Ketahui makna ikon status iPhone
Ikon dalam bar status di bahagian atas skrin membekalkan maklumat tentang iPhone. Pada iPhone dengan Face ID, terdapat ikon status tambahan di bahagian atas Pusat Kawalan.
Ikon status | Apakah maksudnya | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Isyarat sel Bilangan bar menunjukkan kekuatan isyarat perkhidmatan selular anda. Jika tiada isyarat, “Tiada Servis” akan muncul. | |||||||||||
Isyarat sel dwi Pada model dengan Dwi SIM, baris lebih atas bar menunjukkan kekuatan isyarat talian yang anda gunakan untuk data selular. Baris lebih bawah bar menunjukkan kekuatan isyarat talian lain anda. Jika tiada isyarat, “Tiada Servis” akan muncul. Untuk melihat ikon status dengan label pelan selular dan nama pembawa sepadannya, buka Pusat Kawalan. | |||||||||||
Mod Pesawat Mod Pesawat diaktifkan—anda tidak boleh membuat panggilan telefon dan fungsi wayarles lain mungkin dinyahdayakan. Lihat Pilih seting iPhone untuk mengembara. | |||||||||||
LTE Rangkaian LTE pembawa anda tersedia dan iPhone boleh bersambung ke Internet melalui rangkaian tersebut (tidak tersedia di semua negara atau rantau). Lihat Lihat atau tukar seting selular pada iPhone. | |||||||||||
5G E Rangkaian 5G E pembawa anda tersedia dan iPhone boleh bersambung ke Internet melalui rangkaian tersebut (disokong pada iPhone 8 dan lebih baru; tidak tersedia di semua rantau). Lihat Lihat atau tukar seting selular pada iPhone. | |||||||||||
UMTS Rangkaian 4G UMTS (GSM) atau LTE pembawa anda (bergantung pada pembawa) tersedia dan iPhone boleh bersambung ke Internet melalui rangkaian tersebut (tidak tersedia di semua negara atau rantau). Lihat Lihat atau tukar seting selular pada iPhone. | |||||||||||
UMTS/EV-DO Rangkaian 3G UMTS (GSM) atau EV-DO (CDMA) pembawa anda tersedia dan iPhone boleh bersambung ke Internet melalui rangkaian tersebut. Lihat Lihat atau tukar seting selular pada iPhone. | |||||||||||
EDGE Rangkaian EDGE (GSM) pembawa anda tersedia dan iPhone boleh bersambung ke Internet melalui rangkaian tersebut. Lihat Lihat atau tukar seting selular pada iPhone. | |||||||||||
GPRS/1xRTT Rangkaian GPRS (GSM) atau 1xRTT (CDMA) pembawa anda tersedia dan iPhone boleh bersambung ke Internet melalui rangkaian tersebut. Lihat Lihat atau tukar seting selular pada iPhone. | |||||||||||
Panggilan Wi-Fi iPhone diset untuk panggilan Wi-Fi. iPhone juga memaparkan nama pembawa bersebelahan ikon. Lihat Buat panggilan pada iPhone. | |||||||||||
Wi-Fi iPhone disambungkan ke Internet melalui rangkaian Wi-Fi. Lihat Sambungkan iPhone ke rangkaian Wi-Fi. | |||||||||||
iPhone Hotspot Peribadi disambungkan ke Internet menerusi Hotspot Peribadi peranti lain. Lihat Sertai Hotspot Peribadi. | |||||||||||
Penunjuk Hotspot Peribadi Gelembung atau bar biru menunjukkan yang iPhone menyediakan Hotspot Peribadi atau Pencerminan Skrin, atau app sedang menggunakan lokasi anda dengan aktif. Lihat Kongsi sambungan Internet anda daripada iPhone. | |||||||||||
Penunjuk Panggilan Gelembung atau bar hijau menunjukkan yang iPhone dalam panggilan. Lihat Buat panggilan pada iPhone. | |||||||||||
Penunjuk Panggilan Gelembung atau bar merah menandakan yang iPhone sedang merakam bunyi atau merakam skrin anda. Lihat Buat rakaman dalam Memo Suara pada iPhone. | |||||||||||
CarPlay iPhone disambungkan ke CarPlay. Lihat Sambungkan iPhone ke CarPlay. | |||||||||||
Penyelarasan iPhone sedang diselaraskan dengan komputer anda. Lihat Selaraskan iPhone dengan komputer anda. | |||||||||||
Aktiviti rangkaian Menunjukkan bahawa terdapat aktiviti rangkaian. Beberapa app pihak ketiga juga mungkin menggunakannya untuk menunjukkan proses aktif. | |||||||||||
Pemajuan Panggilan Pemajuan Panggilan disediakan. Lihat Sediakan pemajuan panggilan atau panggilan menunggu (GSM). | |||||||||||
VPN Anda bersambung kepada rangkaian menggunakan VPN. Lihat Gunakan VPN pada iPhone. | |||||||||||
TTY RTT / TTY Perisian atau TTY Perkakasan diaktifkan. Lihat Sediakan dan gunakan RTT dan TTY pada iPhone. | |||||||||||
Kunci iPhone dikunci. Lihat Akses ciri daripada skrin Kunci iPhone. | |||||||||||
Jangan Ganggu Jangan Ganggu diaktifkan. Lihat Setkan Jangan Ganggu pada iPhone. | |||||||||||
Kunci orientasi potret Skrin iPhone dikunci dalam orientasi potret. Lihat Tukar atau kunci orientasi skrin pada iPhone. | |||||||||||
Perkhidmatan Lokasi Item sedang menggunakan Perkhidmatan Lokasi. Lihat Setkan app yang boleh mengakses lokasi anda pada iPhone. | |||||||||||
Penggera Penggera disetkan. Lihat Setkan penggera atau jadual waktu tidur pada iPhone. | |||||||||||
Fon kepala disambung iPhone dipasangkan dengan fon kepala Bluetooth yang diaktifkan dan dalam linkungan Bluetooth. Lihat Sediakan dan dengar fon kepala Bluetooth. | |||||||||||
Bateri Bluetooth Menunjukkan paras bateri peranti Bluetooth yang dipasangkan. | |||||||||||
Bateri Menunjukkan paras bateri iPhone. Apabila ikon berwarna kuning, Mod Kuasa Rendah diaktifkan. Lihat Cas dan pantau bateri iPhone. | |||||||||||
Bateri Mengecas Menunjukkan bateri iPhone sedang dicas. Lihat Cas dan pantau bateri iPhone. | |||||||||||
AirPlay AirPlay diaktifkan. Lihat Strim video dan foto ke Apple TV atau TV pintar secara wayarles daripada iPhone. | |||||||||||
Kawalan Suara Kawalan Suara diaktifkan dalam Seting > Kebolehcapaian dan Siri sedia untuk permintaan anda. Lihat Kawal iPhone dengan suara anda. | |||||||||||
Siri Eyes Free Siri tersedia untuk permintaan dituturkan anda dalam kereta anda. Lihat Gunakan Siri dalam kereta anda. |