Content-Length: 133171 | pFad | http://ms.wikipedia.org/wiki/Islam_dan_agama_lain

Islam dan agama lain - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas Pergi ke kandungan

Islam dan agama lain

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Di sepanjang sejarah Islam, pemimpin Muslim, ulama, dan Muslim biasa memiliki berbagai-bagai sikap terhadap agama lain. Sikap ini berubah mengikut masa, tempat dan keadaan.

Bukan Muslim dalam Islam

[sunting | sunting sumber]

Hukum Islam membahagikan bukan-Muslim kepada beberapa kategori, bergantung pada hubungan mereka dengan negeri Islam. Kristian dan Yahudi yang hidup di bawah pemerintahan Islam dikenali sebagai zimmi ("orang yang dilindungi"). Menurut aturan ini, keselamatan peribadi dan harta zimmi dijamin dengan syarat mereka membayar ufti (jizyah) kepada kerajaan Islam. Status ini turut diberikan kepada orang Majusi dan kadangkala orang Hindu, tetapi bukan kepada ateis atau agnostik.[1] Mereka yang hidup di tanah bukan-Muslim (dar al-harb) dikenali sebagai harbi, dan sebaik memasuki pakatan dengan negeri Muslim dikenali sebagai ahl al-ahd. Mereka yang menerima jaminan keselamatan semasa tinggal buat sementara waktu di tanah Muslim dikenali sebagai ahl al-amān. Kedudukan mereka adalah sama seperti zimmi kecuali mereka tidak perlu membayar jizyah. Orang yang bersetuju gencatan senjata (ahl al-hudna) adalah yang tiggal di luar wilayah Muslim dan bersetuju untuk menahan diri dari menyerang Muslim.[2][3] Murtad dari Islam ditegah, dan boleh dihukum bunuh.[4]

  1. ^ Lewis (2001), m/s. 273
  2. ^ Friedmann (2003), m/s. 55
  3. ^ "Aman", Encyclopaedia of Islam
  4. ^ "Murtadd", Encyclopedia of Islam








ApplySandwichStrip

pFad - (p)hone/(F)rame/(a)nonymizer/(d)eclutterfier!      Saves Data!


--- a PPN by Garber Painting Akron. With Image Size Reduction included!

Fetched URL: http://ms.wikipedia.org/wiki/Islam_dan_agama_lain

Alternative Proxies:

Alternative Proxy

pFad Proxy

pFad v3 Proxy

pFad v4 Proxy