Karangan Alam Sekitar

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 3

Usaha-usaha menangani masalah pencemaran alam sekitar di

negara ini

(Soalan PT3 2015)

Sejak negara kita menikmati arus kemodenan, tapak


bumi bertuah yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia ini
telah menjadi tempat yang tidak selamat untuk didiami. Hal ini
wujud akibat isu pencemaran alam sekitar iaitu pencemaran
air, udara dan darat. Sebenarnya, sikap manusia zaman moden
yang meterialistik iaitu mementingkan kemewahan
merupakan faktor utama berlakunya masalah pencemaran.
Sesungguhnya, semua pihak haruslah mempunyai
tanggungjawab untuk menangani masalah pencemaran alam
sekitar yang semakin menjadi-jadi.

Ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting


dalam menangani masalah pencemaran yang berlaku ini. Ibu
bapa patutlah menjadi teladan kepada anak-anak mereka
kerana anak-anak akan sentiasa memerhati gerak geri dan
perlakuan ibu bapa mereka di rumah. Sebagai contoh, ibu
bapa tidak seharusnya membuang sampah merata-rata
tempat dan melakukan pembakaran terbuka. Tindakan ini
akan menyedarkan anak-anak tentang kepentingan
memelihara alam sekitar. Dengan ini, tidak hairanlah
sekiranya sikap menyayangi alam daripada ibu bapa diwarisi
oleh anak-anak mereka kerana bagaimana acuan begitulah
kuihnya. Realitinya, ibu bapa merupakan model ikutan para
anak yang masih setahun jagung dan semua warga bumi
bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan alam sekitar.
Selain itu, pihak sekolah juga wajar memikul dan
melaksanakan obligasi untuk memberikan kesedaran kepada
para pelajar. Hal ini disebabkan oleh institusi sekolah dianggap
sebagai rumah kedua kepada para remaja kerana mereka
menghabiskan sepuluh jam sehari di sekolah. Dalam hal ini,
pihak sekolah hendaklah mengadakan kempen kesedaran
seperti ceramah dan pameran berkaitan kepentingan alam
sekitar kepada pelajar. Nilai-nilai murni juga mesti disemai
dalam sanubari para pelajar pada waktu mata pelajaran
Pendidikan Moral dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.
Natijahnya, para pelajar perlu didedahkan dengan aktiviti
penjagaan alam sekitar secara intensif. Kesedaran tentang
kesan buruk pencemaran alam sekitar akan wujud dalam
kalangan mereka. Pihak sekolah harus berpegang teguh pada
peribahasa hendak seribu daya tak nak seribu dalih dengan
menjalankan usaha yang pragmatik dan sistematik secara
berterusan.

Seterusnya, perancangan dan pengurusan sisa yang


sistematik perlu dijalankan. Sebagai masyarakat yang
bertanggunjawab, kita perlu prihatin terhadap persoalan yang
berkaitan dengan alam sekeliling dan berusaha untuk
menyelesaikannya. Hal ini berpunca daripada sikap
masyarakat yang suka membuang sampah sewenang-
wenangnya seperti di tepi jalan dan di dalam longkang.
Kesannya, masyarakat akan mudah terdedah menghidapi
penyakit demam denggi yang boleh menyebabkan kematian.
Dengan itu, masyarakat perlu digalakkan mengurangkan
penggunaan polisterin dan plastik. Masyarakat boleh
mengguna dan mengitar semula bahan-bahan terpakai yang
boleh menjimatkan penggunaan bahan sumber sekali gus
mengurangkan sampah sarap. Sebelum nasi menjadi bubur,
aforisme berjimat sebelum kena, ingat sebelum habis perlu
dijadikan sebagai panduan hidup untuk mengelakkan sumber
asli pupus. Jelaslah, kita perlu sentiasa peka terhadap isu-isu
pencemaran alam sekitar demi keselamatan rakyat dan
kemakmuran negara pada masa hadapan.

Kesimpulannya, alam sekitar telah diamanahkan oleh


Tuhan kepada manusia. Kita haruslah menjaganya dengan
penuh tanggungjawab dengan mengekalkan kelestarian alam
sekitar. Oleh itu, masalah alam sekitar perlu ditangani dengan
segera dan memerlukan kerjasama yang padu yang
diibaratkan seperti aur dengan tebing daripada semua pihak.
Dengan itu, generasi akan datang akan dapat menikmati
keindahan alam sekitar yang menjadi idaman semua manusia
yang cinta akan keharmonian dan kesejahteraan.

TUGASAN

Buat rangka karangan bagi karangan yang di atas:

Pendahuluan:
Isi-isi penting:
I (Isi) ………………………………………………..
M (Mengapa)
Ba: (Bagaimana)
K (kesan)
U: (ungkapan)
P: (Penegasan)
Penutup:

Anda mungkin juga menyukai

pFad - Phonifier reborn

Pfad - The Proxy pFad of © 2024 Garber Painting. All rights reserved.

Note: This service is not intended for secure transactions such as banking, social media, email, or purchasing. Use at your own risk. We assume no liability whatsoever for broken pages.


Alternative Proxies:

Alternative Proxy

pFad Proxy

pFad v3 Proxy

pFad v4 Proxy