Content-Length: 128296 | pFad | http://ms.wikipedia.org/wiki/Subwilayah_di_Jepun

Subwilayah di Jepun - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas Pergi ke kandungan

Subwilayah di Jepun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bahagian Pentadbiran Jepun
Peringkat Prefektur
Prefektur
(都道府県 todōfuken)
Peringkat Subwilayah
Subwilayah
(支庁 shichō)


Daerah
(郡 gun)

Peringkat Kawasan Perbandaran
Bandar Terancang
(政令指定都市 seirei-shitei-toshi)


Bandar Utama
(中核市 chūkaku-shi)


Bandar Istimewa
(特例市 tokurei-shi)


Bandar
(市 shi)


Wad Istimewa (Tokyo)
(特別区 tokubetsu-ku)


Pekan
(町 chō, machi)


Kampung
(村 son, mura)

Peringkat Subkawasan Perbandaran
Wad
(区 ku)

Subprefektur adalah cabang pejabat pentadbiran (支庁, shichō) bagi kerajaan sesebuah prefektur di Jepun. Kebiasannya, keluasan kawasan sebuah subprefektur terdiri daripada beberapa buah bandar, pekan dan/atau kampung. Subprefektur dibentuk bagi memberikan perkhidmatan kepada kerajaan prefektur di luar kawasan geografi prefektur Jepun. Sesetengah prefektur Jepun pada masa kini mahupun yang lepas dibahagikan kepada subprefektur.

Subprefektur pada masa kini

[sunting | sunting sumber]

Subprefektur pada masa lalu

[sunting | sunting sumber]
  • Hyōgo, sebuah prefektur yang sangat besar terdiri daripada 10 subprefektur, tetapi kini dikenali sebagai birokrasi penduduk (県民局, kenmin-kyoku).
  • Chiba pula dapat dibahagikan kepada 5 subprefektur sehingga tahun 2003, apabila cabang pejabatnya ditukar nama kepada pusat penduduk.

Tambahan pula, pada tahun 1907 Jepun telah membentuk prefektur Karafuto bagi pentadbiran Pulau Sakhalin. Karafuto telah dibahagikan kepada 4 buah subprefektur yaitu Toyohara (Yuzhno-Sakhalinsk), Maoka (Kholmsk), Esutoru (Uglegorsk) dan Shikuka (Makarov).

Pulau-pulau yang telah didapati oleh Jepun selepas daripada Perjanjian Versailles diletakkan dibawah prefektur Pasifik Selatan (南洋庁, Nan'yōchō) dari tahun 1922 sehingga 1945. Ini telah membawa kepada 6 subprefektur di Pulau Saipan, Pulau Yap, Pulau Palau, Pulau Truk, Pulau Pohnpei, Pulau Jaluit. Pada bulan November 1943, kesemua 6 subprefektur ini digabungkan menjadi subprefektur “timur”, “barat” dan “utara” dibawah Jepun sehinggalah pihak Jepun menyerah kalah.









ApplySandwichStrip

pFad - (p)hone/(F)rame/(a)nonymizer/(d)eclutterfier!      Saves Data!


--- a PPN by Garber Painting Akron. With Image Size Reduction included!

Fetched URL: http://ms.wikipedia.org/wiki/Subwilayah_di_Jepun

Alternative Proxies:

Alternative Proxy

pFad Proxy

pFad v3 Proxy

pFad v4 Proxy