Karangan Tidak Rasmi
Karangan Tidak Rasmi
Karangan Tidak Rasmi
KARANGAN JENIS SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI 1)Surat kiriman tidak rasmi ialah surat yang biasanya ditulis kepada ahli keluarga atau sahabat handai. 2)Biasanya ditulis dengan tujuan untuk memberitahu sesuatu perkara seperti : a) Surat ucap tahniah b) Surat ucap takziah c) Bertanya khabar berita d) Menceritakan empat-tempat menarik di Malaysia kepada sahabat e) Pengalaman di tempat baru seperti di sekolah baru f) Surat minta kebenaran ibu bapa / penjaga g) Membalas surat yang dihantar oleh orang lain dan sebagainya
Teknik Menulis Surat Kiriman Tidak Rasmi i. Mulakan menulis surat dengan bertanyakan khabar dan menceritakan keadaan kesihatan penulis. ii. Jika membalas surat, sebelum menanyakan sesuatu , terlebih dahulu jawab pertanyaan yang dikemukakan sebelum ini. iii.Gunakan panggilan mengikut usia atau pangkat seperti nenda, ayahanda , ibunda / bonda , kakanda / kanda , adinda , anakanda , dan cucunda. iv. Jangan menggunakan ganti nama aku, awak, ataupun kamu. v. Akhiri surat dengan salam, penghargaan, terima kasih dan keinginan untuk berutus surat lagi.
Saudara Noor/ Saudari Lily (menulis kata panggilan hormat) PERENGGAN KETIGA HINGGA KELIMA (ISI SETERUSNYA) Di pihak pemerintahan pula, kerajaan Malaysia .................................................................................... .. PERENGGAN PENUTUP (Ucapan terima kasih, selamat maju jaya/ kata-kata harapan) Mengakhiri bicara ini dan bingkisan takziah ini
CARA-CARA BELAJAR
RANGKA KARANGAN
BAHAGIAN PENDAHULUAN: -kata penghadapan surat. Contohnya: Dengan penuh kesyukuran, saya mengambil kesempatan di sini untuk melahirkan rasa bangga atas kemurahan-Nya memberikan limpah rahmat kepada saya. Saya bersyukur kerana masih sihat dan riang selalu di samping ahli keluarga tersayang. Saya percaya saudari juga tentu berada dalam keadaan sihat sejahtera.
BAHAGIAN ISI: a) Minat yang mendalam -Berterima kasih kepada rakan anda dan semua rakan dari seluruh negara yang telah mengirimkan ucapan tahnia atas kejayaan kamu cemerlang dalam peperiksaan SPM yang lepas. -Saudari telah menunjukkan minat yang mendalam untuk mencapai kejayaan. -Dengan minat yang ditunjukkan itu sudah pasti suatu sentuhan ajaib bakal menjadi tenaga penggerak dalaman untuk berjaya dengan cemerlang. -Semua teknik yang sedang saudari guna pakai menepati amalan yang saya amalkan. -Saya amat pasti jika strategi itu dilakukan secara berterusan, saya percaya saudari bakal menyerlah malah mendapat keputusan yang cemerlang daripada keputusan yang saya perolehi.
b) Berdoa kepada Tuhan. -sentiasa mendekatkan diri kepada tuhan. -akan berasa seolah-olah memeperoleh suatu tenaga baru untuk melipatgandakan usaha. c) Faktor pengurusan masa -sebagai pelajar, tidak dinafikan faktor masa amat penting kepada kita. -saudari juga perlu mempunyai jadual waktu yang konsisten dan masa belajar yang tekal hendaklah dipraktikkan dengan sebaik mungkin.
d) Sentiasa mendekati dan menghormati guru. -sentiasa berkomunikasi dengan guru untuk mewujudkan hubungan yang baik dengan guru. -saudari juga perlu menghormati guru untuk memudahkan saudari memperoleh ilmu dan berjaya dalam pelajaran.
e)Faktor kesihatan. -saudari juga harus menitikberatkan soal kesihatan kerana kesihatan merupakan suatu nikmat. -saudari juga perlu mengamalkan cara hidup yang sihat kerana dapat membantu proses perkembangan otak.
BAHAGIAN PENUTUP: -Sampai di sini dahulu buat selingkar kisah pertemuan kita. -Semoga cara tersebut dapat membantu saudari untuk menjadi pelajar yang cemerlang.
TAMAT.