10 RAHSIA PELAJAR Cemerlang
10 RAHSIA PELAJAR Cemerlang
10 RAHSIA PELAJAR Cemerlang
Misalnya, dgn berkata aku mau menjadi menjadi seorang pelajar cemerlang dan berjasa itu merupakan satu matlamat yg kabur dan tidak merangsang jiwa. Sebaliknya dgn berkata aku mahu menjadi seorang Doktor Pakar Bedah lulusan luar negara dan bekerja di Hospital Pakar Pantai Puteri ITU MERUPAKAN matlamat yg jelas dan mampu merangsang jiwa. Kalau anda tau anda mahu jadi Doktor Pakar Bedah maka cuba fikirkan sekarang universiti mana yg anda mau belajar nanti? Apa keputusan SPM yg patut anda perolehi? Anda tidak boleh menjadi seorang doktor sekiranya gagal dalam subjek Bahasa Inggeris atau Biologi. Oleh itu anda mesti pastikan anda peroleh keputusan yg baik dlm kedua-dua subjek ini. Setelah tahu matlamat anda, maka rangkalah sasaran peperiksaan anda sekarang. Misalnya, kalau sekarang markah Mathematics anda cuma 40% sahaja, maka letakkanlah satu sasaran yg lebih tinggi misalnya 80% selepas ini. Dalam meletakkan sasaran jangan terlalu fikirkan sangat sama ada ia boleh dicapai atau tidak sebaliknya fikirkan adakah anda benar-benar mahukannya atau tidak. Sebab jika anda mahukannya maka pasti sentiasa ada jalan untuk mengusahakannya. Kemahuan yg membara ini sentiasa memberikan anda tenaga tambahan dlm berusaha.
Fikirkan dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh mengenai 4 persoalan ini. Apa sbenarnya yg aku mahukan dlm hidup ini? Bila aku mahukannya 1 tahun, 2 tahun, 5 tahun? Kenapa aku mahukannya? Bagaimana aku boleh mendapatkannya? CONTOH MATLAMAT Apa yg aku mahukan dalam peperiksaan? Aku nak 8A dalam PMR Bila ia mahu dicapai? Peperiksaan percubaan dan peperiksaan sebenar PMR tahun 2010 Kenapa aku mesti mencapainya? Untuk membuktikan kpd kawan2 yg aku ada kebolehan Untuk memenuhi hasrat ibu bapa Sebab keluarga aku miskin dan aku nak bela nasib mereka Sebab guru memperlekeh kemampuan aku Bagaimana? Aku mesti belajar sekurang-kurangnya 3 jam sehari Aku mesti melatih 20 soalan setiap hari Kerja sekolah mesti siap TV dan sembang-sembang kosong mesti dikurangkan Pencapaian ujian bulanan mesti bagus Aku mesti berkawan dgn mereka yg boleh bantu aku Aku mesti ketepikan soal hati, perasaan dan cinta monyet
Rahsia 2: Percaya
Pelajar cemerlang percaya bahawa mereka boleh cemerlang.
Hanya faktor masa sahaja yg akan membuktikan segala usahanya. Mereka tidak pernah ragu-ragu dengan kemampuan mereka utk melakukan apa sahaja dan sanggup berkorban untuk berjaya.
Thomas Edison gagal lebih 10 000 kali sebelum berjaya mencipta mentol. Colonel Sanders pula gagal lebih 1000 kali sebelum berjaya mencipta resipi ayam goreng KFC. Adik beradik Wright terpaksa berdepan dgn pelbagai cemuhan masyarakat sebelum akhirnya berjaya mencipta kapal terbang. Apakah persamaan yg ada pada mereka yg telah berjaya ini? Mereka percaya bahawa walau apa sekalipun cabaran dan halangan, kejayaan pasti akan menjelma. Mereka percaya benar-benar tanpa sebarang keraguan. Mereka sanggup menunggu saat kecemerlangan itu tiba walaupun terpaksa melakukannya ribuan kali. Alasannya cukup mudah ANDA ADALAH INSAN TERHEBAT YANG DICIPTA TUHAN. Buktinya dlm sehari:
Jantung anda berdegup 103 689 kali Darah anda berjalan 270 369 792 km Anda bernafas 23 040 kali Anda menyedut 12 meter padu udara Anda makan 1.5 kg makanan Anda minum 2.75 liter air Anda bercakap 25 800 hingga 30 000 patah perkataan Anda gerakkan otot-otot badan 750 kali Kuku anda tumbuh 0.000046 inci Rambut anda tumbuh 0.01714 inci Anda gerakkan 7 000 000 sel otak Otak anda boleh menyimpan lebih 125 500 000 000 000 maklumat
Contoh Orang Yang Percaya Nur Amalina Che Bakri adalah pelajar yg telah memecahkan rekod kebangsaan dengan mencapai 17 A1 dlm keputusan peperiksaan SPM 2004. Tetapi tahukah anda, Nur Amalina tidak akan mampu melakukannya tanpa dia terlebih dahulu percaya yg dia boleh. Kepercayaan tentang kemampuan dirinya tidak pernah tergugat membuatkan dia terus berusaha meskipun mungkin ramai yg meragui cita-citanya. Antara resepi Nur Amalina ialah: Cabar diri dan yakin untuk dapat 17 A1 Gantung dan tampal gambar serta keratan akhbar tentang kejayaan Ada kata-kata hikmah sebagai pegangan hidup Jaga pemakanan tidak ambil minuman bergas, makanan segera dan organ dalaman binatang Punya matlamat dan cita-cita yg jelas iaitu hendak menjadi Doktor Pakar Sakit Puan Membuat jadual sendiri dan berdisiplin mematuhinya Menyiapkan kerja sekolah sebelum mengulangkaji Setiap pagi beliau menetapkan apa yg mahu dilakukan pada hari itu Aktif dalam ko-kurikulum seperti menjuarai pertandingan pidato Membaca lebih dripada 500 buku setahun dan menjadi Tokoh Nilam
Walaupun begitu, tumpuan dalam kelas adalah penyumbang terbesar dalam mencapai markah 100% ini. Sejak kecil anda disuruh beri tumpuan tetapi persoalannya bagaimanakah untuk memberi tumpuan sepenuhnya? Adakah dgn melihat dan mendengar 100% itu memadai untuk menjadi pelajar cemerlang? Sebenarnya dlm memberikan tumpuan anda perlu melakukan beberapa perkara yg sangat penting iaitu: Jangan alih mata Dengar dan fahamkan Awasi minda Awasi diri Buat catatan Ramai pelajar sekadar duduk dlm kelas dan mendengar apa yg disampaikan oleh guru. Akibatnya ramai yg selepas kelas hanya mendapat 30% sahaja daripada apa yg guru ajarkan. Sebahagian besarnya anda lupa dan tidak faham. Sebab itulah penting untuk anda membuat catatan. Anda hendaklah mencatat perkara yg berikut: Apa yg ditulis DAN dipapar oleh guru di papan putih atau projektor Apa yg diucapkan secara lisan oleh guru. Ada kalanya guru tidak memaparkan atau menulis apa yg mau disampaikannya. Sebaliknya dia menceritakannya secara lisan. Di sinilah pelajar perlu cekap memasang telinga dan mencatat apa sahaja maklumat penting Perkara yg tidak faham. Tidak semua yg guru ajarkan itu kita faham. Tetapi masalahnya kebanyakan pelajar sekadar membiarkan saja apa yg mereka tak faham. Untuk menyedapkan hati mereka, mereka pujuk hati mereka, berkata tak apa, awal lagi, nanti aku bacalah. Masalahnya, mereka tidak ambil apaapa tindakan pun. Semakin hari, semakin banyak perkara yg mereka tak faham. Akibatnya, apabila keputusan pepeiksaan mereka jatuh, mereka akan cakap pelajaran tu susah, guru tak pandai mengajar, kawan-kawan kacau, dan macam-macam lagi. Hakikat sebenarnya ialah, mereka tidak selesaikan masalah tidak faham itu dari awal lagi. Soalan-soalan. Ada kalanya pelajar mempunyai soalan yg mahu ditanya tetapi tak sempat kerana guru sudah pun keluar. Ramai pelajar membiarkan saja soalan-soalan itu dan akhirnya lupa. Apabila ada soalan, catatlah soalan itu..... supaya anda boleh bertanya kepada guru di lain masa.
Tanya diri anda dgn 7 soalan iaitu Apa? Siapa? Bila? Di mana? Kenapa? Bagaimana? dan Berapa? Soalansoalan itu akan membuatkan anda berfikir secara kritis semasa guru mengajar dan ini akan meningkatkan lagi tumpuan dan minat anda. Libatkan diri secara aktif dalam kelas dan sentiasa berusaha untuk menarik perhatian guru dengan kesungguhan dan kerajinan anda. Jangan lupa membuat catatan seperti yg telah dibincangkan sebelum ini. Selepas Kelas Selepas kelas lakukan perkara berikut: Semak seimbas apa yg telah dipelajari kerana manusia biasa akan lupa 80% dripada apa yg telah dipelajari hanya dlm masa 24 jam. Semak pemahaman dan nota anda sebab apa yg anda sangka faham itu belum tentu betul. Adakan perbincangan secara kumpulan. Oleh itu, masalah dapat diselesaikan dengan bantuan rakan-rakan yg lain. Memperkayakan bahan melaui bacaan tambahan.
Kerana kawan, seorang pelajar yg lemah boleh berjaya, dan kerana kawan juga seorang pelajar yg pandai boleh gagal. Tidak salah punyai ramai kenalan tetapi sebaiknya kawan yg rapat itu cukuplah sekadar beberapa orang sahaja. Berkawan dengan mereka yg punya matlamat dan mahu berjaya dlm pelajarannya. Cari kawan yg menjaga agamanya sebab anda pasti tidak akan rugi jika berkawan dgn rakan sebegini. Elakkan cinta monyet kerana apabila anda dewasa anda punyai masa yg cukup untuk menjalin hubungan yg serius tanpa menggadaikan masa depan anda sendiri. Renungkan pepatah Arab ini: Bersahabat dengan penjual minyak wangi nescaya bau wanginya akan terkena pada diri anda
masalah yg tidak difahami dlm satu buku nota. Sewaktu belajar berkumpulan, fokuskan kepada penyelesaian masalah. Setiap pelajar nyatakan apa yg mereka tak faham dan bincangkan penyelesaiannya. Dengan cara ini semua pelajar berpuas hati sebab melalui perbincangan kumpulan, masalah sudah selesai. Jika penyelesaian masalah tidak dapat ditemui, buat satu temujanji dgn guru dan semua ahli sama-sama pergi berjumpa guru untuk dapatkan penjelasan. 6. Perlu juga untuk ahli kumpulan bersama-sama menjalani aktiviti luar. Ini untuk mengeratkan persahabatan dan memahami watak dan perangai masing-masing. Sebab dgn memahami rakanlah maka kita dpt bersahabat dgn baik.
belajar 1 jam di waktu Subuh, 1 jam di waktu petang dan 3 jam di waktu malam. Ini menjadikan jumlah masa belajar anda 5 jam sehari. Yang penting adalah bukan berapa lama belajar tapi berapa banyak yg anda belajar.Tak ada gunanya kalau anda belajar 3 jam tapi bahan yg anda pelajari itu boleh dihabiskan dalam masa 1 jam sahaja sekiranya anda benar-benar fokus. Tahap konsentrasi atau tumpuan belajar adalah berbeza. Ada pelajar boleh tumpu selama 60 minit, ada pula yg hanya bertahan 20 minit. Jangan paksa diri anda. Sekiranya anda rasakan tumpuan anda mula terganggu, rehatlah seketika iaitu lebih kurang 5 minit. Selepas itu sambung semula belajar. Sebelum anda sambung belajar, imbas kembali apa yg telah anda baca sebelumnya. Kalau begitu, anda perlu tahu tahap konsentrasi anda. Jika anda hanya mampu fokus selama 20 minit, maka selepas 20 minit belajar ambil rehat selama 5 minit. Kemudian sambung semula 20 minit lagi, kemudian rehat 5 minit, kemudian sambung lagi 20 minit. Dengan ini cukuplah 1 jam tempoh anda belajar. Dalam satu sesi belajar, pelbagaikan aktiviti belajar supaya anda tidak jemu.Selang-selikan aktiviti membaca dgn membuat nota, menceritakan semula apa yg telah dipelajari, membuat peta konsep/ peta minda, menjawab soalan-soalan, lakar rajah dan sebgainya. Jangan letakkan matlamat membaca yg terlalu besar. Misalnya, meletakkan matlamat utk membaca 100 muka surat dlm masa 1 jam adalah tidak realistik.Sebaliknya, matlamat untuk menghabiskan dan memahami 20 muka surat lebih munasabah dan boleh dicapai.
Sediakan jadual belajar atau perancangan mingguan tentang bahan-bahan yang mahu diulangkaji. Dengan adanya jadual belajar ini maka anda tahu berapa banyak bahan yang perlu dihabiskan setiap minggu bagi membolehkan anda bersedia sebelum peperiksaan. Sediakan senarai tugas harian (TO DO lists) pada malam sebelumnya.Maknanya anda tahu apa yg mahu disiapkan esok hari. Tentukan tahap keutamaan dan kepentingan setiap butiran yg disenaraikan. Rekodkan senarai itu dalam satu kertas bagi memantau tindakan anda menjayakan perancangan anda. Pangkah setiap tugas yg telah selesai dengan jayanya dalam senarai TO DO lists anda. Memberi ganjaran kepada diri anda setiap kali anda berjaya mencapai setiap perancangan yg telah anda senaraikan. Pelbagai bentuk ganjaran yg boleh dilakukan seperti bermain, berehat, menonton TV dan sebagainya. Fokus sekurang-kurangnya 50% daripada masa belajar anda terhadap proses output iaitu proses
mengalahkan Nur Amalina Che Bakri tapi esoknya malas bukan main. Perasaan rajin dan malasnya turun
Adalah satu kesilapan apabila anda fikir anda telah pun bersedia tanpa terlebih dahulu mengukur kebolehan anda untuk cemerlang.
Dapatkan soalan-soalan tahun lepas dan jawab mengikut masa dan format seperti dalam peperiksaan sebenar.
Pastikan anda bukan sekadar membaca dan menghafal sahaja tetapi anda perlu konsisten melakukan proses pembelajaran output seperti menjawab soalan, menceritakan semula apa yg telah dibaca, berbincang, mengajar kawan dan membuat nota-nota output.