Content-Length: 307459 | pFad | http://ms.wikipedia.org/wiki/Selenium

Selenium - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas Pergi ke kandungan

Selenium

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Selenium,  34Se
Ciri-ciri umum
RupaKilau logam hitam kekelabuan
Selenium dalam jadual berkala
Hidrogen (bukan logam diatom)
Helium (gas adi)
Litium (logam alkali)
Berilium (logam alkali bumi)
Boron (metaloid)
Karbon (bukan logam poliatom)
Nitrogen (bukan logam diatom)
Oksigen (bukan logam diatom)
Fluorin (bukan logam diatom)
Neon (gas adi)
Natrium (logam alkali)
Magnesium (logam alkali bumi)
Aluminium (logam pascaperalihan)
Silikon (metaloid)
Fosforus (bukan logam poliatom)
Sulfur (bukan logam poliatom)
Klorin (bukan logam diatom)
Argon (gas adi)
Kalium (logam alkali)
Kalsium (logam alkali bumi)
Skandium (logam peralihan)
Titanium (logam peralihan)
Vanadium (logam peralihan)
Kromium (logam peralihan)
Mangan (logam peralihan)
Besi (logam peralihan)
Kobalt (logam peralihan)
Nikel (logam peralihan)
Kuprum (logam peralihan)
Zink (logam peralihan)
Galium (logam pascaperalihan)
Germanium (metaloid)
Arsenik (metaloid)
Selenium (bukan logam poliatom)
Bromin (bukan logam diatom)
Kripton (gas adi)
Rubidium (logam alkali)
Strontium (logam alkali bumi)
Ytrium (logam peralihan)
Zirkonium (logam peralihan)
Niobium (logam peralihan)
Molibdenum (logam peralihan)
Teknetium (logam peralihan)
Rutenium (logam peralihan)
Rodium (logam peralihan)
Paladium (logam peralihan)
Perak (logam peralihan)
Kadmium (logam peralihan)
Indium (logam pascaperalihan)
Timah (logam pascaperalihan)
Antimoni (metaloid)
Telurium (metaloid)
Iodin (bukan logam diatom)
Xenon (gas adi)
Sesium (logam alkali)
Barium (logam alkali bumi)
Lantanum (lantanid)
Serium (lantanid)
Praseodimium (lantanid)
Neodimium (lantanid)
Prometium (lantanid)
Samarium (lantanid)
Europium (lantanid)
Gadolinium (lantanid)
Terbium (lantanid)
Disprosium (lantanid)
Holmium (lantanid)
Erbium (lantanid)
Tulium (lantanid)
Yterbium (lantanid)
Lutetium (lantanid)
Hafnium (logam peralihan)
Tantalum (logam peralihan)
Tungsten (logam peralihan)
Renium (logam peralihan)
Osmium (logam peralihan)
Iridium (logam peralihan)
Platinum (logam peralihan)
Emas (logam peralihan)
Merkuri (logam peralihan)
Talium (logam pascaperalihan)
Plumbum (logam pascaperalihan)
Bismut (logam pascaperalihan)
Polonium (logam pascaperalihan)
Astatin (metaloid)
Radon (gas adi)
Fransium (logam alkali)
Radium (logam alkali bumi)
Aktinium (aktinid)
Torium (aktinid)
Protaktinium (aktinid)
Uranium (aktinid)
Neptunium (aktinid)
Plutonium (aktinid)
Amerisium (aktinid)
Kurium (aktinid)
Berkelium (aktinid)
Kalifornium (aktinid)
Einsteinium (aktinid)
Fermium (aktinid)
Mendelevium (aktinid)
Nobelium (aktinid)
Lawrencium (aktinid)
Rutherfordium (logam peralihan)
Dubnium (logam peralihan)
Seaborgium (logam peralihan)
Bohrium (logam peralihan)
Hasium (logam peralihan)
Meitnerium (ciri kimia tidak diketahui)
Darmstadtium (ciri kimia tidak diketahui)
Roentgenium (ciri kimia tidak diketahui)
Kopernisium (logam peralihan)
Nihonium (ciri kimia tidak diketahui)
Flerovium (ciri kimia tidak diketahui)
Moscovium (ciri kimia tidak diketahui)
Livermorium (ciri kimia tidak diketahui)
Tennessin (ciri kimia tidak diketahui)
Oganesson (ciri kimia tidak diketahui)
S

Se

Te
arsenikseleniumbromin
Nombor atom (Z)34
Kumpulan, kalakumpulan 16 (kumpulan kalkogen), kala 4
BlokBlok p
Berat atom piawai (Ar)78.96
Konfigurasi elektron[Ar] 4s2 3d10 4p4
Bil. elektron per petala/cengkerang
2, 8, 18, 6
Ciri-ciri fizikal
Fasasolid
Takat lebur494 K ​(221 °C, ​430 °F)
Takat didih958 K ​(685 °C, ​1265 °F)
Ketumpatan suhu bilik hampir(gray) 4.81 g/cm3
(alpha) 4.39 g/cm3
(vitreous) 4.28 g/cm3
apabila cecair, pada t.l.3.99 g/cm3
Titik genting1766 K, 27.2 MPa
Haba pelakuran(gray) 6.69 kJ/mol
Haba pengewapan95.48 kJ/mol
Muatan haba molar25.363 J/(mol·K)
Tekanan wap
T (Pa) 1 10 100 1 k 10 k 100 k
pada S (K) 500 552 617 704 813 958
Ciri-ciri atom
Keadaan pengoksidaan6, 4, 2, 1,[1] -2
(oksida berasid kuat)
KeelektronegatifanSkala Pauling: 2.55
Jejari atomempirik: 120 pm
Jejari kovalen120±4 pm
Jejari van der Waals190 pm
Rampaian
Struktur hablurheksagon
Struktur hablur heksagon bagi selenium
Kelajuan bunyi rod nipis3350 m/s (pada 20 °C)
Pekali pengembangan terma(amorphous) 37 µm/(m·K) (pada 25 °C)
Daya pengaliran terma(amorphous) 0.519 W/(m·K)
Sifat kemagnetandiamagnetik[2]
Modulus Young10 GPa
Modulus ricih3.7 GPa
Modulus pukal8.3 GPa
Nisbah Poisson0.33
Skala Mohs2.0
Kekerasan Brinell736 MPa
Nombor CAS7782-49-2
Isotop utama bagi selenium
Iso­top Kelim­pahan Separuh hayat Mod reputan Pro­duk
72Se syn 8.4 d ε - 72As
γ 0.046 -
74Se 0.87% Se stabil dengan 40 neutron
75Se syn 119.779 d ε - 75As
γ 0.264, 0.136,
0.279
-
76Se 9.36% Se stabil dengan 42 neutron
77Se 7.63% Se stabil dengan 43 neutron
78Se 23.78% Se stabil dengan 44 neutron
79Se trace 2.95×105 y β 0.151 79Br
80Se 49.61% Se stabil dengan 46 neutron
82Se 8.73% 1.08×1020 y ββ 2.995 82Kr
| rujukan | dalam Wikidata



Selenium (Jawi: سيلينيوم), unsur kimia bernombor atom 34, bersimbol kimia Se, dan berjisim atom 78.96, ialah sejenis unsur bukan logam, bertalian kimia dengan sulfur dan telurium, dan jarang ditemui dalam bentuk keadaan unsur di alam semula jadi.

Selenium yang diasingkan ditemui dalam beberapa bentuk berlainan, dan bentuk yang paling stabil ialah bentuk separa logam (semikonduktor) tumpat berwarna kelabu keunguan yang berstruktur rantaian polimer trigon. Selenium mengalirkan elektrik dengan lebih baik dalam keadaan terang berbanding gelap, maka digunakan dalam fotosel. Selenium juga wujud dalam pelbagai bentuk bukan pengalir, seperti sebentuk alotrop hitam kekacaan, serta beberapa bentuk habluran merah yang terhasil daripada molekul gelang lapan ahli seakan-akan sulfur.

Selenium ditemui dalam bijih sulfida seperti pirit, yang mana selenium menggantikan sebilangan sulfur dalam matriks bijih. Juga terdapat bahan galian yang berbentuk sebatian selenida atau selenat, tetapi jarang ditemui. Kegunaan utama selenium masa kini terutamanya untuk membuat kaca serta digunakan dalam kimia dan pigmen. Selenium juga pernah banyak digunakan untuk elektronik, tetapi kini digantikan oleh peranti semikonduktor silikon.

Garam selenida amat toksik, tetapi sedikit kuantiti unsur ini perlu untuk fungsi sel dalam kebanyakan haiwan, iaitu membentuk pusat aktif enzim glutation peroksidase dan tioredoksin reduktase (yang secara tidak langsungnya mengurangkan molekul teroksida tertentu dalam haiwan dan sesetengah tumbuhan) dan tiga enzim deiodinase diketahui (yang menukar sebentuk hormon tiroid ke bentuk lain). Keperluan selenium dalam tumbuhan berbeza mengikut spesies, termasuk sebilangan jenis tumbuhan yang langsung tidak memerlukannya.[3]

Ciri-ciri

[sunting | sunting sumber]

Tujuh isotop selenium boleh ditemui secara semula jadi, dengan lima daripada isotop-isotop tersebut, 74Se, 76Se, 77Se, 78Se, 80Se adalah stabil. 80Se ialah isotop selenium yang paling lazim. Dua lagi isotop alamiah ialah 79Se dan 82Se, dengan 82Se memiliki separuh hayat selama 9.2×1019 tahun dan 79Se boleh ditemui secara sedikit dalam galian-galian uranium. Setakat kini, isotop-isotop selenium dengan nombor atom daripada 65 ke 94 telah dikenal pasti.

Selenium ditemui secara moden oleh Jöns Jacob Berzelius and Johan Gottlieb Gahn pada 1817 di sebuah kilang penghasilan asid sulfurik melalui kaedah ruang plumbum.[4] Perkataan selenium diterbitkan daripada perkataan Yunani, σελήνη (selene, "Bulan") disebabkan oleh keserupaan sifat selenium dengan telurium yang dinamakan sempena Bumi.[5]

Peranan biologi

[sunting | sunting sumber]

Selenium ialah unsur surih penting dalam kehidupan, termasuk tumbuhan. Dalam manusia, selenium diguna pakai sebagai kofaktor bagi enzim glutation peroksidase dan sesetengah jenis tioredoksin reduktase.[6] Kekurangan selenium boleh membawa kepada penyakit seperti penyakit Keshan dan penyakit Kashin-Beck. Walau bagaimanapun, kesan kekurangan selenium terhdap kesihatan masih tidak dapat dipastikan, terutamanya berkenaan penyakit Kashin-Beck.[7]

  1. ^ "Selenium : Selenium(I) chloride compound data". WebElements.com. Dicapai pada 2007-12-10.
  2. ^ Magnetic susceptibility of the elements and inorganic compounds, in Handbook of Chemistry and Physics 81th edition, CRC press.
  3. ^ Ruyle, George. "Poisonous Plants on Arizona Rangelands" (PDF). The University of Arizona. Dicapai pada 2009-01-05.
  4. ^ Berzelius, J.J. (1818). "Lettre de M. Berzelius à M. Berthollet sur deux métaux nouveaux". Annales de Chimie et de Physique. kedua (dalam bahasa Perancis). 7: 199–206.
  5. ^ Weeks, Mary Elvira (1932). "The discovery of the elements. VI. Tellurium and selenium". Journal of Chemical Education (dalam bahasa Inggeris). 9 (3): 474. Bibcode:1932JChEd...9..474W. doi:10.1021/ed009p474.
  6. ^ S. J. Lippard, J. M. Berg "Principles of Bioinorganic Chemistry" University Science Books: Mill Valley, CA; 1994. ISBN 0-935702-73-3.
  7. ^ Moreno-Reyes, Rodrigo; Mathieu, Jean; Vanderpas, Marleen; Begaux, Françoise; Suetens, Carl; Rivera, Maria T.; Nève, Jean; Perlmutter, Noémi; V (2003). "Selenium and iodine supplementation of rural Tibetan children affected by Kashin-Beck osteoarthropathy". American Journal of Clinical Nutrition. 78 (1): 137–144. doi:10.1093/ajcn/78.1.137. PMID 12816783.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]










ApplySandwichStrip

pFad - (p)hone/(F)rame/(a)nonymizer/(d)eclutterfier!      Saves Data!


--- a PPN by Garber Painting Akron. With Image Size Reduction included!

Fetched URL: http://ms.wikipedia.org/wiki/Selenium

Alternative Proxies:

Alternative Proxy

pFad Proxy

pFad v3 Proxy

pFad v4 Proxy