Jumlah luas permukaan per isi padu
Nisbah jumlah luas permukaan per isi padu (JLP/I) merujuk kepada nisbah (hasil bahagi) luas permukaan suatu objek dengan isi padu kandungan objek itu.
Konsep JLP/I adalah penting dalam bidang sains dan kejuruteraan. Konsep ini digunakan untuk menerangkan hubungan antara struktur bahan dengan aktiviti atau fungsi yang berlaku di permukaan dan kandungan bahan. Contoh-contoh penerapan konsep ini ialah proses di bawah persamaan haba,[1] yakni pelepasan dan pemindahan haba secara konduksi.[2] JLP/I juga menerangkan resapan molekul-molekul kecil seperti oksigen dan karbon dioksida di antara ruang udara, darah dan sel,[3] kehilangan air dalam haiwan,[4] morfogenesis bakteria,[5] pentermokawalaturan organisma,[6] penghasilan tisu tulang buatan,[7] peparu buatan[8] serta banyak lagi anatomi biologi dan rekaan bioteknologi.
Perkaitan antara JLP/I dengan kadar pemindahan haba atau resapan terbit daripada perspektif fluks dan permukaan yang tertumpu pada permukaan tempat suatu fungsi berlaku, di mana JLP/I yang lebih besar membawa kepada lebih banyak bahan yang dapat dipindahkan lalu mencepatkan proses resapan/kekonduksian.[9][10][11]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Planinšič, Gorazd; Vollmer, Michael (20 Februari 2008). "The surface-to-volume ratio in thermal physics: from cheese cube physics to animal metabolism". European Journal of Physics. 29 (2): 369–384. Bibcode:2008EJPh...29..369P. doi:10.1088/0143-0807/29/2/017. Dicapai pada 9 Julai 2021.
- ^ Planinšič, Gorazd (2008). "The surface-to-volume ratio in thermal physics: from cheese cube physics to animal metabolism". European Journal of Physics European Physical Society, Find Out More. 29 (2): 369–384. Bibcode:2008EJPh...29..369P. doi:10.1088/0143-0807/29/2/017.
- ^ Williams, Peter; Warwick, Roger; Dyson, Mary; Bannister, Lawrence H. (2005). Gray's Anatomy (ed. 39). Churchill Livingstone. m/s. 1278–1282.
- ^ Jeremy M., Howard; Hannah-Beth, Griffis; Westendorf, Rachel; Williams, Jason B. (2019). "The influence of size and abiotic factors on cutaneous water loss". Advances in Physiology Education. 44 (3): 387–393. doi:10.1152/advan.00152.2019. PMID 32628526.
- ^ Harris, Leigh K.; Theriot, Julie A. (2018). "Surface Area to Volume Ratio: A Natural Variable for Bacterial Morphogenesis". Trends in Microbiology. 26 (10): 815–832. doi:10.1016/j.tim.2018.04.008. PMC 6150810. PMID 29843923.
- ^ Louw, Gideon N. (1993). Physiological Animal Ecology. Longman Pub Group.
- ^ Nguyen, Thanh Danh; Olufemi E., Kadri; Vassilios I., Sikavitsas; Voronov, Roman S. (2019). "Scaffolds with a High Surface Area-to-Volume Ratio and Cultured Under Fast Flow Perfusion Result in Optimal O2 Delivery to the Cells in Artificial Bone Tissues". Applied Sciences. 9 (11): 2381. doi:10.3390/app9112381.
- ^ J. K, Lee; H. H., Kung; L. F., Mockros (2008). "Microchannel Technologies for Artificial Lungs: (1) Theory". ASAIO Journal. 54 (4): 372–382. doi:10.1097/MAT.0b013e31817ed9e1. PMID 18645354. S2CID 19505655.
- ^ Alberts, Bruce (2002). "The Diversity of Genomes and the Tree of Life". Molecular Biology of the Cell, 4th edition. New York: Garland Science. ISBN ISBN 0-8153-3218-1ISBN 0-8153-4072-9 Check
|isbn=
value: invalid character (bantuan). - ^ Adam, John (2020-01-01). "What's Your Sphericity Index? Rationalizing Surface Area and Volume". Virginia Mathematics Teacher. 46 (2).
- ^ Okie, Jordan G. (March 2013). "General models for the spectra of surface area scaling strategies of cells and organisms: fractality, geometric dissimilitude, and internalization". The American Naturalist. 181 (3): 421–439. doi:10.1086/669150. ISSN 1537-5323. PMID 23448890. S2CID 23434720.