Content-Length: 209455 | pFad | http://ms.wikipedia.org/wiki/Mawi

Mawi - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas Pergi ke kandungan

Mawi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mawi
Mawi pada April 2007
Kelahiran
Asmawi bin Ani

(1981-08-25) 25 Ogos 1981 (umur 43)
PekerjaanPenyanyi, pelakon, pengarah, penerbit, duta, pengacara
Tahun aktif2005—kini
Majikan
PasanganEkin Rahmat (k. 2008)
Anak-anak1
IbuAllahyarhamah Ramlah Sarlan
BapaAllahyarham Ani Ahmad

Asmawi Ani atau lebih dikenali sebagai Mawi (lahir 25 Ogos 1981) merupakan juara rancangan realiti TV Akademi Fantasia musim ketiga di Malaysia pada 2005. Kini, beliau juga banyak terlibat dalam bidang pengarahan dan perfileman.[1]

Akademi Fantasia

[sunting | sunting sumber]

Pada mulanya, beliau telah tersingkir daripada konsert prelud namun diserap kembali di akhir konsert minggu pertama berdasarkan pemilihan juri terhadap lapan pelajar yang tersingkir. Mawi memulakan kemudiannya pembelajaran di Akademi Fantasia bersama Marsha Milan di minggu kedua. Mawi kemudiannya berjaya mengungguli setiap pertandingan sehingga berjaya menjadi juara pada akhirnya.

Namun begitu, perihal ini ialah satu kontroversi ketara memandangkan pemilihan juara di AF secara amnya dibuat melalui undian para penonton melalui SMS. Beliau juga turut digelar "Raja SMS" kerana sering mengungguli anugerah melalui kaedah tersebut sebelum timbul kontroversi terhadap dirinya daripada pihak media.[2] Penulis Danny Lim mengaitkan fenomena ini dengan perkembangan akses telekomunikasi golongan luar bandar yang berupaya mengangkat Mawi ke arah kejuaraan disebabkan oleh identitinya sebagai orang luar bandar berbanding bakat vokalnya yang secara amnya kurang memuaskan.[3]

Dalam masa tiga bulan sepanjang pertandingan ini berlangsung, beliau terus menjadi seorang ikon negara. Asmawi memenangi Akademi Fantasia 3 dengan kemenangan yang mudah dan sudah dijangka lagi, tidak seperti juara-juara Akademi Fantasia sebelumnya. Akibat daripada kemenangannya, suatu fenomena Mawi telah muncul di seluruh negara.

Pascapertandingan

[sunting | sunting sumber]

Dalam kira-kira tidak kurang daripada setengah tahun sahaja, beliau telah berjaya menjadi seorang jutawan hasil daripada tajaan-tajaan yang mencurah-curah dan jualan album yang sangat memberangsangkan terhadapnya.[perlu rujukan]

Konsert percuma di Padang Felda Taib Andak pada 27 Disember 2008 bersama barisan artis AF. Sidang media itu disertai oleh Pengarah Eksekutif Astro Entertainment Sdn Bhd, Zainir Aminullah serta Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Maestro Talent & Management Sdn Bhd, Freddie Fernandez.[perlu rujukan]

Pada 2017, beliau menjadi penyampai radio di saluran radio nasyid kontemporari, Zayan.

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Mawi terkenal dengan frasa "World" dan seringkali disahut oleh peminatnya, "Mawi World!".

Pada 21 Oktober 2008, menerusi Astro Awani dari Hotel Palace of the Golden Horses, Mawi mengumumkan akan berkahwin dengan gadis pilihan Nora Asyikin Rahmat (Ekin) dari negeri Johor juga. Majlis pernikahan diadakan di Johor Bahru. Malamnya majlis resepsi keluarga Ekin di Stadium Tertutup Johor Bahru. Pada 28 Disember 2008, majlis resepsi di Dewan Felda Taib Andak, Kulai. Pada 11 Januari, majlis resepsi di Hotel Palace of the Golden Horses dengan tema Arabia. Beliau memilih Ekin kerana berjaya menggembirakan ibunya Ramlah Sarlan.


Diskografi

[sunting | sunting sumber]

Album studio

[sunting | sunting sumber]

Album lain

[sunting | sunting sumber]

Akademi Fantasia 3

[sunting | sunting sumber]
Konsert Lagu (penyanyi) Ked.
Prelud "Intifada" (Rabbani) Tersingkir
Minggu 1 "Kekasih Awal Dan Akhir" (Jamal Abdillah) Diserap
Minggu 2 "Dari Kekasih Kepada Kekasih" (Hattan) Pertama
Minggu 3 "Gadis Melayu" (Othman Hamzah) Pertama
Minggu 4 "Nour el Ain" (Amr Diab) Pertama
Minggu 5 "Beautiful Maria Of My Soul" (Los Lobos) Pertama
Minggu 6 "Memori Cinta Luka" (Nassier Wahab) Pertama
Minggu 7 "Oh Fatimah"
(A. Ramlie)
Pertama
Minggu 8 "Pupus" (Dewa 19) Pertama
Minggu 9 "Pergi Tak Kembali" (Rabbani) Pertama
Minggu 10 "Seroja" (S. Effendi) Juara
"Aduh Saliha" (Mawi)
Lagu: M. Nasir
Lirik: Loloq

Filemografi

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Dikreditkan sebagai Watak Catatan
Pelakon Pengarah Penerbit
2009 Jin Notti Ya Tidak Tidak Aziz Filem lakonan pertama
2010 Magika Ya Tidak Tidak Badang
2016 Moana Ya Tidak Tidak Maui (suara) Watak kartun pertama
2018 Munafik 2 Ya Tidak Tidak Ustaz Azhar
2019 Tiada Tajuk Ya Ya Ya Suci Filem arahan pertama
2022 Hantu Kuat Ketawa Ya Ya Ya Masjid Kutip Hutang Pelakon tambahan
2024 Pendekar Awang: Darah Indera Gajah Ya Tidak Tidak Tok Kenali Penampilan khas
2024 Zim Zim Ala Kazim Ya Ya Ya Muharam
Tahun Tajuk Dikreditkan sebagai Watak Saluran TV Catatan
Pelakon Pengarah Penerbit
2016 Gerak Khas (Musim 16) Ya Tidak Tidak Dirinya sendiri TV2 Episod: "Mawi Oh Mawi"
2020 Sabili: Ali Tidak Ya Ya Nuflix

Telefilem

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Dikreditkan sebagai Watak Saluran TV Catatan
Pelakon Pengarah Penerbit
2010 Jiwa Kacau Ya Ya Ya Inspektor Johar Astro Prima Penampilan khas, telefilem lakonan dan arahan pertama
Pak Nil Ibu Kirim Salam Tidak Ya Ya
2012 Siapa Dapat Lisa Ya Ya Ya Sudirman
2014 Rock Sangkut Ya Ya Ya Suci Penampilan khas
Novel Fana Tidak Ya Ya Astro Maya HD

Televisyen

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2009 Langkah Mawi World Pengacara Astro Ria
2014 Ketuk-Ketuk Ramadan (Musim 4) Artis undangan TV1
2015 Juara Parodi Peserta Astro Warna
2021 Keringat Selebriti 2 Artis Jemputan Awesome TV

Radiografi

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Stesen
2 Oktober 2017 – kini Zayan Salam Bros, Zayan Pagi & Zayan Salam Biz Zayan

Anugerah dan pencalonan

[sunting | sunting sumber]
  • Juara Akademi Fantasia Musim 3
  • Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2005
    • Bintang Paling Popular
    • Penyanyi Lelaki Popular
    • Artis Baru Lelaki Popular
  • Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2006
    • Bintang Paling Popular
    • Penyanyi Lelaki Popular
    • Artis Berkumpulan/Duo Popular (bersama Jamal Abdillah)
  • Hits 1 (RTM1/Malaysia)
    • Lagu Terbaik 2006 - "Lagu Jiwa Lagu Cinta"
  • Anugerah Juara Lagu 2005 (TV3/Malaysia)
    • Persembahan Terbaik - "Aduh Saliha"
    • Kategori Etnik Kreatif - "Aduh Saliha"
  • Anugerah Era 2006
    • Penyanyi Lelaki Popular
    • Lagu Balada Popular - "Kian"
    • Lagu Etnik Popular - "Aduh Saliha"
    • Artis SMS Digi
    • Lagu Paling Popular 2005 - "Aduh Saliha"
    • Video Klip Popular - "Lagu Jiwa Lagu Cinta" (arahan Mamat Khalid)
  • Anugerah Planet Muzik 2006
    • Lagu Paling Popular - "Aduh Saliha"
    • MTV Asia Awards 2006-Artis Malaysia Pilihan
  • Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2023
    • Penyampai Radio Popular
  • Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2024
    • Penyampai Radio Popular
  1. ^ "Cuba saingi Syamsul". Utusan Malaysia. 18 Jun 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Disember 2017.
  2. ^ "Mawi masih berkuasa". Utusan Malaysia. 7 Oktober 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Oktober 2015.
  3. ^ Lim, Danny (2022). We Are Marching Now: The Inside Story of Bersih 1.0 (dalam bahasa Inggeris). Matahari Books. m/s. 114 dan 115. ISBN 9789670042220.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]








ApplySandwichStrip

pFad - (p)hone/(F)rame/(a)nonymizer/(d)eclutterfier!      Saves Data!


--- a PPN by Garber Painting Akron. With Image Size Reduction included!

Fetched URL: http://ms.wikipedia.org/wiki/Mawi

Alternative Proxies:

Alternative Proxy

pFad Proxy

pFad v3 Proxy

pFad v4 Proxy