Hierakosfinks
Hierakosfinks (Bahasa Yunani Kuno: ἱερακόσφιγξ ) ialah binatang mitos yang terdapat dalam arca-arca Mesir dan jata Eropah.[1] Dewa Haroeris ("Horus Si Tua") biasa digambarkan sebagai hierakosfinks. Nama Hierakosfinks berasal daripada bahasa Yunani Ιερακόσφιγξ , daripada ἱέραξ (hierax "helang") + σφίγξ ("sfinks").[2]
Penerangan
[sunting | sunting sumber]Hierakosfinks mempunyai kepala helang dan badan singa. Namanya dicipta oleh Herodotus untuk sfinks-sfinks berkepala helang yang beliau lihat di Mesir; yang satu lagi ialah sphinx berkepala biri-biri yang Herodotus panggil Kriosfinks (Bahasa Yunani Kuno: Κριόσφιγξ ).
Dalam budaya popular
[sunting | sunting sumber]Hierakosfinks ialah nama kad raksasa dalam permainan kad Yu-Gi-Oh!.[3]
Dalam permainan strategi masa sebenar Age of Mythology, memuja Bastet membolehkan pemain menaiktarafkan Sfinks mereka kepada Hierakosfinks.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Gwynn-Jones, P. Ll. (1998) The Art of Heraldry : origens, symbols, designs, London : Parkgate, ISBN 1-85585-560-7
- ^ "Definition of 'hieracosphinx'". www.collinsdictionary.com.
- ^ "Hieracosphinx | Card Details | Yu-Gi-Oh! TRADING CARD GAME - CARD DATABASE".