Content-Length: 116817 | pFad | http://ms.wikipedia.org/wiki/Miopia

Miopia - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas Pergi ke kandungan

Miopia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Penglihatan normal. Ehsan National Eye Institute
Pandangan sama oleh mereka yang mempunyai rabun jauh.
Rabun jauh disebabkan titik fokus imej terbentuk di hadapan kornea boleh diatasi dengan menggunakan cermin mata.

Miopia atau rabun jauh adalah masalah penglihatan disebabkan ketidakmampuan mata menumpu kepada objek berjarak jauh dengan baik lalu menyebabkan objek diperhatikan ini kelihatan kabur.

Ia adalah satu masalah normal bagi mata di mana cahaya terkolimat menghasilkan titik tumpuan imej di hadapan retina. Mereka yang mempunyai miopia lazimnya boleh melihat objek yang dekat dengan jelas tetapi objek jauh kelihatan kabur. Kecacatan bertentangan dengan miopia adalah hiperopia atau rabun dekat, di mana kornea menjadi terlalu leper atau mata terlalu dekat.

Pengelasan

[sunting | sunting sumber]

Miopia telah dikelaskan dalam pelbagai cara.[1][2][3]

Seseorang yang mengalami rabun jauh boleh melihat objek dekat dengan jelas berbanding objek jauh yang kabur. Kerana itu, mereka yang rabun jauh cenderung untuk mengecilkan mata untuk melihat objek jauh. Penglihatan kabur ini disebabkan imej ditumpukan di hadapan retina, bukannya tepat di retina.

Rabun jauh berlaku apabila mata lebih besar dan panjang daripada mata mereka yang normal. Rabun jauh adalah proses semula jadi yang terbentuk dengan pantas terutamanya ke atas kanak-kanak sekolah atau remaja, dan terus berlaku semasa proses membesar. Ini menyebabkan mereka perlu memakai kaca mata atau kanta sentuh. Proses ini akan berhenti apabila umur meningkat dalam usia 20-an.[perlu rujukan]

Rabun jauh berlaku kepada lelaki dan wanita. Mereka yang mempunyai keturunan rabun jauh lebih berkemungkinan menghadapinya.[perlu rujukan] Kebanyakan mata dengan rabun jauh adalah normal tetapi sebilangan daripada mereka yang rabun mungkin mengalami komplikasi kelekangan lapisan retina. Ini berlaku apabila retina lekang daripada lapisan koroid, menyebabkan gangguan fungsi retina dan menyebabkan buta jika tidak dirawat. Kelekangan retina boleh berlaku kepada seseorang yang rabun jauh. Pesakit mungkin akan mengalami kehilangan penglihatan di medan penglihatan sebelah bawah.

Antara simptom-simptom rabun jauh adalah:

  • penglihatan kabur atau terpaksa mengecilkan mata untuk melihat objek jauh
  • keletihan pada mata
  • sakit kepala (jarang)

Rabun jauh boleh diatasi dengan memakai cermin mata atau kanta sentuh yang memindahkan titik tumpu ke retina. Terdapat juga beberapa pembedahan yang dapat membentuk kornea yang memindahkan titik tumpu dari hadapan retina ke retina.[perlu rujukan]

Keratomi radial merupakan pembedahan yang popular pada masa dahulu. Sekarang, ia digantikan dengan LASIK, iaitu penggunaan laser untuk membentuk semula kornea.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Grosvenor T. "A review and a suggested classification system for myopia on the basis of age-related prevalence and age of onset." Am J Optom Physiol Opt. 1987 Jul;64(7):545-54. PMID 3307441
  2. ^ Borish, Irvin M. (1949). Clinical Refraction. Chicago: The Professional Press.
  3. ^ Duke-Elder, Sir Stewart (1969). The Practice of Refraction (8th ed.). St. Louis: The C.V. Mosby Company. ISBN 0-7000-1410-1.








ApplySandwichStrip

pFad - (p)hone/(F)rame/(a)nonymizer/(d)eclutterfier!      Saves Data!


--- a PPN by Garber Painting Akron. With Image Size Reduction included!

Fetched URL: http://ms.wikipedia.org/wiki/Miopia

Alternative Proxies:

Alternative Proxy

pFad Proxy

pFad v3 Proxy

pFad v4 Proxy