Content-Length: 188635 | pFad | http://ms.wikipedia.org/wiki/Hobart

Hobart - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas Pergi ke kandungan

Hobart

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hobart
Tasmania
Ralat Lua pada baris 389 di Modul:Location_map: The hemisphere "T" provided for longitude is not valid.
Koordinat42°52′50″S 147°19′30″E / 42.88056°S 147.32500°E / -42.88056; 147.32500Koordinat: 42°52′50″S 147°19′30″E / 42.88056°S 147.32500°E / -42.88056; 147.32500
Penduduk221,000 (2015)[1] (11th)
 • Kepadatan124.8/km2 (323/sq mi) (2011)[2]
Ditubuhkan20 Februari 1804 (1804-02-20)[3]
Kawasan1,695.5 km2 (654.6 sq mi)
Zon masaAEST (UTC+10)
 • Musim panas (DST)AEDT Negeri: Tasmania. (UTC+11)
Lokasi
Kawasan pilihan raya negeriDenison, Franklin
Kawasan pilihan raya persekutuanDenison, Franklin
Purata suhu maks Purata suhu min Hujan tahunan
16.9 °C
62 °F
8.4 °C
47 °F
614.8 mm
24.2 in

Hobart (/ˈhbɑːrt/ ( dengar))[4] ialah ibu kota dan bandar paling ramai penduduk di negeri pulau Tasmania, Australia. Ia merupakan ibu negeri paling sedikit penduduk di Australia. Ditubuhkan pada tahun 1803 sebagai negeri buangan,[5] Hobart ialah ibu kota kedua tertua di Australia selepas Sydney, New South Wales. Bandar ini terletak di bahagian tenggara negeri di muara Sungai Derwent, menjadikan ibu kota yang paling selatan di Australia. Pelabuhannya membentuk pelabuhan semula jadi yang kedua paling dalam di dunia.[6]

Pada bulan Jun 2015, kota besar ini mempunyai penduduk yang lebih besar daripada kira-kira 221,000 orang.[1] Latar langitnya dikuasai oleh 1,271-meter (4,170 ka) Kunanyi/Gunung Wellington,[7] dan sebahagian besar kawasan dermaga di bandar ini terdiri daripada tanah tambakan.[8] Ia merupakan pusat kewangan dan pentadbiran Tasmania, berperanan sebagai pelabuhan utama untuk kedua-dua operasi Antartik Australia dan Perancis dan bertindak sebagai hab pelancongan utama, dengan lebih daripada 1,192 juta pengunjung pada2011/2012.[9] Kawasan metropolitan sering dirujuk sebagai Greater Hobart, untuk membezakannya daripada Bandar Hobart, salah satu daripada lima kawasan kerajaan tempatan yang merangkumi bandar tersebut.[10]

Penempatan Eropah yang pertama bermula pada tahun 1803 sebagai sebuah wilayah buangan jenayah di Risdon Cove di persisiran timur Sungai Derwent, berikutan kebimbangan British ke atas kehadiran penjelajah Perancis. Pada tahun 1804, ia telah dipindahkan ke lokasi yang lebih baik di lokasi Hobart kini di Sullivans Cove. Bandar ini, pada mulanya dikenali sebagai Hobart Town (Pekan Hobart) atau Hobarton, dinamakan sempena Lord Hobart, setiausaha negeri British untuk perang dan jajahan.

Penduduk asal kawasan ini ialah ahli suku separa nomad Mouheneener.[11] Konflik ganas dengan penduduk Eropah, dan kesan-kesan penyakit yang dibawa oleh mereka, secara mendadak mengurangkan populasi orang asli, yang pesat digantikan dengan penduduk peneroka bebas dan banduan. Charles Darwin melawat Hobart Town pada Februari 1836 sebagai sebahagian daripada ekspedisi Beagle. Beliau menulis mengenai Hobart dan muara Derwent di dalam bukunya Voyage of the Beagle:

...Bahagian bukit-bukit keliling yang lebih rendah teluk dibersihkan; dan ladang jagung yang kuning terang, dan kentang yang hijau gelap, kelihatan sangat subur... Saya sebahagian besarnya terpukul dengan sedikitnya rumah-rumah besar, sama ada yang sudah dibina atau sedang dibina. Hobart Town, daripada banci tahun 1835, mempunyai 13,826 orang penduduk, dan seluruh Tasmania 36,505 orang.

Sungai Derwent adalah salah satu pelabuhan laut dalam yang terbaik di Australia dan merupakan pusat dagangan penangkapan ikan paus dan anjing laut Lautan Selatan. Penempatan ini dengan pantas berkembang menjadi pelabuhan utama, dengan industri berkaitan seperti pembinaan kapal.

Hobart Town menjadi sebuah bandar pada 21 Ogos 1842, dan telah dinamakan semula Hobart dari awal 1881.[12]

Topografi

[sunting | sunting sumber]
The City of Hobart (green) and Greater Hobart (teal)

Hobart terletak di muara Sungai Derwent di bahagian tenggara negeri. Dari segi geologinya, Hobart dibina terutamanya pada dolerit Jurasik sekitar kaki bukit diselang-seli dengan kawasan yang lebih kecil daripada batu lodak Trias dan batu lumpur Perm.

Hobart terbentang sepanjang kedua-dua belah Sungai Derwent; di pantai barat dari lembah Derwent di utara melalui kawasan Glenorchy yang agak rata yang terletak pada sedimen Trias lebih tua dan ke dalam kawasan berbukit New Town, Lenah Valley. Kedua-dua kawasan terletak di atas deposit dolerit muda Jurasik, sebelum membentang ke kawasan rendah seperti pantai Sandy Bay di selatan, di muara Derwent. Selatan muara Derwent terletaknya Storm Bay dan Semenanjung Tasman.

Eastern Shore juga bermula dari kawasan lembah Derwent ke arah selatan mendakap Banjaran Meehan di timur sebelum meluas ke tanah datar di pinggir bandar seperti Bellerive. Kawasan-kawasan yang agak rata ini menghala ke pantai timur di atas deposit yang jauh lebih muda daripada Kuarternari. Dari situ bandar memanjangkan arah timur melalui Banjaran Meehan ke kawasan berbukit Rokeby dan Oakdowns, sebelum sampai ke kawasan tanah rendah pasang surut Lauderdale.

Hobart mempunyai akses kepada beberapa kawasan pantai termasuk di muara Derwent itu sendiri; Sandy Bay, Cornelian Bay, Nutgrove, Kingston, Bellerive, dan Howrah serta banyak lagi di Frederick Henry Bay seperti; Seven Mile, Roaches, Cremorne, Clifton, dan Goats Beaches.

Kawasan Hobart dari Bellerive

Hobart mempunyai iklim lautan sederhana ringan (Köppen Cfb).[13] Suhu tertinggi yang dicatatkan ialah 41.8 °C (107.2 °F) pada 4 Januari 2013 dan yang paling rendah ialah −2.8 °C (27.0 °F) pada 25 Jun 1972 dan 11 Julai 1981.[14] Setiap tahun, Hobart menerima 40.8 hari yang cerah. Berbanding dengan bandar-bandar utama Australia yang lain, Hobart mempunyai purata jam cahaya matahari paling sedikit setiap hari, dengan 5.9 jam setiap hari.[15] Namun pada musim panas, ia mempunyai waktu siang yang paling pangjang daripada mana-mana bandar Australia, dengan 15.2 jam pada solstis musim panas.

Walaupun Hobart sendiri jarang menerima salji semasa musim sejuk (kedudukan geografi di bandar ini membuatkan suhu tidak jatuh jauh di bawah sifar), kunanyi/Gunung Wellington bersebelahan sering dilihat bersalji. Salji meliputi gunung juga pernah berlaku semasa musim lain. Semasa abad ke-20, bandar itu sendiri telah menerima salji di paras laut dengan purata hanya sekali setiap 15 tahun; bagaimanapun, pinggir bandar bahagian luar terletak lebih tinggi di lereng Gunung Wellington menerima salji dengan lebih kerap, disebabkan kumpulan udara sejuk yang tiba dari Antartika ditambah pula dengan altitud yang lebih tinggi. Ini angin mengandungi salji ini sering melalui Tasmania dan Victoria ke Snowy Mountains di utara Victoria dan selatan New South Wales.

Data iklim untuk Hobart (1881–2015)
Bulan Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogo Sep Okt Nov Dis Tahun
Rekod tinggi suhu, °C (°F) 41.8
(107.2)
40.1
(104.2)
37.3
(99.1)
31.0
(87.8)
25.7
(78.3)
20.6
(69.1)
22.1
(71.8)
24.5
(76.1)
31.0
(87.8)
34.6
(94.3)
36.8
(98.2)
40.6
(105.1)
41.8
(107.2)
Purata maksimum suhu harian, °C (°F) 21.7
(71.1)
21.7
(71.1)
20.2
(68.4)
17.3
(63.1)
14.5
(58.1)
12.0
(53.6)
11.7
(53.1)
13.1
(55.6)
15.1
(59.2)
17.0
(62.6)
18.7
(65.7)
20.3
(68.5)
16.9
(62.4)
Purata minimum suhu harian, °C (°F) 11.9
(53.4)
12.1
(53.8)
10.9
(51.6)
9.0
(48.2)
7.0
(44.6)
5.2
(41.4)
4.6
(40.3)
5.2
(41.4)
6.4
(43.5)
7.8
(46.0)
9.3
(48.7)
10.8
(51.4)
8.4
(47.1)
Rekod rendah suhu, °C (°F) 3.3
(37.9)
3.4
(38.1)
1.8
(35.2)
0.7
(33.3)
−1.6
(29.1)
−2.8
(27.0)
−2.8
(27.0)
−1.8
(28.8)
−0.8
(30.6)
0.0
(32.0)
0.3
(32.5)
3.3
(37.9)
−2.8
(27.0)
Purata kerpasan, mm (inci) 47.6
(1.87)
39.9
(1.57)
44.9
(1.77)
50.8
(2.00)
46.4
(1.83)
53.8
(2.12)
52.5
(2.07)
53.6
(2.11)
53.2
(2.09)
61.7
(2.43)
54.3
(2.14)
56.3
(2.22)
614.8
(24.20)
Purata bilangan hari hujan (≥ 0.2 mm) 10.9 9.4 11.3 12.3 13.6 14.4 15.4 15.5 15.3 16.2 14.1 12.8 161.2
Purata kelembapan relatif (%) 54 55 56 59 63 67 65 60 56 56 56 56 58
Purata bulanan jangka masa sinaran matahari 248 206.2 198.4 159 130.2 117 136.4 155 177 201.5 207 229.4 2,165.1
Sumber: Biro Meteorologi[14]

Lain-lain

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ a b "3218.0 - Regional Population Growth, Australia, 2014-15:ESTIMATED RESIDENT POPULATION - Greater Capital City Statistical Areas (GCCSAs)". Australian Bureau of Statistics. Australian Bureau of Statistics. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Oktober 2016. Dicapai pada 28 September 2016. Estimated resident population, 30 June 2015.
  2. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Census2011
  3. ^ "Queen to Honour David Collins in Historic Unveiling". The Mercury. Hobart, Tasmania. 19 Februari 1954. m/s. 8, Royal Visit Souvenir supplement. Dicapai pada 17 Januari 2012.
  4. ^ Macquarie ABC Dictionary. The Macquarie Library. 2003. m/s. 465. ISBN 1-876429-37-2.
  5. ^ Frank Bolt, The Founding of Hobart 1803–1804, ISBN 0-9757166-0-3
  6. ^ "Antarctic Tasmania". Government of Tasmania. 14 Ogos 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Oktober 2014. Dicapai pada 29 Ogos 2014.
  7. ^ "kunanyi / Mount Wellington". Hobart City Council. Dicapai pada 9 Jun 2015.
  8. ^ Mocatta, Charles Rawlings-Way, Meg Worby, Gabi (2008). Tasmania (ed. 5th). Footscray, Vic.: Lonely Planet. ISBN 9781741046915.
  9. ^ "REGIONAL OVERVIEW". tra.gov.au. Tourism Research Australiua. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Mac 2015. Dicapai pada 7 November 2014.
  10. ^ "City of Hobart - Economic Profile". Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Oktober 2014. Dicapai pada 7 November 2014.
  11. ^ Parliament of Tasmania – House of Assembly Standing Orders "We acknowledge the traditional people of the land upon which we meet today, the Mouheneener people." Diarkibkan 30 September 2008 di Wayback Machine
  12. ^ "Advertising". The Mercury (Hobart, Tas. : 1860 - 1954). Hobart, Tas.: National Library of Australia. 1 Januari 1881. m/s. 4. Dicapai pada 6 Jun 2012.
  13. ^ Tapper, Andrew; Tapper, Nigel (1996). Gray, Kathleen (penyunting). The weather and climate of Australia and New Zealand (ed. First). Melbourne, Australia: Oxford University Press. m/s. 300. ISBN 0-19-553393-3.
  14. ^ a b "Climate statistics: Hobart (Ellerslie Road)". Biro Meteorologi. Dicapai pada 16 April 2013.
  15. ^ "Australia's official weather forecasts & weather radar - Bureau of Meteorology".








ApplySandwichStrip

pFad - (p)hone/(F)rame/(a)nonymizer/(d)eclutterfier!      Saves Data!


--- a PPN by Garber Painting Akron. With Image Size Reduction included!

Fetched URL: http://ms.wikipedia.org/wiki/Hobart

Alternative Proxies:

Alternative Proxy

pFad Proxy

pFad v3 Proxy

pFad v4 Proxy