Content-Length: 269724 | pFad | http://ms.wikipedia.org/wiki/Ikan_yu

Yu - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas Pergi ke kandungan

Yu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Ikan yu)

Yu / iu / hiu
Jerung
Julat zaman: Jurasik Awal–Kini
Carcharhinus longimanus
Pengelasan saintifik s
Domain: Eukaryota
Alam: Haiwan
Filum: Chordata
Kelas: Chondrichthyes
Subkelas: Elasmobranchii
Infrakelas: Euselachii
Superorder: Selachimorpha
Order

Carcharhiniformes
Heterodontiformes
Hexanchiformes
Lamniformes
Orectolobiformes
Pristiophoriformes
Squaliformes
Squatiniformes

Sinonim
Pleurotremata
Selachii

Yu (يو[1]), iu, hiu (Riau[2]) atau jerung (Jawi: جروڠ) ialah sekelompok ikan dalam superorder Selachimorpha dengan kerangka tulang muda yang lengkap dan tubuh yang ramping. Sebanyak 500 spesies ikan jerung yang diketahui wujud; kebanyakan ikan ini ditemukan di lautan.[3]

Ikan yu atau jerung bernafas dengan menggunakan lima pasang liang insang (kadang-kadang enam atau tujuh, bergantung pada spesies) di sisi, atau di belakang kepalanya. Kulit tubuh ikan-ikan jenis ini dilapisi dentikel dermis untuk melindungi kulit dari dirosakkan jangkitan parasit serta memperbaiki dinamik bendalir semasa berenang dalam air. Jerung juga mempunyai beberapa deret gigi yang dapat diganti.[4] Beberapa spesies jerung ini merupakan pemangsa puncak dalam rantai makanan habitat didiami. Ikan yu sebenarnya jarang menyerang manusia kecuali kalau terasa terancam tidak seperti yang ditanggap orang ramai.

Ikan yu mencakup spesies yu pigmi, Euprotomicrus bispinatus, dari laut dalam yang berukuran sebesar telapak tangan panjangnya hanya 22 cm, hingga yu paus, Rhincodon typus, ikan terbesar, yang tumbuh hingga sekitar 12 meter dan hanya makan plankton seperti ikan paus melalui alat penyaring di mulutnya. Yu banteng, Carcharhinus leucas, adalah yang paling terkenal dari beberapa spesies yang berenang di air laut mahupun air tawar (jenis ini ditemukan di Tasik Nicaragua, di Amerika Tengah) dan di delta-delta.

Peristilahan

[sunting | sunting sumber]

"Yu", "hiu" dan "iu" sewarisan turunan kata akar Bahasa Proto-Austronesia *qiSu.[5] "Yu" dicatat lazim di Semenanjung Melayu dan Sumatera.[6] "Iu" dan "hiu" lebih didapati di kepulauan Riau;[2] malah "hiu" sendirinya digunakan dalam bahasa baku Indonesia.[1]

Taburan habitat

[sunting | sunting sumber]

Aneka spesies jerung berbeza boleh ditemui di semua lautan dan semua habitat marin. Ia sering dilihat berhampiran pantai dengan sumber makanan yang banyak. Di samping itu, selain dari perairan pantai cetek, ikan yu juga hidup di kawasan lautan dan laut dalam. Sesetengah spesies hidup khusus di dasar laut (bental), manakala spesies lain yang kebanyakannya besar lebih cenderung hidup di kawasan air terbuka (pelagik). Terdapat juga spesies jerung air tawar genus Glyphis atau "jerung lembu"[7] yang hidup lazimnya atau secara eksklusif dalam air payau serta tawar dalam sistem sungai atau tasik bersambungkan lautan.

Taksonomi

[sunting | sunting sumber]
Elasmobranchii

Batoidea

Selachimorpha
Galeomorphii

Lamniformes

Carcharhiniformes

Orectolobiformes

Heterodontiformes

Squalomorphii

Squatiniformes

Pristiophoriformes

Squaliformes

Hexanchiformes


Filogeni order-order ikan yu berdasarkan DNA mitokodria.[8]

Ikan yu tergolong dalam superorder Selachimorpha cabang Elasmobranchii dalam kelas rumpun ikan bertulang rawan, Chondrichthyes. Kelas Elasmobranchii juga termasuk ikan pari dan ikan skate, dan Chondrichthyes juga termasuk ikan kimera. Sebelum ini, ikan yu dipercayai membentuk kumpulan polifili: sesetengah jerung lebih berkait rapat dengan ikan pari berbanding dengan beberapa jerung lain.,[9] tetapi kajian data molekul mendukung monofili dalam ikan yu serta pari.[10][11]

Superorder Selachimorpha dibahagikan kepada Galeomorphii) dan Squalomorphii. Ikan Galeomorphii ialah Heterodontiformes, Orectolobiformes, Lamniformes dan Carcharhiniformes. Lamniformes dan Carcharhiniformes biasanya diletakkan dalam satu klad, tetapi kajian terbaru menunjukkan kedua-duanya adalah terpisah. Sesetengah saintis kini berpendapat bahawa Heterodontiformes mungkin berada di bawah Squalomorphii. Squalomorphii pula dibahagikan kepada Hexanchiformes dan Squalomorpha. Klad pertama termasuk yu garang dan yu berjumbai, walaupun sesetengah pengarang mencadangkan kedua-dua keluarga dipindahkan ke order berasingan. Squalomorpha mengandungi Squaliformes dan Hypnosqualea. Hypnosqualea mungkin tidak sah. Ia termasuk Squatiniformes, dan Pristorajea, yang mungkin juga tidak sah, tetapi termasuk Pristiophoriformes dan ikan pari.[9][12][13]

Ciri-ciri fizikal

[sunting | sunting sumber]

Gigi yu terlekat pada gusi berbanding terus ke rahang, dan sering diganti-ganti sepanjang hayat. Lapisan-lapisan gigi pengganti tumbuh dalam ruang dalam rahang dan bergerak perlahan-lahan ibarat tali sawat; sesetengah ikan yu hilang lebih 30 ribu batang gigi dalam hayatnya. Kadar penggantian gigi berjulat dari sekali setiap 8-10 hari hingga beberapa bulan. Dalam kebanyakan spesies, gigi digantikan sekali satu masa berbanding sebaris gigi serentak seperti dalam Isistius.[14]

Bentuk gigi bergantund dengan dietnya: ikan yu yang makan moluska dan krustasea memiliki gigi yang padat dan rata bagi tujuan kunyahan, dan yang makan ikan lain memiliki gigi tajam bagi tujuan cengkaman, dan ikan yu yang memakan mangsa besar seperti mamalia memiliki gigi bawahan tajam bagi cengkaman dan gigi atasan bergerigi bagi menguyah. Gigi yu pemakan plankton lazimnya kecil dan tiada fungsi.[15]

Kerangka yu sangat berbeda dibandingkan dengan ikan-ikan bertulang seperti ikan lazim, rangka yu diperbuat dari rawan yang sangat ringan dan lentur, meskipun sebahagian ikan yu yang lebih tua kadangkala boleh mengeras sehingga lebih berupakan tulang. Rahang yu beraneka ragam dan diduga telah berevolusi dari rongga insang terawal. Rahang ini tidak melekat pada tengokrak dan mempunyai deposit mineral tambahan yang memberikannya kekuatan yang lebih besar.

Ikan yu umumnya lama dalam mencapai kematangan seks, dan menghasilkan zuriat yang sedikit dibandingkan dengan ikan-ikan lain. Ini telah menimbulkan keperihatinan dalam kalangan ahli biologi tatkala kes penangakapan ikan yu meningkat, dan banyak spesies yang kini dianggap terancam. Beberapa organisasi seperti misalnya Shark Trust, mengiat kempen mengehadkan penangkapan yu.

Serangan yu

[sunting | sunting sumber]

Hanya beberapa spesies yu sahaja yang berbahaya kepada manusia. Dalam kalangan lebih 470 spesies, hanya tiga sahaja yang diketahui mengancam secara sahih: yu putih, yu harimau dan yu lembu;[16][17] yu perang juga diduga menyerang manusia, tetapi belum disahihkan dalam statistik.[18] Ikan-ikan yu ini bersaiz besar, kuat dan kadangkala membawa maut. Pada 2006, pertubuhan pengawasan serangan jerung menyiasan 96 serangan ikan yu, dan mengesahkan 62 daripadanya tidak melibatkan provokasi. Bilangan kematian global dari serangan tak provokatif, 2001-2006, ialah 4.3.[19] Persepsi ancaman ikan yu dipelopori beberapa serangan tak provokatif berasingan, serta bahan fiksyen popular seperti siri Jaws. Dalam hal ini, pihak pembikin Jaws kemudian cuba untuk menerbalikkan imej ikan yu sebagai pemangsa manusia.[20]

Secara umum, jerung tidak menunjukkan kecenderungan ketara dalam menyerang manusia secara khusus. Penyelidikan menunjukkan bahawa apabila manusia menjadi mangsa yu, ada kemungkinan yu itu tersalah nampak manusia sebagai haiwan mangsa seperti anjing laut.[21][22]

Dalam budaya

[sunting | sunting sumber]

Yu sangat menonjol dalam mitologi orang Hawaii. Ada cerita-cerita tentang manusia yu yang mempunyai rahang yu di belakang mereka. Mereka dapat berubah bentuk antara yu dan manusia pada waktu-waktu yang mereka inginkan. Sebuah tema umum dalam cerita-cerita ini adalah bahwa manusia-manusia yu ini akan memperingatkan orang-orang yang ke pantai bahawa di perairan itu terdapat yu. Orang-orang yang ke pantai itu akan menertawai dan mengabaikan peringatan-peringatan mereka dan akan tetap berenang, dan kerana itu kemudian mereka dimakan oleh manusia yu yang sama, yang memberikan peringatan kepada mereka agar tidak turun ke air.

Mitologi Hawaii juga mengandung banyak dewa yu. Mereka percaya bahwa yu adalah penjaga samudera, dan disebut Aumakua:

  • Kamohoali'i – Dewa yu yang paling terkenal dan dihormati. Ia lebih tua dan menyukai saudara dari Pele,[5] dan menolong serta berjalan bersamanya ke Hawaii. Ia mampu mengambil rupa manusia dan ikan. Sebuah tebing yang tinggi di kawah Kilauea dianggap sebagai salah satu tempatnya yang paling suci. Di salah satu tempat itu, ia mempunyai sebuah he'iau (kuil) yang dipersembahkan baginya di setiap potong tanah yang menjorok ke laut di pulau Moloka'i.
  • Ka'ahupahau – Dewi ini dilahirkan sebagai manusia, dengan ciri khasnya karena rambutnya yang merah. Ia belakangan berubah ke dalam bentuk yu dan diyakini melindungi rakyat yang hidup di O'ahu dari ikan-ikan yu. Ia juga diyakini hidup dekat Pearl Harbor.
  • Kaholia Kane – Ini adalah dewa yu dari ali'i Kalaniopu'u dan diyakini tinggal di sebuah gua di Puhi, Kaua'i.
  • Kane'ae – Dewi yu yang berubah menjadi manusia agar dapat mengalami suka cita menari.
  • Kane'apua – Yang paling umum, ia diyakini sebagai saudara laki-laki dari Pele dan Kamohoali'i. Ia adalah dewa yang suka mempermainkan orang yang melakukan banyak tindakan kepahlawanan, termasuk menenangkan dua bukit legendaries yang konon bertabrakan sehingga menghancurkan perahu-perahu yang berusaha melewatinya.
  • Kawelomahamahai'a – Asalnya manusia, ia kemudian diubah menjadi yu.
  • Keali'ikau 'o Ka'u – Ia adalah sepupu dari Pele dan anak laki-laki dari Kua. Ia disebut pelindung rakyat Ka'u. Ia pernah mengadakan hubungan dengan seorang gadis manusia, yang melahirkan seekor yu hijau.
  • Kua – ini adalah dewa yu yang utama dari rakyat Ka'u, dan diyakini merupakan nenek moyang mereka.
  • Kuhaimoana – Ia adalah saudara laki-laki dari Pele dan tinggal di pulau Ka'ula. Panjangnya konon 55 m dan merupakan suami dari Ka'ahupahau.
  • Kauhuhu – Ia adalah raja yu yang kejam yang hidup di sebuah gua di Kipahulu di pulau Maui. Kadang-kadang ia pindah ke gua yang lain di sisi angin bertiup dari pulau Moloka'i.
  • Kane-i-kokala – Sejenis dewa yu yang menyelamatkan orang-orang yang karam kapalnya dengan membawa mereka ke pantai. Orang-orang yang menyembahnya tidak mahu memakannya, menyentuh atau melintasi asap kokala, ikannya yang suci. Dalam budaya-budaya Samudra Pasifik lainnya, Dakuwanga adalah dewa yu yang juga merupakan pemakan jiwa-jiwa yang tersesat.

Di Yunani kuno, orang dilarang makan daging yu pada perayaan-perayaan perempuan.

[sunting | sunting sumber]

Bertentangan dengan gambaran rumit yu dalam budaya Hawai'i dan budaya Pasifik lain, budaya Barat sering melihat ikan yu sebagai makhluk yang ngeri.[23] Ikan yu seringkali diapaparkan sebagai sang pemakan dan ancaman, terutamanya dalam novel Jaws dan filem bertajuk sama, serta karya susulannya.[24] Ikan yu juga dilihat sebagai pengancam dalam filem-filem seperti Deep Blue Sea, The Reef dan lain-lain, tetapi kadang-kadang dipaparkan dalam konteks komedi seperti dalam Finding Nemo dan siri Austin Powers. Ikan yu lazim dapat dilihat dalam kartun yang melibatkan latar lautan, seperti kartun Tom and Jerry dan Jabberjaw.

Ada mitos yang popular bahawa yu kebal terhadap penyakit dan barah; namun hal ini tidak benar. Ada penyakit dan parasit yang mempengaruhi yu. Bukti bahawa yu setidak-tidaknya tahan terhadap kanser dan penyakit boleh dikatakan hanya penyembuh dan kalaupun ada, sedikit sekali pembelajaran ilmiah atau statistik yang membuktikan bahawa yu dapat meningkatkan kekebalan terhadap penyakit.

Ancaman kepupusan

[sunting | sunting sumber]

Pada 2008, dianggarkan hampir 100 juta jerung dibunuh oleh manusia setiap tahun akibat pancingan komersial dan rekreasi.[25][26]

Daging ikan yu seringkali dipancing sebagai makanan. Contoh ketara ialah sup sirip yu, suatu hidangan sup asal Asia (China, Taiwan,[27][28] dan Asia Tenggara[29]) yang lazim dihidangkan dalam majlis perkahwinan atau makanan mewah.[30] Kira-kira 72 juta ekor ikan yu dibunuh bagi memperoleh siripnya.[31] Kini, gantian hidangan ini dihasilkan tanpa memerlukan sirip yu,[32][33] sekaligus mengekang pengancaman terhadap ikan ini.

  1. ^ a b Lihat:
    • "yu". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017 – melalui Pusat Rujukan Persuratan Melayu.
    • "yu". Kamus Besar Bahasa Indonesia (ed. ke-3). Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa, Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia. 2016. → hiu
  2. ^ a b "hiu". Kamus Bahasa Indonesia-Melayu Riau. Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa Departemen Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia. 1997. m/s. 145. ISBN 979 459 785 6. hiu n. iu;...
  3. ^ Allen, Thomas B. (1999). The Shark Almanac. New York: The Lyons Press. ISBN 978-1-55821-582-5. OCLC 39627633.
  4. ^ Budker, Paul (1971). The Life of Sharks. London: Weidenfeld and Nicolson. SBN 297003070.
  5. ^ Blust, Robert; Trussel, Stephen (2010). "*qiSu shark". Austronesian Comparative Dictionary. Max Planck Institute for Evolutionary Anthropology. Dicapai pada 15 November 2022.
  6. ^ "yu". Kamus Melayu Sumatera Utara-Indonesia. Balai Bahasa Sumatera Utara Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa Republik Indonesia. 2018. m/s. 253.
  7. ^ "Carcharhinus leucas". University of Michigan Museum of Zoology, Animal Diversity Web. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-06-05. Dicapai pada 2006-09-08.
  8. ^ Amaral, Cesar; Pereira, Filipe; Silva, Dayse; Amorim, António; de Carvalho, Elizeu F (2017). "The mitogenomic phylogeny of the Elasmobranchii (Chondrichthyes)". Mitochondrial DNA Part A. 29 (6): 1–12. doi:10.1080/24701394.2017.1376052. PMID 28927318. S2CID 3258973.
  9. ^ a b "Sharks (Chondrichthyes)". FAO. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-08-02. Dicapai pada 2009-09-14.
  10. ^ Pavan-Kumar, A.; Gireesh-Babu, P.; Babu, P. P. Suresh; Jaiswar, A. K.; Hari Krishna, V.; Prasasd, K. Pani; Chaudhari, Aparna; Raje, S. G.; Chakraborty, S. K. (January 2014). "Molecular phylogeny of elasmobranchs inferred from mitochondrial and nuclear markers". Molecular Biology Reports. 41 (1): 447–457. doi:10.1007/s11033-013-2879-6. PMID 24293104. S2CID 16018112.
  11. ^ Amaral, Cesar R. L.; Pereira, Filipe; Silva, Dayse A.; Amorim, António; de Carvalho, Elizeu F. (2017-09-20). "The mitogenomic phylogeny of the Elasmobranchii (Chondrichthyes)". Mitochondrial DNA Part A. 29 (6): 867–878. doi:10.1080/24701394.2017.1376052. PMID 28927318. S2CID 3258973.
  12. ^ "Compagno's FAO Species List - 1984". Elasmo.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-05-28. Dicapai pada 2009-09-14.
  13. ^ "Echinorhiniformes". WoRMS. Dicapai pada 2022-01-29.
  14. ^ Martin, R. Aidan. "Teeth of the Skin". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-10-12. Dicapai pada 2007-08-28.
  15. ^ Gilbertson, Lance (1999). Zoology Laboratory Manual. New York: McGraw-Hill Companies, Inc. ISBN 978-0-07-237716-3.
  16. ^ "Statistics on Attacking Species of Shark". ISAF. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-07-24. Dicapai pada 2006-09-12.
  17. ^ "Biology of sharks and rays". ReefQuest Centre for Shark Research. Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-02-06. Dicapai pada 2014-01-17.
  18. ^ Edmonds, Molly (5 June 2008). "HowStuffWorks "Dangerous Shark 4: Oceanic Whitetip Shark"". Animals.howstuffworks.com. Dicapai pada 23 September 2010.
  19. ^ "Worldwide shark attack summary". International Shark Attack File. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-08-18. Dicapai pada 2007-08-28.
  20. ^ Handwerk, Brian (7 June 2002). "Jaws Author Peter Benchley Talks Sharks". National Geographic Society. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 August 2009. Dicapai pada 2009-08-29.
  21. ^ The real reasons why sharks attack humans, By Richard Gray, 8th August 2019.
  22. ^ Global shark attack hotspots: Identifying underlying factors behind increased unprovoked shark bite incidence, by Blake K.Chapman Daryl McPhee. September 16, 2016. sciencedirect.com.
  23. ^ Crawford, Dean (2008). Shark. Reaktion Books. m/s. 47–55. ISBN 978-1861893253.
  24. ^ Jøn, A. Asbjørn; Aich, Raj S. (2015). "Southern shark lore forty years after Jaws: The positioning of sharks within Murihiku, New Zealand". Australian Folklore: A Yearly Journal of Folklore Studies (30).
  25. ^ HowStuffWorks "How many sharks are killed recreationally each year - and why?". Animals.howstuffworks.com. Retrieved on 2010-09-16. Diarkibkan Mac 7, 2013, di Wayback Machine
  26. ^ "Shark fin soup alters an ecosystem—CNN.com". CNN. 2008-12-15. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-03-26. Dicapai pada 2010-05-23.
  27. ^ Simon Denyer (2018). "Even as China turns away from shark fin soup, the prestige dish is gaining popularity elsewhere in Asia". The Washington Post.
  28. ^ Adam Sweeting (2011-01-17). "Gordon Ramsay: Shark Bait/ Dispatches: Fish Unwrapped, Channel 4". The Arts Desk (dalam bahasa Inggeris).
  29. ^ Saeed Kamali Dehghan (2019-06-04). "Marine 'gold rush': demand for shark fin soup drives decimation of fish". the Guardian (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-07-14.
  30. ^ Keith Bradsher, Disneyland in China Offers a Soup and Lands in a Stew, 17 June 2005 The New York Times
  31. ^ Shark Finning. Humane Society International.
  32. ^ Faux fins and mock meat
  33. ^ Alpha Food Lab Faux fin

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
  • Kategori berkenaan Yu di Wikimedia Commons








ApplySandwichStrip

pFad - (p)hone/(F)rame/(a)nonymizer/(d)eclutterfier!      Saves Data!


--- a PPN by Garber Painting Akron. With Image Size Reduction included!

Fetched URL: http://ms.wikipedia.org/wiki/Ikan_yu

Alternative Proxies:

Alternative Proxy

pFad Proxy

pFad v3 Proxy

pFad v4 Proxy