Sesuaikan butang Tindakan pada model Apple Watch Ultra
Pada model Apple Watch Ultra, butang Tindakan yang boleh disesuaikan memberi anda kawalan fizikal cepat untuk pelbagai fungsi. Ia boleh melakukan perkara seperti memulakan latihan, menandakan Titik Tengah Kompas atau memulakan penyelaman.
Fungsi yang tersedia untuk butang Tindakan
Sesetengah tindakan menawarkan pilihan tambahan apabila anda menekan butang Tindakan dan sisi secara serentak. Senarai berikut tidak menyeluruh; app pihak ketiga mungkin meyokong butang Tindakan.
Tindakan | Apa yang ia lakukan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Latihan | Tekan sekali: Pergi ke app Latihan atau mulakan latihan dipilih. Tekan lagi: Lakukan tindakan sekunder berdasarkan latihan yang dipilih. Tekan butang Tindakan dan butang sisi: Jeda. | ||||||||||
Jam Randik | Tekan sekali: Mulakan. Tekan lagi: Tandakan pusingan. Tekan butang Tindakan dan butang sisi: Jeda. | ||||||||||
Titik Tengah | Lepaskan Titik Tengah Kompas | ||||||||||
Backtrack | Tekan sekali: Rakam laluan anda. Tekan butang Tindakan dan butang sisi: Togol antara Rakam dan Jejak Semula. | ||||||||||
Selam | Tekan sekali: Mulakan selaman. Tekan butang Tindakan dan butang sisi: Lakukan tindakan sekunder berdasarkan app selaman yang dipilih. | ||||||||||
Lampu suluh | Tekan sekali: Aktif Tekan lagi: Tidak Aktif | ||||||||||
Pintasan | Mulakan pintasan yang dipilih. | ||||||||||
Memo Suara | Tekan sekali: Mulakan memo suara. Tekan lagi: Berhenti merakam. | ||||||||||
Terjemah | Tekan sekali: Mula menterjemah. Tekan lagi: Berhenti menterjemah. | ||||||||||
Kebolehcapaian | Tekan sekali: Aktifkan ciri Kebolehcapaian dipilih. Tekan lagi: Nyahaktifkan ciri Kebolehcapaian dipilih. | ||||||||||
Cam Muzik | Tekan sekali: Dengar dan kenal pasti muzik. Tekan lagi: Berhenti. |
Sesuaikan butang Tindakan
Pada model Apple Watch Ultra, anda diminta untuk memilih fungsi bagi butang Tindakan semasa persediaan. Anda boleh menukar fungsi pada bila-bila masa.
Pergi ke app Seting pada Apple Watch Ultra.
Ketik Butang Tindakan, kemudian lakukan mana-mana daripada berikut:
Tukar tindakan: Ketik Tindakan, kemudian pilih tindakan seperti Latihan, Backtrack atau Selam.
Petua: Anda boleh menukar tindakan kemudian menggunakan Penukaran Cepat.
Pilih app: Jika tindakan dipilih disokong oleh lebih daripada satu app, ketik app yang ditunjukkan, kemudian pilih app yang berbeza.
Tukar tindakan tersedia di Penukaran Cepat. Ketik Penukaran Cepat, kemudian aktifkan atau nyahaktifkan mana-mana tindakan tersedia. Anda juga boleh menyahaktifkan Penukaran Cepat.
Nyahaktfikan Siren: Jika anda tidak mahu mengaktifkan Siren dengan menekan dan menahan butang Tindakan, nyahaktifkan “Tahan untuk Mengaktifkan”.
Tukar fungsi butang Tindakan dengan cepat
Pada model Apple Watch Ultra, anda boleh melakukan yang berikut:
Tekan dan tahan butang Tindakan.
Pilih tindakan.
Untuk menyesuaikan Penukaran Cepat, pergi ke app Seting , ketik Butang Tindakan, ketik Penukaran Cepat, kemudian pilih tindakan yang anda mahu sertakan dalam Penukaran Cepat. Anda juga boleh menyahaktifkan Penukaran Cepat.
Nyahaktifkan butang Tindakan
Pergi ke app Seting pada Apple Watch Ultra.
Ketik Butang Tindakan, ketik Tindakan, kemudian ketik Tiada.