Content-Length: 85957 | pFad | http://ms.wikipedia.org/wiki/Wikipedia:Pautan_reput

Wikipedia:Pautan reput - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas Pergi ke kandungan

Wikipedia:Pautan reput

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Seperti kebanyakan tapak web besar, Wikipedia juga mengalami fenomena yang dikenali sebagai pautan reput. Pautan luar tersebut akan menuding ke laman atau tapak sesawang berkaitan yang sudah tiada, kandungannya telah berubah atau sudah dipindahkan tanpa mengubah penghalaan HTML.[1] Ini memberikan ancaman signifikan kepada dasar kebolehpercayaan Wikipedia dan garis panduan petikan sumbernya.

Secara umumnya, hendaklah maklumat yang dipetik itu tidak dipadam hanya kerana URL ke sumber tersebut tidak lagi berfungsi. Alatan, tatacara dan proses telah disediakan seperti yang digariskan di laman ini.

Mengelakkan pautan reput

[sunting sumber]

Mengarkib secara manual

[sunting sumber]

Cadangan cara untuk menambah baik pengarkiban secara manual:

  • Elakkan URL kosong. Gunakan templat petikan seperti {{petik web}} untuk petikan dan {{webarchive}} untuk bahagian pautan luar.
  • Gunakan perkhidmatan pengarkiban web seperti Internet Archive atau Archive.today. Senarai lengkapnya boleh didapati di sini. Di dalam templat petikan, letakkan URL arkib di |archive-url= dan tambahkan tarikh arkib di |archive-date=. Jika pautan itu masih lagi tersedia, masukkan |url-status=live atau |url-status=dead jika ia telah mati.
  • Untuk menambah lebih daripada satu URL arkib, sebagai jaminan tambahan terhadap gangguan pembekal, templat {{webarchive}} menerima sehingga 10 URL pembekal arkib. Pilihan |format=addlarchives menghasilkan output yang bersesuaian untuk mengekori templat CS1|2. Contoh {{petik web|archive-url=..}}{{webarchive|format=addlarchive|url1=..|url2=..|url3..}} akan memaparkan 4 URL arkib (satu daripada petik web dan tiga lagi daripada webarchive).
  • Jika pautan itu masih lagi hidup dan belum diarkibkan, lawati tapak web perkhidmatan pengarkiban pilihan anda dan membuat permintaan supaya laman itu boleh diarkibkan.
  1. ^ "Carian: link rot". Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 20 Disember 2021.








ApplySandwichStrip

pFad - (p)hone/(F)rame/(a)nonymizer/(d)eclutterfier!      Saves Data!


--- a PPN by Garber Painting Akron. With Image Size Reduction included!

Fetched URL: http://ms.wikipedia.org/wiki/Wikipedia:Pautan_reput

Alternative Proxies:

Alternative Proxy

pFad Proxy

pFad v3 Proxy

pFad v4 Proxy