Aktif Ke Pasif
Aktif Ke Pasif
Aktif Ke Pasif
2. Ibu bapa harus mengawasi tingkah laku anak-anak supaya mereka tidak tersalah
langkah.
Tingkah laku anak-anak harus diawasi oleh ibu bapa supaya mereka tidak tersalah
langkah.
3. Puan Sarah menghadiahi Atiqah sebuah kereta Kancil setelah lulus dalam ujian
memandu.
Setelah lulus dalam ujian memandu, Atiqah dihadiahi oleh Puan Sarah sebuah
kereta Kancil.
Atiqah dihadiahi oleh Puan Sarah sebuah kereta Kancil setelah lulus dalam ujian
memandu.
4. Ayah saya menyambut kedatangan birasnya yang baru tiba dari Sabah.
Kedatangan biras ayah saya yang baru tiba dari Sabah disambut oleh ayah.
5. Dia mendayung sampan itu dengan laju dengan harapan untuk mendapat tempat
pertama dalam
pertandingan tersebut.
Sampan itu didayung olehnya dengan laju dengan harapan untuk mendapat
tempat pertama dalam pertandingan tersebut.
LATIHAN SPM 2
Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.
1. Saya membeli rumah mewah di atas bukit itu dengan duit titik peluh saya sendiri.
Rumah mewah di atas bukit itu saya beli dengan duit titik peluh saya sendiri.
2. Ibu Anita membuat kuih bahulu yang sedap itu sempena hari lahir Kalsom.
Kuih bahulu yang sedap itu dibuat oleh ibu Anita sempena hari hari lahir Kalsom.
LATIHAN SPM 3
Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.
1. Kamu perlu membereskan kerja yang diberikan oleh guru sebelum pulang nanti.
Kerja yang diberikan oleh guru perlu kamu bereskan sebelum pulang nanti.
LATIHAN SPM 4
Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.
1. Saya telah mengirimi adik wang saku untuk keperluannya belajar di luar negara.
Wang saku adik telah saya kirim untuk keperluannya belajar di luar negara.
Adik telah saya kirimi wang saku untuk keperluannya belajar di luar negara.
2. Ayah menghadiahi emak seutas rantai emas sempena ulang tahun perkahwinan
mereka.
Emak dihadiahi oleh ayah seutas rantai emas sempena ulang tahun perkahwinan
mereka.
5. Kakak memasukkan sedikit garam ke dalam gulai yang sangat saya gemari.
Sedikit garam dimasukkan oleh kakak ke dalam gulai yang sangat saya gemari.
LATIHAN SPM 5
Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.
2. Saya mengangkat beg besar itu masuk ke bilik hotel dengan segera.
Beg besar itu saya angkat masuk ke bilik hotel dengan segera.
LATIHAN SPM 6
Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.
3. Ayah telah berjaya menangkap seekor rusa jantan sewaktu memburu di hutan.
Seekor rusa jantan telah berjaya ditangkap oleh ayah sewaktu memburu di hutan.
4. Adlin telah memetik buah rambutan di belakang rumah untuk diberi kepada Siva.
Buah rambutan di belakang rumah telah dipetik oleh Adlin untuk diberikan kepada
Siva.
5. Adik terpaksa menyapu halaman rumah kami setiap hari kerana banyak daun
yang gugur.
Halaman rumah kami terpaksa disapu setiap hari oleh adik kerana banyak daun
yang gugur.
Halaman rumah kami terpaksa disapu oleh adik setiap hari kerana banyak daun
yang gugur.
LATIHAN SPM 7
Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.
2. Semua orang menentang kadar baru tol kerana membebankan orang ramai.
Kadar baru tol ditentang oleh semua orang kerana membebankan orang ramai.
5. Baginda menganugerahi pahlawan itu bintang kehormat dalam satu istiadat yang
berlangsung di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang.
Pahlawan itu dianugerahi oleh baginda bintang kehormat dalam satu istiadat yang
berlangsung di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang.
LATIHAN SPM 8
Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.
2. Ibu bapa perlu menerapkan nilai-nilai murni kepada anak sejak kecil lagi.
Nilai-nilai murni perlu diterapkan oleh ibu bapa kepada anak sejak kecil lagi.
3. Guru Bahasa Melayu menghadiahi pelajar itu sebatang pen setelah berjaya
memperoleh A dalam peperiksaan percubaan SPM.
Pelajar itu dihadiahi oleh guru Bahasa Melayu sebatang pen setelah berjaya
memperoleh A dalam peperiksaan percubaan SPM.
LATIHAN SPM 9
4. Ketua kampung menegur sikap Karim dan Derus yang suka menghabiskan masa
di warung.
Sikap Karim dan Derus ditegur oleh ketua kampung yang suka menghabiskan
masa di warung.
Sikap Karim dan Derus yang suka menghabiskan masa di warung ditegur oleh
ketua kampung.
LATIHAN SPM 10
Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.
4. Kamu perlu menyiapkan tugasan yang diberi pada hari ini juga.
Tugasan yang diberi perlu kamu siapkan pada hari ini juga.