Content-Length: 158845 | pFad | https://ms.wikipedia.org/wiki/Broken_Hill

Broken Hill - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas Pergi ke kandungan

Broken Hill

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Broken Hill
New South Wales
Argent Street, jalan utama Broken Hill
Koordinat31°57′24″S 141°28′04″E / 31.95667°S 141.46778°E / -31.95667; 141.46778Koordinat: 31°57′24″S 141°28′04″E / 31.95667°S 141.46778°E / -31.95667; 141.46778
Penduduk17,734 (2018)[1]
Ditubuhkan1883
Poskod2880
Ketinggian315 m (1,033 ka)
Zon masaACST (UTC+9:30)
 • Musim panas (DST)ACDT (UTC+10:30)
Lokasi
  • 837 km (520 mi) Barat Laut Melbourne
  • 511 km (318 mi) Timur Laut Adelaide melalui Laluan Negeri A32
  • 1,143 km (710 mi) Barat Sydney melalui Laluan Negeri A32
Kawasan kerajaan tempatanBandar Broken Hill
KauntiYancowinna
Kawasan pilihan raya negeriBarwon
Kawasan pilihan raya persekutuanParkes[2]
Purata suhu maks Purata suhu min Hujan tahunan
24.2 °C
76 °F
11.9 °C
53 °F
241.8 mm
9.5 in

Broken Hill adalah sebuah bandar perlombongan pedalaman di sebelah barat pedalaman New South Wales, Australia. Ia dekat perbatasan dengan Australia Selatan di persimpangan Lebuh Raya Barrier (A32) dan Lebuh Raya Silver City (B79), di Barrier Range. Bandar ini adalah 315 m (1,033 ka) atas permukaan laut, dengan iklim gurun yang panas, dan hujan rata–rata 235 mm (9 in). Bandar besar terdekat adalah Adelaide iaitu ibu negara Australia Selatan yang lebih dari 500 km (311 bt) ke barat daya dan dihubungkan melalui laluan A32.

Bandar ini terkenal dalam sejarah perlombongan, hubungan industri dan ekonomi Australia setelah penemuan bijih perak menyebabkan pembukaan pelbagai lombong, sehingga menjadikan Broken Hill mendapat pengiktirafan sebagai bandar perlombongan yang makmur hingga tahun 1990–an. Walaupun mengalami keadaan ekonomi yang perlahan hingga akhir 1990–an dan 2000–an, Broken Hill sendiri tersenarai dalam Senarai Warisan Nasional pada tahun 2015 dan kekal sebagai bandar perlombongan paling lama berkhidmat di Australia.

Broken Hill secara sejarahnya dianggap sebagai salah satu bandar pesat di Australia, telah dipanggil sebagai "The Silver City" (Bandar Perak), dan lebih jarang disebut sebagai "Oasis of the West" (Oasis Barat), serta "Capital of the Outback" (Ibu Kota Outback). Walaupun lebih dari 1,100 km (680 bt) sebelah barat Sydney dan dikelilingi oleh separa padang pasir, bandar ini mempunyai pameran taman dan kebun kecil yang terkenal dan menawarkan sejumlah tarikan, seperti Living Desert Sculptures (Seni Arca Gurun Hidup).[3] Bandar ini berpotensi tinggi untuk tenaga solar kerana cahaya matahari siang yang panjang.[4] Loji Suria Broken Hill yang siap dibina pada tahun 2015 adalah salah satu yang terbesar di Hemisfera Selatan.[5]

Penduduk terkenal

[sunting | sunting sumber]
  • Steve Abbott – pelawak
  • Jack Absalom – (1927–2006) artis
  • Troy Andrews – pemain bola keranjang dan penembak berkerusi roda [6]
  • June Bronhill – (nama kelahiran June Mary Gough, 1929–2005) Penyanyi opera ringan dan penyanyi teater muzikal Australia yang terkenal di peringkat antarabangsa, di mana nama pentasnya diadaptasi dari potongan nama kampung halamannya (Broken Hill kepada Bronhill)
  • Stuart Bown – pemain bola sepak Australia
  • Chad Bugeja – pemain bola sepak persatuan
  • Trevor Butler – pemenang Big Brother Australia 2004
  • John Casey – pengulas
  • Murray Farquhar – 1918–1993) Ketua Majistret Penasihat NSW (1971–1977)
  • Stewart Finlay-McLennan – pelakon
  • "Lord Tim" Grose – (Tim Ian Grosse) pemuzik heavy metal
  • Florence May Harding – (1908–1971) artis dan guru
  • Pro Hart – (Kevin Charles Hart 1928–2006)) artis [7]
  • Ion Idriess – (1889–1979) novelis
  • Roy Inwood – Penerima Victoria Cross
  • Rae Desmond Jones – penyair dan novelis
  • Albert Morris – penulis esei dan naturalis
  • Ronald Sydney Nyholm – ahli kimia dan guru
  • Corey Page – pelakon
  • Chips Rafferty – pelakon
  • Stephen Rowe – penyanyi, penulis lagu
  • Robin Sellick – jurugambar komersial
  • Richard Thilthorpe Slee – Pengurus Besar, BHP Mine
  • Dean Solomon – pemain bola sepak Australia
  • Brent Staker – pemain bola sepak Australia
  • Thelma Thomas – pereka pakaian
  • Nikki Visser – model dan pelakon
  • Taylor Walker – pemain bola sepak Australia
  • Susan Dorothea White – Artis
  • Edward Emerton Warren – Ahli perniagaan
  • David Simmons – Bekas ahli parlimen persekutuan untuk Calare dan Menteri
  • The Kid Laroi – Artis
  • Dame Mary Gilmore – Penyair Australia yang terkenal (Dame Mary Gilmore - née Mary Jane Cameron, tiba di Silverton Public School pada Oktober 1887 hingga Disember 1889 untuk bekerja sebagai Penolong Guru. Sebilangan puisi awalnya diterbitkan di Silver Age.
Bandar perlombongan ikonik di Australia yang berlatarkan timbunan amang (bahan buangan lombong) dari Line of Lode.
Panorama di Broken Hill, berlatarkan timbunan amang seakan bukit disepanjang gambar

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "3218.0 – Regional Population Growth, Australia, 2017–18: Population Estimates by Significant Urban Area, 2008 to 2018". Australian Bureau of Statistics. Australian Bureau of Statistics. 27 March 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 March 2019. Dicapai pada 22 April 2019. Anggaran jumlah penduduk, 30 Jun 2018.
  2. ^ "Profile of the electoral division of Parkes (NSW)". Australian Electoral Commission. 25 February 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 July 2016. Dicapai pada 12 July 2016.
  3. ^ "Broken Hill". Destination NSW. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 July 2013. Dicapai pada 17 June 2013.
  4. ^ "Broken Hill Solar Plant". AGL. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 April 2016. Dicapai pada 19 April 2016.
  5. ^ "How Broken Hill became a solar power trailblazer". The Sydney Morning Herald. 22 December 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 December 2015. Dicapai pada 19 April 2015.
  6. ^ "Athletes at the 1996 Atlanta Paralympics: Wheelchair Basketballers". Australian Sports Commission. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 January 2000. Dicapai pada 18 May 2014.
  7. ^ "Pro Hart on the National Film and Sound Archive of Australia's australianscreen online". Diarkibkan daripada yang asal pada 21 January 2013. Dicapai pada 23 October 2012.

Bacaan lanjut

[sunting | sunting sumber]
* From This Broken Hill "Ini adalah potret ... sebuah bandar dan sekitarnya. Ini adalah koleksi fotografi, puisi dan prosa di sekitar tempat ini. ", 2009

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]








ApplySandwichStrip

pFad - (p)hone/(F)rame/(a)nonymizer/(d)eclutterfier!      Saves Data!


--- a PPN by Garber Painting Akron. With Image Size Reduction included!

Fetched URL: https://ms.wikipedia.org/wiki/Broken_Hill

Alternative Proxies:

Alternative Proxy

pFad Proxy

pFad v3 Proxy

pFad v4 Proxy