Content-Length: 269353 | pFad | http://ms.wikipedia.org/wiki/Musa_Aman

Musa Aman - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas Pergi ke kandungan

Musa Aman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Musa Aman
موسى أمان
Yang di-Pertua Negeri Sabah
Dilantik
Dijangka mula menjawat
1 Januari 2025
Dilantik olehSultan Ibrahim
Ketua MenteriHajiji Noor
MenggantikanJuhar Mahiruddin
Ketua Menteri Sabah
Dalam jawatan
27 Mac 2003 – 12 Mei 2018
GabenorAhmadshah Abdullah
(2003–2010)
Juhar Mahiruddin
(2011–2018)
TimbalanWences Angang
(2003–2004)
Tham Nyip Shen
(2003–2004)
Lajim Ukin
(2003–2004)
Joseph Pairin Kitingan
(2004–2018)
Chong Kah Kiat
(2004–2007)
Yahya Hussin
(2004–2018)
Raymond Tan Shu Kiah
(2007–2018)
Jeffrey Kitingan
(11–12 Mei 2018)
Hajiji Noor
(11–12 Mei 2018)
Masidi Manjun
(11–12 Mei 2018)
Didahului olehChong Kah Kiat
Digantikan olehShafie Apdal
Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah
bagi Sungai Sibuga
Dalam jawatan
19 Februari 1994 – 26 September 2020
Didahului olehThien Fui Yun (PBS)
Digantikan olehMohamad Hamsan Awang Supain
(BNUMNO)
Majoriti3,708 (1994)
4,034 (1999)
6,670 (2004)
7,657 (2008)
11,569 (2013)
2,184 (2018)
Peranan Menteri (Sabah)
1999–2002Menteri di Jabatan Ketua Menteri
2002–2018Menteri Kewangan
Parti yang diwakili dalam Dewan Undangan Negeri Sabah
1994–2020Barisan Nasional
Maklumat peribadi
Lahir
Musa bin Aman

(1951-03-30) 30 Mac 1951 (umur 73)
Beaufort, Borneo Utara (kini Sabah, Malaysia)
KerakyatanMalaysia
Parti politikPertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO)
(–1990)
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu Sabah (Sabah UMNO)
(sejak 1990)
Gabungan politik
lain
Barisan Nasional (BN)
(sejak 1990)
PasanganFaridah Tussin
PertalianMohd Arifin Mohd Arif (Menantu)
Anifah Aman (adik lelaki)
Annuar Ayub (anak saudara)
Anak4 (Termasuk Yamani Hafez Musa)
Tempat belajarUniversiti Teknologi MARA (BBA)
Edith Cowan University (MBA))
TandatanganTandatangan

Musa Aman (Jawi: موسى أمان; lahir 30 Mac 1951) ialah seorang ahli politik Malaysia dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah yang ke-11.[1] Beliau akan memegang jawatan itu pada 1 Januari 2025. Beliau berkhidmat sebagai Ketua Menteri Sabah ke-14 dari Mac 2003 hingga Mei 2018, Menteri Kewangan Negeri Sabah dari 2001 hingga Mei 2018, Menteri Negeri di Jabatan Ketua Menteri Sabah dari 1999 hingga 2001 dan Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah (ADUN) bagi Sungai Sibuga dari Februari 1994 hingga September 2020. Beliau juga merupakan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri dan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) Sabah. Beliau merupakan Ketua Menteri Sabah paling lama berkhidmat, memegang jawatan itu selama 15 tahun dan merupakan abang kepada Anifah Aman, Senator, Penasihat Khas kepada Ketua Menteri Sabah mengenai Perhubungan Antarabangsa dan Pelaburan Asing dan Presiden Parti Cinta Sabah (PCS).

Beliau merupakan pengerusi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) di Sabah tetapi telah meletak jawatan sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO-Sabah selepas kejatuhan UMNO di Sabah pada tahun 2018. Selepas perletakkan jawatan oleh Tan Sri Musa Aman, Jawatan pengerusi UMNO telah diberikan kepada Datuk Bung Moktar Radin dari Parlimen Kinabatangan. Pada Pilihan raya negeri Sabah 2020, Tan Sri Musa Aman disahkan tidak akan bertanding atas mana-mana kerusi ADUN di Sabah kerana dikatakan ingin memberi peluang kepada pemimpin-pemimpin lain serta Parti-Parti lain untuk memegang jawatan Ketua Menteri Sabah dan menyandang kerajaan baru di Sabah.

Kehidupan awal

[sunting | sunting sumber]

Ibu Musa ialah berbangsa Dusun dari Daerah Keningau, manakala nenek moyangnya melalui susur galur bapanya berketurunan campuran Melayu Brunei dan Pakistan dari Daerah Beaufort. Beliau mendapat pendidikan rendah di sekolah rendah Anglikan St. Paul, Beaufort dan kemudiannya menghadiri Kolej Sabah dan Sekolah Menengah All Saints, kedua-duanya di Kota Kinabalu untuk pendidikan menengahnya. Beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi di Universiti Teknologi Mara atau UiTM (dahulunya dikenali sebagai Institut Teknologi Mara, ITM) untuk ijazah sarjana muda dalam Pentadbiran Perniagaan dan meneruskan pengajiannya untuk mendapatkan Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dari Universiti Edith Cowan, Perth, Australia.

Beliau meminati dunia perniagaan sejak zaman sekolah rendah lagi. Pada tahun 1973, beliau meneruskan minat perniagaannya di Sandakan. Beliau kemudiannya meletakkan Syarikat Musman Holdings Sdn Bhd di bawah pengawasannya dan merupakan pengerusi City Finance Berhad dari 1983 hingga 1995. Beliau kemudiannya menjadi ketua eksekutif Innoprise Corporation pada 1995 dan juga pengerusi Sabah Softwood Berhad (di bawah Innoprise Corporation) pada tahun yang sama.

Beliau pernah dilantik sebagai Konsul Kehormat di Bangladesh. Beliau yang sebelum ini bekerja sebagai pegawai bank pernah dilantik sebagai Pengarah Eksekutif City Finance Berhad {Julai 1983 - April 1995), Pengerusi dan Ketua Eksekutif Innoprise Corporation (ICSB). Selain itu, beliau juga dilantik sebagai Pengarah Sinora, Innoprise International Incorporated, dan Pengerusi Sabah Softwoods Berhad.[2] .

Beliau berkahwin dengan Puan Sri Hajah Faridah binti Haji Tussin dan dikurniakan 4 orang anak. Di antara anak-anaknya termasuklah Mohammed Hayssam dan Hazem.[3]

Beliau mula aktif sebagai seorang ahli politik sekitar tahun 1980 melalui parti USNO. Beliau pernah dilantik sebagai Bendahari UMNO Sabah pada 23 Mac 1991 selepas UMNO mengembangkan sayapnya ke Sabah. Pada 16 Mac 1992, beliau dilantik memegang jawatan Bendahari Barisan Nasional Sabah. Pada 20 Mac 1999, beliau dilantik sebagai Menteri di Jabatan Ketua Menteri Sabah. Kemudian pada 27 Mac 2001, beliau dilantik sebagai Menteri Kewangan Sabah. Pada 27 Mac 2003, beliau mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah yang ke-14. Kerjaya beliau sebagai Ketua Menteri Sabah berakhir pada 12 Mei 2018 apabila Datuk Seri Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal yang merupakan Presiden Warisan mendakwa memiliki 35 ADUN yang menyokong beliau dan telah mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah yang ke-15 pada 12 Mei 2018 pukul 9.15 Malam di depan Yang di-Pertua Negeri Juhar Mahiruddin di Istana Negeri.[4], [5]

Isu dan kontroversi

[sunting | sunting sumber]

Tuduhan rasuah pembalakan

[sunting | sunting sumber]

Pada 12 April 2012, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman sekali lagi menafikan tuduhan rasuah oleh laman Sarawak Report. Sarawak Report melaporkan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyiasat Musa Aman yang didakwa mengeluarkan lesen pembalakan kepada adiknya Datuk Seri Anifah Aman.[6] Dakwaan yang berikutnya melibatkan anak-anak lelaki Musa, iaitu Mohammed Hayssam dan Hazem. Mereka dikatakan menerima wang berunsul rasuah daripada Michael Chia. Sarawak Report juga mendakwa Jabatan Peguam Negara yang diketuai oleh Abdul Gani Patail, enggan meneruskan siasatan kes rasuah tersebut.[3][7] Sumber maklumat Sarawak Report berasal dari Hong Kong.

Pada 12 Oktober 2012, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengakui bahawa wang RM40juta yang cuba diseludup ke Malaysia adalah "sumbangan politik" (political donation) untuk UMNO. Setiap parti politik sebagaimana pembangkang mempunyai hak untuk menerima sumbangan politik selagi ia dibuat dengan mengikut saluran yang betul. Menerusi jawapan bertulis, Menteri di JPM, Datuk Seri Nazri Aziz menjelaskan di Parlimen bahawa kertas siasatan SPRM mendapati wang RM40 juta dari Hong Kong itu untuk UMNO Sabah, bukan untuk Ketua Menteri Sabah, Musa Aman. Transperancy International Malaysia mendesak agar Umno mendedahkan sumber wang tersebut. [8]

Pilihanraya Umum Ke-14

[sunting | sunting sumber]

Di Sabah, pada Pilihanraya Umum Ke-14, Parti Warisan Sabah (WARISAN) - Mohd Shafie Apdal, dan Barisan Nasional Sabah (BN) - Musa Aman, kedua mereka seri dengan memenangi 29 kerusi dengan satu lagi pembangkang tempatan, Solidariti Tanah Airku (STAR - Gabungan Bebas) yang dipimpin oleh presidennya Datuk Jeffrey Kitingan, memenangi baki 2 kerusi ADUN di Sabah.

Presiden STAR (Bebas) - Jeffrey Kitingan dikatakan bersetuju menyokong Warisan, yang akan memberikan Warisan dan Pakatan Harapan (PH) majoriti mudah bagi membentuk kerajaan. Bagaimanapun dalam perlembagaan Sabah, terdapat peruntukan yang membenarkan Ketua Menteri untuk menamakan enam orang sebagai ahli dewan (assemblymen), yang bererti partinya secara automatik mendapat tambahan enam kerusi di dewan.[9]

Barisan Nasional Sabah telah memenangi 29 Kerusi DUN Sabah, manakala Gabungan WARISAN, PKR dan DAP juga memenangi jumlah kerusi yang sama (WARISAN 21, DAP 6 dam PKR 2) namun Barisan Nasional bekerjasama dengan dua ADUN STAR bagi membentuk kerajaan negeri dengan majoriti mudah iaitu 31 Kerusi daripada 60 Kerusi DUN yang dipertandingkan.

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Musa bin Haji Aman yang mewakili Parti Barisan Nasional telah memenangi Kerusi DUN N.42 Sungai Sibuga kemudiannya telah mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah pada jam 11.05 malam 10 Mei 2018 di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin dan mengekalkan jawatan yang dipegangnya sejak tahun 2003.[10]

Bagaimanapun, Dato' Seri Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal kemudian telah menerima sokongan 35 daripada 60 ADUN termasuk 6 ADUN daripada Barisan Nasional untuk membentuk kerajaan negeri dengan majoriti mudah. Dato Shafie telah mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah yang Ke-15 pada 12 Mei 2018 pukul 9.15 Malam di depan Yang di-Pertua Negeri Juhar Mahiruddin di Istana Negeri. [11]

Krisis Politik di Sabah berterusan berikutan Tan Sri Musa Aman yang mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri sebelum ini menafikan beliau meletakkan jawatan.

Krisis Politik di Sabah yang berlanjutan ini berakhir pada 27 September 2020 bersamaan dengan Tarikh Pilihan raya negeri Sabah 2020 diadakan. Namun demikian, Tan Sri Musa Aman mengumumkan bahawa beliau tidak akan bertanding di atas mana-mana kerusi ADUN di Sabah. Beliau berkata, Hal ini kerana beliau ingin membuka ruang terhadap ketua parti-parti lain untuk menyandang Ketua Menteri kerajaan baru di Sabah. Krisis politik di Sabah diakhiri dengan kejayaan dan kemenangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang dipimpin oleh Datuk Hajiji Noor pada Pilihan raya negeri Sabah 2020. Pada akhirnya, Datuk Hajiji Noor menjadi Ketua Menteri ke-16 yang sah sekaligus menjadi Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah pertama.

Parti-parti utama di dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) ialah PPBM (Hajiji Noor), BN (Bung Moktar Radin), STAR (Jeffrey Kitingan), SAPP (Yong Teck Lee), dan Parti Bersatu Sabah (Maximus Johnity Ongkili). Gabungan ini kemudiannya diiktiraf sebagai Perikatan politik terbesar yang pernah ditubuhkan di Sabah pada September 2020.

Keputusan pilihanraya

[sunting | sunting sumber]
Dewan Undangan Negeri Sabah[12][13][14][15]
Tahun Kawasan pilihan raya Calon Undian Peratusan Lawan Undian Peratusan Undi dibuang Majoriti Keluar mengundi
1990 Sugut Musa Aman (USNO) 1,207 35.54% Jublee Zen (PBS) 1,666 49.06% 3,396 459 69.62%
Ronald Kiandee (AKAR) 231 6.80%
Abdul Rahman Atang (BERJAYA) 114 3.36%
Julius Niyo (PRS) 71 2.09%
1994 Sungai Sibuga Musa Aman (UMNO) 8,211 64.05% Thim Fun Yun (PBS) 4,503 35.13% 13,031 3,708 65.29%
Hamid Jan (BERSEKUTU) 63 0.49%
Satiman Taman (SETIA) 42 0.33%
1999 Musa Aman (UMNO) 7,927 55.53% Ramli Noordin (PBS) 3,893 27.28% 14,578 4,034 64.07%
Musa Jala (BERSEKUTU) 2,166 15.17%
Isnain Amat (SETIA) 289 2.02%
2004 Musa Aman (UMNO) 8,668 78.22% Lue Sue Seng (BEBAS) 1,998 18.03% 11,351 6,670 64.51%
Abdul Gani Kosui (PAS) 415 3.75%
2008 Musa Aman (UMNO) 8,961 71.92% Ahmad Thamrin Mohd Jaini (PKR) 2,913 23.37% 14,494 7,658 68.06%
Gusniah Diong (BEBAS) 295 2.37%
Osman Enting (BERSEKUTU) 291 2.34%
2013 Musa Aman (UMNO) 16,637 74.32% Irawanshah Mustapa (PKR) 5,068 22.64% 22,800 11,569 81.60%
A.M. Jaffar Juana (SAPP) 265 1.18%
Mohd Roslan Yussof (STAR) 215 0.96%
Mohd Arshad Abdul (BEBAS) 201 0.90%
2018 Musa Aman (UMNO) 14,503 53.59% Asmara Abdul Rahman (WARISAN) 12,319 45.52% 27,752 2,184 78.30%
Osman Enting (PKS) 241 0.89%

Penghormatan

[sunting | sunting sumber]

Kehormatan Malaysia

[sunting | sunting sumber]

Penghormatan asing

[sunting | sunting sumber]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ BERNAMA, NEWS (2024-12-17). "MUSA AMAN DILANTIK YANG DIPERTUA NEGERI SABAH BAHARU". www.bernama.com/bm/index.php. Dicapai pada 2024-12-17.
  2. ^ Biografi Ketua Menteri Sabah Diarkibkan 2013-03-12 di Wayback Machine URL assessed on 28 April 2012
  3. ^ a b "Musa: Dakwaan rasuah hanya 'kitar semula'", Malaysiakini.com.", 12 Mei 2012.
  4. ^ Shafie Apdal sworn in as Sabah Chief Minister.
  5. ^ Shafie Apdal sworn in as Sabah CM, Musa seen leaving official residence.
  6. ^ Malaysian Foreign Minister Named In MACC Investigation Into Sabah Timber Corruption – NATIONAL EXPOSE! Sarawak Report. URL assessed on 27 April 2012
  7. ^ Sabah’s Smoking Gun! Bank Statements Show That Musa Aman’s Sons Accessed Dirty Money – National Exclusive! Sarawak Report. URL assessed on 27 April 2012
  8. ^ Najib enggan dedah penyumbang RM40j pada Umno Sabah
  9. ^ "6 extra assemblymen at stake in race for Sabah CM". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-30. Dicapai pada 2018-05-13.
  10. ^ Hanya Musa Aman Ketua Menteri Sabah yang sah - Joseph Pairin Kitingan.
  11. ^ Shafie Apdal sworn in as Sabah CM, Musa seen leaving official residence.
  12. ^ "KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE-12". semak.spr.gov.my. Dicapai pada 2022-07-29.
  13. ^ "Sabah [Parliament Results]". The Star. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 May 2018. Dicapai pada 1 April 2020.
  14. ^ "14th General Election Malaysia (GE14 / PRU14) – Results Overview". election.thestar.com.my.
  15. ^ "N42 [[Sungai Sibuga (kawasan negeri)|Sungai Sibuga]]". Malaysiakini. Dicapai pada 30 May 2020. URL–wikilink conflict (bantuan)
  16. ^ Reporters, F. M. T. (2024-12-17). "Musa Aman appointed Sabah's 11th governor". Free Malaysia Today | FMT (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-12-17.
  17. ^ a b c "SEMAKAN PENERIMA DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT". Prime Minister's Department (Malaysia). Dicapai pada 25 October 2018.
  18. ^ "The Malacca Yang Di-Pertua Negri's Birthday Honours List". The Star. 12 October 2003. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 March 2020. Dicapai pada 12 September 2024.
  19. ^ "His Majesty Birthday Honours". 17 July 2012. Dicapai pada 5 November 2018.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]








ApplySandwichStrip

pFad - (p)hone/(F)rame/(a)nonymizer/(d)eclutterfier!      Saves Data!


--- a PPN by Garber Painting Akron. With Image Size Reduction included!

Fetched URL: http://ms.wikipedia.org/wiki/Musa_Aman

Alternative Proxies:

Alternative Proxy

pFad Proxy

pFad v3 Proxy

pFad v4 Proxy