Cipta kesan skrin terpisah dalam iMovie pada Mac
Anda boleh menyambungkan klip pada klip lain agar kedua-dua klip boleh dimainkan pada masa yang sama, menggunakan kesan skrin terpisah. Anda juga boleh memilih sama ada klip bersambung muncul di sebelah kiri, kanan, atas atau bawah bingkai dan sama ada klip bersambung meluncur masuk ke dalam bingkai. Jika anda menambah transisi luncur masuk, anda boleh setkan tempohnya.
Cipta klip skrin terpisah
Dalam app iMovie pada Mac anda, pilih klip atau julat yang anda mahu tunjukkan pada masa yang sama dengan klip lain dan seretnya ke atas klip dalam garis masa.
Apabila anda melihat ikon Tambah (+) hijau, lepaskan butang tetikus.
Jika kawalan tindanan video tidak dipaparkan, klik butang Seting Tindanan Video.
Klik menu timbul di bahagian kiri dan pilih Skrin Terpisah.
Kawalan skrin terpisah muncul di atas pemapar, manakala versi dipangkas kedua-dua klip muncul dalam pemapar.
Untuk mengubah bila kesan skrin terpisah muncul, seret klip skrin terpisah dalam garis masa sehingga bersambung dengan tempat lain dalam klip di bawah, atau seret ke klip lain. Anda juga boleh menyeret hujung untuk memanjangkan atau memendekkannya.
Untuk menggunakan perubahan, klik butang Guna dalam kawalan skrin terpisah.
Laras klip skrin terpisah
Dalam app iMovie pada Mac anda, pilih klip skrin terpisah dalam garis masa.
Jika kawalan skrin terpisah tidak dipaparkan, klik butang Seting Tindanan Video.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Setkan tempat klip bersambung muncul dalam bingkai: Klik menu timbul Kedudukan dan pilih pilihan.
Tambah transisi luncur masuk dan setkan tempohnya: Seret gelangsar Slaid.
Jika tempoh transisi disetkan kepada sifar, tiada transisi muncul.
Untuk menggunakan perubahan, klik butang Guna dalam kawalan skrin terpisah.