian barat yang hari kemerdekaannya sama dengan Indonesia. Gabon memiliki kekayaan mineral cukup banyak sedangkan jumlah penduduknya relatif kecil. Kerana kandungan buminya, Gabon dikenali sebagai salah satu negara kaya di Afrika. Gabon bersempadan dengan Guinea Khatulistiwa dan Cameroon di utara dan Republik Congo di barat dan selatan. Luas wilayahnya hampir sama dengan dua kali luas Provinsi Kalimantan Tengah.

Penduduk asli Gabon adalah orang kerdil, yang sudah banyak diserap ke dalam suku Bantu ketika mereka berhijrah. Pada abad ke-15, bangsa Eropah pertama tiba. Nama Gabon berasal daripada "Gabão", yang dalam bahasa Portugis bermaksud "mantle", berkaitan dengan bentuk muara sungai Komo berhampiran Libreville. Peneroka Pierre Savorgnan de Brazza dari Perancis memimpin misi pertama ke Gabon dan Congo pada tahun 1875. Ia mendirikan bandar Franceville, dan kemudian menjadi gabenor kolonial. Beberapa kumpulan Bantu tinggal di kawasan yang kini menjadi Gabon ketika Perancis mendudukinya pada tahun 1885. Pada tahun 1910, Gabon menjadi 1 dari 4 wilayah Afrika Khatulistiwa Perancis, persekutuan yang berlangsung sehingga tahun 1959. Wilayah ini merdeka pada tarikh 17 Ogos 1960. Presiden pertama adalah Léon M'ba yang dipilih tahun 1961, dengan Omar Bongo Ondimba sebagai Timbalan Presiden. Kepentingan Perancis amat menentukan dalam kepimpinan di Gabon selepas merdeka; kepentingan penebangan Perancis melimpahkan dana untuk kempen pemilihan M'ba, 'evolué' dari kawasan pesisir. Setelah naiknya Gabriel Leon M'ba ke puncak kuasa, akhbar ditekan, demonstrasi politik dilarang, kebebasan bersuara disekat, ParPol lain dikeluarkan secara berperingkat dari kekuasaan dan perlembagaan berubah dengan tuntutan Perancis untuk memberi kuasa di presiden, jawatan yang diduduki Leon M'ba sendiri. Namun, apabila Gabriel Léon M'ba membubarkan Majlis Nasional pada bulan Januari 1964 untuk membentuk kuasa 1 parti, rampasan kuasa tentera muncul untuk mendepaknya dari kekuasaan dan memulihkan demokrasi berparlimen. Zaman kediktatoran M'ba dikenali sebagai "Kepentingan Perancis" yang kemudian secara ketara menjadi nyata ketika perajurit terjung payung Perancis terbang dalam masa 24 jam untuk mengembalikannya ke puncak kuasa. Setelah pertempuran beberapa hari, rampasan kuasa itu berakhir dan pembangkang dipenjara tanpa menghiraukan protes dan keributan yang meluas. Kerajaan Perancis tidak gentar akan kecaman antarabangsa dan paralayang tetap di Camp de Gaulle, di luar ibu kota Gabon. Ketika M'ba meninggal pada tahun 1967, Bongo menggantikannya sebagai presiden, dan terus menjadi presiden sehingga kematiannya pada tahun 2009, memenangi setiap pilihan raya dengan undi majoriti.

Politik dan Kerajaan

[sunting | sunting sumber]

Gabon bersistem presiden. Presiden pertama Gabon adalah Léon M'Ba. Presiden ke-2 adalah Omar Bongo Ondimba yang sudah berkuasa sejak tahun 1967 hingga kematiannya pada tahun 2009. Antara tahun 1968 hingga 1990, kekuasaannya berdasarkan pada sistem parti tunggal, Parti Demokratik Gabon. Setelah kekacauan politik yang melanda sebahagian besar Afrika selepas dirobohkannya Tembok Berlin, Bongo menukar haluan ke berbilang parti sejak tahun 1990.

Perjanjian antarabangsa

[sunting | sunting sumber]

Gabon menandatangani konvensyen tahun 1951 berkaitan dengan status pelarian, protokol tahun 1967, dan konvensyen tahun 1969 yang menetapkan segi khusus mengenai permasalahan pelarian di Afrika.

Gabon dibahagikan kepada sembilan wilayah dan dibahagi lagi menjadi 50 jabatan.

Ini senarai wilayah:

Estuaire, Haut-Ogooué, Moyen-Ogooué, Ngounié, Nyanga, Ogooué-Ivindo, Ogooué-Lolo, Ogooué-Maritime, Woleu-ntem.

Gabon terletak di pesisir Atlantik yang berada di Afrika Tengah. Terletak di khatulistiwa, Gabon beriklim khatulistiwa dengan sistem hutan hujan menyeluruh yang meliputi 85% kawasan. Terdapat 3 kawasan yang berbeza: dataran pesisir (berkisar antara 20-300 km dari garis pantai), pergunungan (Banjaran Kristal ke timur laut Libreville, Dataran Tinggi Chaillu di tengah-tengah yang berpunca di Mont Iboundji yang mencapai ketinggian 1575 m), dan sabana di timur . Dataran pesisir membentuk sebahagian besar kawasan ekologi hutan hujan Khatulistiwa Atlantik World Wildlife Fund dan terdapat hutan bakau Afrika Tengah, khususnya di muara sungai Muni berhampiran sempadan Guinea Khatulistiwa. Sungai yang terbesar di Gabon adalah Ogooué yang panjangnya mencapai 1200 km. Gabon mempunyai 3 kawasan karst yang di situ terdapat ribuan gua yang berada di cadas dolomit dan batu kapur. Beberapa gua itu termasuk Grotte du Lastoursville, Grotte du Lebamba, Grotte du Bongolo, dan Grotte du Kessipougou. Banyak gua yang belu dijelajahi. Sebuah ekspedisi yang dilakukan oleh National Geographic melawat gua-gua itu di musim panas 2008 untuk mendokumentasikannya (Expedition Website). Gabon juga dikenali akan usaha memelihara alam sekitar alamnya. Pada tahun 2002, Presiden Omar Bongo Ondimba meletakkan Gabon di atas peta dengan sungguh-sungguh sebagai destinasi ekowisata penting di masa depan dengan menunjuk lebih dari 11% wilayah nasional sebagai sebahagian sistem taman negara (semuanya ada 13 taman), salah satu daripada perkadaran yang terbesar taman alam di dunia. Gabon mempunyai sumber daya alam seperti minyak bumi, magnesium, besi, uranium, dan hutan.

Gabon adalah negara yang kaya dengan barang tambang. Gabon mengeksport mangan, minyak bumi, gas alam, besi, kayu dan juga bahan lain sejak lama. Eksploitasi tambang uranium di Mounana, yang berada 90 km dari Franceville, dihentikan sejak tahun 2001 kerana datangnya pesaing baru di pasaran dunia. Berkembangnya eksploitasi uranium tetap berlangsung hingga kini. Sejak tahun 1980-an, kereta api Franceville-Libreville mengeksport mineral tambang seperti mangan, uranium, dan besi yang berada di Moanda. Cadangan besi di Bélinga yang berada di timur laut Makokou masih belum dieksploitasi. Eksploitasinya diharapkan dapat direalisasikan pada tahun 2012.

Pendapatan minyak bumi, yang menjadi penting sejak tahun 1970-an, namun hanya sebahagian yang digunakan untuk pemodenan negara dan mendiversifikasi ekonomi Gabon. Kenyataannya, hanya sedikit penduduk yang menikmati kekayaan Gabon, sehingga taraf hidup kebanyakan penduduknya tetap sederhana walaupun KDNK relatif tinggi. Hidrokarbon menyumbang separuh KDNK.

Demografi

[sunting | sunting sumber]

Untuk rencana lanjutan, lihat Demografi Gabon

Untuk rencana lanjutan, lihat Budaya Gabon

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "World Population Prospects: The 2017 Revision". ESA.UN.org (data tersuai diperlukan melalui tapak sesawang). Jabatan Hal Ehwal Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Bahagian Populasi. Dicapai pada 10 September 2017.
  2. ^ a b c d "Report for Selected Countries and Subjects". IMF.org. International Monetary Fund. Dicapai pada 20 Januari 2019.
  3. ^ "GINI index (World Bank estimate)". data.worldbank.org. World Bank. Diarkibkan daripada yang asal pada Januari 21, 2019. Dicapai pada Januari 20, 2019.
  4. ^ "Human Development Report 2019" (dalam bahasa Inggeris). United Nations Development Programme. 10 Disember 2019. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-04-30. Dicapai pada 10 Disember 2019.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
  • Kategori berkenaan Gabon di Wikimedia Commons

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.

Lihat juga Daftar negara









ApplySandwichStrip

pFad - (p)hone/(F)rame/(a)nonymizer/(d)eclutterfier!      Saves Data!


--- a PPN by Garber Painting Akron. With Image Size Reduction included!

Fetched URL: http://ms.wikipedia.org/wiki/Gabon

Alternative Proxies:

Alternative Proxy

pFad Proxy

pFad v3 Proxy

pFad v4 Proxy